SPM 2016 (untuk tingkatan 5) SPM 2017 (untuk tingkatan 4)

BENGKEL SEJARAH SPM 2016; 21 OKTOBER 2016. PELAJAR SPM SILA HADIR KE SEKOLAH. PENERANGAN KERTAS 1, 2 & 3 AKAN DIADAKAN. EDARAN KERTAS 3 JUGA DIEDARKAN BERSAMA SET tRIAL 1 & 2. 1. Lihat tajuk SPM 2016 (tingkatan 5 2016) terdapat tajuk ulangkaji untuk Percubaan SPM 2016. 2.Lihat juga tajuk untuk bacaan Peta Minda, Modul interaktif, nota dan latihan. (label SPM 2016)

Followers

Tuesday, April 28, 2009

projek berapa mukasurat???

Berapa banyak mukasurat yang diperlukan?? kalau ikutkan brosur yang dihantar kepada cikgu, diminta selangkan 2 baris, Times news roman, saiz 12... setebal 30 mukasurat, termasuk kajian dll. Memandangkan kepada kempen 'save the earth', tentulah tidak bijak kalau kita masih membazirkan kertas padahal kita boleh 'selamatkan bumi' dengan bertindak 'bijaksana'

Di dj,cikgu minta tidak perlulah selang 2 baris,disebabkan bertaip jadi, tulisan dan hasil mudah dibaca.Jadi tak perlulah sampai 30 mukasurat, sehingga 15 mukasurat dianggap mencukupi sebab tanpa selang bariskan.lagipun cikgu2 tidak diberi almari atau bilik khas untuk menyimpan projek, ingat rumah cikgu ada stor besarkah??? bagaimanapun untuk murid di luar sana, terpulanglah kepada permintaan cikgu anda. Untuk cikgu sendiri, cikgu memilih untuk bertindak 'menyelamatkan bumi', biar pun peranan kita mungkin 'sangat kecil', tetapi kalau 500 murid di dj melakukan begitu, kami mungkin sudah menyelamatkan lebih daripada 10 batang pokok untuk projek ini.

Sunday, April 26, 2009

Sabar ya...

Semua soalam akan cikgu cuba jawab malam ni, ok..anything send to the blog...
bz sikit, kena ambik 3 anak dara sunti cikgu kat stadium MPPJ, masak etc.. ok

Friday, April 24, 2009

Maklumat projek kerja kursus

Cikgu agak sibuk kebelakangan ini, ramai yang bertanya jika bangunan yang mereka kaji itu adalah bangunan bersejarah.Asalkan bangunan itu melebihi usia 25 tahun, kira bersejarahlah tu. kalau dokumen, melebihi 15 tahun sudah layak di letakkan di arkib negara, jadi atas 15 tahun, sudah kira okaylah bagi dokumen, kalau bangunan tambahlah 10 tahun lagi, kira 25 tahunlah.

Bagi mendapatkan maklumat, cara terbaik, pergi ke 'link to', cuba lihat link arkib negara, atau Heritage, atau Muzium Malaysia, Sejarah Melaka (jika bangunan di melaka)Untuk tajuk seperti Muzium Sungai lembing, go to googles, taipkan Muzium Sungai Lembing kerana sebagai muzium, muzium tersebut tentunya mempunyai webnya sendiri.Boleh juga melihat tajuk, contohnya Muzium Sungai lembing di Utusan Malaysia atau Berita Harian, atau Metro atau akhbar Bahasa Inggeris, seperti The Star, News Straits Times dll.

Sunday, April 12, 2009

Warisan kebangsaan Malaysia

Anda boleh menyemak jika bangunan bersejarah yang anda tulis termasuk dalam senarai warisan kebangsaan.Jia jawapannya 'ya' anda perlu mencetak halaman ini sebagai bukti atau pergi ke utusan atau berita harian online dan lihat di bawah tajuk 'Warisan Kebangsaan' dan perlu mencetaknya.


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 warisan kebangsaan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Perkara yang disenaraikan ini akan dilindungi mengikut satu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini mencakupi bidang-bidang dan tugasan pemuliharaan dan pemeliharaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan perkara-perkara lain berkaitan warisan.

