Followers

Tuesday, September 27, 2016

Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 tahun 2016 (SPM 2017)



Ulangkaji akhir tahun tingkatan 4 2016 (SPM 2017)
Bab 2 (boleh gunakan jawapan bab 6-yg mana berkenaan)
1.        
Mengapa pendidikan penting bagi meningkatkan tamadun? (lihat soalan Bab 6 no 3) pecahkan jawapan kepada kepentingan p, e dan s.
2.       Jelaskan sistem sosial mengikut Confucious?
3.       Mengapa tamadun India menekankan keagamaan?
4.       Mengapa tamadun Sparta menekankan aspek ketenteraan?
5.       Bagaimana kita boleh meningkatkan pendidikan negara?
6.       Kenapa perlu berilmu?

Bab 3
1.       Apakah yang anda fahami mengenai  Kerajaan agraria?
2.       Namakan dua kerajaan agraria  dan lokasi kerajaan yang anda ketahui.
3.       Namakan  tiga jenis tanaman yang ditanam Kerajaan Agraria.
4.       Apakah yang anda fahami mengenai Kerajaan Maritim terkenal ?
5.       Namakan dua kerajaan dan lokasi kerajaan Maritim.
6.       Namakan   5 sebab  mengapa Kerajaan Funan menjadi kerajaan Agraria yang terkenal.

Bab 4 Islam di Makkah.
1.       Mengapa orang Quraisy menetang penyebaran Islam?
2.       Bagaimana mereka menentang orang Islam?
3.       Terdapat golongan yg menerima Islam? Mengapa Islam diterima?
4.       Bagaimana anda boleh membantu agar Malaysia menjadi negara yg gemilang seperti Madinah?
5.       Namakan tiga golongan penduduk Madinah dan situasi penduduk pada masa itu? (sebelum Islam)
6.       Lengkapkan jadual berikut. Perjanjian antara ……………………. &……………………………
Perjanjian Aqabah 1
Isi perjanjian

Kesan/mengapa penting
Perjanjian aqabah 2


7.Apa yg berlaku selepas Perjanjian Aqabah 1?


Bab 6
1.       Jelaskan empat cirri pemerintahan tahap 1 & tahap 2 Kerajaan Umaiyyah.
2.       Nyatakan lima peranan Andalusia sebagai pusat pendidikan.
3.       Mengapa kita mesti menekankan pendidikan.



Bab 8
1.       Sebelum kedatangan Islam, penduduk Asia Tenggara menganut agama…………………….
2.       Namakan 4 pelabuhan awal Asia Tenggara.
3.       Namakan 3 dagangan penting Asia Tenggara.
4.       Jelaskan 4 sebab Asia Tenggara menjadi tempat dagangan penting.
5.       Namakan 3 instisusi pendidikan formal dan peranannya.
6.       Jelaskan fungsi istana & madrasah sebg pusat ilmu.
7.       Mengapakah fungsi pendidikan formal penting bagi membentuk masy.


Bab 9
1.       Namakan maksud Zaman Gelap.
2.       Tiga sebab disebut zaman gelap dari segi politik, ekonomi dan sosial.
3.       Mengapa gereja mengongkong hidup rakyat.
4.       Mengapa perdagangan tidak dapat meningkat di Eropah?
5.       Jelaskan factor penerokaan dan penjelajahan (3G)
6.       Senaraikan kesan penjelajahan kepada masyarakat setempat mengikut kesan politik, ekonomi dan sosial.
7.       Bagaimana kesan penjelajahan ini patut menjadi teladan kepada masyarakat Malaysia.
8.       8.Bagaimana mengelak zaman gelap dari berlaku di Malaysia.


Bab 10
1.       Jelaskan perkembangan matawang di Tanah Melayu dari abad ke 15-20.
2.       Senaraikan perkembangan matawang dan insuran di Tanah Melayu.
3.       Mengapa masyarakat Melayu tidak menggunakan perkhidmatan kewangan?
4.       Nyatakan kesan penggunaan matawang di Tanah Melayu.