Followers

Thursday, July 15, 2010

SPM sejarah 2010

SMK Damansara Jaya, PJ
Panitia Sejarah
Tajuk soalan-soalan SPM 2004-2009
Tajuk Ramalan 2010.

SPM 2004
-Tamadun Yunani.(pemerintahan,pendidikan dan senibina)
-Piagam Madinah(kandungan &
kepentingan)
-Imperialisme Barat dan sistem Birokrasi
-Sistem Khalifah.(Konsep)
-Perusahaan getah di T.Melayu.
-Nasionalisme Tahap 1
-Sistem pilihanraya di Malaysia.
-Faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
-ASA

SPM 2005
-Tamadun Rom.
-Peristiwa Hijrah.
-Tanaman komersial.
-Penentangan pemimpin tempatan.
-Peperiksaan awam China.
-Khalifah Umar al-Khattab.
-Tamadun Islam dan sumbangannya.
-Reaksi penubuhan Malaysia.
-Blok-blok kuasa dunia.

SPM 2006
-Dakwah Islam di Mekah.
-Ekonomi Sara diri.
-Sistem Ahli.
-K-Ekonomi.
-Tamadun Mesopotamia. (ciptaan & senibina)
-Pengaruh Islam di A.tenggara melalui bahasa, budaya dan seni.
-Malayan Union.
-DEB
-Perang dunia 1 dan 2.







SPM 2007
-Kerajaan Maritim.(ciri-ciri)
-Sistem khalifah –(Tugas, syarat & K.Abu Bakar.
-Penyebaran Islam A.Tenggara melalui pedagang.
-Pengaruh Islam di A.Tenggara melalui pemerintahan dan pendidikan.
-Revolusi Pertanian & Perindustrian.
-Definisi Imperialisme dan faktor imperialisme.
-Pembentukan Malaysia.
-pembentukan negara bangsa Eropah.
-Perlembagaan Malaysia.
-Asean dan dasar luar Malaysia.

SPM 2008
-Yunani ,prinsip demokrasi
-Perjanjian Hudaibiyah.
-Penyerahan Sarawak kepada British.
-PBB (UN)
-Tamadun Mesir Purba
-Masyarakat Jahiliah.
-Penentangan Dol Said,Mat Salleh.
-Perlombongan Bijih Timah.
-Dasar Pembangunan Ekonomi,
Dasar Pengswastaan. D.Pensyarikatan
Dasar pertanian negara.

SPM 2009 –
-Agraria vs Maritim.(ciri, pergantungan dan Iktibar & konsep saling bergantungan.
-Turki Uthmaniyah.
-Renaissance.
-Faktor nasionalisme.
-Undang-undang Tubuh Johor.
-Undang-undang Bertulis dan tidak bertulis.
-Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
-Pakatan Murni.
-Dasar Luar Malaysia.



Sila rujuk:
www.djlovehistory.blogspot.com





SPM 2010 Trial dan Ramalan SPM 2010
TINGKATAN 4
Bab 1 (Tema 1)
-Tamadun India /Indus. *
-Tamadun China.*
( 6 aspek )

Bab 2 (Tema 1)
-Tamadun Rom
-T.Yunani (keseluruhan sudah keluar)
-T.China.*
-T.India.*

Bab 3 (Tema 2)
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.*
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah.
-Amalan sistem Kabilah.
-kerasulan nabi Muhammad s.a.w *
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.

Bab 5 (Tema 3)Islam di Madinah.
-Perjanjian Aqabah.*
-Pembukaan Kota Makkah (8 hijrah)*

Bab 6 (Tema 3)
-Sumbangan Umaiyah (Tahap 1 dan 2)*
-Sumbangan Abbasiyah (intelektual)*
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Pertembungan Tamadun islam.
-Sumbangan T.Islam dm bidang sains.
-Sumbangan Ibnu Sina.
-Sumbangan dalam bidang seni.

Bab 7 (Tema 4)
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.3 teori
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.*
Perkahwinan, gol bangsawan,kelhiran K.Islam, pusat kebudayaan, mubaligh, keistimewaan Islam)
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Pengaruh Islam ke A.Tenggara (hampir keseluruhannya sudah keluar)


Bab 8 (Tema 4)
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)*
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.


Bab 9 (Tema 5)
-Zaman gelap *
-Zaman Reformation.
-Ciri-ciri Fedulisme di Eropah dan ciri-masy. Melayu tradisional.

