Followers

Sunday, October 9, 2011

Sejarah peperiksaan Akhir Tahun Ting 4 2011 (post 1)

Berikut berdasarkan kajian tajuk-tajuk penting sejarah bagi tingkatan 4 yang belum 'keluar' sebagai soalan SPm. Dianggap penting dan menjadi tajuk wajib untuk diulangkaji bagi peperiksaan tingkatan 4 (akhir tahun) dan SPM 2011. Sila semak Buku kerja dan bagi pelajar SPM 2011 (semak nota yang telah cikgu sediakan sebelum ini)

SPM 2011 Trial dan  Ramalan SPM 2011
TINGKATAN 4
Bab 1  (Tema 1)
-Tamadun India /Indus.
-Tamadun China.
( 6 aspek )

Bab 2 (Tema 1)
-Tamadun Rom
-T.Yunani (keseluruhan sudah keluar)
-T.China.
-T.India.

Bab 3 (Tema 2)
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.*
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah.
-Amalan sistem Kabilah.
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.

Bab 5 (Tema 3)Islam di Madinah.
-Perjanjian Aqabah.
-Pembukaan Kota Makkah (8 hijrah)

Bab 6 (Tema 3)
-Sumbangan Umaiyah (Tahap 1 dan 2)
-Sumbangan Abbasiyah (intelektual)
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Pertembungan Tamadun islam.
-Sumbangan T.Islam dm bidang sains.
-Sumbangan Ibnu Sina.
-Sumbangan dalam bidang seni.

Bab 7 (Tema 4)
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.3 teori
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.

Perkahwinan, gol bangsawan,kelhiran K.Islam, pusat kebudayaan, mubaligh, keistimewaan Islam)
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Pengaruh Islam ke A.Tenggara (hampir keseluruhannya sudah keluar)


Bab 8 (Tema 4)
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.


Bab 9 (Tema 5)
-Zaman gelap
-Zaman Reformation.
-Ciri-ciri Fedualisme di Eropah dan ciri-masay Melayu tradisional.

Bab 10 (Tema 6) sangat penting kerana banyak tajuk yang belum keluar lagi.
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)

Detail: mengikut bab

Bab 1
1. Tamadun yang masih belum disentuh sama sekali adalah:1.Tamadun Indus - rujuk kepada 2 bandar pelabuhan, 2 bandar penting, faktor dan sebab pembentukan Bandar Terancang Dunia. Mengapa mereka dapat membina bandar terancang. Bagimana mereka dapat membina tamadun.

2.Tamadun Hwang Ho : beberapa aspek penting (dua yang terpenting adalah aspek pemerintahan, (Bagaimana kejayaan pemerintahaan, mengapa berjaya, pemerintahan Chou, Dinasti Shang) pertanian (mengapa penting, bagaimana pertanian berjaya) Agama dan kepercayaan (jenis agama dan kepercayaan, bagaimana proses penilikan dijalankan) DJ: semak soalan peperiksaan awal tahun juga dan latihan  di buku kerja.

3. Soalan Mesir sudah banyak yang 'dikeluarkan'.

4. Tamadun Mesopotamia: juga pernah keluar sebahagian kecilnya.

Bab 2

1.Tamadun India: aspek: peningkatan tamadun (perdagangan, nama persatuan- Sresthin.Nama pelabuhan: perdagangan dengan Alam Melayu, mengapa perdagangan maju dan penting, penggunaan matawang)

2.Tamadun India: perkembangan zaman perluasan kuasa pada zaman Chandragupta Maurya dan Asoka. (mengapa penting, faktor dan kesan)

Bab 3.
1.Kepentingan Srivijaya dan Kedah Tua sebagai pelabuhan penting (menagapa penting)

2.Tasik Tonle sap: kepentingan tasik sebagai agen perkembangan pertanian.

Bab 4: Hanya tajuk Reaksi masyarakat terhadap Islam sahaja lagi yang belum keluar spm.

1.Reaksi terbahagi kepada dua (menerima dan menolak) perlu mengetahui sebab/faktor penolak atau terima, kesan dan bagaimana mengatasi.

