Followers

Wednesday, November 25, 2009

SPM 2010

Cikgu akan up date tajuk2penting untuk kertas sejarah SPM 2010,cuma cikgu belum dapat lagi soalan2 SPM 2009 (struktur - Kertas esei sudah ada) yang tidak membolehkan cikgu analisa sub-sub topik penting. Alhamdulillah, 8/9 soalan yang dibincangkan dalam Bengkel Sejarah di Dj hari itu benar2 keluar as soalan SPM,cuma cikgu berharap murid Dj boleh menjawab semua soalan dengan baik. Jika anda mempunyai copy soalan SPM 2009,bolehlah emel kepada cikgu at norafuaddj@gmail.com. Cikgu dahului dengan ucapan terima kasih.

Wednesday, November 4, 2009

Rumusan soalan-soalan trial Negeri-negeri Malaysia

Rumusan tajuk trial sejarah negeri-negeri. Cikgu sudah beri Nota ! dan 2,sila semak. Mana-mana soalan yang tiada jawapan,jawapan dalam ( ) atau sila semak buku teks tingkatan 4 atau 5. kalau perlu,tinggalkan komen, cikgu akan cuba bantu.

Muka surat 4-8 (Bab 1)

1 Kreatif dan inovasi manusia dalam kehidupan seharian merupakan proses pembentukan tamadun.
(a) Nyatakan maksud tamadun.

- Berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan mudun dan madain
- Madana iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
- Perkataan bahasa Inggeris iaitu Civilization
- Berasal daripada bahasa Greek iaitu Civitas yang bermaksud bandar
- Peradaban manusia
[ 2 markah ]

(b) Berikan ciri masyarakat bertamadun.

- Pertempatan kekal
- Kehidupan berorganisasi
- Sistem pemerintahan
- Pengkhususan pekerjaan
- Agama dan kepercayaan
- Bahasa dan sistem tulisan
[ 2 markah ]

(c) Namakan contoh sistem tulisan tamadun awal

- Cuneiform
- Piktograf
- Hieroglif
- Ideogram
[ 2 markah ]

(d) Nyatakan kepentingan sistem tulisan dalam masyarakat tamadun awal

- Penyimpanan rekod
- Penulisan undang- undang
- Mencatat hal-hal keagamaan
- Mencatat idea dan pemikiran manusia
[ 2 markah ]

(e) Jelaskan maksud tamadun mengikut pandangan masyarakat Barat dan Islam

- Masyarakat barat : pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran
- Menurut Gordon Childe : pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan sesebuah tamadun dalam masyarakat
- Menurut Darcy Riberio dan R.A. Buchanan : menekankan kepentingan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun
- Menurut Islam : tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat
- Menurut Syed Naquib al-Attas : tamadun ialah pencapaian tahap tata susila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
- Menurut Richard Sullivan : unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
- Tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian bentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi mesti diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral
[ 2 markah ]


Muka surat 11 - 15

2
(a) Terangkan ciri negara kota Mesopotamia

- Terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan
- Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar
- Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat
- Kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri
- Terdapat jalan raya yang lurus
- Tembok kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang
- Terdapat sungai yang memudahkan pengangkutan
- Mudah dihubungi dengan wilayah sekitarnya melalui jalan laut
- Terdapat kawasan tanah pamah
[ 2 markah ]

(b) Nyatakan peranan raja dalam sistem pemerintahan teokrasi di Mesopotamia.

- Raja sebagai ketua pentadbir
- Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
- Raja dianggap tuhan / wakil tuhan
- Raja sebagai pemilik negara kota
- Raja ketua tentera
- Raja ketua pendeta
- Raja ketua agama
- Menentukan pentadbiran ziggurat
- Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat
[ 3 markah ]

(c) Senaraikan ciri Kod Undang-Undang Hammurabi.

- Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
- Hukuman denda dan setimpal dengan kesalahan
- Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
- Mengandungi 282 undang-undang
- Dipahat pada tembok dan tiang besar
- Digubal semasa Hammurabi
[ 3 markah ]

(d) Jelaskan faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia.

- Mewujudkan sistem pendidikan
- Lahirnya jurutulis
- Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
- Melahirkan tradisi kesusasteraan
- Terhasilnya epik Gilgamesh
- Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, metematik dan geometri
- Perkembangan dalam ilmu perubatan
- Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
- Cara mengubati penyakit dicatat
- Cara menggunakan ubat-ubatan dapat dicatat
[ 2 markah ]


Muka surat 23-28

3
(a) Nyatakan dua ciri bandar terancang di Mohenjo-Daro dan Harappa.

- Teratur dan sistematik
- Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian
- Di kelilingi oleh tembok
- Bahagian utamanya merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan
- Bahagian kedua ialah kawasan perumahan
- Disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
- Setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
- Terdapat sistem kumbahan terancang
- Sungai berfungsi sebagai jalan perhubungan
[ 2 markah ]

(b) Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Indus?

- Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan / pertanian / pertukangan / pembuatan / artisan
- Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuk dengan Mesopotamia
- Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
- Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
- Petani bercucuk tanam makanan seperti barli/kacang
- Ahli masyarakat menjadi artisan terlibat dalam pembinaan/penghasilan barangan logam/barangan tembikar
[ 2 markah ]

(c) Senaraikan organisasi sosial masyarakat Lembah Indus

- Terbahagi kepada dua golongan / golongan atasan dan golongan bawahan
- Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang
- Pendeta mempunyai kuasa/pengaruh yang besar dalam mengawal akviti masyarakat terutama perkara yang melibatkan keagamaan
- Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta
- Golongan bawahan terdiri daripada petani dan buruh
- Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
- Golongan buruh menjalankan kegiatan peburuhan seperti menjaga kebersihan bandar/membina tembok di benteng/membina terusan
[ 2 markah ]

(d) Apakah sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia?

- Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian
- Perancangan bandar
- Kemajuan dalam geometri
- Kemajuan pembinaan / seni bina
- Teknologi pembakaran batu-bata dengan suhu tinggi
- Sifat keterbukaan
- Membuat hubungan dengan tamadun lain
[ 2 markah ]

(e) Mengapakah tamadun Indus dianggap matang?

- Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar
- Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa
- Kemajuan dalam bidang ekonomi, rohani dan kepercayaan
- Melahirkan masyarakat yang kreatif
- Menghasilkan teknologi hebat
- Mempunyai sifat keterbukaan
[ 2 markah ]


4. Tamadun Indus (Bab 1)
a)perlu mengetahui nama Bandar terancang .
b) Ciri-ciri Bandar terancang,
c)Ilmu pengetahuan yang membolehkan masyarakat membina Bandar terancang,
d)factor pembinaan Bandar terancang.
e)Jika kawasan tempat tinggal anda sebuah kawasan terancang,berikan alas alasan-alasan anda (sama soalan,apakah ciri-ciri Bandar Terancang atau kemahiran yang anda ada)
f)Apakah amalan keterbukaan tamadun Indus yang dapat dicontohi dalam memajukan Negara kita (mahir dalam matematik, kerjasama,taat kepada pemerintah)
g)Sebagai rakyat Malaysia bagaimana kita dapat memastikan keindahan bandar terpelihara.(mengikut undang-undang,system kumbahan yang betul,perancangan Bandar yang tepat, bangunan yang tersusun)
h)Adakah kawasan tempat tinggal anda terancang?Berikan alasan-alasan anda. (mempunyai perancang Bandar,mempunyai system kumbahan,system jalanraya yang teratur,ada bangunan yang tersusun)


Muka surat 24-27

5(a) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan pembentukan bandar terancang dalam tamadun Indus.
[ 8 Markah ]

F1 - Bandar terbahagi dua bahagian
F2 - Bahagian utama pusat pentadbiran dan keagamaan
F3 - Menempatkan bangunan pentadbiran
F4 - Tempat mandi awam
F5 - Tempat menyimpan hasil pertanian
F6 - Bahagian kedua kawasan perumahan
F7 - Bandar dirancang dengan rapi
F8 - Susun atur sistematik
F9 - Dibantu oleh kemajuan geometri
F10 - Dibantu oleh kemajuan pembinaan
F11 - Sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F12 - Mempunyai sistem kumbahan yang terancang
F13 - Bandar disusun berasaskan blok
F14 - Blok berbentuk segi empat
F15 - Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus
F16 - Jalan raya bersambung antara satu sama lain
F17 - Bandar juga dihubungkan dengan sungai


(b) Nyatakan ciri-ciri organisasi sosial dan pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus.
[8 markah]

Organisasi sosial
F1 - Golongan atasan
F2 - Terdiri daripada pendeta dan pedagang
F3 - Pendeta kelas utama
F4 - Mempunyai kuasa mengawal aktiviti masyarakat/agama
F5 - Golongan bawahan memberi ketaatan kerana agama
F6 - Pendeta memegang tampuk pemerintahan
F7 - Golongan bawahan
F8 - Terdiri daripada petani dan buruh
F9 - Petani menjalankan akiviti pertanian
F10 - Petani menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa
F11 - Buruh menjalankan aktiviti perburuhan
F12 - Menjaga kebersihan bandar
F13 - Membina tembok di benteng
F14 - Membina terusan
Pengkhususan pekerjaan
F15 - Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi
F16 - Perdagangan, Pertanian, Pertukangan dan Pembuatan
F17 - Aktiviti perdagangan
F18 - Perdagangan dengan luar/Mesopotamia
F19 - Penemuan cop mohor Mesopotamia
F20 - Hasil dagangan tanaman makanan barli, kacang
F21 - Ada ahli masyarakat menjadi artisan
F22 - Terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam
F23 - Membuat tembikar


(c) Nyatakan sumbangan tamadun Indus dalam perkembangan peradaban dunia.
[ 4 Markah ]

F1 - Mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
F2 - Kebolehan mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan mereka
F3 - Perancangan bandar mewujudkan bandar terancang Mohenjo-Daro dan Harappa
F4 - Pembinaan memerlukan ilmu geografi, kesenian dan matematik
F5 - Menyusun bandar berasaskan bentuk segi empat
F6 - Membina jalan raya yang lurus
F7 - Meningkatkan mutu binaan
F8 - Menghasilkan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
F9 - Sifat keterbukaan membuat hubungan dengan tamadun lain
F10 - Hubungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F11 - Memperolehi manfaat melalui pertukaran teknologi




Bab 2.Tamadun India.

a) factor dalam pendidikan di India.
b) Universiti yang terdapat antara abad pertama sehingga ke lima masihi.
c) Syarat-syarat untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan.
d) Nyatakan dua ciri pendidikan zaman vedik.
e) Pada pendapat anda,apakah kepentingan pada zaman vedik dalam Tamadun India.

6. Kerajaan Agraria dan Maritim. (Bab 3) SPM 2009 sudah keluar tahun lepas ***
a) Namakan 3 kegiatan ekon masyarakat agrarian.
b) Namakan dua factor kemajuan Angkor dalam bidang pertanian.
c) Berikan dua kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor.
d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah sumbangan kerajaan agrarian kepada Kerajaan Maritim atau mengapakah Kerajaan Maritim memerlukan Kerajaan Agraria.
e) Maksud Agraria dan Maritim.
f) Dua kegiatan utama Kerajaan Agraria.
g) Bagaimanakah Kerajaan geografi Kerajaan Kedah Tua berjaya membantunya menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara.
h) Seandainya anda ingin memajukan kawasan anda sebagai pusat perdagangan antarabangsa,apakah usaha yang perlu anda lakukan.

Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
1. Nyatakan perkembangan yang membawa terbentuknya pelabuhan entreport
2. Apakah faktor-faktor masyarakat maritim menjadi pelaut yang handal ? (SPM 2009****)
3. Huraikan cara-cara kedatangan pengaruh India ke Asia Tenggara
4.Pengaruh Hindu Buddha terhadap masyarakat dalam bidang politik, sosioekon.
5. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat pada candi Angkor Wat dan Borobodur.
6. Kerajaan Agraria dan Maritim. (Bab 3)
a) Namakan 3 kegiatan ekon masyarakat agrarian.
b) Namakan dua factor kemajuan Angkor dalam bidang pertanian.(SPM 2009***)
c) Berikan dua kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor.
d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda,apakah sumbangan kerajaan agrarian kepada Kerajaan Maritim atau mengapakah Kerajaan Maritim memerlukan Kerajaan Agraria.(SPM 2009***)
e) Maksud Agraria dan Maritim.
f) Dua kegiatan utama Kerajaan Agraria.
g) Bagaimanakah Kerajaan geografi Kerajaan Kedah Tua berjaya membantunya menjadi pusat perdagangan di Asia Tenggara.
h) Seandainya anda ingin memajukan kawasan anda sebagai pusat perdagangan antarabangsa,apakah usaha yang perlu anda lakukan.


Bab 7 : Islam di Asia Tenggara
1. Dengan menggunakan bukti-bukti yang tertentu, jelaskan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara,
2. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada penyebaran Islam ke Asia Tenggara.
4. Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
a) namakan dua tokoh sejarawan yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke
Asia Tenggara.
b)Namakan tiga bukti Islam datang dari sememnanjung tanah Arab.
c)Senaraikan perkara yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu.
d)Pada pendapat anda,mengapakah pelbagai teori dikemukakan berkaitan
kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
e)Namakan tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
g)Siapakah yang mengatakan Islam datang dari Arab?India?dan China? Dan buktinya.