Berikut adalah senarai 50 Warisan Kebangsaan tersebut;

1. Bangunan Parlimen
2. Istana Negara
3. Tiang bendera di mana bendera Malaysia pertama kali dinaikkan di Dataran Merdeka
4. Bangunan Sultan Abdul Samad
5. Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Dewan Bandaraya
6. Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
7. Bangunan Ibupejabat Keretapi Tanah Melayu
8. Bangunan Pejabat Pos Besar , Jalan Raja, Kuala Lumpur
9. Bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur
10. Residency Building, Jalan Dato' Onn
11. Masjid Negara dan Makam Pahlawan
12. Carcosa Sri Negara
13. Batu Caves
14. Gereja St George, Pulau Pinang
15. Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
16. Tugu Negara
17. Taman Kinabalu, Sabah (dalam senarai Warisan Dunia)
18. Taman Negara Mulu, Sarawak (dalam senarai Warisan Dunia)
19. Jalur Gemilang, bendera kebangsaan
20. Jata Negara
21. Muskat
22. Keris Panjang Diraja
23. Tengkolok Diraja
24. Gandik Diraja
25. Pending Diraja
26. Keris Pendek Diraja
27. Kalung Diraja
28. Cogan Agama
29. Cogan Alam
30. Cokmar
31. Cokmar Dewan Rakyat
32. Cokmar Dewan Negara
33. Bunga Raya
34. Manuskrip Sejarah Melayu
35. Penal Kod Melaka
36. Manuskrip Hikayat Hang Tuah
37. Surat Pengistiharan Merdeka
38. Perak Man
39. Lagu Kebangsaan, Negaraku
40. Mak Yong
41. Wayang Kulit
42. Bangsawan
43. Joget Melayu
44. Dondang Sayang
45. Silat Melayu
46. Ngajat
47. Sumazau
48. Sewang
49. Rumah Terbuka Malaysia
50. Tarian Singa di atas tiang

Pada bulan Ogos 2007, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengumumkan bahawa Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan kebangsaan juga. Difahamkan pihak kementerian akan menambah perkara yang terdapat dalam warisan kebangsaan ini dari masa ke semasa.

sumber: Jabatan warisan Negara, keKKWa. www:http//warisan .gov.my/

Projek kerja kursus, Soalan wawancara

Projek Kerja kursus PMR 2009
Soalan-soalan wawancara


Saya : Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik /Puan ………………. kerana sudi diwawancara berkaitan dengan bangunan bersejarah iaitu …………………

Tokoh wawancara : Hal ini tidak menjadi masaalah kepada saya.

Saya:Bilakah bangunan ini diasaskan dan siapakah pengasasnya?

Tokoh :

Saya: Bolehkah encik/uan memberitahu lokasi bangunan ini?

Tokoh:

Saya: Apakah kegunaan bangunan ini sebelum merdeka (1957)?

Tokoh:

Saya : Adakah ada perbezaan bagi kegunaan bangunan ini sekarang? Jika ada, bolehkah anda namakan kegunaanya sekarang.

Tokoh:P

Saya : Pada pandangan anda, kenapakah kegunaanya tidak berubah / atau berubah?

Tokoh:

Saya: Berdasarkan pengamatan encik/puan, adakah perubahan yang dilakukan baik untuk memantapkan kegunaan bangunan ini.

Tokoh:

Saya: Pada pandangan anda, apakah bahan utama binaan bangunan ini?

Tokoh: Batu, simen, kayu merupakan bahan asas seperti bangunan yang lain di Malaysia.Bangunan ini mengandungi seni binaan yang menggambarkan Budaya Malaysia (Contoh Masjid Negara mengandungi binaan Islamik)

Saya: Adakah bangunan ini akan utuh dan kekal lama ?

Tokoh:

Saya: Pada pandangan anda, adakah penting bagi Malaysia agar kita mengekalkan warisan bangunan lama ini?

Tokoh:

Saya: Bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia harus memainkan peranan kita sebagai ‘duta’ dalam memperkenalkan warisan Negara ini.

Tokoh: Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mempunyai pengetahuan sejarah mengenai bangunan kita sendiri.Kita juga mestilah mengamalkan budaya ‘pemeliharaan dan pemuliharaan’ bangunan lama.

Saya: Bagi pandangan encik/puan, apakah maksud dan kenapakah kita harus mengekalkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan.

Tokoh: Tujuan pemeliharaan adalah menjaga bangunan lama terutamanya bangunan yang bersejarah agar tetap berdiri dengan utuh, sekaligus menjadi kebanggaan Negara dan rakyat Malaysia. Pemuliharaan pula bermaksud menjaga dan memperbaiki bahagian bangunan yang rosak agar bangunan akan tetap kekal lama. Contohnya bangunan Pasar Budaya, Stadium Merdeka dan banyak lagi bangunan di Malaysia yang telah dipelihara.

