Followers

Tuesday, July 31, 2012

Tujuh Rahsia di sebalik Kemerdekaan; ucapan Perasmian Kemerdekaan (2017 kuiz sejarah)


Ucapan sempena Hari  Perasmian sempena Hari Kemerdekaan
          Seringkali apabila menyebut tarikh kemerdekaan atau bulan kemerdekaan, acap kali kita didengarkan tentang mereka. Mereka yang tidak asing lagi kepada kita. Bapa Kemedekaan Tunku Abdul Rahman Putra al haj dan sebagainya. Kali ini cikgu akan memperkatakan tentang Rahsia Kita! Rahsia Kemerdekaan.

Rahsia pertama: Kemerdekaan Negara ini bukanlah tentang ‘Mereka’ tetapi Kita. Kemerdekaan bukanlah pejuangan Rombongan Merdeka sahaja semata-mata. Semua maklum yang Rombongan Merdeka mengandungi 10 orang ahli yang belayar ke London bagi membincangkan kemerdekaan.  Kemerdekaan adalah hasil perjuangan rakyat Tanah melayu atau Malaya yang berjumlah 6.36 juta ketika itu, yang sebahagian besarnya adalah orang dewasa termasuklah datik, nenek dan moyang-moyang, generasi terdahulu daripada kita. Jadi Kita adalah sebahagian daripada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Rahsia kedua: Setelah kemenangan pilihanraya umum 1955, Perikatan yang merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihanraya dengan majoriti 51/52 kerusi yg dipertandingan. Dalam manifesto atau janji-janji pilihanraya Perikatan tleha berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh  4 tahun iaitu sebelum 1959. Dengan kejayaan mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, bermakna PERIKATAN bukan sahaja Berjaya menunaikan janji mereka malah telah mempercepatkan manifesto mereka.

Rahsia ketiga: Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Perikatan yang diketuai oleh Ketua Menteri (pada masa sebelum merdeka, belum ada jawatan pernada menteri) mempercepatkan kemerdekaan? Tunku Aldul Rahman Putra al Haj telah diberi sebuah rumah kerajaan di Jalan Conlay. Dan peristiwa ini telah diberitahu Tunku sendiri dalam satu temuramah dengan beliau. Pada satu hari, di tengah malam, hujan yg lebat menjadikan air menitik terus ke kepala Tunku. Tunku terjaga dan mendongak ke atas. Dilihatnya bumbung rmahnya bocor. Jadi Tunku berfikir dan berkata, “Jika beliau sebagai Ketua Menteri diberi layanan  sedemikian rupa, maka, tentulah rakyat Tanah Melayu akan menerima layanan yang lebih teruk lagi.

Rahsia keempat: Sebelum Tunku bergerak ke London, Tunku telah meminta nasihat Syeikh Abdullah Fahim tentang tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ahli falak iaitu seorang fakar dalam mengkaji perjalanan bulan dan bintang. Dan buat pengetahuan semua, Syeikh ini ada hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Tun Abdullah bin Ahad Badawi b.Syeikh Abdullah Fahim.

Al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab "AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Bermakna jika kemerdekaan tidak dicapai pada 1957, Tanah melayu hanya boleh mencapai kemerdekaan pada tahun 1962.

Rahsia Kelima: Rombongan Merdeka telah bertolak dengan Kapal Laut bernama M.V Asia. Tujuan mereka menaiki kapal laut adalah kerana perjalanan jalan laut membolehkan ,mereka berbincang dengan lebih lanjut lagi tentang kemerdekaan Negara. Mereka dihantar oleh lebih 10 000 rakyat Tanah Melayu ke Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Pemergian mereka ke London dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Tanah Melayu yg menyumbang wang ringgit, barang kemas dan sebagainya.

Rahsia keenam: Setibanya di London, Rombongan Merdeka terpaksa bertungkus lumus melobi ahli-ahli Parlimen di London. Melobi bermaksud berjumpa dan bercakap dengan ahki-ahli parlimen satu persatu supaya mereka menyokong dan mengundi yang Tanah Melayu layak mendapat kemerdekaan. Tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen atau dengan kata lain, jika tidak mendapat sokongan 2/3 parlimen London, Tanah Melayu tidak akan memperoleh kemerdekaan. Perjalanan yang mereka tenpuhi adalah panjang dan berliku, tidak semudah membaca dua muka surat perjalanan yg dipaparkan di buku teks sejarah tingkatan 3 dan 5. Dan akhirnya, dengan berkat usaha mereka, Parlimen bersetuju yg tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31. 8. 1957.

Rahsia ke tujuh: Pada malam 31 Ogos 1957, Kajian falak menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan terdapat empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpio, Buruj Dacing Libra, Buruj Virgo dan Buruj The Sail. Buruj adalah kedudukan bintang-bintang yang boleh dilukis di langit. Kelihatan juga dua buah planet dalam keadaan sangat terang pada ketika itu - planet Musytari (kecerahan 100%) dan planet Zuhrah (kecerahan 79%). Kedua-dua planet berhampiran dengan Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra. Apabila kedua-dua tarikh pilihan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan; iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377H) dan malam 31 Ogos 1962 (29 Rabiul Awal 1382H); maka akan didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa !

Kemerdekaan Negara hanya boleh dicapai dengan susah payah dan jerit pekik generasi kita yg lampau. Jika kita tidak menghayati maksud kemerdekaan, samalah ertinya kita tidak menghargai jasa datuk-nenek moyang kita yang lama dahulu. Kita bakal menyambut kemerdekaan kali ke 55. Sama-samalah kita menyambutnya dengan hati yg tulus ikhlas.
sekian, terima kasih.