Followers

Monday, March 30, 2009

Projek Kerja kursus PMR 2009

Contoh Rumusan
Contoh : Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.

Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.


Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal maka tidak cinta"

8 comments:

smkdj said...

Cikgu, boleh bagi contoh rumusan untuk permainan tradisional?? Dan bagaimana nak buat lampiran??

arra_aqem0111 said...

Hello,Cikgu,Arra dha bace rumusn yg cikgu karang...
N saya dapati ade sedikit kesalahan pd rumusan tu...
iaitu kesalahan ejaan...
Harap cikgu perbaiki dengan segera...

Sekian..

arra_aqem0111 said...

Hello Cikgu,Arra nak tegur cket...
Rumusan yg cikgu paparkan tu ade kesalahan umum iaitu ejaan....
Arra hrap cikgu baiki secpat mungkin....

syaifa said...

rumusan kena buat pasal rumusan bangunan yg bersejrah yg dikaji ke atau ape?x brape fhm

pn noor arbaiah said...

rumuan mesti masukkan beberapa nilai.

contoh;
1.hidup sjahtera - harmoni.
2.pengalaman
3.kerjasama dengan rakan2.
4.semanagat kekitaan.
5.patriotisme

lihat contoh please!!!!

tracy_little_lolita said...

hello..saya bukan anak murid cikgu tapi saya harap cikgu boleh menolong saya untuk kerja kursus sejarah yang bertajuk bagunan bersejarah di negara kita...saya harap dapat pertolongan mu..terima kasih

tracy_little_lolita said...

hello..saya bukan anak murid cikgu tapi saya harap cikgu boleh menolong saya untuk kerja kursus sejarah yang bertajuk bagunan bersejarah di negara kita...saya harap dapat pertolongan mu..terima kasih

aisyah said...

boleh tak cikgu bagi panduan nak buat elemen 3.saya betul2 tak faham...