Followers

Tuesday, November 4, 2008

Sistem Back up



The answer : me...

Ramai murid yang merungut terlalu banyak fakta yang perlu diingat jika mahu skor dalam sejarah.. sebenarnya, ada sistem back up ( fakta secara umum yang bertepatan untuk anda baca dan ingat secara keseluruhan mengikut tajuk ) bermakna, jika anda lupa akan huraian dan contoh, anda boleh mengemukakan jawapan secara fakta umum...

Harapan cikgu anda akan membaca sistem back up supaya mudah anda membaca dan memahami bagaimana fakta umum akan membantu anda sekiranya anda 'jammed' atau 'blur' semasa melihat soalan sejarah nanti..

Semoga sistem ini akan membantu...Kepada Djians, sila dapatkan nota penuh sistem back up jika anda tidak hadir untuk bengkel (sangat rugi) cikgu kira.. boleh emel jika perlu bantuan cikgu... smartdjians@yahoo.com

Klinik sejarah, sejarah Tingkatan 4, Sistem Back-up

SEK.MEN.DAMANSARA JAYA
KLINIK SEJARAH SPM 2008
Jika anda tidak hadir pada 31 Oktober, sila dapatkan nota yang lengkap daripada guru sejarah anda.Rajah yang disediakan tidak dapat di download di sini.


Bagi menjawab soalan Kertas 2 SPM Sejarah, kod 1249/2 murid mestilah membaca dan memahami sukatan pelajaran sejarah keseluruhannya.
• Bagi soalan struktur, jawab seberapa jawapan yang anda ketahui. (contoh 2 isi – letakkan 4 jawapan)
• Panduan bagi menjawab esei. Satu isi = isi (fakta) + contoh (jika ada atau dapat diingat) ditulis dalam satu perenggan. Garis isi penting atau key words.
• Tidak boleh menjawab soalan dengan :
• - / * ? 1, 2,3… + di awal penulisan (markah akan dibahagi dua)
• Isi bagi memahami kertas sejarah dapat dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bidang Aspek Contoh
Politik pemerintahan – demokrasi(pilihan raya)
beraja, sistem kerah dan serah, undang-undang beraja, demokrasi
kesultanan.

ekonomi yang berkaitan dengan kewangan / perdagangan perdagangan, pelabuhan
bank, pelayaran,
Baitulmal


Sosial Budaya, cara hidup, pendidikan.pakaian, makanan
seni hias, seni bina. budaya, cara hidup,
agama, pendidikan, ubat,
sistem senibina,
tulisan.lagu.


Isi tidak perlu menyebut aspek politik, ekonomi dan sosial.
• Tidak perlu pengenalan dan penutup. Terus kepada isi.
• eg; bincangkan sumbangan kerajaan Tamadun Indus kepada ketamadunan dunia. (6m)
Sumbangan tamadun Indus yang paling penting adalah pembentukan bandar terancang yang pertama dalam dunia. (fakta – 1 markah)
Terbahagi kepada dua iaitu bahagian pentadbiran dan agama. (1m) Bahagian kedua adalah perumahan awam.(1m)
Tamadun ini juga mempunyai jalan raya (1m)dan sistem kumbahan terancang.(1m)
Bandarnya dibina berdasarkan blok empat segi (1m) dan disusun secara sistematik. (1m)
Tamadun ini juga telah berjaya membina batu bata daripada tanah liat. (1m)
tamadun telah mempunyai hubungan sosial dan perdagangan dengan Tamadun
Mesopotamia. (1m)


• Jika murid gagal mengingat secara terperinci (fakta dan contoh) murid boleh mengingat secara pukal ( apa yang digelar sebagai sistem back up) sebab isi / fakta sesuatu sub topik adalah lebih kurang sama. Paling tidak, murid masih boleh mendapat markah.
• Sumbangan Tamadun Mesir / Mesopotamia/ Hwang Ho/Indus/Rom/Yunani/China dan India. (b 1-2)
Tamadun

Politik : Sistem beraja / raja / firaun / undang-undang /Demokrasi /

Ekonomi: perdagangan/ perairan / pelabuhan

Sosial: bandar pengkhususan kerja pengairan piramid, ubatan,
matematik, atronomi,roda tulisan, agama dan kepercayaan, ubatan, mumia, kertas.
kapal layar, batu bata, ubatan




Bab 3 : Pengaruh Hindu Buddha terhadap kerajaan awal Asia Tenggara.

Politik Sistem raja
raja ketua dalam pentadbiran
konsep raja
lahir mitod dan lagenda Raja ketua dalam ekon.

Ekonomi
perdagangan

Sosialpatung-patung raja lapisan sosial paling atas
istiadat pertabalan.
konsep order kosmos.
uapacara taat setia.
cipta monumen/ candi
bahasa komunikasi
assimilasi budaya



Soalan: (Bab 1-3, bab 6 , bab 9)Jika anda seorang raja atau sultan/ maharaja, bagaimanakah anda akan memerintah?
Jawapan: adil, saksama, menulis undang-undang, cekap, amanah, berilmu, berfikiran cerdas, akhlak yang baik. seorang yang boleh ditaati.

Bab 3: Soalan, nyatakan faktor kemajuan Kerajaan agraria / Angkor / Funan.Jawapannya fakta sama (tanpa contoh – sistem back up)

• Terdapat lembah sungai yang subur. Bekalan air mencukupi.
• tanaman padi ditanam. hasil lain, jagung,pisang keledek.
• sarang burung utk perdagangan. menangkap ikan di sawah, paya, sg.
• ternakan diternak. terdapat sistem pengairan yang baik.

Bab 3 : Bincangkan faktor kebangkitan pelabuhan Kedah Tua / Srivijaya (kerajaan Maritim)
Jawapan:
1. Kedudukan yang strategik.
2. Laluan perdagangan India-China
3. hasil bumi- logam, emas, bijih timah.
4. bahasa perhubungan yang berkesan.
5. mempunyai pelabuhan Yang baik.
6. mempunyai gudang simpanan barang.
7. semangat masy.yang gemar berdagang atau belayar.
8. ada kemahiran membina kapal layar atau perahu.
9. kekuatan tentera mengawal laut.
10. hubungan yang baik dengan kerajaan agraria.

Soalan : Bincangkan iktibat / teladan yang boleh diambil oleh generasi muda hari ini daripada masayarakat maritim (spm 2007) atau masyarakat agraria / tamadun awal / Rom/ yunani/china / India /kesultanan melayu melaka Jawapannya sama sahaja.

1. menekankan perpaduan
2. mempunyai semangat meneroka.
3. menceburi bidang perdagangan.
4. saling toleransi.
5. bekerjasama.
6. mempunyai inovasi baru.
7. mempelajari ilmu sains.

Bab 4 : tamadun Islam: perkembangan di Mekah.

Soalan : Bincangkan ciri-ciri masyarakat jahiliah. (sebutkan yang negatif sahaja)
Jawapan : Akhlak yang tidak baik, minum arak, berjudi, membunuh anak perempuan, semangat assabiyah

Soalan: Jika anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, (SPM 2007) (atau mekah, atau zaman khalifah ar Rasyidin, kerajaan umaiyah, abbasiyah, uthmaniah, kerajaan Islam Asia Tenggara dll, asalkan pemimpin Islam) bagaimanakah anda mengamalkan kepimpinan dalam pentadbiran anda?

1. memerintah dengan adil.
2. menekankan perpaduan
3. mengikut undang-undang Islam.
4. toleransi atau musyawarah.
5. sultan sebagai ketua.
6. agama islam sebagai agama rasmi.
7. amanah dalam menjalankan tugas.
8. bijaksana.


Soalan : Nyatakan sumbangan Kerajaan Umayyah, Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniah.
(jawapan yang dinyatakan adalah berdasarkan prinsip sistem back up bukannya jawapan penuh)
Politik

Perlantikan khalifah sebagai
pemerintah.
dibahagikan kepd beberapa
jabatan
kekuatan tentera /
semangat jihad. mengadakan sistem

Ekonomi
Baitulmal
perdagangan antarabangsa
mengadakan pengairan sebagai
bantuan kepada pertanian.

Sosialpendidikan sehingga universiti
pusat ilmuan
pusat terjermahan.
kesihatan / hospital
kemajuan undang-undang
senibina contoh masjid



Soalan : Bincangkan cara pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia? /
bagaimana cara penyebaran tamadun Islam di Asia Tenggara. (bukan jawapan penuh – sistem back up)
Jawapan : 1. Perdagangan – perdagangan antara Islam bermula sejak abad ke 7 ke China kemudian merebak sehingga ke Eropah.
2. Adanya hubungan diplomatik. – kerajaan Umaiyah –duta ke selatan Sepanyol. Usaha memhami politik, ekon dan sosial masy setempat.
3.penaklukan dan ketenteraan-kerajaan khulafa arrasidin, umaiyah, ababasiyah sehinggalah Uthmaniah.
4.Integrasi dan assimilasi budaya – percam[uran budaya berlaku apabila percampuran masayarakat Islam dan bukan islam berlaku.
5.Pertembungan budaya baru- cth.Islam di Sepanyol.Wujud budaya baru. Bahasa Arab digunakan di Sepanyol pada masa itu.
6. Pertembungan intelektul- ilmu perkembangan dan kemajuan Islam dinikmati oleh orang Eropah dan sebaliknya.
7.perkahwinan raja dengan masayarakat luar mengislamkan masy. Raja memeluk Islam diikuti dengan rakyat. Rakyat yang berkahwin dengan pedagang Islam.
8.kelahiran kerajaan islam- kerana adanya peranan pembesar dan sebagainya.

Soalan: Bincangkan kesan pertembungan tamadun Islam / kesan Islam di Asia Tenggara.

1.Kesan aqidah –kepercayaan kepada Allah dan dan Islam.
2. Wujudnya undangt-undang Islam.
3.Perluasan kawasan Islam.
4.Penguasaan kawasan ekon.- kawalan dan keselamatan pedagang Islam..
5. Organisasi dan urbanisasi berdasarkan Islam – kemajuan berdasarkan fizikal dan budaya- tata tertib dsbnya.
6. Perkembangan intelektual – ilmu yang semakin luas.Mate, atrologi, perubatan, falsafah, kimia, senibina.
7.Usaha penterjamahan – ilmu intelektual diterjemahkan.
8. Penerokaan dan pengembaraan yang semakin luas.
9.pentadbiran secara Islam – gelatan sultan.


Bab 9 : perkembangan di Eropah. * mesti dibaca.
• Murid mesti memahami antara Zaman gelap, zaman Renaissance dan Reformation.

Zaman gelap
-kemerosotan pengetahuan
perdagangan dan
perbandaran
-keruntuhan empayar Rom.
-kerajaan islam berkembang
empayar barat merosot.
ciri penting:
-penguasaan baron (tuan tanah)
terhadap petani.
-sistem serah dan kerah (sama
seperti tanah melayu semasa
penguasaan raja dan pembesar)
-petani bayar cukai kepada baron-
baron bayar cukai kepada raja
sebagai perlindungan.
-gereja berkuasa penuh dan hanya
fokus kepada dunia akhirat shj.


Zaman Renaissance Dieja sebagai (Rena is sance)
-kelahiran semula
manusia berfikir bagi selesaikan
masalah.
-kebangkitan ilmu / seni dan
sebagainya.
-itali sebagai bandar pengasas
zaman Renainsance.