Bab 5.

1.Piagam Madinah (mengetahui faktor, isi kandungan terhadap masyarakat Yahudi atau Muslim) mengetahui siapa orang Ansar (asal Madinah, terbahagi kepada dua iaitu Aus dan Khazraj-  bermaksud 'yang menolong') dan pihak Muhajirin (berasal dr Makkah, bermaksud org yang menerima pertolongan)

Bab 6:Kerajaan-kerajaan Islam

1.Kerajaan Bani Umayyah - Terbahagi kepada dua tahap. Sila pastikan anda mengetahui tentang aspek politik kedua-dua tahap dan bandingkan kedua-dua aspek. (lihat nota di blog)

2.Kerajaan Turki Uthamniah; Kejayaan tentera dan pengukuhan kuasa.

3.Pertembungan budaya /Tamadun Islam dengan budaya/tamadun lain.

Bab 7: penyebaran Islam melalaui aspek perdagangan dan pemerintahan (aspek faktor/mengapa dan kesan)

Bab 8
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.

Bab 10
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)

Sunday, May 8, 2011

Projek kerja kursus 2011

    Saya pasti murid-muris sudah mengetahui tajuk untuk projek kerja kursus. DI smkdj, guru-guru bersepakat memilih tajuk Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah disebabkan lebih mudah untuk mencari informasi tentangnya dibandingkan dengan tajuk-tajuk lain. Untuk murid di SMKDJ, pihak Panitia Sejarah akan mengedarkan hand out berkaitan kajian projek ini dalam tempoh seminggu minggu hadapan.

Anda boleh copy dan paste tetapi perlulah menukar sedikit ayat2 mengikut keperluan anda!

SMK  DAMANSARA  JAYA
PROJEK  KERJA  KURSUS  SEJARAH  PMR  2011

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Dokumentasi Tugasan 1 (Lihat soalan 1)
2. Rumusan patriotisme berhubung  kajian terhadap institusi  ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B

3. Esei berhubung nilai-nilai patriotsme. (Bahagian B)

Bahagian A: Kajian bertajuk : Tugasan 1. Lihat soalan 1.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan Rancangan Pembangunan  Tanah dan Wilayah.
Hasil kajian mesti mengandungi:

4 aspek: lihat soalan (Hasil Kajian)
Rumusan /iktibar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Lihat di bawah tajuk Tugasan 2

Contoh objektif kajian.
Objektif Umum:
  1. Saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai FELDA.
  2. Saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional  berdasarkan tajuk kajian saya iaitu FELDA yang diberikan.
  3. Saya dapat mengenal pasti peranan FELDA dalam pembangunan negara.
(Tulis dalam  perenggan seperti karangan)

EG: Dengan menulis Projek kerja kursus ini, saya dapat ….

Objektif khusus:
      Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji nama rasmi Felda, lokasi petempatan Felda di seluruh Malaysia.  Projek ini juga membolehkan saya mengkaji lokasi FELDA yang telah ditubuhkan sejak kemerdekaan negara, di mana pada masa itu Malaysia masih dikenali dengan nama Tanah Melayu atau Malaya lagi.

            Projek kajian ini juga akan dapat membolehkan saya mengkaji sejarah penubuhan FELDA dari awal penubuhannya sehinggalak ke hari ini.
Sekaligus, saya dapat mengkaji peranan FELDA (matlamat atau objektif penubuhan FELDA) terhadap masyarakat setempat, dan negara kita, Malaysia.
            Saya juga akan dapat mengenalpasti peranan institusi ini dari segi ekonomi iaitu peranan FELDA dalam meningkatkan ekonomi masayarakat setempat, ekonomi negeri-negeri di mana terdapatnya FELDA dan ekonomi negara.
            Selain itu, saya dapat mengkaji kedudukan dan peranan FELDA yang berfungsi dan memainkan peranan dari segi pendidikan, kemasyarakatan, pelancongan, kebajikan masyarakat FELDA.
          Kajian ini juga dapat membolehkan saya mengkaji perkembangan FELDA daripada segi kemajuan, cabaran yang dihadapi, pembangunan prasarana dan fizikal  dan saranan dan harapan FELDA.

