SPM 2016 (untuk tingkatan 5) SPM 2017 (untuk tingkatan 4)

BENGKEL SEJARAH SPM 2016; 21 OKTOBER 2016. PELAJAR SPM SILA HADIR KE SEKOLAH. PENERANGAN KERTAS 1, 2 & 3 AKAN DIADAKAN. EDARAN KERTAS 3 JUGA DIEDARKAN BERSAMA SET tRIAL 1 & 2. 1. Lihat tajuk SPM 2016 (tingkatan 5 2016) terdapat tajuk ulangkaji untuk Percubaan SPM 2016. 2.Lihat juga tajuk untuk bacaan Peta Minda, Modul interaktif, nota dan latihan. (label SPM 2016)

Followers

Tuesday, July 31, 2012

Tujuh Rahsia di sebalik Kemerdekaan; ucapan Perasmian Kemerdekaan.


Ucapan sempena Hari  Perasmian sempena Hari Kemerdekaan
          Seringkali apabila menyebut tarikh kemerdekaan atau bulan kemerdekaan, acap kali kita didengarkan tentang mereka. Mereka yang tidak asing lagi kepada kita. Bapa Kemedekaan Tunku Abdul Rahman Putra al haj dan sebagainya. Kali ini cikgu akan memperkatakan tentang Rahsia Kita! Rahsia Kemerdekaan.

Rahsia pertama: Kemerdekaan Negara ini bukanlah tentang ‘Mereka’ tetapi Kita. Kemerdekaan bukanlah pejuangan Rombongan Merdeka sahaja semata-mata. Semua maklum yang Rombongan Merdeka mengandungi 10 orang ahli yang belayar ke London bagi membincangkan kemerdekaan.  Kemerdekaan adalah hasil perjuangan rakyat Tanah melayu atau Malaya yang berjumlah 6.36 juta ketika itu, yang sebahagian besarnya adalah orang dewasa termasuklah datik, nenek dan moyang-moyang, generasi terdahulu daripada kita. Jadi Kita adalah sebahagian daripada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Rahsia kedua: Setelah kemenangan pilihanraya umum 1955, Perikatan yang merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC telah memenangi pilihanraya dengan majoriti 51/52 kerusi yg dipertandingan. Dalam manifesto atau janji-janji pilihanraya Perikatan tleha berjanji akan mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh  4 tahun iaitu sebelum 1959. Dengan kejayaan mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1957, bermakna PERIKATAN bukan sahaja Berjaya menunaikan janji mereka malah telah mempercepatkan manifesto mereka.

Rahsia ketiga: Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Perikatan yang diketuai oleh Ketua Menteri (pada masa sebelum merdeka, belum ada jawatan pernada menteri) mempercepatkan kemerdekaan? Tunku Aldul Rahman Putra al Haj telah diberi sebuah rumah kerajaan di Jalan Conlay. Dan peristiwa ini telah diberitahu Tunku sendiri dalam satu temuramah dengan beliau. Pada satu hari, di tengah malam, hujan yg lebat menjadikan air menitik terus ke kepala Tunku. Tunku terjaga dan mendongak ke atas. Dilihatnya bumbung rmahnya bocor. Jadi Tunku berfikir dan berkata, “Jika beliau sebagai Ketua Menteri diberi layanan  sedemikian rupa, maka, tentulah rakyat Tanah Melayu akan menerima layanan yang lebih teruk lagi.

Rahsia keempat: Sebelum Tunku bergerak ke London, Tunku telah meminta nasihat Syeikh Abdullah Fahim tentang tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ahli falak iaitu seorang fakar dalam mengkaji perjalanan bulan dan bintang. Dan buat pengetahuan semua, Syeikh ini ada hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 iaitu Tun Abdullah bin Ahad Badawi b.Syeikh Abdullah Fahim.

Al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab "AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Bermakna jika kemerdekaan tidak dicapai pada 1957, Tanah melayu hanya boleh mencapai kemerdekaan pada tahun 1962.