Zaman Reformation
-gerakan perubahan bagi
membentuk sesuatu yang
baru.
-kaitan dengan kristian.

Tingkatan 5
Bab 2 *

Soalan :Faktor penentangan Dato maharajalela / Dato Bahaman (perak/ selangor/sarawak/sabah /terengganu/kelantan atau sesiapa sahaja di tanah melayu terhadap Inggeris / British (tidak secara terperinci, back up sistem)
Jawapan:
Politik
- pembesar hilang kuasa.
-dasar penaklukan Inggeris.
-Inggeris melaksanakan
dasar pemerintahannya.
-pembesar hilang pengaruh.
kesulitan penduduk. -pembesar / sultan hilang hak


dalam ekonomi.
-pembesar / sultan tidak ada
kuasa mengutip cukai.
-cukai baru yang dikenakan ke atas penduduk.
-Inggeris /British tidak hormat adat resam melayu.
-campur tangan dalam adat tempatan.

Soalan: bincangkan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di tanah melayu / Indonesia / Filipina / Burma kecuali Thailand / Siam.
1. pengenalan kepada sistem pemerintahan british.
2. perkembangan sistem pendidikan-
3. dasar british yang menekan penduduk tempatan.
4. pendudukan Jepun yang menjadikan penduduk tempatan derita.
5. kemunculan mesin cetak – mudah untuk warakan semangat nasionalisme.
6. kesedaran politik di asia Tenggara.




Soalan : jika anda adalah pemimpin di Malaysia, apakah rancangan yang akan anda jalankan bagi mengekalkan perpaduan (mesti nyatakan rancangan yang telah dijalankan)
• Bahasa malaysia sebagai bahasa rasmi.
• perpaduan antara kaum.
• rukun negara sebagai garis panduan pemerintahan.
• dasar pendidikan kebangsaan.
• dasar sukan kebangsaan.
• menghormati adat resam sesama anggota masyarakat.

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya Adil Fitri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Nota ramalan Tema 1 (Bab 1-3)F4 SPM

TINGKATAN 4




Item Struktur

Muka surat 4-8

1 Kreatif dan inovasi manusia dalam kehidupan seharian merupakan proses pembentukan tamadun.
(a) Nyatakan maksud tamadun.

- Berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain
- Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
- Perkataan bahasa Inggeris iaitu Civilization
- Berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar
- Peradaban manusia
[ 2 markah ]

(b) Berikan ciri masyarakat bertamadun.

- Pertempatan kekal
- Kehidupan berorganisasi
- Sistem pemerintahan
- Pengkhususan pekerjaan
- Agama dan kepercayaan
- Bahasa dan sistem tulisan
[ 2 markah ]

(c) Namakan contoh sistem tulisan tamadun awal

- Cuneiform
- Piktograf
- Hieroglif
- Ideogram
[ 2 markah ]

(d) Nyatakan kepentingan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal

- Penyimpanan rekod
- Penulisan undang- undang
- Mencatat hal-hal keagamaan
- Mencatat idea dan pemikiran manusia
[ 2 markah ]

(e) Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat Barat dan Islam

- Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
- Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat
- Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
- Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat
- Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
- Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
- Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral
[ 2 markah ]


Muka surat 11 - 15

2




(a) Terangkan ciri negara kota Mesopotamia

- Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
- Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
- Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat
- Kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
- Terdapat jalan raya yang lurus
- Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
- Terdapat sungai yang memudahkan pengangkutan
- Mudah dihubungi dengan wilayah sekitarnya melalui jalan laut
- Terdapat kawasan tanah pamah
[ 2 markah ]

(b) Nyatakan peranan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.

- Raja sebagai ketua pentadbir
- Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
- Raja dianggap tuhan / wakil tuhan
- Raja sebagai pemilik negara kota
- Raja ketua tentera
- Raja ketua pendeta
- Raja ketua agama
- Menentukan pentadbiran ziggurat
- Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat
[ 3 markah ]

(c) Senaraikan ciri Kod Undang-Undang Hammurabi.

- Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
- Hukuman denda dan setimpal dengan kesalahan
- Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
- Mengandungi 282 undang-undang
- Dipahat pada tembok dan tiang besar
- Digubal semasa Hammurabi
[ 3 markah ]

(d) Jelaskan faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia.

- Mewujudkan sistem pendidikan
- Lahirnya jurutulis
- Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
- Melahirkan tradisi kesusasteraan
- Terhasilnya epik Gilgamesh
- Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, metematik dan geometri
- Perkembangan dalam ilmu perubatan
- Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
- Cara mengubati penyakit dicatat
- Cara menggunakan ubat-ubatan dapat dicatat
[ 2 markah ]


Muka surat 23-28

3




(a) Nyatakan dua ciri bandar terancang di Mohenjo-Daro dan Harappa.

- Teratur dan sistematik
- Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
- Di kelilingi oleh tembok
- Bahagian utamanya merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
- Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
- Disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
- Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
- Terdapat sistem kumbahan terancang
- Sungai berfungsi sebagai jalan perhubungan
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Indus?

- Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan / pertanian / pertukangan / pembuatan / artisan
- Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuk dengan Mesopotamia
- Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
- Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
- Petani bercucuk tanam makanan seperti barli/kacang
- Ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan/penghasilan barangan logam/barangan tembikar
[ 2 markah ]

(c) Senaraikan organisasi sosial masyarakat Lembah Indus

- Terbahagi kepada dua golongan / golongan atasan dan golongan bawahan
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Pendeta mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal akviti masyarakat terutama perkara yang melibatkan keagamaan
- Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
- Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
- Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan seperti menjaga kebersihan bandar/membina tembok di benteng/membina terusan
[ 2 markah ]

(d) Apakah sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia?

- Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian
- Perancangan bandar
- Kemajuan dalam geometri
- Kemajuan pembinaan / seni bina
- Teknologi pembakaran batu-bata dengan suhu tinggi
- Sifat keterbukaan
- Membuat hubungan dengan tamadun lain
[ 2 markah ]

(e) Mengapakah tamadun Indus dianggap matang?

- Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar
- Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa
- Kemajuan dalam bidang ekonomi, rohani dan kepercayaan
- Melahirkan masyarakat yang kreatif
- Menghasilkan teknologi hebat
- Mempunyai sifat keterbukaan
[ 2 markah ]


Muka surat 30-32

4 Tamadun Hwang Ho muncul kesan daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

(a) Nyatakan maksud ”mandat daripada tuhan” yang menjadi kepercayaan masyarakat
tamadun Hwang Ho.

- Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
- Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
- Pemerintah direstui tuhan
[ 1 markah ]

(b) Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho.

- Berbentuk pemerintahan beraja
- Pengganti raja ialah anak lelaki raja/saudara lelaki yang lebih muda
- Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
- Percaya kuasa raja adalah mandat daripada Tuhan
- Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
- Golongan bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya
- Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri
- Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
- Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambilalih pemerintahan Dinasti Shang
[ 2 markah ]

(c) Sebutkan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.

- Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme
- Menyembah roh nenek moyang
- Menyembah Tuhan syurga (Shang Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
- Menyembah sungai, bukit dan gunung
- Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban
- Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh bomoh
- Bomoh menggunakan tulang oracle iaitu tulang binatang dan kulit kura- kura untuk meramal sesuatu keadaan
- Amalan menilik menggunakan tulang oracle membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China
[ 2 markah ]

(d) Senaraikan dua kesan kemahiran teknologi gangsa yang dikuasai oleh Dinasti Shang.

- Menghasilkan senjata
- Perisai
- Hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera
- Peralatan upacara keagamaan
- Menundukkan golongan bawahan iaitu golongan hamba
[ 2 markah ]

(e) Nyatakan tiga sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.

- Sistem pemerintahan monarki
- Gelaran raja ditukar kepada maharaja
- Pembinaan sistem pengairan
- Pembinaan terusan
- Teknologi pembajakan
- Penciptaan cangkul / sabit
- Penggunaan batas tanaman
- Peralatan pertanian daripada besi
- Sistem tulisan
- Sistem percetakan
- Pemujaan roh nenek moyang
- Konsep Yin dan Yang dan feng shui
- Sistem kalendar
ITEM ESEI

Muka surat 19 - 22

1 (a) Jelaskan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.
[ 6 markah ]
F1 - Pemerintah tertinggi iaitu raja digelar Firaun.
F2 - Firaun menjadi ketua pemerintah
F3 - Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan
F4 - Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis
F5 - Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan
dan menguruskan pengagihan bekalan makanan
F6 - Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah
F7 - Rahib menguruskan hal keagamaan
F8 - Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan


(b) Jelaskan sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba.
[ 4 markah ]

F1 - Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
F2 - Kanak-kanak diberi pendidikan sejak daripada umur yang rendah
F3 - Institusi pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
F4 - Pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
F5 - Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih untuk menguruskan tanaman/mengawal banjir/membina bangunan/membina piramid
F6 - Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains
F7 - Melahirkan pengamal perubatan

(c) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada tamadun manusia.
[ 10 markah ]

F1 - Senibina piramid
H1a - Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep
H1b - Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
H1c - Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan
F2 - Penciptaan kertas daripada pokok papyrus
H2a - Memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata
H2b - Penyimpanan rekod khazanah bangsa
H2c - Menggunakan tulisan yang cantik halus dan penuh seni pada makam dan batu
H2d - Tinggalan dalam bentuk rekod dan tertulis dengan tulisan hieroglif
F3 - Mewujudkan sistem pendidikan
H3a - Sistem pendidikan untuk kanak-kanak keluarga atasan
H3b - Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
H3c - Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
H3d - Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
H3e - Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
F4 - Kemajuan perubatan
H4a - Melahirkan pengamal perubatan
H4b - Pengamal perubatan mendapat status yang tinggi kerana berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat
H4c - Proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan
H4d - Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
H4e - Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar dalam bidang ilmu
F5 - Pengawalan air daripada Sungai Nil
H5a - Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, astronomi digunakan dalam mengawal banjir yang berlaku sekali setahun
H5b - Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menebus guna kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian

H5c - Pemerintahan Firaun Senuusret III telah membina tembok pengairan bagi menebusguna kawasan padang pasir
H5d - Beliau juga membina terusan untuk mengairkan tanah
F6 - Pengetahuan astronomi dan matematik
H6a - Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun


Muka surat 17- 22

2


(a) Apakah yang anda faham dengan pernyataan di atas?
[ 10 markah ]

F1 - Sungai Nil mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean
F2 - Berpunca daripada dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru dan Sungai Nil Putih
F3 - Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang menukarkan bentuk muka bumi Mesir menjadi tanah dataran yang subur
F4 - Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia
F5 - Tanah lanar yang dibawa berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia
F6 - Petempatan tetap di sepanjang sungai berkembang menjadi perkampungan
F7 - Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka memperkenalkan sistem kalendar
F8 - Gabungan perkampungan mewujudkan beberapa buah bandar dan membentuk nome
F9 - Tanah dataran subur sesuai untuk pertanian dan petempatan manusia
F10 - Kemajuan tamadun bergantung kepada pengawalan air Sungai Nil
F11 - Melahirkan perkembangan ilmu matematik seperti algebra dan geometri
F12 - Pengetahuan dalam bidang astronomi telah menyebabkan mereka memperkenalkan sistem kalendar
F13 - Pokok papyrus dijadikan kepingan kertas
F14 - Kapal-kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan seperti Thebes/Memphis/Fayoum/Abydos dan Heliopolis
F15 - Pemerintah mencipta sistem pengairan
F16 - Sistem pengairan telah menukar padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian


(b) Jelaskan sistem kepercayaan tamadun Mesir Purba
[ 5 markah ]

F1 - Percaya kepada konsep politeisme
F2 - Setiap tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ),
Ra - Atum (Tuhan Langit) dan Amun ( Tuhan Angin)
F3 - Percaya pada kehidupan selepas mati
F4 - Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti
F5 - Makam mayat dipenuhi dengan peralatan serta keperluan serta kelengkapan selepas mati
F6 - Solekan mayat dan alat kebesaran yang ditanam menentukan status mayat.