Saya: Apakah perasaan encik/puan,apabila bangunan bersejarah ini dinamakan sebagai antara 50 Warisan Kebangsaan? (sila semak senarai warisan kebangsaan bagi memastikan bangunan ini termasuk dalam senarai atau tidak)

Tokoh: Saya sungguh berbangga dengan pengiktirafan oleh keKKWa.Saya berharap lebih banyak lagi bangunan akan diwartakan di bawah senarai warisan kebangsaan.

Saya :saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana encik /puan sudi diwawancara.

Tokoh: sama-sama kembali.

Wednesday, April 8, 2009

Projek kerja kursus PMR 2009, Pasar Seni

Petikan rencana.

Bagaimana membuat petikan isi.

Pasar Budaya atau Pasar Seni atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai 'centarlmarket' ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. (isi 1)

Dahulu Pasar Seni menjadi tempat tumpuan pelombong bijih timah untuk mendapatkan barangan harian mereka kerana ia terletak bersebelahan Sungai Klang.
Ia dikenali The Old Market yang dibina oleh kapitan Cina, Yap Ah Loy.

Bagaimanapun, pentadbiran British pada masa itu ingin membina pasar baru yang dinamakan Central Market pada tahun 1888, lantas mengambil alih pasar itu dan membesarkannya hingga seluas 23,000 kaki persegi. Ketika itu, kawasan lantai dipasang dengan jubin konkrit manakala dinding diliputi dengan kayu sementara atap menggunakan zink.


Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.(isi 1)

Detik 15 April 1986 tidak akan dilupakan oleh warga KualaLumpur khasnya kerana Pasar Seni dibuka secara rasminya sebagai sebuah pusat budaya dan festival di Kuala Lumpur.


Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila mulai tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".

Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.(isi 2)

Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.


Bangunan Pasar Seni.Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.

Realitinya Pasar Seni sudah mengalami banyak transformasi. Sebaik sahaja melangkah kaki ke bangunan penuh bersejarah itu, anda akan ‘diperhatikan’ oleh 128 buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di setiap sudut.


Selain itu, terdapat 300 kedai yang menjual barangan. Galeri Annexe yang terletak bersebelahan dengan Pasar Seni menambah seri bangunan bersejarah itu. Galeri Annexe dibuka pada Januari 2007 sebagai pusat kesenian kontemporari.




Boleh temubual orang yang melawat pasar seni atau penggiat seni di sana.hujung minggu ini cikgu masukkan contoh soalan wawancara.

Lihat link to : central market

Tuesday, April 7, 2009

Projek kerja kursus PMR 2009

Hasil kajian

Kegunaan bangunan (Contoh Bangunan Stadthuys atau lain-lain yang sama fungsinya)

Contoh: 1. Bangunan ini Merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran Belanda. Walaupun bangunan ini terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya dipercayai berwarna putih.Dalam bahasa Inggeris pula, Stadhuys membawa maksud ‘State building’ membawa maksud perbandaran.
Pada zaman ini, kebanyakan bangunan dibina dengan menggunakan batu-bata. Selaras dengan pembinaan bangunan ini, pada ketika ini pembinaan rumah-rumah teres mula diperkenalkan di Melaka. Dalam proses pembangunan semula bandar Melaka, rumah-rumah teres banyak dibina berkemungkinan disebabkan pertambahan penduduk, maka keperluan kediaman yang selesa, selamat dan dekat dengan pusat bandar dan kubu pertahanan perlu disediakan. Pembinaan kediaman teres semakin popular di seluruh Bandar Melaka. Fenomena ini juga dialami oleh tapak kajian. Hak milik tanah juga mula bertukar daripada kepunyaan orang-orang Belanda kepada saudagar-saudagar Cina.

Pada tahun 1795, pihak Inggeris telah mengambil alih pentadbiran Melaka untuk sementara waktu semasa Peperangan Napoleon di Eropah. Dibawah pemerintahan Inggeris, Melaka kurang diberi perhatian. Pihak Inggeris lebih mementingkan Pulau Pinang dan ingin menjadikannya sebagai pelabuhan yang utama di rantau ini.