Bab 10 (Tema 6)
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.*
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)


TINGKATAN 5

Bab 1 (Tema 1)
- Perkembangan nasionalisme pada dua tahap.
-Gerakan nasionalisme di Thailand.
-iktibar drp.gerakan nasionalisme.

Bab 2 (Tema 1)
- Faktor penentangan tempatan
-Tokoh (sudah keluar spm Naning, J.Brooke, Mat Salleh)
-Gerakan Islah.
-Gerakan nasionalisme Zaman Jepun.*

Bab 3 (Tema 2)
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu.*
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.(kecuali Johor)

Bab 4 (Tema 3)
-Persekutuan Tanah Melayu 1948. (kecuali….)*
-Tokoh penggerak.
-Politik di Sabah dan Sarawak.


Bab 5 (Tema 4)
-Suruhanjaya Reid.
-Peranan tokoh2 kemerdekaan.

Bab 6 (Tema 4) Bab favourite.
- Suruhanjaya Cobbold.*
-JAK.



Bab 7 (Tema 5)
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.*
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)*
-Parti politik di Malaysia.
-Senarai Persekutuan & Negeri.
Lambang Negara/Jata negara.*
-Lagu Negaraku.
-Bendera Jalur Gemilang.*

Bab 8 (Tema 5)
-Rancangan Lima tahun malaysia.*
Tahap 1 dan 2.
-Wawasan 2020*
-langkah mendaulatkan bahasa*
-Dasar pendidikan. kebangsaan.*

Bab 9 (Tema 6 )
-Koridorraya Multimedia.*
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.*
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia. *(dasar dan kenapa)
-Perang Dunia Pertama.



noor arbaiah
file ramalan/2010
sila rujuk
www.djlovehistory.blogspot.com

Wednesday, May 12, 2010

Contoh karangan kesan perayaan.

Kesan perayaan kepada saya dan keluarga.

Setiap kali saya dan keluarga menyambut perayaan ---------------- (namakan), saya mendapati hubungan keluarga kami akan bertambah erat. Apatah lagi setiap kali perayaan ini, kami sekeluarga akan menyambut bersama-sama di ________ (di rumah ibubapa/datuk nenek)saya. Kami sekeluarga malah keluarga bapa dan ibu saudara saya akan berkumpul beramai-ramai di rumah (saya/datuk saya)dan beraikan hari perayaan ini bersama-sama.
Selain itu, kami juga dapat menikmati pelbagai juadan makanan tradisi seperti (rendang, baulu dan ketupat -Hari Raya, perayaan lain, namakan) Makanan paling istimewa adalah 'ayam golek' masakan neneka saya yang dimasak dengan menggunakan tebu dan dibakar dengan arang. Hidangan lain adalah Nasi Beriani. Kami juga berkongsi memeriahkan perayaan ini dengan mengenakan baju baru seperti kebaya, baju kurung pesak, baju melayu cekak musang (perayaan lain, namakan)

Kesan Perayaan kepada masyarakat.
Perayaan ................(namakan) menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.
Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara yang dilancarkan oelh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu Malaysia.
Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara.
Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancung ke Malaysia, menunjukkan antara faktor kedatangan pelancung luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah, faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka. Jika diperhatikan Malaysia mempunyai banyak sekali samputan perayaan yang berkaitan dengan agama serta bangsa. Pada tahun ini sahaja, bermula dengan Sambutan hari raya Cina, kemudiannya masyarakat menyambut Tahun Baru Hindu (Thaipisam), Wesak, hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil adha, Krismas dan sebagainya.
Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut perayaan ini ..........(namakan) masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli belah.
Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.

Contoh Sumber, Internet.

Sumber ini diambil daripada Wikipedia Bahasa melayu/Hari Raya Aidil Fitri.Sumber ini dikira sebagai satu sumber. Wikipedia menyediakan banyak sekali rencana belkaitan Perayaan Tahun Baru Cina dan sebagainya. Murid sudah mempunyai satu sumber iaitu internet.

Sumber lain : buku, majalah, wawancara,lawatan.