Rahsia Kelima: Rombongan Merdeka telah bertolak dengan Kapal Laut bernama M.V Asia. Tujuan mereka menaiki kapal laut adalah kerana perjalanan jalan laut membolehkan ,mereka berbincang dengan lebih lanjut lagi tentang kemerdekaan Negara. Mereka dihantar oleh lebih 10 000 rakyat Tanah Melayu ke Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Pemergian mereka ke London dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Tanah Melayu yg menyumbang wang ringgit, barang kemas dan sebagainya.

Rahsia keenam: Setibanya di London, Rombongan Merdeka terpaksa bertungkus lumus melobi ahli-ahli Parlimen di London. Melobi bermaksud berjumpa dan bercakap dengan ahki-ahli parlimen satu persatu supaya mereka menyokong dan mengundi yang Tanah Melayu layak mendapat kemerdekaan. Tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen atau dengan kata lain, jika tidak mendapat sokongan 2/3 parlimen London, Tanah Melayu tidak akan memperoleh kemerdekaan. Perjalanan yang mereka tenpuhi adalah panjang dan berliku, tidak semudah membaca dua muka surat perjalanan yg dipaparkan di buku teks sejarah tingkatan 3 dan 5. Dan akhirnya, dengan berkat usaha mereka, Parlimen bersetuju yg tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31. 8. 1957.

Rahsia ke tujuh: Pada malam 31 Ogos 1957, Kajian falak menunjukkan bahawa pada malam kemerdekaan terdapat empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar 1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah Buruj Scorpio, Buruj Dacing Libra, Buruj Virgo dan Buruj The Sail. Buruj adalah kedudukan bintang-bintang yang boleh dilukis di langit. Kelihatan juga dua buah planet dalam keadaan sangat terang pada ketika itu - planet Musytari (kecerahan 100%) dan planet Zuhrah (kecerahan 79%). Kedua-dua planet berhampiran dengan Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra. Apabila kedua-dua tarikh pilihan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan; iaitu bagi malam 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377H) dan malam 31 Ogos 1962 (29 Rabiul Awal 1382H); maka akan didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa !

Kemerdekaan Negara hanya boleh dicapai dengan susah payah dan jerit pekik generasi kita yg lampau. Jika kita tidak menghayati maksud kemerdekaan, samalah ertinya kita tidak menghargai jasa datuk-nenek moyang kita yang lama dahulu. Kita bakal menyambut kemerdekaan kali ke 55. Sama-samalah kita menyambutnya dengan hati yg tulus ikhlas.
sekian, terima kasih.


Tuesday, May 8, 2012

Hadiah Hari Guru 2012

  Kepada seorang guru, tiada hadiah yang lebih bermakna daripada kejayaan anak-anak didik guru tersebut. Dan kejayaan lain yang bersangkutan dengan pendidik juga penting.

 Novel Ketiga, PURNAMA MERINDU, Keluaran ; BUKU PRIMA telah terpilih untuk dilancarkan Pada HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012, bertempat di KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR PERAK, di Ipoh pada MAJLIS MAKAN MALAM , 15 MEI 2012.







Jadi, Jika anda belum mendapatkannya, apa lagi: sila dapatkan di kedai-kedai POPULAR, MPH berdekatan.


Wednesday, April 25, 2012

Tajuk-tajuk penting peperiksaan tingkatan 4, pertengahan tahun 2012


SMK DAMANSARA JAYA
TAJUK-TAJUK PENTING PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 4 - 2012

Bab 1  (Tema 1)
-Pengertian tamadun mengikut Barat dan Islam.
-nama2 tamadun awal di lembah sungai.
-ciri2 tamadun awal.
-mengapa tamadun bermula di sungai.
-Tamadun Mesir.(sistem pemerintahan & kepercayaan, sumbangan tamadun Mesir)
-Apakah ciri2 penting bagi memajukan negara.


