Followers

Monday, April 20, 2015

Spm 2015, persediaan Peperiksaan Pertengahan Tingkatan 5.

Soalan ulangkaji tingkatan 4; akan dicetak dan diberi semasa bengkel.

Bab 2: Perkembangan tamadun

1. Nyatakan penjenisan undang-undang Tamadun Yunani.
2.Bagaimanakah Hukum Kanun 12 dan Undang-undang Justinian boleh disampaikan kepada masyarakat?
3. Nyatakan bahagian Undang2 Rom.
4. Jelaskan Prinsip Undang-undang Rom.
5.Huraikan mengapa undang-undang perlu dijalankan dalam negara.
6.Nyatakan perbezaan undang-undang Legalisme dan Confusionalisme.
7.Bagaimana perlaksanaan undang-undang Zaman Asoka.
8. Bagaimana senibina penting kepada masyarakat bagi mengembangkan tamadun di China/Yunani/Rom
9. Bincangkan perkembangan sains dan teknologi di China/Yunani/Rom.
10.Nyatakan nilai-nilai yang diamalkan oleh tamadun ini dalam meningkatkan tahap pendidikan di China.
11. Mengapakah pendidikan penting kepada masyarakat.

Bab 3: Perkembangan Kerajaan di Asia Tenggara.

1. Nyatakan  4 cara perkembangan agama Hindu Buddha.
2.Huraikan faktor perkembangan agama Hindu Buddha.
3.


Bab 4: Penyebaran Islam di Makkah

1. Berapa lama tempoh penyebaran Islam di Makkah.
2.Nyatakan dua peringkat penyebaran Islam dan tempoh kedua peringkat.
3.Mengapa  Nabi Muhammad berdakwah secara rahsia.
4.Bagaimanakah penyebaran dakwah secara Islamiah peringkat terbuka dilakukan.
5.Nyatakan nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah semasa penyebaran Islam.

Bab 7: Islam di Asia Tenggara

1. Namakan contoh kerajaan Islam di Asia Tenggara.
2.Terangkan peranan Kerajaan Islam dalam menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
3.Nyatakan bagaimana Islam disebarkan melalui perdagangan.
4.Nyatakan nilai yang ditunjukkan oleh pedagang semasa menyebarkan Islam.
5.Huraikan nilai positif yg boleh dicontohi daripada sikap pedagang.

Bab 8: Pembaharuan dan pengarih Islam di Malaysia sebelum kedatangan Barat.

1.Jelaskan pengaruh Islam terhadap ekonomi.
2.Jelaskan 4 faktor kepesatan perdagangan di Melaka.
3.Huraikan matawang timah, mata wang Johor dan matawang emas.
4.Huraikan amalan percukaian zaman kesultanan melayu melaka.
5.Nyatakan nilai yang patut dipraktikkan semasa perdagangan dijalankan.

Bab 10: Ekonomi moden

1. Jelaskan penjenisan sekolah venakular pada zaman British.
2. Huraikan perkembangan sekolah venakular Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil.
3. Mengapa perlu diadakan sekolah dari jenis kebangsaan.
4. Nilai yang perlu dipraktikkan semasa berada dalam sekolah bagi mengekalkan perpaduan kaum.

Soalan ulangkaji Tingkatan 5

Bab 2: Gerakan Nasionalisme.

1. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara.
2.Senaraikan tokoh nasionalisme Tahiland dan peranan mereka.
3.Mengapa gerakan tahap 1 terjadi?
4.Mengapa gerakan tahap kedua terjadi?
5.Bagaimana Perdana Menteri Thai menyelesaikan konflik rakyat di sana?
6.Apakah nilai patriotisme yang perlu dipraktikkan di Thailand.

Bab 3 : pembinaan Negara Bangsa

1. Terangkan usaha bagi membina negara bangsa Eropah.
2.Bandingkan negara bangsa eropah dan Madinah.
3.Huraikan mengapa pembinaan negara bangsa Malaysia dikatakan unik.
4.Setujukah anda jika pembentukan negara bangsa dilakukan secara kuku besi/real politik. Berikan alasan anda.

Bab 4: Malayan Union.

1.Nyatakan mengapa berlaku Gerakan Anti Penyerahan Sarawak.
2.Senaraikan penentangan yang dilakukan oleh Rukun 13.
3.Apakah larangan yang diberikan kepada kakitangan awam.
4.Apakah tindakan kakitangan kerajaan terhadap British.
5.Mengapa Vyner Brooke mahu menyerahkan Sarawak kepada British.

Bab 5: Kemerdekaan Malaysia.

1. Namakan tokoh2 yang terlibat dengan Suruhanjaya Reid.
2.Huraikan pihak yang terlibat dengan enulisan memorandum.
3.Peranan Suruhanjaya Reid dalam kemerdekaan negara.
4.jelaskan nilai yang dipraktikkan semasa proses kemerdekaan negara.
5.Huraikan peranan Dato Onn Jaafar dalam mencapai perpaduan kaum di Malaysia.
6.Mengapa idea Dato Onn terhadap perpaduan kaum ditolak oleh penduduk Tanah Melayu.
7.Peranan Parti Perikatan dalam mencapai kemerdekaan negara.
8.Huraikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam mengekalkan perpaduan kaum.
9. Nyatakan peranan Tunku Abdul Rahman dalam memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
10. Mengapa perpaduan kaum penting bagi mencapai Wawasan 2020.