Kaedah Kajian


     Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji perayaan tradisional saya iaitu…  (namakan buku-buku itu)
      Saya juga telah menalankan penyelidiakn di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
     Saya  telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai   perayaan ini.
            Saya juga telah melayari laman Internet  bagi mengetahui  latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web………………………..
            Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem  bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar peristiwa tersebut.
            Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara  atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang peristiwa/perayaan  yang saya kaji.



   Rumusan.

               Pengkajian terhadap institusi seperti FELDA ini membolehkan saya menghayati sejarah penubuhan, peranan FELDA, cabaran dan pembangunan fizikal dan prasarana FELDA.

               Dengan menjalankan kajian seperti ini, saya dapat mengkaji kedudukan FELDA  secara menyeluruh. Kajian ini memberikan saya pengalaman baru dari segi mencari maklumat.  Saya telah pergi melawat.. (namakan) demi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….). Saya  juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan melihat laman web… (namakan) Saya juga mendapatkan pencarian informasi ke perpustakaan dengan menggunakan buku, majalah dan risalah.

           Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini juga saya menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen ‘Satu Malaysia’ yang diwara-warakan kerajaan.
                            Saya amat berbangga mempunyai warisan institusi seperti FELDA yang begitu tinggi nilainya. Di FELDA, yang melibatkan pembangunan petempatan, rakyat Malaysia hidup dengan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan  (garis nilai) . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain di sana.Perayaan yang berbilang kaum ini menunjukkan semangat perpaduan antara kaum telah berlaku di sana.
            
                           Kajian ini juga telah menunjukkan dengan jelas peranan FELDA kepada negara baik dari segi ekonomi da sosial masayarakat. FELDA tela membuktikan bahawa institusi ini bukan sahaja memberi faedah kepada masyarakat FELDA, tetapi juga kepada negara.    





Penghargaan

            Pertamanya, saya  ingin mengucapkan ribuan  terima kasih kepada  guru saya iaitu  Puan Latifah Binti …/Puan Margaret/ Encik Ayob Bin …kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.

              Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu                      ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai FELDA. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata  bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.

            Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web FELDA iaitu www….. dan  kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan  ‘FELDA’ bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.

            Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.

            Tanpa  kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan sejarah penubuhan FELDA, dan bagaimana FELDA berperanan dalam pembangunan negara terutama aspek ekonomi.












Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah isttitusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita?

            Integrasi nasional di sini bermaksud perpaduan kaum. Di negara kita, Malaysia, perpaduan kaum sentiasa menjadi asas penting kehidupan yang tenteram dalam negara.

            FELDA pada asasnya ditubuhkan untuk memperkukuhkan dan mengimbangkan kemajuan ekonomi dan pembangunan prasarana di kawasan luar bandar. Sekaligus, penubuhan FELDA membawa maksud kita dapat menjaga menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara di mata negara lain. Dengan kemajuan FELDA, sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

            Sejarah kehidupan masyarakat FELDA juga menunjukkan berlakunya berwarisan budaya dan perwarisan sejarah masayarakat lama. Sekaligus menunjukkan  bahawa masyarakat kita,  menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip kehidupan masyarakat FELDA, dan peranan FELDA dalam ekonomi khususnya, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.


            Melalui kehidupan di FELDA, atau peranan FELDA sebagai salah satu sgensi ekonomi juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan peranan FELDA, di Malaysia,  kita juga dikehendaki bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

             Dalam melaksanakan peranan FELDA juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat  disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang ketika bekerja sama ada di pejabat di FELDA mahupun kita menjalankan fungsi sebagai ahli masyarakat FELDA. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia  yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

            Proses kehidupan di FELDA  juga  mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan kehdupan di perkampungan FELDA,  biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan bermula daripada keluarga, kaum, masyarakat dan negara. Dalam proses di FELDA, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran, sekaligus menyatukan masyarakat yang berbilang kaum. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