Bab 2 (Tema 1) Penting.
-T.China – pendidikan dan perundangan. (jenis2 pendidikan, confusious vs legalisme) (sains sosial, sains dan teknologi)
-T.India- pendidikan dan perundangan. Undang-undang asoka /Dharma Sastra. (sains sosial, sains dan teknologi)
-Mengapa perundangan penting.
-Tamadun Rom (pentadbiran, sosial & sains teknologi)
-Tamadun Yunani (sains sosial, sains dan teknologi)

Bab 3 (Tema 2) penting.
-maksud pelabuhan pebekal, pelabuhan kerajaan, pelabuhan entrepot.
-ciri kerajaan maritim.
-mengapa perlu kerajaan agraria dan pelabuhan maritim berbaik-baik.
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah. Penting.
-definisi jahiliah dan ciri2nya.
-mengapa digelar zaman kegelapan.
-ciri2 drp segi agama, politik, dan ekonomi.
-amalan sistem Kabilah & kesan-kesannya.
-semangat assabiyah definisi & kesannya terhadap masyarakat.
-bagaimana ciri2 seorang syeikh
-bagaimana penyebaran secara rahsia & terbuka.
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.

Wednesday, April 11, 2012

Projek Kerja Kursus PMR 2012


SMK  DAMANSARA  JAYA
PROJEK  KERJA  KURSUS  SEJARAH  PMR  2012

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1.      Dokumentasi Tugasan 1 (Lihat soalan 1)Projek Kerja Kursus. Kumpulkan elemen-elemen berhubung dengan projek kerja kursus. (Semak soalan 1 dan 2; Lampiran 1 dan 2)
2.      Soalan: Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di Negara kita Malaysia, berdasarkan satu daripada tajuk berikutnya:
(i) Makanan / pakaian / kraf tangan atau pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam) Ada 4 bahagian kajian.
2. Rumusan patriotisme berhubung  kajian terhadap barangan/produk buatan Malaysia ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B

3. Esei berhubung nilai-nilai patriotisme. (Bahagian B) Lihat lampiran 4. 

Bahagian A: Kajian bertajuk : Tugasan 1. Lihat soalan 1.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan barangan produk Malaysia.
Hasil kajian mesti mengandungi 4 bahagian kajian: Lihat edaran mengandungi soalan Projek Kerja Kursus PMR 2012.

4 aspek: lihat soalan (Hasil Kajian)
Rumusan /iktibar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Lihat di bawah tajuk Tugasan 2 pada edaran Soalan PMR 2012
                                          SUSUNAN  UNTUK  PROJEK  KERJA KURSUS.


Muka hadapan – lampiran  1 (bertulis 1)(muka surat hadapan projek kerja kursus)
(LAMPIRAN 1)
  1. Nama Calon;
  2. Tingkatan:
  3. No Kad Pengenalan.
  4. Angka Giliran.
  5. Nama dan alamat sekolah.
  6. Tajuk Kerja Kursus.
  7. Nama Guru;
  8. Skor. (borang skor)
Borang elemen bukti (bertulis lampiran 5)
Elemen 1: Bahan bukti untuk kajian. Dilekatkan bersama projek.


Tajuk Projek:
Borang elemen 2 (lampiran 6)
Senarai kandungan
1.Penghargaan
2.  Objektif kaijan
3.   Kaedah kajian
4        Hasil kajian : 4 bahagian soalan
5        Rumusan
6        Tugasan 2- Esei.
7        Lampiran
8        Senarai rujukan
9        Senarai semak  untuk murid (lampiran 4 edaran m/s 29-21)

3.Penghargaan
Penghargaan murid terhadap mereka yang berjasa bagi melengkapkan projek.
a) Penghargaan kepada individu.:
  1. Orang sumber
  2. ibu bapa
  3. guru matapelajaran.
  4. rakan-rakan kumpulan kajian (jika ada)
b)Penghargaan kepada institusi: Yang berkaitan sahaja.
  1. Felda/Industri/kedai
  2. Muzium Negara.
  3. Perpustakaan Negara.
  4. Arkib Negara

m/s 4 objektif kajian ; lihat contoh

M/s 5    Kaedah kajian; lihat contoh

m/s 6 : lihat kehendak soalan bahagian A

m/s  seterusnya – rumusan   Kesan peristiwa kepada diri.Kesan kepada murid, masyarakat dan negara. Lihat contoh yang disertakan.