(c) Terangkan pencapaian masyarakat Mesir Purba hasil penguasaan mereka dalam bidang matematik dan astronomi ?
[ 5 markah ]
F1 - Dapat mengawal banjir sungai Nil
F2 - Mencipta sistem pengairan/terusan
F3 - Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
F4 - Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun
F5 - Pembinaan bangunan
F6 - Piramid
F7 - Menguruskan hal ehwal pertanian


Muka surat 24-27

3(a) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan pembentukan bandar terancang dalam tamadun Indus.
[ 8 Markah ]

F1 - Bandar terbahagi dua bahagian
F2 - Bahagian utama pusat pentadbiran dan keagamaan
F3 - Menempatkan bangunan pentadbiran
F4 - Tempat mandi awam
F5 - Tempat menyimpan hasil pertanian
F6 - Bahagian kedua kawasan perumahan
F7 - Bandar dirancang dengan rapi
F8 - Susun atur sistematik
F9 - Dibantu oleh kemajuan geometri
F10 - Dibantu oleh kemajuan pembinaan
F11 - Sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F12 - Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
F13 - Bandar disusun berasaskan blok
F14 - Blok berbentuk segi empat
F15 - Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus
F16 - Jalan raya bersambung antara satu sama lain
F17 - Bandar juga dihubungkan dengan sungai


(b) Nyatakan ciri-ciri organisasi sosial dan pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus.
[8 markah]

Organisasi sosial
F1 - Golongan atasan
F2 - Terdiri daripada pendeta dan pedagang
F3 - Pendeta kelas utama
F4 - Mempunyai kuasa mengawal aktiviti masyarakat/agama
F5 - Golongan bawahan memberi ketaatan kerana agama
F6 - Pendeta memegang tampuk pemerintahan
F7 - Golongan bawahan
F8 - Terdiri daripada petani dan buruh
F9 - Petani menjalankan akiviti pertanian
F10 - Petani menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
F11 - Buruh menjalankan aktiviti perburuhan
F12 - Menjaga kebersihan bandar
F13 - Membina tembok di benteng
F14 - Membina terusan
Pengkhususan pekerjaan
F15 - Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi
F16 - Perdagangan, Pertanian, Pertukangan dan Pembuatan
F17 - Aktiviti perdagangan
F18 - Perdagangan dengan luar/Mesopotamia
F19 - Penemuan cop mohor Mesopotamia
F20 - Hasil dagangan tanaman makanan barli, kacang
F21 - Ada ahli masyarakat menjadi artisan
F22 - Terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam
F23 - Membuat tembikar


(c) Nyatakan sumbangan tamadun Indus dalam perkembangan peradaban dunia.
[ 4 Markah ]

F1 - Mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
F2 - Kebolehan mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan mereka
F3 - Perancangan bandar mewujudkan bandar terancang Mohenjo-Daro dan Harappa
F4 - Pembinaan memerlukan ilmu geografi, kesenian dan matematik
F5 - Menyusun bandar berasaskan bentuk segi empat
F6 - Membina jalan raya yang lurus
F7 - Meningkatkan mutu binaan
F8 - Menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
F9 - Sifat keterbukaan membuat hubungan dengan tamadun lain
F10 - Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F11 - Memperolehi manfaat melalui pertukaran teknologi


Muka surat 31-33

4(a) Terangkan sistem pemerintahan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho.
[ 8 markah ]

Sistem pemerintahan
F1 - Sistem pemerintahan beraja
H1a - Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja
F2 - Raja-raja Shang berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama
H2a - Berkuasa di kawasan pusat pentadbiran
H2b - Percaya kuasa raja mandat dari tuhan
H2c - Tidak perlu mendapat pengesahan politik
H2d - Raja-raja Shang keturunan pemerintah agama
F3 - Urusan pentadbiran
H3a - Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
H3b - Bangsawan membantu raja bagi wilayah luar pusat pentadbiran
H3c - Bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayah
H3d - Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri, memungut cukai pertahanan dan undang-undang
F4 - Raja Dinasti Chou
H4a - Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
H4b - Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah
H4c - Mengikat pembesar dengan ikrar taat setia kepada pemerintah Chou
H4d - Pembesar memberi hadiah kepada pemerintah seperti kereta kuda/senjata gangsa / hamba/binatang
H4e - Pembesar melindungi raja
H4f - Memberi bantuan tentera pada masa perang
H4g - Menjadi ketua agama
H4h - Menjalankan upacara pengorbanan
Sistem Kepercayaan
F5 - Mengamalkan banyak kepercayaan animisme dan politeisme
H5a - Mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
H5b - Menyembah tuhan syurga (Shang ti)
H5c - Menyembah tuhan bumi (Tu)
H5d - Menyembah sungai, bukit, gunung
F6 - Upacara penyembahan
H6a - Melibatkan permainan muzik, tarian
H6b - Upacara korban diketuai oleh golongan bomoh
F7 - Jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang
H7a - Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulang oracle
H7b - Fungsi tulang ini untuk meramal sesuatu keadaan
H7c - Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang di unggun api sehingga merekah
H7d - Rekahan ini ditafsirrkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian


(b) Nyatakan susun lapis organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang
[ 4 Markah ]

F1 - Lapisan paling atas ialah golongan raja dan pembesar
F2 - Diterajui oleh raja
F3 - Golongan pembesar memiliki tentera dan senjata gangsa
F4 - Menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan
F5 - Golongan bawahan ialah golongan petani dan artisan
F6 - Petani membentuk sebahagian penduduk kawasan luar bandar
F7 - Artisan mempunyai kemahiran dalam teknologi gangsa
F8 - Golongan paling bawah ialah hamba
F9 - Perhambaan merupakan ciri utama Dinasti Shang


(c) Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho.
[ 8 Markah ]

F1 - Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno
F2 - Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
F3 - Gelaran raja ditukar kepada maharaja
F4 - Konsep anak syurga dan Mandat dari syurga dikaitkan dengan raja
F5 - Amalan putaran Dinasti diteruskan hingga abad ke 20
F6 - Pembinaan sistem pengairan
F7 - Pembinaan terusan untuk mengelak banjir dan mengairi kawasan pertanian
F8 - Teknologi pembajaan dan penciptaan cangkul dan sabit
F9 - Petani menggunakan batas untuk penanaman
F10 - Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi
F11 - Sistem tulisan digunakan dalam penulisan dan percetakan
F12 - Tulisan juga diajar di sekolah China
F13 - Tulisan berkembang dan penggunaan oleh orang Korea dan Jepun
F14 - Sistem kepercayaan melibatkan pemujaan roh nenek moyang kekal sehinggga hari ini
F15 - Unsur pemujaan dimulakan sejak zaman Shang dan diteruskan mengikut kesesuain masa
F16 - Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan kepercayaan masyarakat China
F17 - Sistem Kalendar diperkenalkan semasa pemerintahan Shang
F18 - Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun
F19 - Raja menggunakan kalendar untuk digunakan bagi menentukan musim menanam dan menuai
F20 - Menjalankan upacara perkahwinan/perburuan/pengkebumian
F21 - Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu The Art Or War oleh Sun Tzu
F22 - Membicarakan selok belok perang dan menangani musuh
F23 - Pada hari ini falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan




ITEM STRUKTUR

Muka surat 44-50

Tokoh Tamadun
Julius Caesar Rom
Asoka India
Alexander The Great Yunani
Shih Huang Ti China

1 Tokoh-tokoh di atas merupakan pemimpin berwibawa dan kuat yang membawa
pembaharuan dalam tamadunnya.

(a) Nyatakan perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar.

- Menjalankan pemerintahan bercorak empayar
- Meluaskan kuasa ke Macedonia/Yunani/Sham/Mesir/Perancis/ Britania/ beberapa kawasan di Jerman
- Membentuk pemerintahan berpusat
- Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya
- Menamatkan pemerintahan republik
- Menguasai angkatan tentera
- Menguasai Dewan Senat
- Mengisytiharkan dirinya sebagai diktator
- Menggunakan gelaran maharaja
[ 2 markah ]

(b) Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh Asoka dalam dasar perluasan kuasanya?

- Menekankan kedamaian
- Menekankan kemajuan sosial
- Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
- Menjalankan penaklukan tanpa melalui ketenteraan
- Membentuk pentadbiran bercorak birokrasi
[ 2 markah ]

(c) Senaraikan sumbangan Alexander The Great dalam usaha perluasan kuasa.

- Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia
- Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Yunani
- Meluaskan lagi jajahan takluk Yunani
- Menakluki empayar Parsi / Mesir / Turkistan /Samarkand
- Menguasai seluruh kawasan Laut Mediterranean
- Menyebarkan kebudayaan Hellenistik
[ 2 markah ]

(d) Berikan dua usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti bagi mengukuhkan empayar Dinasti Chin.

- Menyatukan kerajaan kecil di China
- Memerintah secara autokratik/tegas dan mutlak
- Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
- Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
- Membina Tembok Besar China
[ 2markah ]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri kepimpinan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tersebut di atas?

- Berwibawa
- Berani/gagah
- Bijak dalam pentadbiran
- Adil
- Inovatif/kreatif
- Mana-mana yang munasabah
[ 2markah ]


Muka surat 53-55

2



(a) Apakah matlamat pendidikan dalam Negara kota Athens?

- Bertujuan menghasilkan manusia seimbang dari segi rohani dan jasmani
- Melahirkan manusia memenuhi tuntutan mental dan fizikal
- Manusia yang cemerlang dapat memberikan sumbangan kepada
kesejahteraan masyarakat
- Menitik beratkan kemahiran semua aspek seperti pendidikan / muzik / sukan / kesusasteraan/seni berpidato/membaca/menghafal dan menulis
[ 2 markah ]

(b) Mengapakah pendidikan di Negara kota Sparta mementingkan latihan fizikal berbanding dengan kepentingan rohani?

- Melahirkan warganegara tentera yang sempurna/gagah
- Melahirkan warganegara yang tentera setia kepada negara kota
- Mendapatkan kemahiran menggunakan senjata
[ 1 markah ]
(c) Nyatakan tiga ciri sistem pendidikan pada Zaman Vedik.

- Mementingkan keagamaan
- Agama Hindu menjadi teras
- Didominasi oleh kaum lelaki
- Golongan wanita tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan
- Penekanan pembelajaran kepada kitab veda
- Menggunakan bahasa Sanskrit
- Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab veda
[ 3 markah ]

(d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan tamadun China.
- Mengenal tulisan ideogram
- Menghafal tulisan ideogram
- Menghafal sembilan buah buku suci
- Menulis karangan
- Mempelajari sastera
- Menterjemah buku suci
[ 2 markah ]

(e) Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat tamadun awal memberi tumpuan kepada bidang pendidikan?

