Followers

Wednesday, May 12, 2010

Contoh karangan kesan perayaan.

Kesan perayaan kepada saya dan keluarga.

Setiap kali saya dan keluarga menyambut perayaan ---------------- (namakan), saya mendapati hubungan keluarga kami akan bertambah erat. Apatah lagi setiap kali perayaan ini, kami sekeluarga akan menyambut bersama-sama di ________ (di rumah ibubapa/datuk nenek)saya. Kami sekeluarga malah keluarga bapa dan ibu saudara saya akan berkumpul beramai-ramai di rumah (saya/datuk saya)dan beraikan hari perayaan ini bersama-sama.
Selain itu, kami juga dapat menikmati pelbagai juadan makanan tradisi seperti (rendang, baulu dan ketupat -Hari Raya, perayaan lain, namakan) Makanan paling istimewa adalah 'ayam golek' masakan neneka saya yang dimasak dengan menggunakan tebu dan dibakar dengan arang. Hidangan lain adalah Nasi Beriani. Kami juga berkongsi memeriahkan perayaan ini dengan mengenakan baju baru seperti kebaya, baju kurung pesak, baju melayu cekak musang (perayaan lain, namakan)

Kesan Perayaan kepada masyarakat.
Perayaan ................(namakan) menjadikan masyarakat malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bersatu dalam meraikan perayaan ini. Sebagai contohnya, kita menyambut perayaan ini, kami akan diziarahi oleh masyarakat lain khususnya jiran-jiran berdekatan, teman-teman keluarga, dan sahabat keluarga kami.
Dengan berkongsi juadah dan sambutan perayaan ini, kami juga dapat merealisasikan Motto negara yang dilancarkan oelh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Konsep Satu Malaysia.
Perayaan ini juga membuktikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dan rukun serta damai dalam satu negara.

Kesan Perayaan kepada Negara.
Berdasarkan kajian terhadap kedatangan perlancung ke Malaysia, menunjukkan antara faktor kedatangan pelancung luar ke Melaysia selain daripada faktor keamanan adalah, faktor keharmonian rakyat Malaysia yang dapat hidupo berkongsi perayaan mereka. Jika diperhatikan Malaysia mempunyai banyak sekali samputan perayaan yang berkaitan dengan agama serta bangsa. Pada tahun ini sahaja, bermula dengan Sambutan hari raya Cina, kemudiannya masyarakat menyambut Tahun Baru Hindu (Thaipisam), Wesak, hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil adha, Krismas dan sebagainya.
Perayaan yang berbilang juga memberi pengukuhan kepada ekonomi negara kerana setiap kali menjelang perayaan, rakyat Malaysia akan membeli belah untuk memenuhi kehendak dan sambutan kepada perayaan mereka. Contohnya dalam menyambut perayaan ini ..........(namakan) masyarakat lainnya akan turut berbelanja kerana potongan harga murah yang ditawarkan daripada pusat membeli belah.
Perayaan ini juga memberi kesan sosial yang lebih utuh kerana masyarakat yang berbilang kaum dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli masyarakat.

3 comments:

genius girl said...

terima kasih kerana beri saya sedikit petunjuk untuk membuat esei sejarah.tapi bolehkah cikgu jelaskan serba-sedikit sejarah hari gawai dayak??

pn noor arbaiah said...

hai genius girl.. go to googles, just type gawai, iban.. akan jumpa di wikipedia. cikgu cadangkan tajuk2 yang lebih sinonim dengan budaya sendiri, supaya boleh dibuat temuramah dll.

Cikgu Kalsom said...

Salam perkenalan
saya mohon share contoh karangan ini ye puan. terima kasih]