Borang elemen 3
m/s seterusnya – Tugasan 2  Esei patriotisme- tidak kurang 100 patah perkataan. (Bahagian B) Contoh  disertakan.




Lampiran semak lampiran 3 untuk cara dan bagaimana.
Gambar, peta, surat, dokumen, salinan DVD / CD (kulit) yang berkaitan dengan Tugasan 1 (mesti mengandungi keterangan/Kapsyen di bawah gambar/ peta/surat)

Senarai Rujukan
Rujuk cara menulis rujukan – lampiran 6 sebagai contoh.

Lampiran – untuk pemeriksaan guru –
Semak lampiran 4 untuk teknik.




Contoh objektif umum dan khusus kajian.

  1. Saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai produk keluaran/buatan Malaysia iaitu barangan yang merupakan barangan keluaran …  (contoh maggi mee)
  2. Saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional  berdasarkan tajuk kajian saya iaitu maklumat  barangan/produk buatan Malaysia  sejarah kewujudan dan perkembangan perniagaannya.
  3. Saya dapat mengenal pasti peranan  produksi/syarikat  iaitu …. (nama) yang mengeluarkan barangan/produk  dalam pembangunan Negara, terutamanya berkaitan pemasaran, masalah pemasaran serta potensi syarikat  yang membantu perkembangan ekonomi Negara.
  4. Saya dapat menganalisis kepentingan produk  iaitu …. (produk makanan/pakaian/alat elektrik; namakan…) dan mengenalpasti kelebihan kegunaan produk kepada rakya Malaysian amnya (serta pasaran antarabangsa (jika ada)
  5. Saya dapat mengkaji kaedah dan cara penghasilan produk  secara menyeluruh bermula daripada tenaga kerja, senarai bahan sehinggalah kepada spesikifasi kawalan mutu produk.
  6. Saya dapat mempraktikkan kerja kumpulan terutamanya menambah kecekapan dalam penggunaan skil komunikasi serta mengeratkan hubungan social bersama-sama teman-teman kerana melakukan kajian ini dalam gerak kerja kumpulan.
(Tulis dalam  perenggan seperti karangan. Murid mesti mengubah perkataan/ ayat dengan menulis ayat sendiri.)

Contoh penulisan:

       Dengan menulis Projek kerja kursus ini, saya dapat dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai produk keluaran/buatan Malaysia iaitu barangan yang merupakan barangan keluaran …  (contoh maggi mee)
Saya juga dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional  berdasarkan tajuk kajian saya iaitu maklumat  barangan/produk buatan Malaysia  sejarah kewujudan dan perkembangan perniagaannya.
Saya dapat mengenal pasti peranan  produksi/syarikat  iaitu …. (nama) yang mengeluarkan barangan/produk  dalam pembangunan Negara, terutamanya berkaitan pemasaran, masalah pemasaran serta potensi syarikat  yang membantu perkembangan ekonomi Negara.