- Melahirkan masyarakat yang setia kepada negara
- Mengatasi masalah buta huruf
- Mendapatkan jawatan dalam kerajaan
- Mana-mana jawapan yang munasabah
[ 2 markah ]

Muka surat 63-64

3 Tamadun Yunani,Rom, India dan China telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan tamadun manusia pada hari ini.

(a) Nyatakan sumbangan tamadun Rom dalam bidang politik.

- Sistem pemerintahan berbentuk demokrasi
- Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik
- Rakyat terlibat dalam pembentukkan kerajaan
[ 2 markah ]

(b) Senaraikan hasil kesusasteraan tamadun awal yang masih dijadikan rujukan sehingga hari ini.

- Iliad
- Odyssey
- Mahabhrata
- Ramayana
[ 3 markah ]

(c) Berikan dua kepentingan tinggalan binaan keempat-empat tamadun.

- Warisan yang dikagumi
- Berharga sebagai sumber pelancongan
- Sumber contoh senibina
[ 2 markah ]
(d) Namakan bahasa yang digunakan untuk tujuan keagamaan dan kesusasteraan.

- Bahasa Latin
- Bahasa Sanskrit
[ 1 markah ]
(e) Nyatakan dua aspek utama yang membezakan sukan Olimpik dahulu dan sekarang

- Tujuan organisasi
- Bilangan peserta
- Bilangan acara
- Bilangan negara yang mengambil bahagian
- Mana-mana jawapan yang munasabah
[ 2 markah ]


Muka surat 65-68

4 Agama merupakan keperluan utama dalam pembentukan dan peningkatan tamadun.

(a) Nyatakan dua fungsi tuhan dalam agama Hindu.

- Mencipta ( Brahman )
- Memelihara ( Vishnu )
- Membinasa ( Siva )
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan dua kebenaran mulia yang dicapai melalui lapan jalan dalam agama Buddha.

- Dukka/penderitaan
- Samudaya/sebab penderitaan
- Nirodha/nafsu yang membawa penderitaan
- Marga/cara memadamkan nafsu dan keinginan
[ 2 markah ]

(c) Apakah dua teras yang wajib dipelihara dalam agama Islam?

- Akidah
- Syariah
[ 2 markah ]

(d) Nyatakan peranan Maharaja Constantine dalam perkembangan agama Kristian di Rom.

- Mengiktiraf agama Kristian sebagai agama yang bebas dipraktik
- Penganut Kristian dikecualikan dari kerja berat
- Hari ahad dikhaskan untuk aktiviti keagamaaan
[ 2 markah ]

(e) Pada pendapat anda, apakah kepentingan agama kepada kehidupan manusia?

- Menjadi pedoman untuk membimbing manusia ke arah hidup yang lebih sempurna
- Mendisiplinkan manusia
- Mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah
[ 2 markah ]





Item Esei

Muka surat 42 - 44

Tamadun Sistem Pemerintahan
Yunani Demokrasi
Rom Republik




1 Jadual di atas menunjukkan sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh Tamadun Yunani dan Rom.

(a) Terangkan empat bentuk pemerintahan di negara kota Athens sebelum demokrasi diperkenalkan.
[ 8 markah ]
F1 - Mengamalkan pemerintahan beraja/monarki
H1a - Raja berperanan sebagai ketua hakim/ ketua tentera/ ketua agama
H1b - Raja dibantu oleh konsul dalam menjalankan pentadbiran
F2 - Pemerintahan oligarki
H2a - Pemerintahan oleh beberapa orang konsul
H2b - Apabila konsul semakin kuat, peranan raja semakin merosot
H2c - Kuasa raja terhad
F3 - Pemerintahan aristokrasi
H3a - Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya
H3b - Dari kalangan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat
H3c - Golongan ini yang membolot kuasa
H3d - Rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan aristokrasi
F4 - Pemerintahan tirani
H4a - Pemimpin menggelarkan dirinya sebagai diktator
H4b - Pemerintahan yang zalim
H4c - Kuasa digunakan secara sewenang-wenangnya
H4d - Pemerintahnya berkuasa mutlak
H4e - Kuasa tidak terhad
H4f - Di bawah pimpinan golongan kaya / tentera
F5 - Pemerintahan demokrasi muncul apabila golongan aristokrat menentang pemerintahan diktator


(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan demokrasi dilaksanakan di Athens
[ 6 Markah ]
F1 - Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
F2 - Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
F3 - Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan selama 6 bulan sehingga setahun
F4 - Dewan Perhimpunan akan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan
F5 - Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
F6 - Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis
F7 - Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan
F8 - Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya

(c) Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan republik di Rom.
[ 6 markah ]
F1 - Tiada pemerintah berkuasa mutlak
F2 - Kuasa tertinggi terletak di tangan dua orang konsul
F3 - Perlantikan dua orang konsul bertujuan mengimbangkan kuasa
F4 - Konsul dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh
F5 - Dewan Senat membantu konsul dalam pentadbiran
F6 - Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan
F7 - Dewan Senat membincangkan hal pentadbiran dan merangka
undang-undang.
F8 - Ahli Dewan Senat boleh dilantik menjadi konsul dengan syarat menjadi
praeotor / pemerintah tentera terlebih dahulu.
F9 - Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
F10 - Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
F11 - Dewan Perhimpunan bertanggungjawab meluluskan keputusan yang
dibuat oleh Dewan Senat.


Muka surat 40-51

2 Tamadun India mencapai zaman kemuncaknya semasa pemerintahan Maharaja Asoka.

(a) Jelaskan pembentukan tamadun di atas.
[ 6 markah ]
F1 - Wujud selepas keruntuhan tamadun Indus
F2 - Kedatangan orang Aryan telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus
F3 - Tahap ini dikenali sebagai zaman Vedik
F4 - Mengambil nama sempena kelahiran kitab-kitab Veda
F5 - Permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat India
F6 - Pada masa itulah lahirnya agama Hindu
F7 - Masyarakat beralih ke Lembah Ganges menggantikan Lembah Indus
F8 - Pemerintahan beraja diperkenalkan dengan mempunyai dua bentuk kerajaan
F9 - Janapada atau kerajaan kecil dan Mahajanapada atau kerajaan besar
F10 - Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
F11 - Seluruh India Utara disatukan membentuk empayar pertama di India
F12 - Empayar ini dikenali sebagai pemerintahan Dinasti Maurya


(b) Terangkan usaha perluasan kuasa dalam tamadun tersebut.
[ 6 markah ]
F1 - Berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya
F2 - Bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya
H2a - Mempunyai pasukan tentera yan besar
H2b - Terdapat 600 ekor gajah
H2c - 1000 orang tentera berkuda
H2d - 10 000 orang infantri
H2e - Berjaya menakluki seluruh India setelah mengukuhkan kedudukannya
H2f - Menakluki Punjab
H2g - Menewaskan seleceus yang memerintah empayar seleciud
H2h - Menakluki kawasan India Barat
F3 - Semasa pemerintahan Bindusara
H3a - Meluaskan empayar Maurya ke Mysore bahagian selatan India
F4 - Semasa pemerintahan Asoka
H4a - Tidak menekankan kekuatan ketenteraan
H4b - Menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka
H4c - Memberi penekanan kepada agama Buddha
H4d - Seluruh India menjadi kawasan takluk India
H4e - Berlaku selepas kemenangan Asoka dalam Perang Kalinga




(c) Huraikan kemajuan bidang ekonominya.
[ 8 markah ]
F1 - Aktiviti perdagangan berkembang pesat
H1a - Melibatkan perdagangan dalam dan luar wilayah India
H1b - Pusat perdagangannya ialah Anga, Kalinga dan Karusa
H1c - Menghasilkan senjata, gading gajah, emas dan mutiara
H1d - Hubungan perdagangan dengan negara luar
H1e - Hubungan kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara
H1e - Pelabuhan penting menghubungkan India dengan Negara luar
C1a - Seperti Tampraliti, Ghatansala, Kadura di bahagian timur
C1a - Broach/Chaul/Kalyan dan Cambay di bahagian barat
F2 - Di setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan
H2a - Penubuhan persatuan tukang kayu/tukang logam dan tukang kulit
H2b - Matlamat persatuan untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
H2c - Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
H2d - Perlaksanaan undang-undang diawasi oleh Raja
C2a - Persatuan stresthin
F3 - Mata wang sebagai medium jual beli
H3a - Zaman Gupta menggunakan mata wang emas
H3b - Dinasti Gupta dan Maurya telah melaksanakan satu dasar kewangan
H3c - Dasar ekonomi yang sistematik
H3d - Aktiviti perdagangan disokong oleh sektor perusahaan
C3a - Perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera
C3a - Perusahaan membuat sutera berpusat di Bengal dan Benares
C3a - Perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata
F4 - Zaman Maurya mengenakan pelbagai jenis cukai
H4a - Cukai terhadap pelbagai hasil perdagangan
H4b - Cukai hasil pertanian dan buahan
C4a - Cukai untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja
C4a - Pentadbir
C4a - Raja
F5 - Perdagangan maritime berkembang
H5a - Antara India dengan alam Melayu
H5b - Antara India dengan China
H5c - Pedagang India mendapatkan
H5d - Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka turut berkembang
C5a - Hasil seperti rempah / bedak wangi / gading gajah / besi dari Alam Melayu
C5a - Pedagang India mendapatkan tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China


Muka surat 57-68

3 Peningkatan tamadun awal telah menyumbang kepada kemajuan dunia hari ini.

(a) Terangkan sumbangan sains dan teknologi tamadun Rom.
[ 6 markah ]
F1 Ahli matematik Rom
H1a Bothius mengambil asas matematik tamadun Yunani
H1b Beliau mengaitkan matematik dengan muzik,geometri dan astronomi
F2 Penciptaan perahu layar
H2a Meningkatkan aktiviti perdagangan laut
H2b Alat pengangkutan penting dalam peperangan dan perluasan kuasa empayar Rom
F3 Binaan Pantheon
H3a Binaan berbentuk kubah merupakan tempat memuja dan menyimpan patung dewa
H3c Tempat menjalankan kerja awam
F4 Binaan Colloseum
H4a Berbentuk kubah boleh memuatkan 50000 hingga 80000 penonton
H4b Tempat pahlawan Rom bertarung
H4c Berfungsi sebagai teater
F5 Binaan Aqueduct
H5a Saliran air melalui saluran bawah tanah dan saluran dalam pintu gerbang
H5b Aqueduct yang paling panjang di Marcia iaitu 91 km
H5c Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti


(b) Terangkan perkembangan seni bina yang terdapat dalam tamadun China.
[ 10 markah ]
F1 Tembok besar China
H1a Dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
H1b Pembinaan dimulakan oleh maharaja Shih Huang Ti dalam Dinasti Chin
H1c Panjangnya 5000 km ,lebar 4.5-9 meter dan tingginya7.5 meter .
H1d Bertujuan untuk untuk menghalang serangan orang-orang Hun
H1e Semasa Dinasti Ming, tembok tersebut disambung sehingga 6400km panjang
H1f Menggunakan tenaga melebihi 30 000 orang
F2 Tembok batu
H2a Memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok
H2b Di bandar-bandar purba China seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang
dibina dengan rekaan yang mempunyai tembok batu
H2c Di Bandar lain tembok dibuat daripada tanah liat dan batu bata
H2d Di kampung tembok diperbuat dari tanah Lumpur.
H2e Setiap tembok mempunyai pintu gerbang
H2f Pintu gerbang yang di kelilingi oleh parit besar dan menara
H2g Semua ciptaan seni bina tersebut untuk tujuan keselamatan dan menghalang
ancaman daripada pihak musuh
F3 Kediaman Maharaja
H3a Kawasan dalam tembok menempatkan istana Maharaja
H3b Sebuah istana yang masih kekal ialah Kota Larangan
H3c Kota Larangan mempunyai banyak dewan dan taman
H3d Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan dan tempat hukuman, keraian dan
perjumpaan.
F4 Kuil dan pagoda
H4a Kuil yang besar terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi
tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan
H4b Pagoda berbentuk meninggi hingga 15 tingkat
H4c Biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segiempat sama
H4d Bentuknya tidak tetap bagi semua binaan dan tempat


(c) Pada pendapat anda, apakah usaha yang membantu sesuatu tamadun berkembang?
[ 4 markah ]
F1 Kestabilan politik
F2 Sistem pemerintahan yang kuat dan adil
F3 Pemimpin berwibawa dan dinamis
F4 Manusia mesti bersifat inovatif
F5 Sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan
F6 Hubungan dengan tamadun lain seperti hubungan perdagangan dan diplomatik
F7 Perkembangan pemikiran dan kemahiran seperti agama, pendidikan, falsafah, sains dan teknologi
F8 Perkembangan ilmu pengetahuan
F9 Penjajahan atau penaklukan wilayah
F10 Bukti pencapaian masyarakat lampau membantu meningkatkan keinginan meneroka








Item Struktur

Muka Surat 75 - 83

1






(a) Nyatakan dua ciri kerajaan Agraria.