           Rakyat Malaysia yang tinggal di FELDA atau bekerja di FELDA juga telah memperlihatkan Semangat kekitaan  yang tinggi, dengan menunjukkan sikap bersatu padu dan berharmoni. Sikap masyarakat pelbagai kaum yang bertolak ansur dan bertoleransi memudahkan proses hormat menghormati  antara satu sama lain.  Situasi ini sekaligus akan mengwujudkan keadaan muhibbah atau semanagat bermasyarakat  yang tinggi, sekaligus mempu mengwujudkan negara yang aman dan makmur.
Sila ke Face book  : add nama guru : Puan Noor Arbaiah Ismail. Boleh tanya on line/ e-mel kepada norafuaddj@gmail.com atau ke www.djlovehistory.blogspot.com

Friday, April 29, 2011

Tajuk Ulangkaji Mid Term Exam, Form 4 tahun 2011, wajib dibaca.

Sekolah menengah Damansara Jaya
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
Ulangkaji Tingkatan 4


  1. Bab 1: ciri-ciri Tamadun asas
-Enam ciri asas.
-mengapa sungai penting.


  1. Bab 2: Tamadun Indus.
-Bandar pelabuhan.
-Bandar utama
-ciri-ciri bandar terancang
-faktor dapat membina bandar terancang.
-bagaimanakah mereka dapat membina bandar terancang.
-iktibar kepada pengalaman mereka.

3.Bab 2:Perkembangan agama-agama di dunia.
-asal usul agama.
-pengasas.
-teras ajaran. contoh, Hindu: Hukum Karma, Islam (Rukun Islam dan Rukun Iman) Empat kebenaran mulai agama Buddha.
-Mengapa manusia perlu mempunyai agama dan kepercayaan?

4.Bab 2: Tamadun Yunani dan Rom.
-ciri-ciri pendidikan Rom dan Yunani
-Sumbangan bidang falsafah Yunani.
-menagapa pendidikan penting kepada manusia.

5.Bab 2: Tamadun Hwang Ho
-kemunculan tamadun
-Agama dan kepercayaan mereka.
-Penilikan, tulang orackle
-kemajuan bidang pertanian, faktor, sumbangan.
-strategi dalam pertanian.

5.Bab 3: Kerajaan Maritim.
-Kerajaan Srivijaya, faktor kejayaan.
-Kedah Tua, kator kemunculan sebagai kerajaan maritim.
-Kemahiran sebagai pelaut yang hebat?
-aktiviti kerajaan maritim.
-iktibar kerajaan maritim.
-kerajaan agria: ciri-ciri dan nama kerajaan.
-kerajaan maritim, ciri-ciri dan nama kerajaan.
-kepentingan tasik Tonle Sap.
-bagaimana memajukan pertanian.
-bagaimana memajukan kerajaan maritim.

6. Bab 3:Pengaruh Hindu Buddha
-cara kedatangan pengaruh di Asia Tenggara.
-pengaruh Hindu Buddha dalam pemerintahan, ekonomi dan sosial.
-peranan / kepentingan bahasa sanskrit.
-bagaimana budaya hormat menghormati budaya boleh dilaksanakan?
-peranan candi dalam kerajaan awal.

7.Bab 4: Zaman Jahiliah.
-Maksud assabiyah dan kesannya kepada masyarakat.
-maksud kabilah.
-maksud kafilah.
-ciri politik, ekon dan sosial masyarakat jahiliah.
-kedudukan wanita pada zaman ini.

8. Nabi Muhammad s.a.w
-Riwayat hidup baginda.
-Pengalaman perniagaan baginda.

9. Penyebaran Islam di Makkah.
-cara penyebaran.
-memahami dua tahap penyebaran.
-sebab mudah diterima.
-sebab ditentang.
-cara penentangan orang Quraisy.
-bagaimana Nabi Muhammad menghadapi penentangan.








Tajuk Ulangkaji Mid Term Exam, Form 5 tahun 2011, wajib dibaca.