Kaedah Kajian


     Kaedah kajian yang saya gunakan adalah menggunakan  kaedah kajian sumber bertulis atau penyelidikan perpustakaan seperti buku, makalah, risalah, surat khabar dan majalah untuk mengkaji produk barangan Malaysia iaitu…  (namakan produk) Saya telah menggunakan akhbar … (namakan) atau buku berjudul….(namakan)
      Saya juga telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
     Saya  telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai   perayaan ini. Saya juga telah mewawancara pengurus (Pengarah Urusan dan sebagainya) iaitu…..(namakan) bagi mendapatkan informasi mengenai produk yang saya kaji.
            Saya juga telah melayari laman Internet  atau meanalisis internet bagi mengetahui  latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web……………………….. (namakan. Salin/copy and paste nama web www…)
           (Jika ada) Saya juga telah menggunakan kaedah  analisis lain seperti menonton filem /dvd/u tube bertajuk …bagi memahami situasi pemasaran produk, potensi perkembangan pemasaran.
            Saya juga telah menjalankan kaedah lawatan. (Contoh , kilang/bakery/kedai koperasi; tempat produk dihasilkan iaitu di …..) bagi mendapatkan informasi, mengenali struktur dan profail syarikat.



Rumusan. Sila ubah esei mengikut perkataan anda sendiri.

               Pengkajian terhadap produk buatan Malaysia membolehkan saya mendapat pengalaman berguna dalam mendedahkan saya dengan pengalaman sebenar dunia intelektual di luar sana. Saya juga dapat mendedahkan diri saya dengan pengalaman professional dan mengenengahkan potensi diri saya.  Saya seronok dapat bekerja dan mengutip pengalaman dan menyamar sebagai wartawan di luar sana. Saya juga berpengalaman dalam mengamalkan aspek dan skil komunikasi terhadap kerja-kerja kumpulan. Kajian ini menjadikan saya lebih matang dalam menjalankan penyelidikan dan dapat berfikir di luar kotak. Saya juga mendapatkan pencarian informasi ke perpustakaan dengan menggunakan buku, majalah dan risalah. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….). Saya  juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan melihat laman web… (namakan)
    (kesan kepada diri) (Pengalaman, skil, kerja kumpulan dan apa-apa pengalaman/ kebaikan untuk diri sendiri)

               Dengan menjalankan kajian seperti ini, saya dapat mengkaji kedudukan syarikat yang mengeluarkan produk Malaysia secara menyeluruh. Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini juga saya menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen ‘Satu Malaysia’ yang diwara-warakan kerajaan.  Selain daripada ini,  penubuhan kilang/kedai barangan produk buatan Malaysia membantu rakyat Malaysia mendapat pekerjaan sekaligus menjana ekonomi negara.  (kesan kepada masyarakat)

                            Saya amat berbangga yang negara kita ini mempunyai produk sendiri iaitu ….  (namakan) Ternyata syarikat ini berjaya melibatkan perkembangan syarikat pembangunan ekonomi negara.   Dengan perkembangan ini, dapat dikatakan yang rakyat kita mempunyai semangat kekitaan   yang jitu.  Barangan yang diedarkan ke seluruh negara amnya membantu mengenalkan produk tempatan ke merata Malaysia membuktikan kita sudah boleh bersaing secara sihat dengan negara-negara yang lain. (kesan kepada negara; ekonomi, pekerjaan, menaikkan nema negara, negara maju)
            
              

Penghargaan

            Pertamanya, saya  ingin mengucapkan ribuan  terima kasih kepada  guru saya iaitu  Puan Latifah Binti …/Puan Margaret/ Encik Ayob Bin …kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.

              Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu                      ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai syarikat/kedai/kafe iaitu ……………….. yang menghasilkan produk barangan buatan Malaysia. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata  bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.

            Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web iaitu www….. (copy dan paste nama)dan  kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan  ….  (namakan produk) bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.

            Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.
            Tanpa  kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan sejarah penubuhan ….. (syarikat, namakan) , dan bagaimana syarikat ini  berperanan dalam pembangunan negara terutama aspek ekonomi.

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.Soalan: Belilah barangan buatan Malaysia: Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di Negara kita?  (anda boleh mengubah esei dengan menggunakan nilai – yang telah dihitamkan.) Sila lihat lampiran 4. P[ilih tiga nilai yang bersesuaian dengan sub-sub nilainya.