Bab 5-6 Kerajaan islam.(Semak sistem back -up dan nota 1 dan 2)
-Namakan bidang keilmuan pada Zaman Kerajaan Abbasiyah /Umaiyyah /Turki Uthmaniah.
-Tokoh ilmuan pada zaman itu.
-Bagaimana Malaysia boleh muncul sebagai pusat keilmuan.


Bab 8 : Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
1. Huraikan pengaruh Islam terhadap institusi Kesultanan Melayu dan sistem pendidikan di Tanah Melayu sejak abad ke 15M.
2.Jenis-jenis percukaian pada Zaman Melaka.
3.mengapakah melaka maju dalam perdagangan.
4.pada pandangan anda,apakah ciri-ciri pedagang yang berjaya.


Bab 9 : Perkembangan di Eropah
1 Huraikan ciri-ciri Zaman Renaissance yang berlaku di Itali (SPM 2009***)
2. Bagaimanakah Revolusi Pertanian dan enjin berkuasa wap membantu dalam perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.
3. Apakah kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian terhadap kegiatan perdagangan antarabangsa dan sistem pengangkutan di Eropah.

Bab 10 : Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
1. Mengapakah pada awal abad ke 20, penguasaan pembesar Melayu dalam kegiatan periombongan bijih timah mulai merosot.
2. Nyatakan faktor-faktor yang mendorong imigran meninggalkan negara mereka untuk datang ke Tanah Melayu pada abad ke 19
3. Huraikan cara-cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.

Tingkatan 5

Bab :gerakan Pan Islamisme,kaum muda dan Kaum tua (nota 1 dan 2)

Bab 3 Negara Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka (ada dalam nota 1 dan 2)

Bab : Kerajaan Persekutuan (seak soalan trial,nota 1 dan 2)

Bab 4: Persekutuan Tanah melayu (PTM 1948) dan Pakatan Murni.

Bab : Penjelajahan dan penerokaan (nota 1 dan 2)

Bab : Kuasa pemerintahan Kerajaan Malaysia.

Bab 9 : Wawasan 2020

Bab 9: K ekonomi dan k masyarakat.

Saturday, October 31, 2009

Rumusan tajuk-tajuk penting...

Cikgu minta maaf sebab tidak dapat down load rumusan tajuk-tajuk penting berdasarkan soalan 9 buah negeri dan beberapa buah sekolah ahad ini sebab terlupa bawa balik kertas rumusan yang telah lengkap dibuat di sekolah,jadi malam rabu 4 nov,Insa-Allah...

Sunday, October 25, 2009

Fokus rumusan tajuk-tajuk penting

Daripada soalan-soalan negeri-negeri,cikgu akan cuba rumuskan tajuk-tajuk penting. Esok kalau cikgu tak sibuk sangat...

Selamat belajar!

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya




Diucapkan selamat menamatkan ibadat puasa dengan cemerlang (harap-harap markah penuh) Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Ada banyak yang akan cikgu/saya bincangkan selepas cuti Hari Raya.. Ada bengkel/klinik sejarah, ada nota 'back up system' dan sebagainya.. apa pun,I'll deal after cuti raya...

Dan jangan lupa beli buku novel saya...

Wednesday, August 5, 2009

Tajuk-tajuk Ramalan SPM 2009,SPM 2004-2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
PANITIA SEJARAH 2009

Cikgu tidak boleh memberi jaminan 100% yang tajuk-tajuk yang sudah 'keluar' SPM 2004-2008 tidak akan lagi 'keluar' SPM tahun ini 2009. Bagaimana pun mengikut kajian cikgu dalam tempoh SPM 2004-2008,tidak ada satu pun tajuk walaupun sub topik yang sudah dijadikan soalan SPM menjadi ulangan soalan pada tahun yang lain. Trendnya adalah setiap tahun akan ditanya atau disoal dengan sub topik yang berbeza.

Apakah trend atau bentuk soalan terkini... Insya Allah pada minggu hadapan cikgu akan masukkan isu tersebut.
Selamat Belajar


Tajuk soalan-soalan SPM 2004-2009

SPM 2004
-Tamadun Yunani.
-Piagam Madinah
-Imperialisme Barat dan sistem Birokrasi
-Sistem Khalifah.
-Perusahaan getah di T.Melayu.
-Nasionalisme Tahap 1
-Sistem pilihanraya di Malaysia.
-Faktor penggubalan dasar luar Malaysia.
-ASA

SPM 2005
-Tamadun Rom.
-Peristiwa Hijrah.
-Tanaman komersial.
-Penentangan pemimpin tempatan.
-Peperiksaan awqam China.
-Tmadun Islam dan sumbangannya.
-Reaksi penubuhan Malaysia.
-Blok-blok kuasa dunia.

SPM 2006
-Dakwah Islam di Mekah.
-Ekonomi Sara diri.
-Sistem Ahli.
-K-Ekonomi.
-Tamadun Mesopotamia.
-Pengaruh Islam di Atenggara,bahasa,amalan dan nilai hidup
-Malayan Union.
-DEB
-Perang dunia 1 dan 2.

SPM 2007
-Kerajaan Maritim.
-Sistem khalifah –Abu Bakar
-Imperialisme Barat,takrif,perluasan kuasa,
Persaingan dan slogan.
-Pembentukan Malaysia.
-pembentukan negara bangsa Eropah.
-Perlembangaan Malaysia.
-Asean dan dasar luar Malaysia.

SPM 2008
-Yunani ,prinsip demokrasi
-Perjanjian Hudaibiyah.
-Penyerahan Sarawak kepada British.
-PBB (UN)
-Tamadun Mesir Purba
-Masyarakat Jahiliah.
-Penentangan Dol Said,Mat Salleh.
-Perlombongan Bijih Timah.
-Dasar Pembangunan Ekonomi,
Dasar Pengswastaan. D.Pensyarikatan
Dasar pertanian negara.

SPM 2009 –Tajuk-tajuk penting. (trial *) dan SPM 2009 Lihat nota ramalan.

-Tamadun India /Indus. * diberi kemudian.
-Tamadun China.*
-Kepentingan candi,pengaruh Hindu Buddha dalam sastera.*
-Pengaruh Hindu Buddha dalam masyarakat Asia tenggara.
-Reaksi masyarakat di Makkah.
-Perjanjian Aqabah.
-Sumbangan Abbasiyah,Umayyah dan Turki Uthmaniah.*
-Sumbangan Tamadun Islam kepada Tamadun barat.
-Teori kedatangan Islam Asia tenggara.* 3 teori
-Cara penyebaran Islam ke Asia tenggara.
-Kesan penyebaran Islam Asia Tenggara.
-Zaman Renaiisance.*
-Zaman gelap*
-Reformation.
-Dasar British terhadap Undang-undang tanah.
-Pembinaan negara bangsa di Melaka dan negeri Melayu.*
-Undang2 Tubuh Negeri Melayu.
-Persekutuan Tanah Melayu 1948.*
-Pakatan Murni*
-Suruhanjaya Reid.*
-Raja berpelembagaan,Tugas Yang Dipertuan Agong.*
-Sistem Pemerintahan Malaysia (Tiga badan)*
-Rancangan Lima tahun malaysia.*
-Wawasan 2020*
-langkah mendaulatkan bahasa*
-Dasar pendidikan.*
-Dasar Luar Malaysia.*
-Koridorraya Multimedia.*
-Konsep K ekonomi dan K masyarakat.*
-3 Tahap pembentukan dasar luar Malaysia. *(dasar dan kenapa)
-Perang Dunia Pertama.

