Followers

Sunday, May 8, 2011

Projek kerja kursus 2011

    Saya pasti murid-muris sudah mengetahui tajuk untuk projek kerja kursus. DI smkdj, guru-guru bersepakat memilih tajuk Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah disebabkan lebih mudah untuk mencari informasi tentangnya dibandingkan dengan tajuk-tajuk lain. Untuk murid di SMKDJ, pihak Panitia Sejarah akan mengedarkan hand out berkaitan kajian projek ini dalam tempoh seminggu minggu hadapan.

Anda boleh copy dan paste tetapi perlulah menukar sedikit ayat2 mengikut keperluan anda!

SMK  DAMANSARA  JAYA
PROJEK  KERJA  KURSUS  SEJARAH  PMR  2011

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Dokumentasi Tugasan 1 (Lihat soalan 1)
2. Rumusan patriotisme berhubung  kajian terhadap institusi  ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B

3. Esei berhubung nilai-nilai patriotsme. (Bahagian B)

Bahagian A: Kajian bertajuk : Tugasan 1. Lihat soalan 1.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan Rancangan Pembangunan  Tanah dan Wilayah.
Hasil kajian mesti mengandungi:

4 aspek: lihat soalan (Hasil Kajian)
Rumusan /iktibar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Lihat di bawah tajuk Tugasan 2

Contoh objektif kajian.
Objektif Umum:
  1. Saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai FELDA.
  2. Saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional  berdasarkan tajuk kajian saya iaitu FELDA yang diberikan.
  3. Saya dapat mengenal pasti peranan FELDA dalam pembangunan negara.
(Tulis dalam  perenggan seperti karangan)

EG: Dengan menulis Projek kerja kursus ini, saya dapat ….

Objektif khusus:
      Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji nama rasmi Felda, lokasi petempatan Felda di seluruh Malaysia.  Projek ini juga membolehkan saya mengkaji lokasi FELDA yang telah ditubuhkan sejak kemerdekaan negara, di mana pada masa itu Malaysia masih dikenali dengan nama Tanah Melayu atau Malaya lagi.

            Projek kajian ini juga akan dapat membolehkan saya mengkaji sejarah penubuhan FELDA dari awal penubuhannya sehinggalak ke hari ini.
Sekaligus, saya dapat mengkaji peranan FELDA (matlamat atau objektif penubuhan FELDA) terhadap masyarakat setempat, dan negara kita, Malaysia.
            Saya juga akan dapat mengenalpasti peranan institusi ini dari segi ekonomi iaitu peranan FELDA dalam meningkatkan ekonomi masayarakat setempat, ekonomi negeri-negeri di mana terdapatnya FELDA dan ekonomi negara.
            Selain itu, saya dapat mengkaji kedudukan dan peranan FELDA yang berfungsi dan memainkan peranan dari segi pendidikan, kemasyarakatan, pelancongan, kebajikan masyarakat FELDA.
          Kajian ini juga dapat membolehkan saya mengkaji perkembangan FELDA daripada segi kemajuan, cabaran yang dihadapi, pembangunan prasarana dan fizikal  dan saranan dan harapan FELDA.

Kaedah Kajian


     Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji perayaan tradisional saya iaitu…  (namakan buku-buku itu)
      Saya juga telah menalankan penyelidiakn di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
     Saya  telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai   perayaan ini.
            Saya juga telah melayari laman Internet  bagi mengetahui  latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web………………………..
            Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem  bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar peristiwa tersebut.
            Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara  atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang peristiwa/perayaan  yang saya kaji.



   Rumusan.

               Pengkajian terhadap institusi seperti FELDA ini membolehkan saya menghayati sejarah penubuhan, peranan FELDA, cabaran dan pembangunan fizikal dan prasarana FELDA.

               Dengan menjalankan kajian seperti ini, saya dapat mengkaji kedudukan FELDA  secara menyeluruh. Kajian ini memberikan saya pengalaman baru dari segi mencari maklumat.  Saya telah pergi melawat.. (namakan) demi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….). Saya  juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan melihat laman web… (namakan) Saya juga mendapatkan pencarian informasi ke perpustakaan dengan menggunakan buku, majalah dan risalah.

           Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini juga saya menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen ‘Satu Malaysia’ yang diwara-warakan kerajaan.
                            Saya amat berbangga mempunyai warisan institusi seperti FELDA yang begitu tinggi nilainya. Di FELDA, yang melibatkan pembangunan petempatan, rakyat Malaysia hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan  (garis nilai) . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain di sana.Perayaan yang berbilang kaum ini menunjukkan semangat perpaduan antara kaum telah berlaku di sana.
            
                           Kajian ini juga telah menunjukkan dengan jelas peranan FELDA kepada negara baik dari segi ekonomi da sosial masayarakat. FELDA tela membuktikan bahawa institusi ini bukan sahaja memberi faedah kepada masyarakat FELDA, tetapi juga kepada negara.    





Penghargaan

            Pertamanya, saya  ingin mengucapkan ribuan  terima kasih kepada  guru saya iaitu  Puan Latifah Binti …/Puan Margaret/ Encik Ayob Bin …kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.

              Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu                      ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai FELDA. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata  bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.

            Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web FELDA iaitu www….. dan  kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan  ‘FELDA’ bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.

            Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

            Tanpa  kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan sejarah penubuhan FELDA, dan bagaimana FELDA berperanan dalam pembangunan negara terutama aspek ekonomi.












Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah isttitusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita?

            Integrasi nasional di sini bermaksud perpaduan kaum. Di negara kita, Malaysia, perpaduan kaum sentiasa menjadi asas penting kehidupan yang tenteram dalam negara.

            FELDA pada asasnya ditubuhkan untuk memperkukuhkan dan mengimbangkan kemajuan ekonomi dan pembangunan prasarana di kawasan luar bandar. Sekaligus, penubuhan FELDA membawa maksud kita dapat menjaga menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara di mata negara lain. Dengan kemajuan FELDA, sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

            Sejarah kehidupan masyarakat FELDA juga menunjukkan berlakunya berwarisan budaya dan perwarisan sejarah masayarakat lama. Sekaligus menunjukkan  bahawa masyarakat kita,  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip kehidupan masyarakat FELDA, dan peranan FELDA dalam ekonomi khususnya, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.


            Melalui kehidupan di FELDA, atau peranan FELDA sebagai salah satu sgensi ekonomi juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan peranan FELDA, di Malaysia,  kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

             Dalam melaksanakan peranan FELDA juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat  disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang ketika bekerja sama ada di pejabat di FELDA mahupun kita menjalankan fungsi sebagai ahli masyarakat FELDA. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia  yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

            Proses kehidupan di FELDA  juga  mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan kehdupan di perkampungan FELDA,  biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses di FELDA, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran, sekaligus menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

           Rakyat Malaysia yang tinggal di FELDA atau bekerja di FELDA juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan  yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati  antara satu sama lain.  Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat  yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.
Sila ke Face book  : add nama guru : Puan Noor Arbaiah Ismail. Boleh tanya on line/ e-mel kepada norafuaddj@gmail.com atau ke www.djlovehistory.blogspot.com