Ucapan
sempena Hari Perasmian sempena Hari Kemerdekaan
Seringkali
apabila menyebut tarikh kemerdekaan atau bulan kemerdekaan, acap kali kita
didengarkan tentang mereka. Mereka yang tidak asing lagi kepada kita. Bapa
Kemedekaan Tunku Abdul Rahman Putra al haj dan sebagainya. Kali ini cikgu akan
memperkatakan tentang Rahsia Kita! Rahsia Kemerdekaan.
Rahsia pertama: Kemerdekaan Negara ini
bukanlah tentang ‘Mereka’ tetapi Kita. Kemerdekaan bukanlah pejuangan Rombongan
Merdeka sahaja semata-mata. Semua maklum yang Rombongan Merdeka mengandungi 10
orang ahli yang belayar ke London
bagi membincangkan kemerdekaan.
Kemerdekaan adalah hasil perjuangan rakyat Tanah melayu atau Malaya yang
berjumlah 6.36 juta ketika itu, yang sebahagian besarnya adalah orang dewasa
termasuklah datik, nenek dan moyang-moyang, generasi terdahulu daripada kita.
Jadi Kita adalah sebahagian daripada pejuang-pejuang kemerdekaan.
Rahsia kedua: Setelah kemenangan
pilihanraya umum 1955, Perikatan yang merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC
telah memenangi pilihanraya dengan majoriti 51/52 kerusi yg dipertandingan.
Dalam manifesto atau janji-janji pilihanraya Perikatan tleha berjanji akan
mendapatkan kemerdekaan dalam tempoh 4
tahun iaitu sebelum 1959. Dengan kejayaan mendapatkan kemerdekaan pada tahun
1957, bermakna PERIKATAN bukan sahaja Berjaya menunaikan janji mereka malah
telah mempercepatkan manifesto mereka.
Rahsia ketiga: Mungkin ada yang
tertanya-tanya kenapa Perikatan yang diketuai oleh Ketua Menteri (pada masa
sebelum merdeka, belum ada jawatan pernada menteri) mempercepatkan kemerdekaan?
Tunku Aldul Rahman Putra al Haj telah diberi sebuah rumah kerajaan di Jalan
Conlay. Dan peristiwa ini telah diberitahu Tunku sendiri dalam satu temuramah
dengan beliau. Pada satu hari, di tengah malam, hujan yg lebat menjadikan air
menitik terus ke kepala Tunku. Tunku terjaga dan mendongak ke atas. Dilihatnya
bumbung rmahnya bocor. Jadi Tunku berfikir dan berkata, “Jika beliau sebagai
Ketua Menteri diberi layanan sedemikian
rupa, maka, tentulah rakyat Tanah Melayu akan menerima layanan yang lebih teruk
lagi.
Rahsia keempat: Sebelum Tunku bergerak
ke London,
Tunku telah meminta nasihat Syeikh Abdullah Fahim tentang tarikh kemerdekaan
Tanah Melayu. Syeikh Abdullah Fahim adalah seorang ahli falak iaitu seorang
fakar dalam mengkaji perjalanan bulan dan bintang. Dan buat pengetahuan semua,
Syeikh ini ada hubungannya dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang
ke 5 iaitu Tun Abdullah bin Ahad Badawi b.Syeikh Abdullah Fahim.
Al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab
"AM KHIR ATANA", yakni tahun baik datang kepada kita - bagi hari
Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun
berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik untuk mengisytiharkan
kemerdekaan. Bermakna jika kemerdekaan tidak dicapai pada 1957, Tanah melayu
hanya boleh mencapai kemerdekaan pada tahun 1962.
Rahsia Kelima: Rombongan Merdeka telah bertolak dengan
Kapal Laut bernama M.V Asia. Tujuan mereka menaiki kapal laut adalah kerana
perjalanan jalan laut membolehkan ,mereka berbincang dengan lebih lanjut lagi
tentang kemerdekaan Negara. Mereka dihantar oleh lebih 10 000 rakyat Tanah
Melayu ke Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Pemergian mereka ke London dibiayai sepenuhnya
oleh rakyat Tanah Melayu yg menyumbang wang ringgit, barang kemas dan
sebagainya.
Rahsia keenam: Setibanya di London, Rombongan Merdeka
terpaksa bertungkus lumus melobi ahli-ahli Parlimen di London. Melobi bermaksud
berjumpa dan bercakap dengan ahki-ahli parlimen satu persatu supaya mereka
menyokong dan mengundi yang Tanah Melayu layak mendapat kemerdekaan. Tanpa
sokongan ahli-ahli Parlimen atau dengan kata lain, jika tidak mendapat sokongan
2/3 parlimen London,
Tanah Melayu tidak akan memperoleh kemerdekaan. Perjalanan yang mereka tenpuhi
adalah panjang dan berliku, tidak semudah membaca dua muka surat perjalanan yg dipaparkan di buku teks
sejarah tingkatan 3 dan 5. Dan akhirnya, dengan berkat usaha mereka, Parlimen
bersetuju yg tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan pada 31. 8. 1957.
Rahsia
ke tujuh: Pada malam 31 Ogos 1957, Kajian falak menunjukkan bahawa pada malam
kemerdekaan terdapat empat buah buruj sedang berada di ufuk barat sejurus
selepas terbenam matahari pada jam 7.19 malam, 30 Ogos 1957 bersamaan 4 Safar
1377 H, malam Sabtu. Buruj-buruj tersebut ialah
Buruj Scorpio, Buruj Dacing Libra, Buruj Virgo dan Buruj The Sail. Buruj adalah
kedudukan bintang-bintang yang boleh dilukis di langit. Kelihatan juga dua buah
planet dalam keadaan sangat terang pada ketika itu - planet Musytari (kecerahan
100%) dan planet Zuhrah (kecerahan 79%). Kedua-dua planet berhampiran dengan
Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam Buruj Libra. Apabila
kedua-dua tarikh pilihan al-Marhum Syeikh Abdullah Fahim diperbandingkan; iaitu
bagi malam 31 Ogos 1957 (4 Safar 1377H) dan malam 31 Ogos 1962 (29 Rabiul Awal
1382H); maka akan didapati jasad cakerawala berkedudukan serupa !
Kemerdekaan Negara hanya boleh dicapai dengan susah payah
dan jerit pekik generasi kita yg lampau. Jika kita tidak menghayati maksud
kemerdekaan, samalah ertinya kita tidak menghargai jasa datuk-nenek moyang kita
yang lama dahulu. Kita bakal menyambut kemerdekaan kali ke 55. Sama-samalah
kita menyambutnya dengan hati yg tulus ikhlas.
sekian,
terima kasih.
No comments:
Post a Comment