Sekolah menengah Damansara Jaya
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
Ulangkaji Tingkatan 5


Tajuk-tajuk yang wajib dibaca (Tingkatan 4)
  1. Bab 2 : perkembangan Tamadun – Yunani, Rom dan India.
-Perkembangan sains dan teknologi.
-Faktor perkembangan sains dan matematik.
-tokoh matematik dan sains.
-Sebab/ mengapa boleh mencapai kemajuan sains dan teknologi.
-Seni bina.
-kenapa berjaya dalam pembinaan senibina.

2.Bab 2: Tamadun Indus
-Faktor dan ciri-ciri Perancangan Bandar Terancang
-Bandar pelabuhan dan bandar.
-kenapa boleh membina bandar terancang pertama?

3.Bab 3: Kerajaan Agraria dan Maritim
-Faktor kejayaan maritim di Selat Melaka.
-faktor kejayaan Srivijaya dan Kedah Tua.
-Kepentingan pembinaan candi.
-Pengaruh Hindu Buddha.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.


4.Bab 4: Pembukaan semula Kota Makkah.
-Faktor pembukaan semula Kota Mekah.
-Strategi penaklukan.
-Kenapa berjaya.
-Kesan jangka pendek dan jangka panjang.
-Iktibar kepada penaklukan Kota Makkah.

5. Bab 7:Renainssance
-Faktor Renaissance bermula di Itali.
-Tokoh.
-Bidang Renaissance
-Kesan kepada Eropah.

6. Pertembungan Budaya Islam dan Barat.
-Bagaimana berlaku.
-Faktor berlaku.
-Kesan pertembungan.

Ulangkaji Sukatan Tingkatan 5

  1. Bab 1: Nasionalisme: Tahap-tahap nasionalisme.
-Tahap 1 dan 2: ciri-cirinya.
-Kesan tahap 1 dan 2 kepada penduduk.
-Tuntutan tahap 1 dan 2
-Matlamat tahap 1 dan 2
-Golongan yang terlibat tahap 1 dan 2
-Nilai iktibar kepada rakyat.

2.Bab 2: Nasionalisme Zaman Jepun.
-Dasar pemerintahan Jepun.
-Kenapa begitu?
-Kesan.
-Penentangan terhadap Jepun.
-Bagaimana kesannya.

3.Bab 2: Demokrasi negeri Sembilan.(Anak buah -Buapak –lembaga-undang-Yamtuan Besar)
-Maksud demokrasi di negeri 9.
-Bidang kuasa pemimpin setiapa laras.
-Bidang tugas setiap laras/bahagian.

4.Gerakan Islah
-Maksud GI.
-Kaum Muda, pelopor, majalah, tokoh.
-Sebab KM tdak berjaya disemua negeri.
-Kaujm Muda vs Kaum Tua

5.Bab 3: Penyerahan Sarawak kepada British.
-Siapa yang terlibat.
-Mengapa?
-Bagaimana dilakukan.
-Gerakan Anti penyerahan.
-Larangan kepada kakitangan kerajaan- Pekeliling no 9, apa kesannya.
-Rukun 13.

6.Bab 4:Persekutuan Tanah Melayu 1948
-tujuan persekutuan diadakan.
-isi perlembagaan.
-Mengapa berjaya.
-Tokoh yang terlibat.

7.Bab 4: Persekutuan Tanah Melayu 1957
-tujuan persekutuan diadakan.
-isi perlembagaan.(sekurangnya 7 isi)
-Mengapa berjaya.
-Tokoh yang terlibat.

8. Bab 5: Tokoh-tokoh kemerdekaan.
.-siapa.(Tunku abd Rahman Putra al haj, Tun Abdul Razak, Tun V.T Sambathan, Tun H.S Lee)
-peranan mereka


Monday, February 14, 2011

TAJUK/ SUB TOPIK SPM 2004-2020 DAN TAJUK RAMALAN SPM 2011

SMK Damansara Jaya, PJ
Panitia Sejarah
Tajuk soalan-soalan SPM 2004-2009
Tajuk Ramalan 2011


CIKGU MASUKKAN TAJUK SPM 2004-2010 DAN TAJUK RAMALAN DENGAN HARAPAN PELAJAR MEMPUNYAI CUKUP MASA UNTUK MENGKAJI DAN MEMBACA TAJUK2 PENTING.