Soalan:

            (bahagian pengenalan) (perlu masukkan definisi barangan/produk buatan Malaysia)Barangan buatan Malaysia bermakna barangan atau produk yang dihasilkn di Malaysia.  Slogan di atas menunjukkan keperluan bagi rakyat Malaysia bagi membeli barangan atau produk buatan Negara sendiri.
            Dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita dapat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dengan itu kita menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara  dengan menunjukkan bahawa Negara kita  juga mampu dan mempunyai potensi untuk menghasilkan barangan sendiri. Kita juga boleh berbangga dengan sejarah Malaysia. Sejarah menunjukkan sejak berzaman dahulu, kita mampu mengadakan barangan buatan sendiri.
            Dengan membeli barangan buatan tempatan juga dapat menyemarakkan semangat setia negara. Dengan mendapatkan produk penghasilan temopatan, kita dapat memupuk nilai-nilai cinta akan bangsa dan Negara sendiri. Sebagai rakyat dengan ini juga, kita sama-sama bertanggungjawab kepada Negara sendiri dalam meningkatkan nama baik Negara dalam Negara sendiri serta ke peringkat antarabangsa. Kita mestilah juga berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan Negara dan bangsa. Penggunaan barangan sendiri menunjukkan kita bangga menjadi rakyat Negara ini.
            Pembelian produk dalam Negara sendiri juga menunjukkan kita mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Kekitaan di sini menunjukkan rasa bangga kita terhadap Negara sendiri. Kita mesti mempunyai semangat bersatu padu dan harmoni dalam menyokong Negara dengan membeli barangan atau produk tempatan. Semangat kekitaan ini juga menunjukkan yang rakyat Negara ini mempunyai sikap bekerjasama dan tolong menolong dalam mempertingkatkan ekonomi Negara. Pengurangan barangan impot dapat dikurangkan jika rakyat negara ini melebihkan pembeluian barangan negara sendiri.
            Slogan membeli barangan tempatan juga menunjukkan jati diri rakyat Malaysia yang sentiasa mahu berusaha dan produktif. Produk tempatan menunjukkan sikap rakyat kita yang sentiasa berusaha gigih dan rajin (berdikari) menghasilkan pengeluaran sendiri,. Rakyat kita juga menunjukkan sikap tabah mengahadapi cabaran global. Gandingan ini juga menujukkan kita sama-sama berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta.


Sila ke Face book  : add nama guru : Puan Noor Arbaiah Ismail. Boleh tanya on line/ e-mel kepada norafuaddj@gmail.com atau ke www.djlovehistory.blogspot.com


Tajuk-tajuk penting peperiksaan Mid Term tingkatan 5 2012


Sekolah menengah Damansara Jaya
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Ulangkaji Tingkatan 5


Tajuk-tajuk yang wajib dibaca (Tingkatan 4)
  1. Bab 2 : perkembangan Tamadun – Yunani, Rom dan India.
-Perkembangan sains dan teknologi.
-Faktor perkembangan sains dan matematik.
-tokoh matematik dan sains.
-Sebab/ mengapa boleh mencapai kemajuan sains dan teknologi.
-Seni bina; faktor kajayaan senibina.
-kenapa berjaya dalam pembinaan senibina.
-nama-nama senibina dan fungsinya.
-kenapa keperluan senibina diperlukan oleh sesebuah negara.

2.Bab 3: Kerajaan Agraria dan Maritim
-Faktor kejayaan maritim di Selat Melaka.
-faktor kejayaan Srivijaya dan Kedah Tua.
-Kepentingan pembinaan candi.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam pemerintahan, ekonomi dan sosial.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.
-bagaimana menjayakan amalan hormat menghormati dalam budaya yg berbeza.

