SPM 2016 (untuk tingkatan 5) SPM 2017 (untuk tingkatan 4)

BENGKEL SEJARAH SPM 2016; 21 OKTOBER 2016. PELAJAR SPM SILA HADIR KE SEKOLAH. PENERANGAN KERTAS 1, 2 & 3 AKAN DIADAKAN. EDARAN KERTAS 3 JUGA DIEDARKAN BERSAMA SET tRIAL 1 & 2. 1. Lihat tajuk SPM 2016 (tingkatan 5 2016) terdapat tajuk ulangkaji untuk Percubaan SPM 2016. 2.Lihat juga tajuk untuk bacaan Peta Minda, Modul interaktif, nota dan latihan. (label SPM 2016)

Followers

Tuesday, March 2, 2010

Projek Kerja Kursus PMR 2010

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Esei berhubung Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
2. Rumusan patriotisme berhubung perayaan ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? (akan dihuraikan kemudian dan diberikan contoh)



Bahagian A: Kajian bertajuk : Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan perayaan (Satu perayaan sahaja)
Hasil kajian mesti mengandungi:
1.Perayaan Tradisi (nama perayaan /nama lain.-pihak/etnik/kaum yang terlibat. -tarikh/tempoh masa dirayakan.dan tujuan perayaan disambut)

2.Latar belakang (sejarah/asal usul perayaan. Upacara khusus dalam perayaan/ individu yang terlibat mengetui perayaan khusus dan tempat khususu sambutan dijalankan)

3.Persiapan sambutan perayaan.(Sebelum, Semasa,selepas,peraturan/pamtang larang/amalan sampingan)

4.Kesan perayaan (kekeluargaan/perpaduan/perlancongan/kebudayaan/peluang pekerjaan/keagamaan/kepercayaan/pengekalan tradisi/pendidikan /pengetahuan - mana-mana empat kesan)

Contoh : Thaipusam, Tahun Baru China, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Gawai ..dll

Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.

Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak .
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown. Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak

Lokasi: Seluruh Malaysia.