Followers

Tuesday, October 5, 2010

Sejarah peperiksaan Akhir Tahun Ting 4 2011 (post 2)

Wajib baca, kalau tak baca, pening kepala nanti. Maaf, ada tajuk yang ada jawapan, the rest cari sendiri ya.
Sila beritahu kawan-kawan terutamanya yang tiada Fb dan akses internet.

Bab 5
1.Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membuka semula Kota Makkah pada tahun 630M bersamaan  tahun ke 8H.

( a ) Nyatakan faktor-faktor pembukaan semula Kota Makkah. (2 m)
( b ) Senaraikan strategi yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa menawan Kota Makkah.(3m)
( c ) Berikan tiga kepentingan pembukaan semula Kota Makkah kepada umat Islam.(3m)
( d ) Nyatakan dua iktibar yang boleh kita pelajari daripada sejarah pembukaan Kota Makkah ini(2m)

2. (a) Senaraikan tujuan peperangan dalam Islam.
    (b) Nyatakan etika (apa yang perlu) dipatuhi  oleh tentera Islam semasa peperangan.
    © Apakah tindakan Rasulullah terhadap tawanan Perang Badar?
    (d) Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada Peperangan Badar?
    (e) Apakah rasionalnya mengikut anda, jika orang tua, kanak-kanak dan wanita diharamkan untuk diperangi jika terjadinya peperangan?
    (f) Apakah strategi yang digunakan oleh Rasulullah dalam peperangan Badar/Khandak dan Uhud?

3.Berikan definisi hijrah mengikut pandangan Islam.
(b) Berikan alasan mengapa berdasarkan konsep Islam, pendangan sarjana Barat bahawa  Hijrah adalah ‘pelarian’ atau ‘lari’ boleh ditolak.
© Nyatakan lima sebab hijrah berlaku.
(d) Nyatakan lapan sebab kepentingan hijrah.

Bab 6
1.Nyatakan apakah yang anda fahami tentang konsep “khalifah’?
2.Jelaskan apakah makud konsep khulafa ar rasyidin?
3.Huraikan sumbangan:
   (a) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq.
   (b) Khalifah Umar al-Khattab.


Kerajaan Bani Umaiyah mempunyai dua tahap Pemerintahan:
Tahap pertama :  Kerajaan Umaiyah (661-750m)
Tahap Kedua : Kerajaan Abbasiyah (756m-1031m)


( a ) Nyatakan perbezaan pemerintahan pada kedua tahap ini. (4 markah)
( b ) Senaraikan sumbangan pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama. ( 6 markah)
( c ) Perkembangan intelektual menjadi satu faktor yang mengukuhkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap kedua. Jelaskan sumbangan dalam bidang intelektual yang berlaku pada zaman ini. (6 markah )
( d ) Pada pendapat anda, bahgaimanakah negara kita boleh mencapai tahap intelektual yang cemerlang seperti   yang terdapat pada Zaman Kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua.
(e) Senaraikan empat aspek utama pentadbiran Kerajaan Umaiyah.
(f) Nyatakan bagaimana kerjaan Umaiyah memperolehi pendapatannya.
(g) mengapa rakyat menetang Kerajaan Umaiyah pada akhir pemerintahannya.
(h) Siapakah pengasas Kerajaan Abbasiyah?
(i) jelaskan sumbangan intelektual semasa Zaman Harun ar-Rasyid.
(j)Nyatakan sumbangan Kerajaan abbasiyah yang anda ketahui.
(k) Jelaskan sumbangan Baitulhikmah yang dijalankan semasa Zaman Kerajaan Abbasiyah.
(l) Nyatakan lima sebab kejatuhan Kerajaan Abbasiyah.



Kerajaan Bani Umaiyah mempunyai dua tahap Pemerintahan:
Tahap pertama :  Tahun pemerintahan : 661m- 750m
Tahap Kedua : Tahun pemerintahan :756m-1031m


5 ( a ) Nyatakan perbezaan pemerintahan pada kedua tahap ini. (4 markah)

Tahap pertama  Kerajaan Bani Umaiyah.
H1- Empat aspek pemerintahan.
H1b-Pertama system Khalifah: perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintahan.
H1c-Kedua system Wazarah: perlantiakn wazir sebagai pemerintahan.
H1d-Gabenor mengetuai pemerintahan daerah.
H1e-Ketiga-sistem urus setia.
H1f-Membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian.
C1g-Surat menyurat/cukai/tentera/polis.
H1h-Keempat: system Hajbah-pegawai memeriksa sesiapa yg mahu bettemu khalifah.
H1i-Pentadbiran yang sistematik.
H1k-Penubuhan 4 jabatan – Cukai/jabatan Surat-menyurat, jabatan urusan am, jab.urusan cap mohor pemerintah.
Tahap kedua Keraujaan Bani Umaiyah. 
F1a-Pertama system Khalifah: perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintahan.
F1b-Membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian.
F3- Cordova menjadi pusat pemerintahan.
F4- Melahirkan para ilmuan seperti Khalil Ibni Ahmad,Jamil al uzri.

