Followers

Monday, March 30, 2009

Projek Kerja kursus PMR 2009

Contoh Rumusan
Contoh : Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.


Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"

Monday, March 23, 2009

Projek Kerja kursus 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
PROJEK SEJARAH 2009
PANITIA SEJARAH

Susunan Projek

1. Muka depan – nama, kad pengenalan dan tajuk kajian. (akan diberi)
2. Borang lampiran 8,9 dan 10 (diberi oleh guru)
3. Senarai kandungan – tajuk dan muka surat. (Mesti mengandungi perkara 4-10)
4. Penghargaan- mengandungi 3 pihak (guru dan sekolah, ibubapa,kawan-kawan,pihak muzium, arkib, (yang berkaitan)dan sebagainya.Mesti masukkan nama-nama pihak yang terlibat)
5. Objektif kajian- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 objektif secara khusus. (lihat contoh)
6. Kaedah kajian-mesti mengandungi 3 kaedah secara khusus (lihat contoh)
7. Hasil Kajian- mesti mengandungi – 1. nama bangunan (nama lain jika ada) 2. Latar belakang (asal-ususl,pengasas (jika ada) dll 3. keistimewaan bangunan (lihat edaran dan contoh di blog www.djlovehistory.blogspot.com)
8. Rumusan -3 iktibar iaitu pengalaman, warisan budaya lama, berbangga sebagai rakyat Malaysia, keseronokkan belajar warisan lama, semangat berdikari, jati diri sebagai warga Malaysia, menunjukkan disiplin yang tinggi, bertoleransi sesama rakan, bekerjasama sesama rakan. (mana-mana 3 elemen – lihat contoh)
9. Esei 2 / Elemen dua : Tajuk ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? Mesti menggunakan 5 unsur patriotisme .Lihat edaran.
10. Lampiran (gambar bangunan, peta lokasi, ilustrasi / lukisan tangan bangunan, pelan bangunan, dokumen orang yang diwawancara) Mesti mempunyai kapsyen – keterangan di bawah setiap lampiran.
11. Rujukan – mesti mempunyai 4 jenis sumber (Rujuk lampiran yang telah guru berikan)
12. Senarai semak (akan diberi kemudian)

Jika memenuhi 9-10 elemen di atas = 4 markah.
Jika memenuhi 7-8 elemen di atas = 3 markah.
Jika memenuhi 5-6 elemen di atas = 2 markah.
Jika memenuhi 3-4 elemen di atas = 1 markah

Cadangan tajuk:
Carcosa Seri Negara
Muzium Kuala Lumpur.
Bangunan Sultan Abdul Samad
A Famosa Melaka
VI Istitution.


Objektif khusus:
1. Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji bangunan bersejarah seperti … dengan terperinci.
2. Projek ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya peninggalan nenek moyang saya dahulu iaitu ……
3. Saya dapat membuat kajian terperinci berkaitan bangunan bersejarah secara rasional.
4. Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin bersama-sama kawan-kawan saya iaitu…







Kaedah Kajian

1. Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji bangunan bersejarah iaitu ………………….
2. Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu.. (nama)bagi mendapatkan maklumat mengenai ……………….
3. Saya juga telah melayari laman Internet iaitu …………bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci.
4. Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar bangunan tersebut.
5. Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang bangunan yang saya kaji.


Projek Kerja Kursus
Tugasan 2: Esei ; ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Sila rujuk www. djlovehistory.blogspot - lihat tajuk projek kerja kursus.
panitia all/noorarbaiah/com