Followers

Friday, February 19, 2010

Baca at LRT 2



Petikan : Encik Zamri Mohamad :Facebook.

Untuk perhatian tuan/puan yang telah mensahkan kehadiran:
Apa yang perlu tuan dan puan bawa?

Bagi mereka yang sudah mengisi borang online ini http://bit.ly/lrtfebruari dan sah akan hadir mohon bawa sebatang pen.

Ini bagi mengisi borang keahlian yang akan diedarkan di Taman Jaya.

Kedua

Pembelian tiket ke destinasi.

Tuan dan Puan membeli tiket ke LRT Taman Jaya.

Kita akan keluar dari gerabak LRT dan terus turun ke bawah dan keluar dari stesyen berhadapan kaunter masuk.

Mengapa?

Kerana ruang menunggu di atas tidak dapat menampung jumlah yang di luar jangkaan.

Ketiga.

Bagi mereka yang merancang mahu memilih stesyen LRT mana mahu diikuti, berikut merupakan stesyen yang menjadi tumpuan penyokong Baca@LRT

Insya-Allah, kali ini kita akan menaiki tren empat gerabak (four-car). Ini bagi memberi lebih keselesaan kepada para pembaca yang bilangannya dijangka meningkat kali ini. Tren ini mampu memuatkan 800 sehingga 950 penumpang.

Tren empat gerabak dijangka tiba di Stesen Gombak pada jam 10:06 pagi.

Seterusnya kita akan bertemu dengan rakan-rakan pembaca yang lain pada waktu-waktu berikut:

KLCC - *10:25 pagi Kelab Tidur Dengan Buku
Masjid Jamek - *10:30 pagi Sindiket SOL-JAH
KL Sentral - *10:35 pagi Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)

Tidak perlu terlalu awal berada di stesyen LRT lain. Sekitar jam 10.00-10.15 pagi sudah cukup bagus.

Tren dijangka tiba di Stesen Taman Jaya pada jam 10:46 pagi.

1 comment:

pn noor arbaiah said...

as salam, yang bertanya mengenai definisi tamadun, cikgu perlu tahu definisi yang bagaimana? spm? stpm?