Selepas tamatnya Peperangan Napoleon, Melaka telah dikembalikan kepada pihak Belanda. Walaupun demikian, berikutan satu perjanjian yang dibuat di antara pihak Inggeris dan Belanda, Melaka (Perjanjian Inggeris Belanda atau Inglo Belanda)ditukar dengan Batavia (Tanah Jawa) di mana Inggeris memegang Melaka dan Batavia diserahkan kepada pemerintahan Belanda. Untuk mengelakkan persaingan Pulau Pinang
Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan ini terus dijadikan pusat pemerintahan mereka. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
Dewasa ini, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium oleh pihak negeri Melaka atau Kerajaan Melaka.Di Kompleks Warisan Malaka ini terdapat lima muzium iaitu Muzium Sejarah & Etnografi, Galeri laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera Malaysia, Muzium Yang Di-Pertua dan Muzium Pemerintahan Demokrasi. Muzium Sejarah & Etnografi terletak di dalam Bangunan Stadhuys yang telah dibina semasa zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1645. Di hadapan bangunan ini terdapat “Dataran Belanda” dan Pancutan Air Victoria juga Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Etnografi memberi penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat yang terdiri dari berbagai bangsa yaitu Melayu, Cina, India, baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Fokus utama musium ini adalah tentang adat istiadat perkahwinan, cara hidup sehari-hari, peralatan yang digunakan, alat musik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan. Turut dipamerkan adalah koleksi porselin dari zaman ke zaman, pelbagai jenis senjata serta mata wang dari dalam dan luar negeri.
Muzium Sejarah menceritakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak sejarah Malaysia yang berawal dari pembukaan Malaka semasa pemerintahan kesultanan Malaka ke era Portugis, Belanda, Inggris, Jepun hingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, para pengunjung dapat menghayati keunggulan Malaka dari awal pertumbuhannya hingga perjuangan menuntut kemerdekaan.Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan dari kisah tokoh pelayar agung China yaitu laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada 1317 di Hodai, sebuiah kampung di Daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaannya memupuk hubungan persaudaraan di antara negara China dan Negara-negara Afrika serta Asia dalam membuka pintu untuk menjalin hubungan diplomatic dan perdagangan. Bahan pamerannya antara lain porselin, replica kapal, koleksi buku yang menceritakan riwayat Laksamana Cheng Ho dan artikel-artikel yang berkaitan.
Muzium Sastera Malaysia memberi penekanan kepada sejarah penulisan dan pegkaryaan yang bermula dari era awal penulisan, cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Malaka, Munsyi Abdullah hingga ke tahap perkembangan kesusasteraan Melayu Modern. Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Malaka serta koleksi naskah manuskrip dari tulisan tangan. Terdapat juga penulisan berbentuk pantun, gurindam, nazam dan puisi. Selain itu Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Malaka turut ditempatkan di dalam musium ini. Muzium Yang di-Pertua Negeri yang dahulu dikenal dengan Seri Melaka, memamerkan tentang sejarah ringkas institusi kesultanan, pembentukan Gabenor Negeri-Negeri hingga kepada peranan institusi Yang di-Pertua Negeri. Pameran di musium ini memamerkan kegunaan ruang asal bangunan. Selain itu, ia juga tentang sumbangan Yang di-Pertua Negeri dalam pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya dari masake masa yang dibantu oleh setiap Ketua Menteri di bawah pimpinannya.Muzium Pemerintahan Demokrasi memamerkan maklumat pemerintahan termasuk penerapan demokrasi di Malaysia. Turut dipamerkan sejarah awal tanah Melayu mencapai kemerdekaan hingga kejayaan yang dicapai oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.

Projek kerja kursus PMR 2009 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA
PROJEK SEJARAH 2009
PANITIA SEJARAH
Susunan Projek

1. Muka depan – nama, kad pengenalan dan tajuk kajian. (akan diberi)
2. Borang lampiran 8,9 dan 10 (diberi oleh guru)
3. Senarai kandungan – tajuk dan muka surat. (Mesti mengandungi perkara 4-10)
4. Penghargaan- mengandungi 3 pihak (guru dan sekolah, ibubapa,kawan-kawan,pihak muzium, arkib, (yang berkaitan)dan sebagainya.Mesti masukkan nama-nama pihak yang terlibat)
5. Objektif kajian- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 objektif secara khusus. (lihat contoh)
6. Kaedah kajian-mesti mengandungi 3 kaedah secara khusus (lihat contoh)
7. Hasil Kajian- mesti mengandungi – 1. nama bangunan (nama lain jika ada) 2. Latar belakang (asal-ususl,pengasas (jika ada) dll 3. keistimewaan bangunan (lihat edaran dan contoh di blog www.djlovehistory.blogspot.com)
8. Rumusan -3 iktibar iaitu pengalaman, warisan budaya lama, berbangga sebagai rakyat Malaysia, keseronokkan belajar warisan lama, semangat berdikari, jati diri sebagai warga Malaysia, menunjukkan disiplin yang tinggi, bertoleransi sesama rakan, bekerjasama sesama rakan. (mana-mana 3 elemen – lihat contoh)
9. Esei 2 / Elemen dua : Tajuk ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? Mesti menggunakan 5 unsur patriotisme .Lihat edaran.
10. Lampiran (gambar bangunan, peta lokasi, ilustrasi / lukisan tangan bangunan, pelan bangunan, dokumen orang yang diwawancara) Mesti mempunyai kapsyen – keterangan di bawah setiap lampiran.
11. Rujukan – mesti mempunyai 4 jenis sumber (Rujuk lampiran yang telah guru berikan)
12. Senarai semak (akan diberi kemudian)