Thursday, July 2, 2009

Tips belajar sejarah

kadang-kadang pening juga kepala cikgu apabila murid tidak dapat score sejarah dengan baik. Bagi cikgu, yang my left brain lebih baik spinningnya, menghafal dan memahami fakta tidak menjadi masalah pun.Insya-Allah,kalau semua subjek yang menghafal, akan skor..kalau disuruh menjawab mate tu, alahai... otak kanan macam kena kejutan elektrik sikit.... sebab tu lah kantoi add mate... adussss..

memahami sejarah:
1.memahami dan dapat menyenaraikan kronologi dengan baik... tentang Malaysia sepatutnya bermula dengan malayan Union. (akan cuba dibincangkan minggu hadapan) sehinggalah kepada penubuhan Malaysia. Walau pun tahun dan tarikh tidak penting, memahami kronologi dan berkebolehan menyenaraikan kronologi membolehkan anda memahami sejarah dengan baik.

2.Faham peristiwa dengan baik, bukan menghafal. mendengar kepada penjelasan guru adalah langkah paling baik. Kalau saya mengajar, perkara pertama, definisi, perlu difahami dengan baik.Konsep seperti negara maju, negara komunis,demokrasi,renaissance,zaman gelap mestilah difahami dengan baik.

3.memahami konsep sistem back up.. akan cikgu bincangkan nanti...

Monday, June 1, 2009

Menulis projek keistimewaan bangunan.

Ada yang bertanya kenapa tidak boleh ditulis dalam bentuk point form... soalan cikgu balik, apalah sangat yang membezakan antara point form dan karangan esei, bezanya tidak banyak,satu dalam bentuk nombor (point form) karangan ada perenggan jer...


kalau anda ada isi dalam bentuk point, karang je dalam bentuk esei... itu jer..

Gunakan maklumat dan ayat-ayat yang cikgu beri + maklumat yang anda ada, then goreng la... tak semestinya ada do's and don'ts atau betul atau salah dalam mengarang keistimewaan bangunan ini. Sekadar maklumat dan apa pandangan anda terhadap bangunan ini... cikgu ucapkan selamat menggoreng la ( tapi pastikan bvahan-bahannya cukup, ada cili, minyak, kicap dan sayurnya, barulah sedap)

Keistimewaan bangunan: contohnya... (jangan letak nombor, cikgu letakkan supaya mudah anda untuk anda melihatnya)

1. Usia bangunan - karangan anda boleh menyatakan... walaupun bangunan ini sudah berusia 50 tahun, bangunan ini tetap berdiri dengan megah. Ternyata proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang dijalankan oleh kerajaan terhadap bangunan ini iaitu bangunan ..... berjaya mengekalkan bangunan berdiri dengan gagah.

2. Rekabentuk bangunan - Bangunan ini yang dirancang sejak zaman kolonial (zaman penjajahan Inggeris) memperlihatkan corak bangunan rekaan Inggeris. Walaupun pada zaman dahulu, reka bentuk ini agak janggal, pada zaman sekarang, reka bentuk Inggeris menonjolkan satu corak atau pelan yang menghagumkan kerana bangunan di Malaysia desawarsa ini lebih mempamerkan corak moden. Corak reka bentuk Inggeris/ Belanda / China memonjolkan seni bina yang mengkagumkan dan sentiasa membawa kelainan kepada pelancong luar negara khasnya mahu pun pelkawat daripada Malaysia.

3.Peranan bangunan. Usia bangunan ini walaupun telah bertukar daripada peranannya sebagai pusat pentadbiran kepada muzium, ternyata bangunan ini sentiasa berperanan penting dalam menonjolkan sejarah perkembangan Malaysia.( Bangunan Stadhuys contohnya) Lihat contoh esei pada tajuk Projek kerja kursus 111)Bangunan yang pada asalnya dibina oleh ... telah berjaya memberi kesan kepada sebagai bangunan pentadbiran/ pusat perlancongan yang berkesan sehingga ke hari ini.

4.Hiasan dalaman - Walaupun bangunan ini sudah lebih seabad, hiasan dalamannya sentiasa mengkagumkan. Dengan warnanya merah menyala atau boleh saya sifatkan sebagai 'merah ferrari', bangunan Stadhuys amat mengkagumkan saya. Belum pernah saya melihat bangunan yang berwarna merah bata di Malaysia selain bangunan ini. (kalau warna lain, namakan, .. contohnya .. memorial Tun Hussein Onn, Memorial Tunku Abdul rahman... etc, Walaupun warnaya pudar dan kelihatan tida berseri, pada pandangan mata saya, bangunan ala kolonial ini tetap memberi impak yang mengkagumkan. daripada jauh, bangunan ini kelihatan tidak berseri tetapi hiasan dalamannya seperti lampu, hiasa kerusi ala kolonial,seakan menghidupkan memori 'sejarah ' lama kepada saya dan rakan-rakan saya. Dengan melawat ke bangunan ini, saya merasakan seolah 'terseret' kembali ke zaman lampau.Saya percaya jika pemeliharaan dan pemuliharaan terus dijalankan, anak cucu malah cicit saya pun mungkin berpeluang sama merasai 'bahang' sejarah bangunan ini.

5. Bangunan ini sentiasa akan mengingatkan kita bahawa jika kita tidak berhati-hati, seperti yang disebut oleh sejarawan lama, 'sejarah akan sentiasa berulang kembali' Bangunan yang didirikan pada zaman kolonial / Belanda / Jepun ini telah berada di negara kita keranan kelalaian kita dalam memperjuangkan penjajahan. Jika kita tidak berhati-hati, akan wujudlah penjajahan baru dalam negara kita. Pada pendapat saya, walaupun bangunan ini kelihatan indah, natijahnya kita mestilah berhati-hati terhadap penjajah asing atau orang asing di negara kita.

6. Kalau memorial arau bangunan ini dibuat bagi memperingati tokoh, anda boleh tuliskan.. bangunan ini sentiasa memperingkat saya kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj atau Tun Abdul Razak... memandang kepada bangunan ini menjadikan saya terasa sayu apabila memperingati jasa-jasaa yang banyak sekali disumbangkan oleh tokoh ini. Walaupun saya tidak berpeluang hidup di zaman tokoh ini berkhidmat (nyatakan anggaran tahunnya atau tahun berkhidmat) sumbangan tokoh ini amatlah saya kagumi.