SOALAN YG BIASA DITANYA: Sejauh manakah soalan yg pernah ditanya, tidak akan diulang kembali.

Jawapan cikgu: So far, sejak SPM 2004, tiada soalan ulangan diberi. Tambahan lagi MULAI 2013 SEJARAH SPM akan menjadi subjek wajib LULUS, jadi silibus akan diROMBAK. Berkemungkinan, tajuk-tajuk yang belum  disoal menjadi PILIHAN UTAMA..

Tahun-tahun sebelum ini kebanyakan tajuk (hampir 100%) yang diramalkan terdapat pada soalan SPM 2010. Sama-sama berdoa agar ramalan kali ini juga tepat belaka.

SPM 2004                                                              
-Tamadun Yunani.(pemerintahan,pendidikan dan senibina)
-Piagam Madinah(kandungan &
kepentingan)
-Imperialisme Barat dan sistem Birokrasi
-Sistem Khalifah.(Konsep)
-Perusahaan getah di T.Melayu.
-Nasionalisme Tahap 1
-Sistem pilihanraya di Malaysia.
-Faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
-ASA

SPM 2005
-Tamadun Rom.
-Peristiwa Hijrah.
-Tanaman komersial.
-Penentangan pemimpin tempatan.
-Peperiksaan awam China.
-Khalifah Umar al-Khattab.
-Tamadun Islam dan sumbangannya.
-Reaksi penubuhan Malaysia.
-Blok-blok kuasa dunia.

SPM 2006
-Dakwah Islam di Mekah.
-Ekonomi Sara diri.
-Sistem Ahli.
-K-Ekonomi.
-Tamadun Mesopotamia. (ciptaan & senibina)
-Pengaruh Islam di A.tenggara melalui bahasa, budaya dan seni.
-Malayan Union.
-DEB
-Perang dunia 1 dan 2.

SPM 2007
-Kerajaan Maritim.(ciri-ciri)
-Sistem khalifah –(Tugas, syarat & K.Abu Bakar.
-Penyebaran Islam A.Tenggara melalui pedagang.
-Pengaruh Islam di A.Tenggara melalui pemerintahan dan pendidikan.
-Revolusi Pertanian & Perindustrian.
-Definisi Imperialisme dan faktor imperialisme.
-Pembentukan Malaysia.
-pembentukan negara bangsa Eropah.
-Perlembagaan Malaysia.
-Asean dan dasar luar Malaysia.

SPM 2008
-Yunani ,prinsip demokrasi
-Perjanjian Hudaibiyah.
-Penyerahan Sarawak kepada British.
-PBB (UN)
-Tamadun Mesir Purba
-Masyarakat Jahiliah.
-Penentangan Dol Said,Mat Salleh.
-Perlombongan Bijih Timah.
-Dasar Pembangunan Ekonomi,
Dasar Pengswastaan. D.Pensyarikatan
Dasar pertanian negara.

SPM 2009 –
-Agraria vs Maritim.(ciri, pergantungan dan Iktibar & konsep saling bergantungan.
-Turki Uthmaniyah.
-Renaissance.
-Faktor nasionalisme.
-Undang-undang Tubuh Johor.
-Undang-undang Bertulis dan tidak bertulis.
-Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
-Pakatan Murni.
-Dasar Luar Malaysia.

SPM 2010
-Kepentingan sungai-tamadun
-Teori kedatangan Islam.
-Ciri-ciri negara bangsa Melaka.
-Rancangan Malaya pertama
-Riwayat Hidup Rasullullah.
-Penjelajahan Sepanyol & Portugal.
-Penentangan British di Perak & Pahang.
-Raja Perlembagaan.
-Globalisasi-cabaran globalisasi.