F5- Bahasa Arab dijadikan Bahasa Rasmi.

F6- Tokoh agama dilahirkan seperti IBN Jarih,Hassan al Basri.

F7- Pembinaan pusat pengajian tinggi diasaskan Abdul Rahman III.
F8- Telah wujud 17 pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia.

F9_ Pusat ilmu berkembang ke Seville,Toledo dan Granada.

F10- Pusat penterjemahan untuk menterjemahkan bahasa Yunani diwujudkan.

F11- Cordova dianggap pusat kegemilangan ilmu dunia Islam dan Eropah.

5 ( b ) Senaraikan sumbangan pemerintahan Kerajaan  
Bani Umaiyah pada tahap pertama. ( 6 markah)                 

   Mana-mana jawapan. (1 m x 6 m = 6 markah)                                         

F1- Melahirkan Kota Basrah sebagai pusat keilmuan pada tahap pertama.
F2- Melahirkan Kota  Cordova sebagai pusat keilmuan pada tahap kedua.
F3- Melahirkan para ilmuan seperti Khalil Ibni Ahmad,Jamil al uzri.
F4- Bahasa Arab dijadikan Bahasa Rasmi.
F5- Tokoh agama dilahirkan seperti IBN Jarih,Hassan al Basri.
F6- Pembinaan pusat pengajian tinggi diasaskan Abdul Rahman III.
F7- Telah wujud 17 pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan di Andalusia.
F8_ Pusat ilmu berkembang ke Seville,Toledo dan Granada.
F9- Pusat penterjemahan untuk menterjemahkan bahasa Yunani diwujudkan.
F10- Cordova dianggap pusat kegemilangan ilmu dunia Islam dan Eropah.

 (mana-mana 1 x 6 = 6 markah)

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

1.Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada Arab.(10m)
2.Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada China (6m)
3.Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada India (6m)
4.Jelaskan peranan perdagangan dalam penyebaran Islam ke Asia Tenggara (10m)
5.Senaraikan tiga bentuk kesenian Islam yang mempengaruhi masyarakat di asia tenggara.
6Berikan empat bukti kesenian Islam yang ditemukan pada makam di Pasai.
7Namakan empat buah masjid yang menunjukkan kesenian Islam./
8.Nyatakan lima pengaruh Islam dalam ekonomi.
9.Senaraikan tiga contoh pengaruh islam dalam bidang sosial.

BAB 8 : KESAN PENGARUH ISLAM

1.Huraikan perbezaan Adat Pepatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan di Tanah Melayu. (15m)
2.Nyatakan sebab undang-undang digubal oleh Kerajaan Melaka (5m)
3.Huraikan perkembangan institusi pendidikan agama dalam sistem pendidikan formal di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. (10m)
4.Huraikan peranan istana sebagai pusat intelektual dalam kerajaan Melayu tradisional. (10m)
5. Jelaskan ciri-cirei wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu Tradisional (10m)
6.Huraikan aktiviti perdagangan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.(10m)
Bab 9
1.Apakah maksud Zaman gelap?
2.Nyatakan ciri-ciri yang jelas tentang Zaman Gelap.
3.Apakah ciri-ciri masyarakat zaman feudal di eropah dengan masyarakat melayu Tradisional.
4. Senaraikan ciri-ciri zaman Pertengahan yang dianggap Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance.
5.Apakah maksud Zaman reformation.
7.Senaraikan enam ciri-ciri Zaman Reformation ini.
8 Jelaskan secara ringkas, mengapa Kristian Protestant bermula di Jerman.
BAB 10 – DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA.


1 Senarai di atas menunjukkan cara kemasukan buruh dari China ke Tanah Melayu.
a) Jelaskan cara kemasukan buruh cina melalui sistem pengambilan kakitangan dijalankan. (4m)
F Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China.
F Untuk mendapatkan tenaga buruh.
F Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
F Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh.
F Mereka mesti sampai ke tempat majikannya.

b) Nyatakan kemasukan buruh Cina melalui sistem pengambilan rumah kongsi. (6m)
F Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China.
F Dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
F Pegawai membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut.
F Mereka mesti sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
F Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi.
F Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu.
F Seperti yang dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.