Sunday, May 10, 2009

Soalan Projek Kerja Kursus.

1.pelan pembinaan Masjid kampung Laut? Soalan-soalan begini, sukar untuk cikgu jawab, jangankan pembinaannya, lokasipun tidak diketahui.Jadi, cikgu rasa, ada baiknya murid melakukan kajian bagi bangunan yang mempunyai bahan.

2.pelan Central Market, sila semak ke link to Istanabudaya /central market, anda akan menjumpai pelan bangunannya.

Monday, May 4, 2009

Beberapa soalan.

Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Cikgu allegik sebab kawasan sekolah dipenuhi dengan debu simen, kayu dan batu kerana bangunan diruntuhkan.Jadi, mata, hidung dan kulit, sakit dan gatal.

Soalan 1. Hasil kajian mesti ditulis dalam format karangan, bukan 'foint form'.Tulis seperti karangan biasa yang anda tulis. Boleh semak dengan contoh yang cikgu berikan.

Soalan 2: Asal usul kegunaan adalah dengan matlamat atau tujuan asal bangunan dicipta atau dibina, contohnya Stadium Merdeka, tujuannya untuk mehyambut kemerdekaan di stadium.Kemudian fungsinya berubah seperti konsert dll.

Soalan 3: pelan silalah lihat denga link,Pasar seni silalah ke link pasar seni atau central market ya.Kalau Bangunan Sultan Abdul Samad, anda perlu ke sana pada waktu pejabat, pegawai seranta (perhubungan awam) akan berikan anda info dan pelan yang anda perlukan.

Soalan 4:hiasan dalaman bermakna, hiasa di bahagian dalamnya.Cat dindingnya, lantainya daripada jenis apa? hiasan lampunya, bagaimana lightingnya,, pengcahayaannya bagaimana? (cahaya matahari, agak gelap, cerah dll) permaidani bagaimana, susun atur kerusi meja (jika ada) bilik2nya disusun sejajar atau diselang seli.Padangan anda mengenai bangunan, mengasyikkan, dilihat sebagaimana fenomena sejarah,kelihatan seperti bangunan Inggeris yang lama, dilihat sebagai bangunan lama yang masih berdiri 'gah' dan megah.Warnyanya yang mungkin agak berkilauan seperti baru.Hiasan luarannya. Cat, lantai, dinding, pokok perhiasan.

Tuesday, April 28, 2009

projek berapa mukasurat???

Berapa banyak mukasurat yang diperlukan?? kalau ikutkan brosur yang dihantar kepada cikgu, diminta selangkan 2 baris, Times news roman, saiz 12... setebal 30 mukasurat, termasuk kajian dll. Memandangkan kepada kempen 'save the earth', tentulah tidak bijak kalau kita masih membazirkan kertas padahal kita boleh 'selamatkan bumi' dengan bertindak 'bijaksana'

Di dj,cikgu minta tidak perlulah selang 2 baris,disebabkan bertaip jadi, tulisan dan hasil mudah dibaca.Jadi tak perlulah sampai 30 mukasurat, sehingga 15 mukasurat dianggap mencukupi sebab tanpa selang bariskan.lagipun cikgu2 tidak diberi almari atau bilik khas untuk menyimpan projek, ingat rumah cikgu ada stor besarkah??? bagaimanapun untuk murid di luar sana, terpulanglah kepada permintaan cikgu anda. Untuk cikgu sendiri, cikgu memilih untuk bertindak 'menyelamatkan bumi', biar pun peranan kita mungkin 'sangat kecil', tetapi kalau 500 murid di dj melakukan begitu, kami mungkin sudah menyelamatkan lebih daripada 10 batang pokok untuk projek ini.

Sunday, April 26, 2009

Sabar ya...

Semua soalam akan cikgu cuba jawab malam ni, ok..anything send to the blog...
bz sikit, kena ambik 3 anak dara sunti cikgu kat stadium MPPJ, masak etc.. ok

Friday, April 24, 2009

Maklumat projek kerja kursus

Cikgu agak sibuk kebelakangan ini, ramai yang bertanya jika bangunan yang mereka kaji itu adalah bangunan bersejarah.Asalkan bangunan itu melebihi usia 25 tahun, kira bersejarahlah tu. kalau dokumen, melebihi 15 tahun sudah layak di letakkan di arkib negara, jadi atas 15 tahun, sudah kira okaylah bagi dokumen, kalau bangunan tambahlah 10 tahun lagi, kira 25 tahunlah.

Bagi mendapatkan maklumat, cara terbaik, pergi ke 'link to', cuba lihat link arkib negara, atau Heritage, atau Muzium Malaysia, Sejarah Melaka (jika bangunan di melaka)Untuk tajuk seperti Muzium Sungai lembing, go to googles, taipkan Muzium Sungai Lembing kerana sebagai muzium, muzium tersebut tentunya mempunyai webnya sendiri.Boleh juga melihat tajuk, contohnya Muzium Sungai lembing di Utusan Malaysia atau Berita Harian, atau Metro atau akhbar Bahasa Inggeris, seperti The Star, News Straits Times dll.

Sunday, April 12, 2009

Warisan kebangsaan Malaysia

Anda boleh menyemak jika bangunan bersejarah yang anda tulis termasuk dalam senarai warisan kebangsaan.Jia jawapannya 'ya' anda perlu mencetak halaman ini sebagai bukti atau pergi ke utusan atau berita harian online dan lihat di bawah tajuk 'Warisan Kebangsaan' dan perlu mencetaknya.


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 warisan kebangsaan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Perkara yang disenaraikan ini akan dilindungi mengikut satu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini mencakupi bidang-bidang dan tugasan pemuliharaan dan pemeliharaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan perkara-perkara lain berkaitan warisan.

Berikut adalah senarai 50 Warisan Kebangsaan tersebut;

1. Bangunan Parlimen
2. Istana Negara
3. Tiang bendera di mana bendera Malaysia pertama kali dinaikkan di Dataran Merdeka
4. Bangunan Sultan Abdul Samad
5. Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Dewan Bandaraya
6. Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
7. Bangunan Ibupejabat Keretapi Tanah Melayu
8. Bangunan Pejabat Pos Besar , Jalan Raja, Kuala Lumpur
9. Bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur
10. Residency Building, Jalan Dato' Onn
11. Masjid Negara dan Makam Pahlawan
12. Carcosa Sri Negara
13. Batu Caves
14. Gereja St George, Pulau Pinang
15. Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
16. Tugu Negara
17. Taman Kinabalu, Sabah (dalam senarai Warisan Dunia)
18. Taman Negara Mulu, Sarawak (dalam senarai Warisan Dunia)
19. Jalur Gemilang, bendera kebangsaan
20. Jata Negara
21. Muskat
22. Keris Panjang Diraja
23. Tengkolok Diraja
24. Gandik Diraja
25. Pending Diraja
26. Keris Pendek Diraja
27. Kalung Diraja
28. Cogan Agama
29. Cogan Alam
30. Cokmar
31. Cokmar Dewan Rakyat
32. Cokmar Dewan Negara
33. Bunga Raya
34. Manuskrip Sejarah Melayu
35. Penal Kod Melaka
36. Manuskrip Hikayat Hang Tuah
37. Surat Pengistiharan Merdeka
38. Perak Man
39. Lagu Kebangsaan, Negaraku
40. Mak Yong
41. Wayang Kulit
42. Bangsawan
43. Joget Melayu
44. Dondang Sayang
45. Silat Melayu
46. Ngajat
47. Sumazau
48. Sewang
49. Rumah Terbuka Malaysia
50. Tarian Singa di atas tiang