Hari Raya Aidilfitri
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Hari Raya Aidilfitri
Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr

Juga dinamakan Hari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki)

Diraikan oleh Umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim
Jenis Perayaan agama
Keutamaan Menandakan berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa
Tarikh 1 Syawal

Tarikh 2009 21 September

Tarikh 2010 10 September

Tarikh 2011 31 Ogos

Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung
Amalan Solat

Berkaitan dengan Hari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik
Zakat fitrah dan takbir
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. [1]

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
Simbol


Gambar ketupat yang dianyam dari riben.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Amalan lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[2]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.
Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Aidilfitri dalam Kalendar Masihi
Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.
Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.
• 2008: 1 Oktober
• 2009: 21 September
• 2010: 10 September
• 2011: 31 Ogos
• 2012: 19 Ogos
• 2013: 8 Ogos
• 2014: 29 Julai
• 2015: 19 Julai
Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari

Saturday, April 24, 2010

Susunan Projek Kerja Kursus PMR 2010 1

Susunan Projek Kerja Kursus.
Tajuk: Perayaan Kaum di Malaysia. Kaum Melayu : sambutan Aidil Fitri/Adha, Kaum Cina: Tahun Baru China, India : Thaipusam..kaum-kaum lain, Murut, Kadazan dan sebagainya. (Hari Gawai dan lain-lain lagi)

1.Cover dan borang (bergantung kepada sekolah anda/guru anda)

2. Susunan dikedudukan pertama (2)
Elemen 1 (mengandungi bahan bukti) Bahan bukti mesti mengandungi 4 bahan bukti.
a) Majalah /buku/akhbar /jurnal : yang mengandungi rencana berkaitan dengan perayaan kaum (bukan agama seperti Krismas sebab tidak ada hak kaum/bangsa untuk meraikannya) Mesti mengandungi tajuk buku, penulis, penerbit, tahun terbitan dan rencana terbabit. Akhbar jika boleh mengandungi kepala surat akhbar (jika tidak tulis nama akhbar dan muka suratnya) (jika ada sumber buku, majalah, jurnal = 3 sumber)

3.Senarai kandungan:
1. Penghargaan. ( sekurangnya tiga pihak : guru, sekolah, ibubapa, kawan2, pihak lain ) (lihat contoh) 2.Objektif kajian (lihat contoh) minimum 3 elemen seperti contoh.
3.Kaedah kajian (lihat contoh) minimum 3 elemen seperti contoh
4.Hasil Kajian : beberapa aspek kajian yang berkaitan. (lihat contoh)
5.Rumusan hasil kajian (lihat contoh) minimum 3 elemen seperti contoh
6.Esei Patriotisma (lihat contoh) minimum 3 elemen seperti contoh
7.Lampiran (lihat contoh) minimum 4 elemen seperti contoh
8.Rujukan (lihat contoh) minimum 4 elemen seperti contoh
9. Senarai jadual perlaksanaan.

4. Hasil kajian.
5.Rumusan hasil kajian (lihat contoh) minimum 3 elemen seperti contoh
6.Esei Patriotisma (lihat contoh) minimum 3 elemen seperti contoh
7.Lampiran (lihat contoh) minimum 4 elemen seperti contoh
8.Rujukan (lihat contoh) minimum 4 elemen seperti contoh
9. Senarai jadual perlaksanaan

Projek Kerja kursus PMR 2010 - 2

SMK DAMANSARA JAYA
PROJEK KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2010

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Esei berhubung Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
2. Rumusan patriotisme berhubung perayaan ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian A: Kajian bertajuk : Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan perayaan (Satu perayaan sahaja)
Hasil kajian mesti mengandungi:
1.Perayaan Tradisi (nama perayaan /nama lain.-pihak/etnik/kaum yang terlibat. -tarikh/tempoh masa dirayakan.dan tujuan perayaan disambut)

2.Latar belakang (sejarah/asal usul perayaan. Upacara khusus dalam perayaan/ individu yang terlibat mengetui perayaan khusus dan tempat khususu sambutan dijalankan)

3.Persiapan sambutan perayaan.(Sebelum, Semasa,selepas,peraturan/pamtang larang/amalan sampingan)

4.Kesan perayaan (kekeluargaan/perpaduan/perlancongan/kebudayaan/peluang pekerjaan/keagamaan/kepercayaan/pengekalan tradisi/pendidikan /pengetahuan - mana-mana empat kesan)

Contoh : Thaipusam, Tahun Baru China, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Gawai ..dll

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? (akan dihuraikan kemudian dan diberikan contoh)
Contoh objektif kajian.
Objektif Umum:
1. Saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih.
2. Saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional mengikut tajuk yang diberikan.
(Tulis dalam perenggan seperti karangan)

EG: Dengan menulis Projek kerja kursus ini, saya dapat ….