3.Bab 4: Pembukaan semula Kota Makkah.
-perkembangan Islam di Makkah
-Faktor penerimaan.
-faktor penolakan terhadap Islam.
-sifat2 Rasullullah yg menjayakan dakwah di Makkah.
-Faktor pembukaan semula Kota Mekah.
-Strategi penaklukan.
-Kenapa berjaya.
-Kesan jangka pendek dan jangka panjang.
-Iktibar kepada penaklukan Kota Makkah.

4. Bab 7:Renainssance
-Faktor Renaissance bermula di Itali.
-Tokoh.
-Bidang Renaissance
-Kesan kepada Eropah.

5.Bab 7 :Zaman Gelap.
-kenapa dinamakan Zaman gelap.
-faktor zaman gelap.
-persamaan dengan zaman feudal Eropah dan feudal Tanah Melayu.
-bagaimana mengelak zaman ini daripada terjadi di negara kita.



6. Bab 8: Pertembungan Budaya Islam dan Barat.
-Bagaimana berlaku.
-Faktor berlaku.
-Kesan pertembungan.

Ulangkaji Sukatan Tingkatan 5

  1. Bab 1: Nasionalisme: Tahap-tahap nasionalisme.
-Tahap 1 dan 2: ciri-cirinya.
-Kesan tahap 1 dan 2 kepada penduduk.
-Tuntutan tahap 1 dan 2
-Matlamat tahap 1 dan 2
-Golongan yang terlibat tahap 1 dan 2
-Nilai iktibar kepada rakyat.

Bab 1; Imperialisme.
-faktor imperialisme.
-kesan birokrasi Barat di asia Tenggara.
-bagaimana mengelak penentangan jika anda adalah ahli Birokrasi Barat.

3. Bab 2: Nasionalisme Zaman Jepun.
-Dasar pemerintahan Jepun.
-Kenapa begitu?
-Kesan.
-Penentangan terhadap Jepun.
-Bagaimana kesannya.
-Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
-Konsep Melayu Raya dgn KRIS dan KMM.
-kenapa berjaya atau gagal?
-Persatuan-persatuan negeri dan fungsi.
-masalah2 orang Melayu/ wanita Melayu ketika itu.


4.Bab 2: Demokrasi negeri Sembilan.(Anak buah -Buapak –lembaga-undang-Yamtuan Besar)
-Maksud demokrasi di negeri 9.
-Bidang kuasa pemimpin setiapa laras.
-Bidang tugas setiap laras/bahagian.

5.Gerakan Islah
-Maksud GI.
-Kaum Muda, pelopor, majalah, tokoh.
-Sebab KM tdak berjaya disemua negeri.
-Kaujm Muda vs Kaum Tua

6.Bab 3: Penyerahan Sarawak kepada British.
-Siapa yang terlibat.
-Mengapa?
-Bagaimana dilakukan.
-Gerakan Anti penyerahan.
-Larangan kepada kakitangan kerajaan- Pekeliling no 9, apa kesannya.
-Rukun 13.

7.Bab 4:Persekutuan Tanah Melayu 1948
-tujuan persekutuan diadakan.
-isi perlembagaan.
-Mengapa berjaya.
-Tokoh yang terlibat.
-golongan yang menetang PTM 1948 dan mengapa.
-apa tindakan mereka (org dagang dan radikal)

8.Bab 4: Persekutuan Tanah Melayu 1957
-tujuan persekutuan diadakan.
-isi perlembagaan.(sekurangnya 7 isi)
-Mengapa berjaya.
-Tokoh yang terlibat-usaha Parti perikatan bagi mempastikan berjaya.
-Suruhanjaya Reid, ahli dan panduan perlembagaan.
-kepentingan perlembagaan 1957


9. Bab 5: Tokoh-tokoh kemerdekaan.
.-siapa.(Tunku abd Rahman Putra al haj, Tun Abdul Razak, Tun V.T Sambathan, Tun H.S Lee)
-peranan mereka