Pada bulan Ogos 2007, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengumumkan bahawa Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan kebangsaan juga. Difahamkan pihak kementerian akan menambah perkara yang terdapat dalam warisan kebangsaan ini dari masa ke semasa.

sumber: Jabatan warisan Negara, keKKWa. www:http//warisan .gov.my/

Projek kerja kursus, Soalan wawancara

Projek Kerja kursus PMR 2009
Soalan-soalan wawancara


Saya : Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik /Puan ………………. kerana sudi diwawancara berkaitan dengan bangunan bersejarah iaitu …………………

Tokoh wawancara : Hal ini tidak menjadi masaalah kepada saya.

Saya:Bilakah bangunan ini diasaskan dan siapakah pengasasnya?

Tokoh :

Saya: Bolehkah encik/uan memberitahu lokasi bangunan ini?

Tokoh:

Saya: Apakah kegunaan bangunan ini sebelum merdeka (1957)?

Tokoh:

Saya : Adakah ada perbezaan bagi kegunaan bangunan ini sekarang? Jika ada, bolehkah anda namakan kegunaanya sekarang.

Tokoh:P

Saya : Pada pandangan anda, kenapakah kegunaanya tidak berubah / atau berubah?

Tokoh:

Saya: Berdasarkan pengamatan encik/puan, adakah perubahan yang dilakukan baik untuk memantapkan kegunaan bangunan ini.

Tokoh:

Saya: Pada pandangan anda, apakah bahan utama binaan bangunan ini?

Tokoh: Batu, simen, kayu merupakan bahan asas seperti bangunan yang lain di Malaysia.Bangunan ini mengandungi seni binaan yang menggambarkan Budaya Malaysia (Contoh Masjid Negara mengandungi binaan Islamik)

Saya: Adakah bangunan ini akan utuh dan kekal lama ?

Tokoh:

Saya: Pada pandangan anda, adakah penting bagi Malaysia agar kita mengekalkan warisan bangunan lama ini?

Tokoh:

Saya: Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia harus memainkan peranan kita sebagai ‘duta’ dalam memperkenalkan warisan Negara ini.

Tokoh: Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mempunyai pengetahuan sejarah mengenai bangunan kita sendiri.Kita juga mestilah mengamalkan budaya ‘pemeliharaan dan pemuliharaan’ bangunan lama.

Saya: Bagi pandangan encik/puan, apakah maksud dan kenapakah kita harus mengekalkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan.

Tokoh: Tujuan pemeliharaan adalah menjaga bangunan lama terutamanya bangunan yang bersejarah agar tetap berdiri dengan utuh, sekaligus menjadi kebanggaan Negara dan rakyat Malaysia. Pemuliharaan pula bermaksud menjaga dan memperbaiki bahagian bangunan yang rosak agar bangunan akan tetap kekal lama. Contohnya bangunan Pasar Budaya, Stadium Merdeka dan banyak lagi bangunan di Malaysia yang telah dipelihara.

Saya: Apakah perasaan encik/puan,apabila bangunan bersejarah ini dinamakan sebagai antara 50 Warisan Kebangsaan? (sila semak senarai warisan kebangsaan bagi memastikan bangunan ini termasuk dalam senarai atau tidak)

Tokoh: Saya sungguh berbangga dengan pengiktirafan oleh keKKWa.Saya berharap lebih banyak lagi bangunan akan diwartakan di bawah senarai warisan kebangsaan.

Saya :saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana encik /puan sudi diwawancara.

Tokoh: sama-sama kembali.

Wednesday, April 8, 2009

Projek kerja kursus PMR 2009, Pasar Seni

Petikan rencana.

Bagaimana membuat petikan isi.

Pasar Budaya atau Pasar Seni atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai 'centarlmarket' ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. (isi 1)

Dahulu Pasar Seni menjadi tempat tumpuan pelombong bijih timah untuk mendapatkan barangan harian mereka kerana ia terletak bersebelahan Sungai Klang.
Ia dikenali The Old Market yang dibina oleh kapitan Cina, Yap Ah Loy.

Bagaimanapun, pentadbiran British pada masa itu ingin membina pasar baru yang dinamakan Central Market pada tahun 1888, lantas mengambil alih pasar itu dan membesarkannya hingga seluas 23,000 kaki persegi. Ketika itu, kawasan lantai dipasang dengan jubin konkrit manakala dinding diliputi dengan kayu sementara atap menggunakan zink.


Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.(isi 1)

Detik 15 April 1986 tidak akan dilupakan oleh warga KualaLumpur khasnya kerana Pasar Seni dibuka secara rasminya sebagai sebuah pusat budaya dan festival di Kuala Lumpur.


Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila mulai tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".

Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.(isi 2)

Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.


Bangunan Pasar Seni.Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.

Realitinya Pasar Seni sudah mengalami banyak transformasi. Sebaik sahaja melangkah kaki ke bangunan penuh bersejarah itu, anda akan ‘diperhatikan’ oleh 128 buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di setiap sudut.


Selain itu, terdapat 300 kedai yang menjual barangan. Galeri Annexe yang terletak bersebelahan dengan Pasar Seni menambah seri bangunan bersejarah itu. Galeri Annexe dibuka pada Januari 2007 sebagai pusat kesenian kontemporari.




Boleh temubual orang yang melawat pasar seni atau penggiat seni di sana.hujung minggu ini cikgu masukkan contoh soalan wawancara.

Lihat link to : central market

Tuesday, April 7, 2009

Projek kerja kursus PMR 2009

Hasil kajian

Kegunaan bangunan (Contoh Bangunan Stadthuys atau lain-lain yang sama fungsinya)

Contoh: 1. Bangunan ini Merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran Belanda. Walaupun bangunan ini terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya dipercayai berwarna putih.Dalam bahasa Inggeris pula, Stadhuys membawa maksud ‘State building’ membawa maksud perbandaran.
Pada zaman ini, kebanyakan bangunan dibina dengan menggunakan batu-bata. Selaras dengan pembinaan bangunan ini, pada ketika ini pembinaan rumah-rumah teres mula diperkenalkan di Melaka. Dalam proses pembangunan semula bandar Melaka, rumah-rumah teres banyak dibina berkemungkinan disebabkan pertambahan penduduk, maka keperluan kediaman yang selesa, selamat dan dekat dengan pusat bandar dan kubu pertahanan perlu disediakan. Pembinaan kediaman teres semakin popular di seluruh Bandar Melaka. Fenomena ini juga dialami oleh tapak kajian. Hak milik tanah juga mula bertukar daripada kepunyaan orang-orang Belanda kepada saudagar-saudagar Cina.