- Wujud di lembah sungai`
- Terdapat di kawasan pedalaman
- Wujud di lereng tanah gunung berapi dan kawasan berbukit
- Mengusahakan tanaman padi sawah dan padi huma
- Mengusahakan tanaman sampingan seperti jagung/ pisang/ keledek
/sayur
- Menjalankan kegiatan penternakan seperti lembu/kambing/kerbau/ayam
- Memungut hasil hutan seperti kayu gaharu /kapur barus /tanduk /gading/damar/kayu cendana/pelbagai jenis buah-buahan
- Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih/lada hitam
- Mencari sarang burung untuk tujuan perdagangan
- Menjalankan kegiatan menangkap ikan di sawah/paya/sungai
- Mendapatkan kulit kura-kura
- Membina sistem pengairan
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan kegiatan ekonomi masyarakat Maritim.

- Menangkap ikan
- Memungut hasil laut
- Melombong bijih logam seperti emas dan timah
- Perdagangan
- Membuat perahu / kapal layar
- Pelaut
- Tentera laut
[ 2 markah ]

(c) Berikan satu sebab kenapa Kerajaan Funan berkembang menjadi kerajaan maritim.

- Kedudukan Oc-eo terletak di muara Sg.Mekong
- Terlindung daripada tiupan angin dari Teluk Siam
- Mempunyai kemudahan pelabuhan
- Kemudahan bekalan makanan dan minuman

(d) Senaraikan faktor yang membantu kemajuan pertanian kerajaan Agraria.

- Sistem pengairan yang baik
- Tanah yang subur
- Iklim panas lembab sepanjang tahun
- Kedudukan berhampiran Tasik Tonle Sap
- Sumber air yang banyak dari Sungai Mekong
- Ada Baray/ tempat takungan air
- Raja berperanan dalam pembinaan sistem pengairan
- Sistem pengairan yang baik
- Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan
[ 2 markah ]

(e) Pada pandangan anda, mengapakah kedua- dua kerajaan ini saling melengkapi?

- Agraria membekalkan tenaga kerja yang mencukupi
- Agraria membekalkan beras /sumber makanan utama
- Agraria membekalkan kayu untuk membuat kapal
- Agraria membekalkan gajah untuk kenderaan raja
- Agraria menyediakan tukang kayu dan batu
- Agraria membekalkan makanan dan hasil hutan
- Maritim membekalkan barang mewah
- Maritim membekalkan tembikar, gelas, manik
[ 3 markah ]

Muka Surat 75 - 79

2 Kemajuan pertanian kerajaan Agraria banyak membantu perkembangan pelabuhan kerajaan Maritim.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan Agraria?

- Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan memungut hasil hutan dan sungai
- Terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai
- Terdapat di kawasan pedalaman
- Terdapat di kawasan berbukit dan lereng tanah gunung berapi
[ 1 markah ]

(b) Nyatakan dua jenis pelabuhan kerajaan Maritim.

- Pelabuhan pembekal
- Pelabuhan kerajaan
- Pelabuhan entrepot
[ 2 markah ]

(c) Senaraikan nama pelabuhan pembekal yang telah mendapat status pelabuhan kerajaan.

- Champa
- Kedah Tua
- Langkasuka
- Srivijaya

(d) Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kehidupan masyarakat kerajaan Angkor

- Membekalkan sumber air minuman
- Limpahan Sg.Mekong menambahkan keluasan Tasik Tonle Sap
- Sekitar tasik subur dengan mendapan lumpur
- Membekalkan sumber protein seperti ikan
- Air dari tasik dialir ke kawasan sawah menggunakan terusan/sistem pengairan
- Sumber air dari tasik menampung keperluan tanaman padi
- Mengembangkan peranan kerajaan Angkor
- Menyediakan bekalan beras yang mencukupi bagi kerajaan Angkor
[ 3 markah ]
(e) Pada pendapat anda apakah nilai yang dapat dilihat daripada masyarakat kerajaan maritim.

- Eksploitasi kemahiran
- Berani melayari lautan
- Semangat meneroka
- Mencuba perkara baru
- Bercita-cita tinggi
[ 2 markah ]


Muka Surat 84 - 87

3 Perubahan sistem pemerintahan dan peningkatan penghasilan karya banyak dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.

(a) Terangkan cara kedatangan pengaruh kedua-dua agama tersebut.

- Dibawa golongan Ksyatria atau tentera
- Dibawa oleh pedagang atau vaisya
- Dibawa golongan Brahmin atau pendeta
- Proses pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik
- Disesuaikan dengan budaya tempatan seperti arca dengan ikatan tali kulit harimau
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.

- Gelaran raja mula digunakan
- Raja di puncak pemerintahan
- Dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, ahli agama, rakyat dan hamba
- Raja berkuasa mutlak meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
- Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
- Melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak akan diampunkan
- Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
- Raja merupakan bayangan Tuhan dan melahirkan konsep dewa-raja
- Raja Tuhan/Dewa raja turut dipercayai memiliki kesaktian
- Kedudukan atau status raja dikukuhkan dengan unsur mitos dan lagenda
- Kedaulatan raja dikukuhkan melalui pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja
- Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta /Konsep orde kosmos
- Golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan
- Gelaran raja mula digunakan
[ 3 markah ]

(c) Berikan ciri pentadbiran pusat dalam kerajaan Srivijaya.

- Terdapat 4 kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra
- Anak gundik/raja putra tidak boleh menjadi raja
- Di bawah raja ada parvanda/senapati iaitu ketua pentadbiran pusat
- Terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu
- Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran
[ 2 markah ]
(d) Senaraikan dua contoh batu bersurat yang ditemui di Srivijaya.

- Batu Bersurat Kedukan Bukit
- Batu Bersurat Talang Tuwo
- Batu Bersurat Kota Kapur
- Batu Bersurat Telaga Batu
- Batu Bersurat Karang Berahi
- Batu Bersurat Palas Pasemah
- Batu Bersurat Bawang
[ 2 markah ]


(e) Pada pendapat anda, apakah kriteria pemilihan seorang datu?

- Dilantik oleh raja
- Berketurunan raja / parvanda
- Orang-orang kaya / bhupati
- Setiap orang yang dilantik mesti mengikut upacara angkat sumpah di Telaga Batu
[ 1 markah ]


Muka Surat 88 - 92

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan monumen?

- Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu
- Bertujuan memperingati orang ternama
- Memperingati peristiwa penting
- Berupa candi/ kuil/ wat/ stupa / arca dan patung
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan fungsi candi dalam masyarakat di Asia Tenggara.

- Rumah ibadat
- Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
- Tempat simpan patung dewa utama
- Lambang keagungan seorang pemerintah berdasarkan kehebatan senibinanya
- Melambangkan kehebatan ahli seni agama
- Angkor Wat melambangkan orde kosmos
[ 3 markah ]

(c) Namakan tahap kehidupan dalam agama Buddha yang diterapkan dalam pembinaan candi Borobudur.

- Sila ( moral )
- Samadhi ( penumpuan )
- Panna ( kebijaksanaan )
[ 1 markah ]

(d) Namakan barang warisan yang dijumpai di Lembah Bujang.

- Tembikar tanah
- Tembikar China
- Barangan kaca
- Manik
- Patung Agama Hindu dan Buddha
- Pelbagai jenis binaan dan struktur binaan
[ 2 markah ]
(e) Berikan dua candi yang terdapat di Lembah Bujang.

- Candi Estet Sungai Batu
- Candi Bukit Batu Pahat
- Candi Kampung Pendiat
- Candi Bukit Pendiat
- Candi Permatang Pasir
- Candi Pangkalan Bujang
[ 2 markah ]


ITEM ESEI

Muka Surat 78 - 79

1 Perkembangan kerajaan Maritim banyak didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya.

(a) Terangkan peranan pelabuhan dalam Kerajaan Maritim ?
[ 8 markah ]
F1 - Berperanan sebagai pelabuhan pembekal
H1a - Pedagang mendapatkan bekalan hasil tempatan seperti logam /emas / timah/ hasil hutan / hasil laut / makanan
F2 - Berperanan sebagai pelabuhan kerajaan
H2a - Menjadi tempat berdagang kepada pedagang berhampiran seperti Champa dan Langkasuka
H2b - Pedagang luar seperti Teluk Siam, Kemboja, Vietnam ,China Selatan hingga ke India dan Barat
H2c - Pelabuhan Kedah tua, Srivijaya terletak di kawasan perdagangan yang amat strategik
F3 - Berperanan sebagai pelabuhan entrepot
H3a - Menjalin hubungan perdagangan dengan China dan India
H3b - Membeli barang daripada pedagang antarabangsa
H3c - Mengedar kepada pedagang yang datang dari kawasan sekitar dan kawasan taaluk

Muka Surat 80

(b) Mengapakah penduduk kerajaan Maritim menjadi pelaut yang berjaya?
[ 4 markah ]
F1 - Didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka
F2 - Semangat berdagang dengan masyarakat luar
F3 - Mereka mahir membuat perahu dan kapal layar
F4 - Perahu digunakan untuk perdagangan jarak dekat
F5 - Kapal layar digunakan untuk perdagangan jarak jauh
F6 - Mereka mengetahui kaedah untuk menuju kesesuatu tempat berpandukan bintang di langit