c) Terangkan perlaksanaan sistem tiket kredit bagi membawa buruh Cina ke Tanah Melayu.(10m)
F Bakal imigran ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung di negara China oleh Kheh-thau(ketua).
H Kheh-thau bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan.
H Kheh-thau sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang di bawa.
F Bakal imigran ini dikenali sebagai sin kheh.
H Sin Kheh imigran miskin tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.
H Golongan imigran diletakkan dibawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh.
H Mereka terlebih dahulu menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
H Golongan Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis.
H Untuk menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam satu tempoh tertentu.
F Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju.
H Sama ada mereka bebas atau berhutang.
H Sampai di pelabuhan, sin kheh akan diambil oleh pemborong buruh yang akan bertindak sebagai orang tengah.
H Akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu.
F Jawatan pegawai pelindung buruh dari China telah diwujudkan di Tanah Melayu.
H Bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.
H Beberapa undang-undang diluluskan untuk membaiki sistem pengambilan buruh
2 Senarai di atas menunjukkan cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu.
a) Nyatakan sebab kedatangan buruh India ke Tanah Melayu. (6m)
F Faktor yang mendorong mereka meninggalkan negara masing-masing.
F Galakan kerajaan kolonial British.
F Penghijrahan tidak ditentang oleh orang Melayu.
F Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India yang mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
F Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun.
F Membuka banyak peluang pekerjaan kepada kaum imigran.
F Pemerintahan British telah mewujudkan kestabilan politik di Tanah Melayu.

b) Jelaskan cara kemasukan buruh India melalui sistem kontrak dilaksanakan.( 8m)
F Majikan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
F Sebagai balasannya buruh akan bekerja dengannya.
F Untuk jangka masa tertentu.
F Dengan bayaran yang paling minimum, iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.
F Menyebabkan sering berlaku pemerasan dan penindasan terhadap buruh.
F Disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan agensi yang membawa masuk pekerja asing.
F Diharamkan (1938) kerana wujudnya penyelewengan oleh kanangi sendiri.
3 British telah memperkenalkan undang-undang tanah untuk meneruskan penguasaan ekonomi Tanah Melayu.
a) Jelaskan undang-undang berhubung tanah masyarakat Melayu tradisional sebelum
kedatangan British dilaksanakan. (4m)
F Pemilikan dan penggunaan tanah tidak menjadi persoalan masyarakat Melayu.
H Wujud kawasan tanah yang luas.
H Kepadatan penduduk yang rendah di Tanah Melayu.
F Urusan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi mesti mendapat kebenaran pembesar Melayu terlebih dahulu.
F Kebenaran yang sama bagi mengusahakan sesuatu bidang tanah.
F Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik.
F Mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
F Mengikut undang-undang adat, sesebuah kawasan tanah akan menjadi milik seseorang yang
meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.
H Tanah boleh diwarisi oleh agensi yang terkemudian.

b) Huraikan pentadbiran tanah semasa penjajahan British. (8m)
F Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
H Tatacara hak pemilikannya diubah.
H Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.
H Sistem pemilikan rekod dan catatan sempurna dijadikan bukti pemilikan.
H Rekod bertulis penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
H Rekod memudahkan urusan pentadbiran.
C Cukai
C Urusniaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan, dan pembelian.
F Mengikut konsep barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
H British memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan sistem barat.
H Memudahkan kerja pentadbiran tanahdan pembangunan ekonomi.
H Perak negeri Melayu pertama diperkenalkan undang-undang tanah Barat iaitu peraturan tanah 1879.
H Kanun Tanah Selangor diperkenalkan di Selangor ( 1891).
H Di Sungai Ujong Seremban Peraturan Tanah Sungai Ujong telah diperkenalkan (1887).
H British membahagikan Tanah mengikut kegunaan.
H Nilai komersial.
C Tanah ladang.
C Tanah peribumi.
C Tanah perlombongan
H Kadar cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.

d) Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah British kepada masyarakat Melayu. (8M)
F Keberkesanan Pejabat Tanah.
H Undang-undang tanah menetapkan individu ataupun syarikat yang ingin mengusahakan kawasan tidak perlu
mendapatkan kebenaran daripada para pembesar Melayu.
H Mereka membuat permohonan di Pejabat Tanah.
H Masyarakat tempatan juga mendapat kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,
damar dan rotan.
F Undang-undang Tanah British memberikan kuasa yang besar kepada Residen negeri.
H Mereka menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
H Residen mengambil kira faktor seperti modal, teknologi dan bilangan tenaga manusia yang akan menjalankan sesuatu aktiviti ekonomi.
F Perkembangan sistem ekonomi wang dalam kalangan masyarakat Melayu.
H Orang Melayu mesti membayar cukai yang dikenakan terhadap hasil hutan.
H Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
H Masyarakat Melayu yang tinggal di luar bandar bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.
H Ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah milik untuk melangsaikan hutang mereka.