Pada tahun 1795, pihak Inggeris telah mengambil alih pentadbiran Melaka untuk sementara waktu semasa Peperangan Napoleon di Eropah. Dibawah pemerintahan Inggeris, Melaka kurang diberi perhatian. Pihak Inggeris lebih mementingkan Pulau Pinang dan ingin menjadikannya sebagai pelabuhan yang utama di rantau ini.


Selepas tamatnya Peperangan Napoleon, Melaka telah dikembalikan kepada pihak Belanda. Walaupun demikian, berikutan satu perjanjian yang dibuat di antara pihak Inggeris dan Belanda, Melaka (Perjanjian Inggeris Belanda atau Inglo Belanda)ditukar dengan Batavia (Tanah Jawa) di mana Inggeris memegang Melaka dan Batavia diserahkan kepada pemerintahan Belanda. Untuk mengelakkan persaingan Pulau Pinang
Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan ini terus dijadikan pusat pemerintahan mereka. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
Dewasa ini, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium oleh pihak negeri Melaka atau Kerajaan Melaka.Di Kompleks Warisan Malaka ini terdapat lima muzium iaitu Muzium Sejarah & Etnografi, Galeri laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera Malaysia, Muzium Yang Di-Pertua dan Muzium Pemerintahan Demokrasi. Muzium Sejarah & Etnografi terletak di dalam Bangunan Stadhuys yang telah dibina semasa zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1645. Di hadapan bangunan ini terdapat “Dataran Belanda” dan Pancutan Air Victoria juga Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Etnografi memberi penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat yang terdiri dari berbagai bangsa yaitu Melayu, Cina, India, baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Fokus utama musium ini adalah tentang adat istiadat perkahwinan, cara hidup sehari-hari, peralatan yang digunakan, alat musik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan. Turut dipamerkan adalah koleksi porselin dari zaman ke zaman, pelbagai jenis senjata serta mata wang dari dalam dan luar negeri.
Muzium Sejarah menceritakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak sejarah Malaysia yang berawal dari pembukaan Malaka semasa pemerintahan kesultanan Malaka ke era Portugis, Belanda, Inggris, Jepun hingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, para pengunjung dapat menghayati keunggulan Malaka dari awal pertumbuhannya hingga perjuangan menuntut kemerdekaan.Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan dari kisah tokoh pelayar agung China yaitu laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada 1317 di Hodai, sebuiah kampung di Daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaannya memupuk hubungan persaudaraan di antara negara China dan Negara-negara Afrika serta Asia dalam membuka pintu untuk menjalin hubungan diplomatic dan perdagangan. Bahan pamerannya antara lain porselin, replica kapal, koleksi buku yang menceritakan riwayat Laksamana Cheng Ho dan artikel-artikel yang berkaitan.
Muzium Sastera Malaysia memberi penekanan kepada sejarah penulisan dan pegkaryaan yang bermula dari era awal penulisan, cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Malaka, Munsyi Abdullah hingga ke tahap perkembangan kesusasteraan Melayu Modern. Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Malaka serta koleksi naskah manuskrip dari tulisan tangan. Terdapat juga penulisan berbentuk pantun, gurindam, nazam dan puisi. Selain itu Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Malaka turut ditempatkan di dalam musium ini. Muzium Yang di-Pertua Negeri yang dahulu dikenal dengan Seri Melaka, memamerkan tentang sejarah ringkas institusi kesultanan, pembentukan Gabenor Negeri-Negeri hingga kepada peranan institusi Yang di-Pertua Negeri. Pameran di musium ini memamerkan kegunaan ruang asal bangunan. Selain itu, ia juga tentang sumbangan Yang di-Pertua Negeri dalam pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya dari masake masa yang dibantu oleh setiap Ketua Menteri di bawah pimpinannya.Muzium Pemerintahan Demokrasi memamerkan maklumat pemerintahan termasuk penerapan demokrasi di Malaysia. Turut dipamerkan sejarah awal tanah Melayu mencapai kemerdekaan hingga kejayaan yang dicapai oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.

Projek kerja kursus PMR 2009 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
PROJEK SEJARAH 2009
PANITIA SEJARAH
Susunan Projek

1. Muka depan – nama, kad pengenalan dan tajuk kajian. (akan diberi)
2. Borang lampiran 8,9 dan 10 (diberi oleh guru)
3. Senarai kandungan – tajuk dan muka surat. (Mesti mengandungi perkara 4-10)
4. Penghargaan- mengandungi 3 pihak (guru dan sekolah, ibubapa,kawan-kawan,pihak muzium, arkib, (yang berkaitan)dan sebagainya.Mesti masukkan nama-nama pihak yang terlibat)
5. Objektif kajian- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 objektif secara khusus. (lihat contoh)
6. Kaedah kajian-mesti mengandungi 3 kaedah secara khusus (lihat contoh)
7. Hasil Kajian- mesti mengandungi – 1. nama bangunan (nama lain jika ada) 2. Latar belakang (asal-ususl,pengasas (jika ada) dll 3. keistimewaan bangunan (lihat edaran dan contoh di blog www.djlovehistory.blogspot.com)
8. Rumusan -3 iktibar iaitu pengalaman, warisan budaya lama, berbangga sebagai rakyat Malaysia, keseronokkan belajar warisan lama, semangat berdikari, jati diri sebagai warga Malaysia, menunjukkan disiplin yang tinggi, bertoleransi sesama rakan, bekerjasama sesama rakan. (mana-mana 3 elemen – lihat contoh)
9. Esei 2 / Elemen dua : Tajuk ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? Mesti menggunakan 5 unsur patriotisme .Lihat edaran.
10. Lampiran (gambar bangunan, peta lokasi, ilustrasi / lukisan tangan bangunan, pelan bangunan, dokumen orang yang diwawancara) Mesti mempunyai kapsyen – keterangan di bawah setiap lampiran.
11. Rujukan – mesti mempunyai 4 jenis sumber (Rujuk lampiran yang telah guru berikan)
12. Senarai semak (akan diberi kemudian)

Jika memenuhi 9-10 elemen di atas = 4 markah.
Jika memenuhi 7-8 elemen di atas = 3 markah.
Jika memenuhi 5-6 elemen di atas = 2 markah.
Jika memenuhi 3-4 elemen di atas = 1 markah

Cadangan tajuk:
Carcosa Seri Negara
Muzium Kuala Lumpur.
Bangunan Sultan Abdul Samad
A Famosa Melaka
VI Istitution.