Muka Surat 80 – 81

(c) Jelaskan faktor yang membantu Srivijaya menjadi kuasa maritim pada abad ke 7 hingga abad ke 13.
[ 8 markah ]
F1 - Memiliki bala tentera laut yang besar
F2 - Dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut
F3 - Tentera laut ditugaskan mengawal perdagangan di Selat Melaka
F4 - Tentera laut mengawal keselamatan kerajaan
F5 - Menjalankan dasar perluasan kuasa ke atas kawasan yang berhampiran
F6 - Meluaskan kuasa di Jambi, Kedah Tua, dan pesisir pantai Sumatera
F7 - Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda
F8 - Kedudukannya strategik di Selat Melaka,
F9 - Menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang
F10 - Perdagangan di antara India dan China
F11 - Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa
F12 - Dibekalkan oleh kawasan pemerintahan dan kawasan taklukan
F13 - Mampu menghasilkan kapal besar
F14 - Menyediakan kemudahan seperti tempat membaiki kapal/tempat penginapan/ penyimpanan barang
F15 - Kemudahan mendapat bekalan makanan di kawasan pemerintahan dan wilayah taklukannya
F16 - Pengurusan di pelabuhan yang cekap

Muka Surat 81 - 83

2 Konsep saling melengkapi antara kerajaan awal banyak membantu perkembangan perdagangan.

(a) Terangkan faktor yang mempengaruhi perkembangan Kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara.
[ 8 markah ]
F1 - Kerajaan ini adalah yang tertua
H1a - Menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke 5 Masihi.
H1b - Berperanan sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka
H1c - Terbukti berdasarkan jumpaan tembikar China dari Zaman Dinasti Tang
H1d - Pedagang berdagang dengan banyak negara seperti China, India , Sri Lanka, Burma dan Timur Tengah
F2 - Gunung Jerai
H2a - Menjadi panduan kapal dagang yang keluar dan masuk
F3 - Kedudukannya yang strategik
H3a - Terletak di laluan Selat Melaka
H3b - Terlindung dari tiupan angin monsun
F4 - Kemudahan
H4a - Menyimpan barang dagangan, /membaiki kapal, tempat berdagang/ tempat berdagang / penginapan
F5 - Kaya
H5a - Kekayaan hasil hutan seperti damar/ rotan / sumber bumi seperti timah
H5b - Barang dagangan dari luar seperti kain kapas/ sutera/ teh / tembikar/ kaca / manik


(b) Huraikan sejarah pembentukan Kerajaan Kedah Tua
[ 8 markah ]
F1 - Sungai Mas
H1a - Kerajaan Kedah Tua muncul di Sungai Mas pada abad ke 5 Masihi hingga ke 11 Masihi
F2 - Lembah Sungai Bujang
H2a - Kerajaan Kedah Tua beralih ke lembah Sungai Bujang dari abad ke 11 hingga ke 13 Masihi
F3 - Agama Buddha
H3a - Pada abad ke 5 hingga ke 10 penduduk Kedah Tua menganut Agama Buddha
F4 - Agama Hindu
H4a - Selepas abad ke 11 Masihi penduduk Kedah Tua menganut Agama Hindu
H4b - Berdasarkan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha
H4c - Berdasarkan jumpaan 9 buah candi yang dibina kembali hasil dari penyelidikan arkeologi dan arca Hindu Buddha
F5 - Kerajaan Kalah di Sungai Takuapa
H5a - Terletak disebelah utara Kerajaan Kedah Tua



(c) Faktor kedudukan negara kita yang strategik banyak membantu kegiatan ekonomi. Jelaskan
[ 4 markah ]
F1 - Menjadi laluan perdagangan antarabangsa
F2 - Laluan perdagangan kekal hingga ke hari ini
F3 - Pembinaan, penambahan dan pembaikan kemudahan Pelabuhan Kelang dan Tanjung Pelepas memberi keuntungan kepada rakyat dan negara
F4 - Membawa keuntungan kepada zaman ini
F5 - Melalui peningkatan hasil dari perdagangan antarabangsa
F6 - Meningkatkan peluang pekerjaan
F7 - Mengembalikan kegemilangan masa lampau


Muka Surat 85 - 90

3 Penerimaan masyarakat peribumi Asia Tenggara terhadap beberapa aspek kebudayaan India khususnya sistem beraja juga didorong oleh faktor perdagangan.

(a) Jelaskan peranan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.
[10 markah ]
F1 - Raja sebagai ketua pemerintah
F2 - Di bawahnya terdapat kerabat diraja dan pembesar
F3 - Di bawahnya ahli agama atau Brahmin, rakyat dan hamba
F4 - Raja berkuasa mutlak
F5 - Meliputi pentadbiran / Hubungan luar/ Ketenteraan/ Khazanah negara
F6 - Perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan
F7 - Sekiranya engkar dianggap menderhaka
F8 - Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F9 - Raja adalah bayangan Tuhan
F10 - Rakyat takut menderhaka walaupun raja tidak berlaku adil
F11 - Dewa raja memiliki kesaktian
F12 - Menggunakan unsur mitos dan lagenda untuk memperkukuhkan kedudukan raja
F13 - Raja mendirikan kompleks kota
F14 - Melambangkan konsep alam semesta
F15 - Dikenali sebagai orde kosmos
F16 - Dalam pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar
F17 - Terdiri daripada pegawai tentera dan hakim
F18 - Di daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor


(b) Nyatakan ciri seni bina candi Borobudur.
[ 6 markah ]
F1 - Dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah
F2 - Dibina sembilan tingkat
F3 - Terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha
F4 - Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan
F5 - Diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha
F6 - Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
F7 - Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan melambangkan tahap nirwana
F8 - Stupa terbahagi kepada tiga tingkat
F9 - Melambangkan tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna
F10 - Dibina dalam masa 75 tahun






(c) Terangkan faktor yang mempengaruhi gaya patung Agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara
[ 4 markah ]
F1 - Elemen India dan elemen tempatan
H1a - Elemen India dan tempatan didapati menyamai gaya patung di Champa/Dvaravati /Srivijaya/ Sailendra/Angkor/Padang Lawas
F2 - Gaya India
H2a - Masa mempengaruhi gaya binaan patung India
F3 - Pengaruh Amaravati
H3a - Patung yang dibuat pada abad ke 3 hingga abad ke 5 Masihi mempunyai pengaruh Amaravati
F4 - Zaman Dinasti Gupta
H4a - Patung yang dibuat pada abad ke 5 hingga abad ke 7 Masihi mempunyai pengaruh Zaman Dinasti Gupta

Muka Surat 92 - 94

4 (a) Huraikan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia
Tenggara
[ 10 markah ]
F1 - Bidang intelek
H1a - Bahasa Sanskrit telah meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
C1a - Contohnya Batu Bersurat di tapak –tapak sejarah awal di Asia Tenggara
F2 - Maklumat
H2a - Bahasa Sanskrit di Batu Bersurat mengandungi maklumat tentang agama/ pemerintahan /raja / undang-undang
C2a - Contohnya Batu Bersurat di Kutei/ Sungai Mas / Palembang
F3 - Keturunan
H3a - Batu Bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
F4 - Ajaran Buddha
H4a - Batu Bersurat Sg.Mas ( Kedah Tua ) berkaitan dengan ajaran Buddha
F5 - Kemahiran yang tinggi
H5a - Pemerintahan dan amaran raja dipahat pada batu dan pemahatan memerlukan kemahiran yang tinggi
C5a - Contohnya Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno dan dipahat
H5b - Penulis mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
H5c - Kemahiran yang tinggi diperlukan agar tulisan dapat dibaca dan batu tidak pecah sewaktu dipahat
F6 - Arahan dan pemberitahuan
H6a - Terdapat pada Batu Bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara
H6b - Arahan dan pemberitahuan ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
F7 - Bahasa keagamaan
H7a - Bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan
C7a - Contohnya kitab-kitab berkaitan keagamaan
F8 - Bahasa berkaitan pemerintah dan ilmu
H8a - Banyak perkataan bahasa Sanskrit kekal dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara
H8b - Sesetengah perkataan mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini
C8a - Contohnya seperti dosa/ duka/ manusia / pahala/derhaka/sengsara/rupa/ huruf
F9 - Bidang kesusasteraan
H9a - Pengaruh India terhadap Asia Tenggara dapat dikesan melalui peranan Bahasa Sanskrit
C9a - Contohnya Kitab Sastera Hindu/ Buddha / Tamil
F10 - Bahasa ilmu dan komunikasi
H10a - Bahasa Sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara

(b) Jelaskan kesan penggunaan bahasa Sanskrit dalam bidang kesusasteraan di Asia Tenggara.
[ 6 markah ]
F1 - Pengaruh India melalui peranan bahasa Sanskrit terdapat dalam kitab sastera Hindu/Buddha /Tamil
F2 - Epik Ramayana dan Mahabharata menyumbang kepada penggunaan unsur mitos
F3 - Mempengaruhi kesusasteraan klasik
F4 - Banyak digunakan dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama/ Sutasoma/ Arjunwiwaha / Kunjarkarna
F5 - Masyarakat terdedah kepada cerita dalam epik Ramayana dan Mahabhrata
F6 - Bahasa Sanskrit digunakan dalam penceritaan lisan
F7 - Disampaikan melalui teater seperti wayang kulit
F8 - Mahabharata melahirkan naskhah yang diadun dengan unsur tempatan
F9 - Menghasilkan Hikayat Pendawa Lima/ Hikayat Pendawa Jaya/ Hikayat Sang Samba
F10 - Penulisan Epik Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama


(c) Nyatakan kesan persahabatan antara kerajaan awal Asia Tenggara dengan kuasa luar.
[ 6 markah ]
F1 - Lahir kebudayaan yang merupakan adunan antara kebudayaan India dengan kebudayaan Asia Tenggara
F2 - Masyarakat yang inovatif dalam menerajui kehidupan
F3 - Kerajaan awal dapat mempertahankan kemerdekaannya sehingga kedatangan Barat
F4 - Mewujudkan sifat inovatif dan reaktif
F5 - Mereka mempelbagaikan kebudayaan dan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu
F6 - Masyarakat lebih terbuka minda
F7 - Mempunyai sikap toleransi yang tinggi
F8 - Memastikan kehidupan yang harmoni di dalam Negara masih dapat dipelihara
F9 - Pergeseran dan perselisihan yang berlaku tidak berpanjangan dan dapat diatasi dengan bijaksana



- Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
[ 3 markah ]

Friday, September 12, 2008

HMM geram 1

Saya tidak berada di sekolah ketika peperiksaan percubaan kertas sejarah SPM kerana berada di luar kawasan, di Alor Setar. Tidak cukup dengan itu, apabila saya balik ke sekolah, dikejutkan dengan beberapa insiden.Ada kes murid yang meniru dan percubaan meniru. Saya tidak tahu apa yang murid2 ini fikirkan atau cuba lakukan. Pada siapa yang mereka cuba 'penuhi' impian atau markah mereka.Adakah cuba menabjubkan guru mereka, mereka sendiri atau sesiapa.... Pendek kata, murid tidak sepatutnya meniru atau berniat meniru!!!

Lebih mengejutkan, ada yang berkata, blog ini mengandungi soalan bocor.Aduh!!!! rasa peningpun ada. Saya rasa ada beberapa ratus sub tajuk di dalam blog ini, kalau ada soalan yang mirip atau berbunyi seumpama dengannya, adakah soalan tersebut di anggap bocor! Dan kalau ada nanti soalan sekolah yang sama atau mirip dengan soalan spm, adakah soalan tersebut dianggap bocor dan saya boleh ditahan kerana membocorkan soalan SPM? Padahal saya tiada akses kepada soalan SPM langsung!!!!