Jika memenuhi 9-10 elemen di atas = 4 markah.
Jika memenuhi 7-8 elemen di atas = 3 markah.
Jika memenuhi 5-6 elemen di atas = 2 markah.
Jika memenuhi 3-4 elemen di atas = 1 markah

Cadangan tajuk:
Carcosa Seri Negara
Muzium Kuala Lumpur.
Bangunan Sultan Abdul Samad
A Famosa Melaka
VI Istitution.


Objektif khusus:
1. Projek kerja kursus ini membolehkan saya mengkaji bangunan bersejarah seperti … dengan terperinci.
2. Projek ini juga membolehkan saya menghayati warisan budaya peninggalan nenek moyang saya dahulu iaitu ……
3. Saya dapat membuat kajian terperinci berkaitan bangunan bersejarah secara rasional.
4. Saya juga dapat menyemai nilai-nilai patriotisme seperti kerjasama, saling bantu membantu, bangga terhadap kaum dan bangsa sendiri serta berdisiplin bersama-sama kawan-kawan saya iaitu…







Kaedah Kajian

1. Saya menggunakan kaedah kajian sumber bertulis seperti buku dan majalah untuk mengkaji bangunan bersejarah iaitu ………………….
2. Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu.. (nama)bagi mendapatkan maklumat mengenai ……………….
3. Saya juga telah melayari laman Internet iaitu …………bagi mengetahui latar belakang bangunan yang dikaji secara terperinci.
4. Saya juga telah menggunakan kaedah menonton filem bertajuk …bagi memahami keadaan sebenar bangunan tersebut.
5. Saya juga telah melawat (Contoh , Muzium Negara atau Arkib Negara ) bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang bangunan yang saya kaji.


Projek Kerja Kursus
Tugasan 2: Esei ; ; Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?

Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…”

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

Sila rujuk www. djlovehistory.blogspot - lihat tajuk projek kerja kursus.
panitia all/noorarbaiah/com

Friday, April 3, 2009

Lampiran projek kerja kursus pmr 2011

 

keterangan : Gambar menunjukkan keadaan Stadium Merdeka terkini.



keterangan : Gambar menunjukkan kegunaan stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957



keterangan : peta menunjukkan lokasi bangunan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia





lampiran bermakna bahan-bahan tambahan yang memudahkan pembaca / penilai menilai laporan hasil kajian anda. Lampiran yang ditunjukkan tiada kaitan dengan FELDA, hanya sebagai contoh sahaja.

Lampiran boleh terdiri daripada peta negeri di mana bangunan berada, peta lokasi tempat bangunan, gambar bangunan (dengan anda di sana),  (Contohnya, bangunan FELDA, atau gambar petempatan FELDA)

Iilustrasi gambar petempatan FELDA, lambang FELDA.(lukisan tangan sendiri, atau dilukis daripada komputer atau gambar lukisan hasil tangan orang lain),

 Dokumen (fosostat kad pengenalan) orang yang diwawancara (dan dipalangkan ya)

,video gambar bangunan (fosostat label atau cover dvd) atau cerita yang ada kaitan dengan bangunan, lakaran pembinaan bangunan selangkah demi selangkah (jika ada lah), pelan bangunan (jika ada la)rajah kegunaan bangunan selangkah demi selangkah mengikut kronologi tahun (dari tahun yang awal hingga paling terkini) (dengan kapsyen atau keterangan di bawahnya) lihat contoh.

Jika wawancara, sila lampirkan soalan wawancara (soalan dan jawapan) dan fotostat kad pengenalan (boleh sesiapa sahaja, ibu, bapa atau ahli keluarga- seorang sahaja)sebaiknya, tulis jawapan berdasarkan maklumat yang ada.

Lokasi peta ke pejabat FELDA atau loksi petempatan FELDA.