Objektif khusus:
1. Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji bangunan bersejarah seperti … dengan terperinci.
2. Projek ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya peninggalan nenek moyang saya dahulu iaitu ……
3. Saya dapat membuat kajian terperinci berkaitan bangunan bersejarah secara rasional.
4. Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin bersama-sama kawan-kawan saya iaitu…







Kaedah Kajian

1. Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji bangunan bersejarah iaitu ………………….
2. Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu.. (nama)bagi mendapatkan maklumat mengenai ……………….
3. Saya juga telah melayari laman Internet iaitu …………bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci.
4. Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar bangunan tersebut.
5. Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang bangunan yang saya kaji.


Projek Kerja Kursus
Tugasan 2: Esei ; ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Sila rujuk www. djlovehistory.blogspot - lihat tajuk projek kerja kursus.
panitia all/noorarbaiah/com

Friday, April 3, 2009

Lampiran projek kerja kursus pmr 2011

 

keterangan : Gambar menunjukkan keadaan Stadium Merdeka terkini.



keterangan : Gambar menunjukkan kegunaan stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957



keterangan : peta menunjukkan lokasi bangunan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia





lampiran bermakna bahan-bahan tambahan yang memudahkan pembaca / penilai menilai laporan hasil kajian anda. Lampiran yang ditunjukkan tiada kaitan dengan FELDA, hanya sebagai contoh sahaja.

Lampiran boleh terdiri daripada peta negeri di mana bangunan berada, peta lokasi tempat bangunan, gambar bangunan (dengan anda di sana),  (Contohnya, bangunan FELDA, atau gambar petempatan FELDA)

Iilustrasi gambar petempatan FELDA, lambang FELDA.(lukisan tangan sendiri, atau dilukis daripada komputer atau gambar lukisan hasil tangan orang lain),

 Dokumen (fosostat kad pengenalan) orang yang diwawancara (dan dipalangkan ya)

,video gambar bangunan (fosostat label atau cover dvd) atau cerita yang ada kaitan dengan bangunan, lakaran pembinaan bangunan selangkah demi selangkah (jika ada lah), pelan bangunan (jika ada la)rajah kegunaan bangunan selangkah demi selangkah mengikut kronologi tahun (dari tahun yang awal hingga paling terkini) (dengan kapsyen atau keterangan di bawahnya) lihat contoh.

Jika wawancara, sila lampirkan soalan wawancara (soalan dan jawapan) dan fotostat kad pengenalan (boleh sesiapa sahaja, ibu, bapa atau ahli keluarga- seorang sahaja)sebaiknya, tulis jawapan berdasarkan maklumat yang ada.

Lokasi peta ke pejabat FELDA atau loksi petempatan FELDA.

Monday, March 30, 2009

Projek Kerja kursus PMR 2009

Contoh Rumusan
Contoh : Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.


Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"

Monday, March 23, 2009

Projek Kerja kursus 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
PROJEK SEJARAH 2009
PANITIA SEJARAH

Susunan Projek

1. Muka depan – nama, kad pengenalan dan tajuk kajian. (akan diberi)
2. Borang lampiran 8,9 dan 10 (diberi oleh guru)
3. Senarai kandungan – tajuk dan muka surat. (Mesti mengandungi perkara 4-10)
4. Penghargaan- mengandungi 3 pihak (guru dan sekolah, ibubapa,kawan-kawan,pihak muzium, arkib, (yang berkaitan)dan sebagainya.Mesti masukkan nama-nama pihak yang terlibat)
5. Objektif kajian- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 objektif secara khusus. (lihat contoh)
6. Kaedah kajian-mesti mengandungi 3 kaedah secara khusus (lihat contoh)
7. Hasil Kajian- mesti mengandungi – 1. nama bangunan (nama lain jika ada) 2. Latar belakang (asal-ususl,pengasas (jika ada) dll 3. keistimewaan bangunan (lihat edaran dan contoh di blog www.djlovehistory.blogspot.com)
8. Rumusan -3 iktibar iaitu pengalaman, warisan budaya lama, berbangga sebagai rakyat Malaysia, keseronokkan belajar warisan lama, semangat berdikari, jati diri sebagai warga Malaysia, menunjukkan disiplin yang tinggi, bertoleransi sesama rakan, bekerjasama sesama rakan. (mana-mana 3 elemen – lihat contoh)
9. Esei 2 / Elemen dua : Tajuk ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? Mesti menggunakan 5 unsur patriotisme .Lihat edaran.
10. Lampiran (gambar bangunan, peta lokasi, ilustrasi / lukisan tangan bangunan, pelan bangunan, dokumen orang yang diwawancara) Mesti mempunyai kapsyen – keterangan di bawah setiap lampiran.
11. Rujukan – mesti mempunyai 4 jenis sumber (Rujuk lampiran yang telah guru berikan)
12. Senarai semak (akan diberi kemudian)

Jika memenuhi 9-10 elemen di atas = 4 markah.
Jika memenuhi 7-8 elemen di atas = 3 markah.
Jika memenuhi 5-6 elemen di atas = 2 markah.
Jika memenuhi 3-4 elemen di atas = 1 markah

Cadangan tajuk:
Carcosa Seri Negara
Muzium Kuala Lumpur.
Bangunan Sultan Abdul Samad
A Famosa Melaka
VI Istitution.


Objektif khusus:
1. Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji bangunan bersejarah seperti … dengan terperinci.
2. Projek ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya peninggalan nenek moyang saya dahulu iaitu ……
3. Saya dapat membuat kajian terperinci berkaitan bangunan bersejarah secara rasional.
4. Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin bersama-sama kawan-kawan saya iaitu…







Kaedah Kajian

1. Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji bangunan bersejarah iaitu ………………….
2. Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu.. (nama)bagi mendapatkan maklumat mengenai ……………….
3. Saya juga telah melayari laman Internet iaitu …………bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci.
4. Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar bangunan tersebut.
5. Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang bangunan yang saya kaji.


Projek Kerja Kursus
Tugasan 2: Esei ; ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Sila rujuk www. djlovehistory.blogspot - lihat tajuk projek kerja kursus.
panitia all/noorarbaiah/com

Monday, February 23, 2009

Lanun @ Pirates

Saya mendapat beberapa emel yang meminta kebenaran untuk menggunakan blog ini untuk belajar.well... saya tentunya benarkan, tidak ada kengkangan langsung untuk berkongsi ilmu, harapnya mendapat ganjaran Allah.Ilmu yang sedikit ini apalah salahnya berkongsi.. kan..

Ada satu permintaan, mengkaji tajuk lanun @ pirates. Sesuatu yang bagus untuk dikongsi, Insyaallah, kalau ada masa dan kelapangan...