Dalam memahami sejarah, Tema = beberapa bab. Dalam bab pula mengandungi beberapa, kadangkala sehingga berpuluh tajuk/sub tajuk. Jika dikatakan soalan bertajuk Kerajaan Islam akan keluar, maka ada beratus kemungkinan. Kalau dikecilkan sub tajuknya; Kerajaan Umaiyahpun, masih ada banyak sekali pilihan... boleh jadi, pengasas kerajaan, peringkat awal kerajaan, pertengahan kerajaan, faktor kebangkitan, faktor kejatuhan,faktor pengasasan, sumbangan dalam bidang intelektual, politik, ekonomi, sosial,kewangan, tokoh dalam kerajaan Umaiyah (ada lebih 10 pilihan - fokus kepada 6 orang)

Sejarah bukanlah bidang yang kecil... Contoh yang lain... Jika anda diminta fokus kepada tajuk, Agama Hindu di Asia Tenggara.Tajuk yang berkemungkinan, Faktor bagaimana merebaknya, bagaimana, bagaimana pengaruh agama ke dalam pentadbiran dan kerajaan, persamaan agama Hindu dalam pemerintahan, perbandingan sebelum dan selepas merebaknya agama Hindu-Buddha, bagaimana pengaruh Islam boleh menenggelamkan pengaruh Hindu-Buddha, ciri-ciri kuil Hindu-Buddha, kegunaan kuil Hindu Buddha, peranan stupa, peranan Angkor Watt, peranan kuil di kerjaan awal di Kedah, kerajaan awal Srivijaya,... dan berpuluh lagi... jadi kalau disebut satu tajuk, dan anda diminta fokus, tidak semestinya, tajuk itu perlu dianggap bocor!!!!!

Disebut Rancangan Malaya atau Wawasan 2020 juga luas.Bagaimana Rancangan ini berjaya, objektifnya, kenapa, bagaimana,bagaimana dikaitkan dengan perpaduan, kemerdekaan negara,keamanan Malaysia, kejayaan Malaysia kepada dunia luar, bagaimana pengekalan kepada kesejahteraan ekonomi, sosial mahupun politik.Semuanya bergantung kepada isi, olahan dan contoh murid!!! Kalau anda mendapat soalan teruspun, tiada jaminan anda akan dapat menjawabnya dengan skema yang sempurna.

Kalau dikutkan hati saya yang bengang, mahu saya tutup saja blog ini.Padan muka semua!!! dan sayapun tidak sakit hati. Beri bunga, dapatnya tahi!!!

Saya masukkan beratus sub topik dengan harapan murid akan dapat belajar dan menfaat daripadanya, bukannya menganggap blog sebagai tempat 'bocornya' soalan. Aagaknya dalam zaman moden ini, tiada perkataan 'memberi' kerana murid tidak akan berterima kasih sebaliknya membalasnya dengan perkara-perkarta yang memeningkan semula.. adios

Friday, September 5, 2008

Bab 9 (F5)Soalan Ramalan Tingkatan 5, Tema 5

BAB 9 - MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

1 a ) Berdasarkan petikan di atas, apakah pertimbangan yang digunakan oleh Malaysia semasa menggubal dasar luarnya. Huraikan. (12m) SPM 2009

TEMA HURAIAN
F1-Pembeli ….Hubungan yang berterusan dalam Amerika Syarikat dan Britain sebagai pembeli utama bahan mentah negara
F2-Labur ….Amerika mampu melabur modal yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana menjadi negara yang kaya
F3-Komunis ….Pengalaman menentang Komunis oleh kerajaan dan penderitaan rakyat, juga mengelak hubungan dengan negara komunis
F4-Agama ….Kebanyakan penduduk Tanah Melayu eragama Islam mudah menerima hubungan dengan negara-negara Islam
F5-TAR ….Kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang anti komunis
F6-PBB ….Hormati Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuyang mengekalkan keamanan dunia
F7-Komanwel ….Keanggotaan dalam komanwel menggalakkan hubungan sesame anggota
F8-Kecuali ….Dasar berkecuali yang diamalkan di Tanah Melayu mendorong dasar luar yang lebih terbuka
F9-Apartheid ….Penentangan terhadap dasar tersebut menggalakkan hubungan egen negara-negara Afrika yang lain
F10-Israel ….Sentimen keagamaan tamadun Israel menghadkan hunungan dengan Israel


b ) Menjelang 1970-an dasar luar Malaysia mulai berubah kepada dasar berkecuali. Jelaskan (8m)

F1-AMDA Kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA
F2-Britain Kurangnya pengaruh Britain di Timur
F3-Vietnam Pergolakan yang berlaku di Vietnam
F4-ZOPFAN Konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali
F5-Komunis Hubungan diplomatic dengan negara berfahaman komunis
F6-Jiran Jalinan persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran


2 a ) Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama (10m) Ramalan
F1-Tamat - Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
F2-Versailles - Persidangan Damai yang diadakan pada Jun 1919 membawa kepada pemeteraian Perjanjian
Versallies
F3-Peta - Perjanjian ini telah mengubah peta Eropah
F4-Baru - Membentuk beberapa buah negara baru
F5-Liga - Perjanjian ini membawa kepada pembentukan Liga Bangsa pada tahun 1919 yang matlamat
utama untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama serta keselamatan bersama
F6-Inflasi - Negara yang berperang mengalami inflasi
F7-Hutang - Hutang peperangan yang tinggi disebabkan perbelanjaan yang besar
F8-Belanja - Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion menakala Perikatan Kuasa Tengah
membelanjakan US$60 bilion
F9 -Pengangguran - Masalah pengangguran di kalangan negara-negara berperang
F10-Pasaran - Amerika Syarikat dan Jepun mengambil alih pasaran dunia
F11-Britain - Britain sebagai negara industri kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya
F12-Nyawa - Menyebabkan kehilangan nyawa yang begitu ramai

b ) Perjanjian Versallies yang ditandatangani selepas Perang Dunia Pertama merupakan factor pencetus kepada Perang Dunia Kedua. Jelaskan. (10m)
F1-Rasa - Rasa tidak puas hati Jerman terhadap Perjanjian Versallies
F2-Hilang - Jerman kehilangan tanah jajahannya
F3-Pampasan - Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi sebagai negara yang kalah
F4-Tentera - Jerman diarahkan mengurangkan saiz angkatan tenteranya
F5-Hitler - Pemimpin baru Jerman, Adolf Hitler Berjaya menguasai Jerman melalui partinya National
Socialist
F6-Ingkar - Hitler ingkar Perjanjian Vertallies
F7-Bina - Hitler membina sebuah angkatan tentera yang besar
F8-Pulih - Hitler berjaya memulihkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk
F9-Maruah - Hitler Berjaya memulihkan meruah bangsa Jerman dengan mengembalikan semangat
kebangsaan kepada rakyat
F10-Mussolini - Itali dipihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama tidak diberi tanah jajahan
menyebabkan pimpinan Benito Mussolinimenjajah Habsyah (Ethiopia)
F11-Ceroboh - Pada tahun 1940 Itali telah menceroboh Perancis
F12-Jepun - Jepun muncul sebagai sebuah kuasa yang ingin menguasai negara-negara di Timur dan berasa
bertanggungjawab membebaskan negara-negara ini daripada penjajahan Barat
F13-Meiji - Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri dan menguatkan ketenteraan untuk
meluaskan pengaruh di Asia

3 a) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada tahun 1945 iaitu selepas Perang Dunia Kedua .
Jelaskan matlamat Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (8m)
F1-Jamin - Menjamin keamanan dan keselamtan dunia
F2-Baik - Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota
F3-Selesai - Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa
F4-Asasi - Melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit
F5-Harmoni - Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota


b ) Huraikan peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam PBB (12m)
F1-Konflik - Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
F2-Congo - Sejak tahun 1960, Malaysia dipilih menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan
Perang saudara di Congo
F3-Namibia - Pada tahun 1989, Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi
membantu negara itu mencapai kemerdekaan
F4-Iran - Pada tahun 1990 an, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
F5-Kampuchea - Menghantar pemerhati ketika menyelesaikan perang saudara di Kampuchea
F6-Bosnia - Hantar pasukan pengaman ke Bosnia
F7-Apartied - Malaysia lantang bersuara menentang Dasar Apartied di Afrika Selatan
F8-Dadah - Pengerusi Persidangan Dadah di Austria 1987
F9-Bank - Bank Dunia Bantu negara ahli contoh FELDA
F10-Agensi - Menyertai agensi FAO, WHO, UNESCO
F11-Ahli - Menjadi ahli Majlis Keselamatan 1965, 1989, 1999
F12-Wakil - Tan Sri Razali Ismail menjadi wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik Myanmar
F13-Anjur - Malaysia menganjurkan persidangan antarabangsa menyelesaikan masalah Palestin

4 a ) Jelaskan usaha-usaha kerajaan Malaysia untuk memajukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) (8m)
Prasarana - Menyediakan prasarana bagi merebut peluang dan faedah tersebut
Promosi - Menjalankan pelbagai langkah bagi mempromosikan penggunaan ICT di sekolah dan kepada
masyarakat
MSC - Melancarkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang telah dimulakan e-pendidikan,
pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital
Peruntukan - Menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion bagi projek berasaskan ICT dalam
Rancangan Malaysia Kelapan
Agih - Menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion diagihkan bagi program ICT luar Bandar
untuk mengelakkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar

b ) Terangkan langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam merealisasikan konsep K-Masyarakat (12m)
Bangun - Prsarana untuk pertumbuhan k-masyakat telah dibangunkan dengan secekapnya terutama
dalam bidang pendidikan
Pendidikan - Membangun dan menyusun semula system pendidikan Malaysia
Saing - Mendirikan Sekolah Wawasan bagi memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai
kaum yang dapat meningkatkan daya saing
Bestari - Mendirikan Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dalam
usaha memupuk rasa cinta terhadap IT
Kurikulum - Kurikulum juga ubahsuai dan dibentuk semula agar dapat melahurkan pelajar yang kreatif,
dinamis serta berfikiran kirtis dan analitis
Tenaga - Melahirkan kumpulan tenaga kerja berpendidikan tinggi, bermotiwasi tinggi dan
berkemahiran tinggi sebagaimana yang diperlukan bagi menyahut cabaran globalisasi
Wawasan - Matlamat k-masyarakat adalah selari dengan Wawasan 2020 yang berusaha mewujudkan
masyarakat Malaysia yang maju dan saintifik.