4 a) Apakah alasan British memperkenalkan Akta Tanah Simpanan pada 25 november 1913? ( 4m)

F Menjamin kelangsungan masa depan ekonomi, sosial dan politik orang Melayu di Tanah Melayu.
F Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing.
F Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai
Tanah Simpanan Melayu (TSM).
F Pengisytiharan akan menyelamatkan tanah daripada dijual, dipajak, gadaikan atau ditukar milik
kepada orang bukan Melayu.



b) Sejauh manakah Akta Simpanan Melayu bertujuan melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah? (4m)

F Orang Melayu tidak dibenarkan menanam tanaman komersial di Tanah Simpanan Melayu.
F Kawasan yang diasingkan sebagai Tanah Simpanan Melayu ( TSM) tidak subur.
F Walaupun kawasannya besar, tidak sesuai digunakan untuk kegiatan ekonomi perladangan.
F Sekiranya kawasan yang subur, keluasannyapula kecil.
F Hanya 46.09% daripada TSM yang sesuai untuk pertanian.


c) Huraikan dasar British terhadap pekebun kecil orang Melayu. (12m)

F British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani dalam kerangka ekonomi.
H British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917.
H Melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi.
H Bertujuan mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah daripada kalangan orang melayu
dalam sektor perusahaan getah.
H Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dinaikkan.
H Pada tahun 1930an pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali.
F Sebab British menagwal dasar.
H Peringkat awal, penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah berlaku secara kecil-kecilan.
H Tidak menimbulkan sebarang kebimbangan kepada pengusaha Eropah dan kerajaan penjajah British.
H Sentimen berubah apabila berlaku kemerosotan harga getah dipasaran dunia (1930an.
H British mula mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah.
F Menerusi Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
H Mengehadkan pengeluar getah oleh negara pengeluar.
H Dikuatkuasakan antara bulan november 1922 hingga bulan oktober 1928.
H Sekali lagi dengan pelaksanaan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa (1934).
H Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah.
H Pekebun kecil getah ditekan kerana dilihat sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.
H Tindakan meningkatkan harga getah di pasaran memberikan kesan negatif kepada pekebun kecil getah.
H Tanaman getah mendatangkan keuntungan yang lebih baik daripada usaha penanaman padi.
H Rakyat tempatan tidak begitu berminat untuk mengerjakan sawah.
5.(a) Mengikut pendapat anada, apakah yang mendorong (faktor klemunculan) bandar-bandar baru di Tanah melayu, Sanah Dan Sarawak.

  (b) Jelaskan bagaimana masyarakat berbilang bangsa wujud di Tanah Melayu. (nayatakan faktor kedatangan dan cara datang secara ringkas)

© Senaraikan bentuk pendidikan vernakular yang terdapat semasa Zaman British.

Soalan: Jika anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, (SPM 2007) (atau mekah, atau zaman khalifah ar Rasyidin, kerajaan umaiyah, abbasiyah, uthmaniah, kerajaan Islam Asia Tenggara dll, asalkan pemimpin Islam) bagaimanakah anda mengamalkan kepimpinan dalam pentadbiran anda?

1. memerintah dengan adil.
2. menekankan perpaduan
3. mengikut undang-undang Islam.
4. toleransi atau musyawarah.
5. sultan sebagai ketua.
6. agama islam sebagai agama rasmi.
7. amanah dalam menjalankan tugas.
8. bijaksana.


Soalan : Nyatakan sumbangan Kerajaan Umayyah, Abbasiyah dan Kerajaan Turki Uthmaniah.
(jawapan yang dinyatakan adalah berdasarkan prinsip sistem back up bukannya jawapan penuh)
Politik

Perlantikan khalifah sebagai
pemerintah.
dibahagikan kepd beberapa
jabatan
kekuatan tentera /
semangat jihad. mengadakan sistem

Ekonomi
Baitulmal
perdagangan antarabangsa
mengadakan pengairan sebagai
bantuan kepada pertanian.

Sosialpendidikan sehingga universiti
pusat ilmuan
pusat terjermahan.
kesihatan / hospital
kemajuan undang-undang
senibina contoh masjid

8 comments:

Anonymous said...

cikgu maaf nak tanya ye jika all the exam soalan for paper2 pasti ada dalam tips yang cikgu beri? maaf krn tak pernah guna tips cikgu so tk tahu. reply asap :)

pn noor arbaiah said...

dear tasha, yes. Soalan exam berkaitan tips.

Unknown said...

salam..nak tanya ,,ni ke soalan akhir tahun T4 2010 ... ????

MiSz AzUmI said...

ckgu..soalan2 history yg ckgu bgi nie..just rmalan cikgu jeke?

meera said...

salam.
cikgu, ni semua confirm masuk ke?
btw thanks tau cikgu. takde lah pening sgt nanti :)

AYNN said...

soalan ini untuk negeri mana ?

Kaiwen Teoh said...

cikgu adakah tips ini semuanya benar? Kerana saya dapat tips lain lain juga.

Royden1000 said...

cikgu....nie tips tahun berape cikgu...2010 ke 2011....?....