Objektif khusus:

Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji perayaan tradisi kaum Melayu seperti perayaan Sambutan Aidil Fitri dengan terperinci seperti nama perayaan yang lain seperti hari Raya. Hari Raya biasanya disambut oleh Kaum Melayu atau orang Islam di Malaysia.
Projek ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya peninggalan nenek moyang saya dahulu iaitu saya dan penglibatan keluarga yang terlibat sama dengan sambutan perayaan ini seperti menyediakan makanan, pakaian dan rumah sempena sambutan perayaan ini. (membolehkan saya menghajati perayaan yang disambut oleh kaum…, di Malaysia. Perayaan ini unik untuk dikaji kerana menggambarkan unsur 1 Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia)
Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme bersama kawan-kawan saya dan keluarga seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin.

Projek ini juga dapat membantu saya mengesan kesan perayaan ini iaitu ………kepada diri saya, keluarga, masyarakat serta negara saya, Malaysia.

Kaedah Kajian
Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji perayaan tradisional saya iaitu… (namakan buku-buku itu)
Saya juga telah menalankan penyelidiakn di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan ini.
Saya juga telah melayari laman Internet bagi mengetahui latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web………………………..
Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar peristiwa tersebut.
Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang peristiwa/perayaan yang saya kaji.



Rumusan.
Pengekalan tradisi perayaan ini amat penting bagi pendapat saya kerana dengan ini, kita dapat menghayati budaya tradisi kaum sendiri atau budaya rakyat Malaysia yang lain.

Dengan menjalankan kajian, saya dapat mengkaji Perayaan … yang memberi saya pengalaman dari segi mencari maklumat. Saya telah pergi melawat.. (namakan) demi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….)

Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya. Rakyat kita hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan (garis nilai) . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Perayaan yang berbilang kaum ini menunjukkan semangat perpaduan antara kaum telah dijalankan..

Rakyat sentiasa mengamalkan perasaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi.

Saya amat bangga hidup di dalam negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan perayaan sendiri. Sambutan dengan aman bagi setiap perayaan menujukkan negara kita sebuah negara yang kaya dengan keunikan rakyatmya.



Penghargaan


Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya iaitu Puan Noor Arba’iah Ismail / Puan Latifah kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai Stadium Merdeka. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.

Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web Perpustakaan Negara iaitu www.sejarahmalaysia.com.my dan kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan ‘Stadium Merdeka’ bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.

Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

Tanpa kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan perayaan kaum……….



Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?


Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian terhadap perayaan kaum tertentu seperti…………. kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan perayaan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan perayaan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip perayaan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui sambutan terhadap perayaasn ini juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan sambutan perayaan ini di Malaysia, kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan sambutan hari perayaan juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang walaupun ketika mengadakan sambutan perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses menyambut peristiwa perayaan kaum juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sambutan biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses menjayakan peristiwa ini, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan perayaan tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Rakyat Malaysia juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati antara satu sama lain. Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.



Sila ke Face book : add nama guru : Puan Noor Arbaiah Ismail. Boleh tanya on line/ e-mel kepada norafuaddj@gmail.com atau ke www.djlovehistory.blogspot.com

Monday, April 12, 2010

Tradisi Kaum..

Tradisi kaum - melihat perayaan daripada sudut sambutan kaum secara majoriti. Contohnya orang Melayu yang biasanya menyambut Hari Raya. (kalau ada kaum lain, dianggap manoriti)Orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina (walaupun ada yang tidak menyambutnya kerana kelainan agama)

Tuesday, March 2, 2010

Projek Kerja Kursus PMR 2010

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Esei berhubung Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
2. Rumusan patriotisme berhubung perayaan ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? (akan dihuraikan kemudian dan diberikan contoh)



Bahagian A: Kajian bertajuk : Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan perayaan (Satu perayaan sahaja)
Hasil kajian mesti mengandungi:
1.Perayaan Tradisi (nama perayaan /nama lain.-pihak/etnik/kaum yang terlibat. -tarikh/tempoh masa dirayakan.dan tujuan perayaan disambut)

2.Latar belakang (sejarah/asal usul perayaan. Upacara khusus dalam perayaan/ individu yang terlibat mengetui perayaan khusus dan tempat khususu sambutan dijalankan)

3.Persiapan sambutan perayaan.(Sebelum, Semasa,selepas,peraturan/pamtang larang/amalan sampingan)

4.Kesan perayaan (kekeluargaan/perpaduan/perlancongan/kebudayaan/peluang pekerjaan/keagamaan/kepercayaan/pengekalan tradisi/pendidikan /pengetahuan - mana-mana empat kesan)

Contoh : Thaipusam, Tahun Baru China, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Gawai ..dll

Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.

Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak .
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown. Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak

Lokasi: Seluruh Malaysia.