BAB 10 – DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.
1 Senarai di atas menunjukkan cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu.
a) Jelaskan cara kemasukan buruh cina melalui sistem pengambilan kakitangan dijalankan. (4m)
F Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China.
F Untuk mendapatkan tenaga buruh.
F Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
F Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh.
F Mereka mesti sampai ke tempat majikannya.
b) Nyatakan kemasukan buruh Cina melalui sistem pengambilan rumah kongsi. (6m)
F Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China.
F Dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
F Pegawai membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut.
F Mereka mesti sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
F Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi.
F Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu.
F Seperti yang dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.
c) Terangkan perlaksanaan sistem tiket kredit bagi membawa buruh Cina ke Tanah Melayu.(10m)
F Bakal imigran ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung di negara China oleh Kheh-thau(ketua).
H Kheh-thau bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan.
H Kheh-thau sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang di bawa.
F Bakal imigran ini dikenali sebagai sin kheh.
H Sin Kheh imigran miskin tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.
H Golongan imigran diletakkan dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh.
H Mereka terlebih dahulu menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
H Golongan Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis.
H Untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam satu tempoh tertentu.
F Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju.
H Sama ada mereka bebas atau berhutang.
H Sampai di pelabuhan, sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh yang akan bertindak sebagai orang tengah.
H Akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu.
F Jawatan pegawai pelindung buruh dari China telah diwujudkan di Tanah Melayu.
H Bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
H Beberapa undang-undang diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh.
2 Senarai di atas menunjukkan cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu.
a) Nyatakan sebab kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. (6m)
F Faktor yang mendorong mereka meninggalkan negara masing-masing.
F Galakan kerajaan kolonial British.
F Penghijrahan tidak ditentang oleh orang Melayu.
F Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India yang mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
F Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun.
F Membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran.
F Pemerintahan British telah mewujudkan kestabilan politik di Tanah Melayu.
b) Jelaskan cara kemasukan buruh India melalui sistem kontrak dilaksanakan.( 8m)
F Majikan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
F Sebagai balasannya buruh akan bekerja dengannya.
F Untuk jangka masa tertentu.
F Dengan bayaran yang paling minimum, iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.
F Menyebabkan sering berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh.
F Disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan agensi yang membawa masuk pekerja asing.
F Diharamkan (1938) kerana wujudnya penyelewengan oleh kanangi sendiri.
3 British telah memperkenalkan undang-undang tanah untuk meneruskan penguasaan ekonomi Tanah Melayu.
a) Jelaskan undang-undang berhubung tanah masyarakat Melayu tradisional sebelum
kedatangan British dilaksanakan. (4m)
F Pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan masyarakat Melayu.
H Wujud kawasan tanah yang luas.
H Kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu.
F Urusan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mesti mendapat kebenaran pembesar Melayu terlebih dahulu.
F Kebenaran yang sama bagi mengusahakan sesuatu bidang tanah.
F Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik.
F Mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
F Mengikut undang-undang adat, sesebuah kawasan tanah akan menjadi milik seseorang yang
meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.
H Tanah boleh diwarisi oleh agensi yang terkemudian.
b) Huraikan pentadbiran tanah semasa penjajahan British. (8m)
F Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
H Tatacara hak pemilikannya diubah.
H Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
H Sistem pemilikan rekod dan catatan sempurna dijadikan bukti pemilikan.
H Rekod bertulis penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
H Rekod memudahkan urusan pentadbiran.
C Cukai
C Urusniaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan, dan pembelian.
F Mengikut konsep barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
H British memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan sistem barat.
H Memudahkan kerja pentadbiran tanahdan pembangunan ekonomi.
H Perak negeri Melayu pertama diperkenalkan undang-undang tanah Barat iaitu peraturan tanah 1879.
H Kanun Tanah Selangor diperkenalkan di Selangor ( 1891).
H Di Sungai Ujong Seremban Peraturan Tanah Sungai Ujong telah diperkenalkan (1887).
H British membahagikan Tanah mengikut kegunaan.
H Nilai komersial.
C Tanah ladang.
C Tanah peribumi.
C Tanah perlombongan
H Kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
d) Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah British kepada masyarakat Melayu. (8M)
F Keberkesanan Pejabat Tanah.
H Undang-undang tanah menetapkan individu ataupun syarikat yang ingin mengusahakan kawasan tidak perlu
mendapatkan kebenaran daripada para pembesar Melayu.
H Mereka membuat permohonan di Pejabat Tanah.
H Masyarakat tempatan juga mendapat kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,
damar dan rotan.
F Undang-undang Tanah British memberikan kuasa yang besar kepada Residen negeri.
H Mereka menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
H Residen mengambil kira faktor seperti modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia yang akan menjalankan sesuatu aktiviti ekonomi.
F Perkembangan sistem ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu.
H Orang Melayu mesti membayar cukai yang dikenakan terhadap hasil hutan.
H Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
H Masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.
H Ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah milik untuk melangsaikan hutang mereka.
4 a) Apakah alasan British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan pada 25 november 1913? ( 4m)
F Menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu di Tanah Melayu.
F Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
F Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai
Tanah Simpanan Melayu (TSM).
F Pengisytiharan akan menyelamatkan tanah daripada dijual, dipajak, gadaikan atau ditukar milik
kepada orang bukan Melayu.
b) Sejauh manakah Akta Simpanan Melayu bertujuan melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah? (4m)
F Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di Tanah Simpanan Melayu.
F Kawasan yang diasingkan sebagai Tanah Simpanan Melayu ( TSM) tidak subur.
F Walaupun kawasannya besar, tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan.
F Sekiranya kawasan yang subur, keluasannyapula kecil.
F Hanya 46.09% daripada TSM yang sesuai untuk pertanian.
c) Huraikan dasar British terhadap pekebun kecil orang Melayu. (12m)
F British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam kerangka ekonomi.
H British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917.
H Melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi.
H Bertujuan mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah daripada kalangan orang melayu
dalam sektor perusahaan getah.
H Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dinaikkan.
H Pada tahun 1930an pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali.
F Sebab British menagwal dasar.
H Peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah berlaku secara kecil-kecilan.
H Tidak menimbulkan sebarang kebimbangan kepada pengusaha Eropah dan kerajaan penjajah British.
H Sentimen berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah dipasaran dunia (1930an.
H British mula mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah.
F Menerusi Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
H Mengehadkan pengeluar getah oleh negara pengeluar.
H Dikuatkuasakan antara bulan november 1922 hingga bulan oktober 1928.
H Sekali lagi dengan pelaksanaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934).
H Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah.
H Pekebun kecil getah ditekan kerana dilihat sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.
H Tindakan meningkatkan harga getah di pasaran memberikan kesan negatif kepada pekebun kecil getah.
H Tanaman getah mendatangkan keuntungan yang lebih baik daripada usaha penanaman padi.
H Rakyat tempatan tidak begitu berminat untuk mengerjakan sawah.