5 a) Jelaskan maksud Hubungan Bilateral dan Hubungan Multilateral. (4m)
F1- Hubungan Bilateral : hubngan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya :
Ha▪ hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran iaitu – Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Hb▪ hubungan luar dengan negara-negara asia lain, Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah.
Hc▪ hubungan dengan negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
F2- Hubungan Multilaterial : hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan. Contonya :
Ha-Persatuan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), komanwel, Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), pergerakan
negara-negara berkecuali (NAM) dan lain-lain.

b) Penggubalan Dasar Luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor. Apakah faktor tersebut. (16m)
F1-Faktor sejarah
Ha- zaman kesultanan Melayu Melaka.
Ha▪ hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan negara-negara di Kepulauan Melayu.
Hb▪ hubungan Melayu serumpun di kepulauan Melayu seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.
Hb- selepas merdeka
Ha▪ Malaysia menyertai komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara-negara komanwel
lain seperti Australia dan New Zealand.
Hb▪ mengamalkan dasar luar pro-barat dan antikomunis semasa menerima ancaman pengaruh Parti Komunis Melayu
(PKM) kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.
F2-Ekonomi
Ha▪ menjalankan dasar ekonomi pasaran bebas dan menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia demi
memajukan ekonomi.
Hb▪ zaman penjajahan – tanah melayu adalah antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah dan hingga kini
menjalin hubungan dagangan dengan Britain, Amerika Syarikat.
Hc▪ selepas merdeka – Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal daripada negara-negara maju.
Hd▪ menggalakkan pelaburan asing untuk meningkatkan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan.
He▪ 1980-an mengamalkan dasar pandang ke timur dengan menhggalakan pelaburan dari negara Jepun dan Korea.
Hf▪ menjalinkan hubungan dengan negara-negara sedang membangun dan negara-negara islam untuk meningkatkan
pasaran barangan keluaran Malaysia disamping melabur di negara-negara berkenaan.
F3-Politik
Ha- dasar luar menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contoh :
Hb▪ Malaysia menyokong pelastin bagi mewujudkan keamanan di rantau asia barat.
Hc▪ Malaysia berpegang teguh pada prinsip dan piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) untuk memelihara
keamanan dunia.
Hd- Malaysia tegas menyokong semua resolusi PBB kearah mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
F4-Geografi
Ha- kedudukan Malaysia yang strategik di asia tenggara yang bersempadan dengan Singapura, Thailan, Indonesia,
Filiphina dan Brunei.
Hb- perairan menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dunia.
Hc- keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
F5-Demografi
Ha- majoriti penduduk Malaysia beragama islam. Dengan itu Malaysia menjalankan hubungan baik dengan negara islam.
Contoh : Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israil yang menceroboh dan menindas penduduk
pribumi Plastin.
Hb- Malaysia memberi kebebasan kepada penduduk pelbagai kaum dan agama untuk mengamalkan budaya dan agama
masing-masing.
Hb- Malaysia menentang keras dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan sehinggalah menghapuskan undang-
undang Dasar Apartheid, barulah diadakan hubungan diplomatik.

6 a) Jelaskan perkembangan Dasar Luar Malaysia. (5m)
F1-Tahap I (1957 – 1970)
Ha-Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Hb- mengamalkan dasar pro-barat yang antikomunis dan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan komanwel.
Hc- dipengaruhi oleh faktor-faktor :
F2-Politik
Ha▪ ancaman komunis di negara-negara asia tenggara dan ancaman parti komunis Malaya.
Hb▪ Malaysia perlu bantuan pertahanan dari negara komanwel terutama british, Australia dan New Zealand.
Hc▪ untuk menyekat pengaruh komunis, Malaysia menandatangani perjanjian pertahanan Inggeris- Tanah Melayu (AMDA)
pada tahun 1956. mengikut perjanjian tersebut, Malaysia akan dibantu oleh british apabila diserang oleh mana-mana
negara.
Hd▪ berbaik-baik dengan negara jiran.
He- selepas merdeka, Malaysia menghadapi krisis dengan negara jiran iaitu konfrontasi dengan Indonesia (1963 – 1965),
putus hubungan dengan Filiphina (1963 – 1965) dan Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965, beberpapa
perjanjian diadakan bagi memelihara hubungan dengan negara jiran iaitu :
▪ 1961 – perjanjian penubuhan negeri-negeri asia tenggara (ASA) bersama Thailand dan Filiphina.
▪ 1962 – perjanjian MAPHILINDO bersama Indonesia dan Filiphina.
▪ 1967 – perjanjian ASEAN bersama Thailand, Indonesia, Filiphina dan Singapura.
F3-Ekonomi
Ha- Malaysia bergantung kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi kerana :
Hb- Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam mata wang paun sterling.
Hc- Ekonomi Malaysia bergantung kepada 2 hasil utama iaitu getah dan bijih timah yang di eksport ke negara barat
termasuk Britain.
Hd- Ekonomi Malaysia dalam bidanmg perdagangan dan perindustrian banyak dikuasai oleh pelabur Britain.
He- mengamalkan pasaran bebas bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain.
Hf- membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan
Jerman barat. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari pasaran baru.
F4-Tahap kedua ( 1972-1981). (5m)
C-(1972-1976 – Tun Abdul Razak) (1976-1981 – Tun Hussein Onn)
Ha- mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara menjelang 1970-an.
Hb- kurangnya peranan amda, kurangnya pengaruh British di timur.
Hc- pergolakan di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dan China.
Hd-Tindakan dan amalan Malaysia.
▪ mengistiharkan konsep zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN), bersama negara-negara ASEAN.
▪ mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara-negara berfahaman komunis dengan China, Jerman Timur, Korea
Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.
▪ mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976 dan bekerjasama dengan negara-negara jiran untuk
mengatasi masalah pelarian Vietnam.


F5-Tahap ketiga (mulai 1981 – dato seri dr. mahathir mohamad. (5m)
Ha- mengekalkan dasar tahap kedua dengan penakanan kepada kepentingan ekonomi iaitu berkaitan isu-isu perdagangan,
pelaburan dan pembangunan di kalangan negara-negara membangun.
Hb- mengadakan hubungan erat dengan negara-negara asean seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.

b) Jelaskan kepentingan Dasar Luar Malaysia. (5m)
F6-Dasar Luar dan kepentingan.
Ha- dasar luar Malaysia berbaik dengan semua negara demi kesejahteraan dunia.
Hb- kepentingan dasar luar Malaysia merujuk kepada matlamat yang ingin dicapai iaitu :
▪ menjamin keselamatan rakyat dan negara.
▪ memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.
▪ menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
▪ mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
▪ menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka dengan usaha memupuk keamanan sejagat.

c) i) Jelaskan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Dunia Komanwel. (5m)
F7-matlamat
Ha- membina semnagat setia kawan di kalangan negara-negara anggota.
Hb- mewujudkan usaha dalam semua bidang.
F8-Penglibatan Malaysia
Ha- mendapat faedah kerjasama pertahanan.
Hb- mesyuarat ketua-ketua kerajaan komanwel (CHOGM) diadakan setiap 2 tahun. Ketua-ketua negara berpeluang
berbincang hal-hal kepentingan bersama.
Hc- 1989, diadakan persidangan mesyuarat ketua-ketua kerajaan komanwel (CHOGM) di Malaysia dan telah
mengistiharkan deklarasi Langkawi.
Hd- lantang menyuarakan tentangan terhadap dasar Apartheid di Afrika Selatan.
He- eksport barangan Malaysia ke negara-negara komanwel terutama Britain dikenakan cukai yang rendah.
Hf- rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
Hg- 1998, Malaysia berjaya menganjurkan sukan komanwel.

F9-Penglibatan Malaysia NAM Negara Berkecuali. (5m)
Ha- sidang kemuncak ke-7 di New Delhi 1987, Malaysia membuat usul membela kepentingan negara-negara sedang
membangun, antaranya isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika.
Hb- dalam sidang kemuncak ke-8 di Harare (Zimbabwe), Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar
Apartheid di Afrika Selatan.
Hc- pada 1989, dipilih sebagai Naib Pengerusi dalam sidang kemuncak di Belgrade,Yugoslavia.
Hd- dilantik sebagai ahli kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara-negara anggota.
He- menjadi tuan rumah kepada persidangan NAM ke-13 tahun pada 2003.
▪ mencatatkan kehadiran tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, 31 ketua negara, serta 32 ketua kerajaan.
▪ berjaya mendaftar 2 ahli baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina.
▪ manganjurkan mesyuarat tidak rasmi OIC.
▪ deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyertaan bersama
dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.
8 a) Apakah maksud negara-negara selatan. (5m)
F1- dikenali juga sebagai Negara Dunia ke-3.
F2- terdiri daripada negara-negara bekas jajahan kuasa Barat yang banyak persamaan dari segi latar belakang ekonomi.
F3- bergantung kepada negara maju untuk pemasaran bahan mentah.
F4- kurang kepakaran dan modal untuk pemprosesan bahan mentah.
F5- dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil :
Ha▪ pengenaan faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diterima.
Hb▪ tidak ada kuasa terhadap harga pasaran bahan mentah.
F1-Matlamat
Ha- mengatasi harga eksport bahan mentah.
Hb- meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal tanpa bergantung kepada negara-negara maju.
F2Penglibatan Malaysia
Ha- penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan dari idea Dr. Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak NAM
di Zimbabwe 1987.
Hb- strateginya adalah dengan penubuhan G 15 tahun 1989. Sidang kemuncak pertama diadakan di Kuala
Lumpur pada 1990.
Hc- projek yang dirancang merupakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi iaitu :
▪ penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di
Kuala Lumpur.
▪ penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global (GSTP).
▪ penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

F3-Jelaskan Penglibatan Malaysia Dalam OIC. (10m)
Ha- Tunku Abdul Rahman diberi penghormatan apabila dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Hb- Malaysia menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
Hc- menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan tanah air Israel.
Hd- menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
He- menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara-negara Islam 2002.
Hf- tawaran biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).
Hg- mencadangkan penggunaan Dinar Emas dalam urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi di kalangan negara-negara
Islam.
Hh- mendapatkan pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam untuk melaksanakan projek-projek pembangunan untuk
kepentingan rakyat.
Hi- OIC memberi bantuan untuk penubuhan UIAM.
Hj- Malaysia mendapat penghormatan daripada negara-negara anggota kerana keseriusan memperjuangkan hak dan
kebajikan negara-negara Islam.

c) Huraikan MAPHILINDO (Cantuman 3 negara – Malaysia, Filipina dan Indonesia). (5m)
F1-Tujuan penubuhan :
▪ untuk meningkatkan hubungan persahabatan.
▪ menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Indonesia dan Malaysia-Filipina.
F2- pertelingkahan timbul kerana cadangan penubuhan Malaysia :
▪ Indonesia menganggap penubuhan Malaysia sebagai neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru.
▪ Filipina menentang kerana mendakwa Sabah masih hak miliknya.
F3- Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia untuk menyelesaikan pertelingkahan. Akhirnya
MAPHILINDO ditubuhkan.
F4- ketiga-tiga negara bersetuju mendapatkan bantuan PBB bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang
gagasan penubuhan Malaysia.
d) Apakah Maksud Globalisasi. (5m)
F1- merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan oleh kepesatan teknologi maklumat.
F2- segala aspek penting dari segi ekonomi, sosial, kemahiran nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat.
F3- perubahan yang berlaku dihubungkan dengan kemajuan Teknologi maklumat dan komunikasi.
Teknologi maklumat dan komunikasi
F1- faktor-faktor kepesatan perhubungan antara manusia di antara sesebuah negara.
▪ peralatan teknologi baru seperti komputer dan internet.
▪ perkembangan teknologi telekomunikasi seperti telefon mudah alih.
▪ kos pengangkutan semakin murah. Inovasi teknologi ini membawa perubahan yang luas dalam masa yang singkat.
F2- ICT – kaedah dan peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan tanpa
mengira sempadan.
F3- Malaysia menyedari sempadan ICT dan menyediakan prasarana bagi merebut peluang serta mendapat faedah daripada
ICT.
F4- Malaysia telah menjalankan pelbagai langkah bagi mempromosikan ICT.
F5- bagi mencapai objektif pembangunan jangka panjang, Malaysia telah :
▪ merancang penubuhan prasarana ICT.
▪ melancarkan Projek Koridor Raya Multimedia (MCS).