Sila rujuk:
www.djlovehistory.blogspot.com

SPM 2011 Trial dan  Ramalan SPM 2011
TINGKATAN 4
Bab 1  (Tema 1)
-Tamadun India /Indus.
-Tamadun China.
( 6 aspek )

Bab 2 (Tema 1)
-Tamadun Rom
-T.Yunani (keseluruhan sudah keluar)
-T.China.
-T.India.

Bab 3 (Tema 2)
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara. (politik, ekon dan sosial)
-Kerajaan Srivijaya & kuasa Maritim.
-Kerajaan Kedah Tua.
-Kepentingan Candi.
-Kepentingan Bahasa Sanskrit.

Bab 4 (Tema 3)Islam di Makkah.
-Amalan sistem Kabilah.
-kerasulan nabi Muhammad s.a.w (SPM 2010)
-Penentangan Islam di Makkah.
-Reaksi masyarakat di Makkah.

Bab 5 (Tema 3)Islam di Madinah.
-Perjanjian Aqabah.
-Pembukaan Kota Makkah (8 hijrah)

Bab 6 (Tema 3)
-Sumbangan Umaiyah (Tahap 1 dan 2)
-Sumbangan Abbasiyah (intelektual)
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Pertembungan Tamadun islam.
-Sumbangan T.Islam dm bidang sains.
-Sumbangan Ibnu Sina.
-Sumbangan dalam bidang seni.

Bab 7 (Tema 4)
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.3 teori (SPM 2010)
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.*
Perkahwinan, gol bangsawan,kelhiran K.Islam, pusat kebudayaan, mubaligh, keistimewaan Islam)
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Pengaruh Islam ke A.Tenggara (hampir keseluruhannya sudah keluar)


Bab 8 (Tema 4)
-Kesan Islam terhadap sosiobudaya.
(pendidikan, bahasa dan ekon, kesenian & gaya hidup)
-kesan kedatangan islam terhadap perdagangan, m.wang dan percukaian.


Bab 9 (Tema 5)
-Zaman gelap
-Zaman Reformation.
-Ciri-ciri Fedulisme di Eropah dan ciri-masay Melayu tradisional.

Bab 10 (Tema 6)
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
- Kesan-kesan terhadap ekonomi.
(perbandaran, pembentukan masyarakat berbilang kaum, sistem pendidikan vernakular, perkilangan, pengangkutan & kesihatan)


TINGKATAN 5

Bab 1 (Tema 1)
- Perkembangan nasionalisme pada dua tahap.
-Gerakan nasionalisme di Thailand.
-iktibar drp.gerakan nasionalisme.

Bab 2 (Tema 1)
- Faktor penentangan tempatan
-Tokoh (sudah keluar spm Naning, J.Brooke, Mat Salleh) (SPM PErak & Pahang)
-Gerakan Islah.
-Gerakan nasionalisme Zaman Jepun.

Bab 3 (Tema 2)
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu. (SPM 2010)
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.(kecuali Johor SPM 2009)

Bab 4 (Tema 3)
-Persekutuan Tanah Melayu 1948. (kecuali….)
-Tokoh penggerak.
-Politik di Sabah dan Sarawak.


Bab 5 (Tema 4)
-Suruhanjaya Reid.
-Peranan tokoh2 kemerdekaan.

Bab 6 (Tema 4) Bab favourite.
- Suruhanjaya Cobbold.
-JAK.



Bab 7 (Tema 5)
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.(SPM 2010)
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)*
-Parti politik di Malaysia.
-Senarai Persekutuan & Negeri.
Lambang Negara/Jata negara.
-Lagu Negaraku.
-Bendera Jalur Gemilang.

Bab 8 (Tema  5)
-Rancangan Lima tahun malaysia.(Rancangan Malaya 1 SPM 2010) yang lain belum keluar.
Tahap 1 dan 2.
-Wawasan 2020
-langkah mendaulatkan bahasa
-Dasar pendidikan. kebangsaan.

Bab 9 (Tema   6   )
-Koridorraya Multimedia.
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia. (dasar dan kenapa)
-Perang Dunia Pertama.
-globalisasi (SPM 2010)

noor arbaiah
file ramalan/2010