SMK DAMANSARA JAYA
PROJEK KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2012
Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Dokumentasi Tugasan 1 (Lihat soalan 1)Projek Kerja Kursus. Kumpulkan elemen-elemen berhubung dengan projek kerja kursus. (Semak soalan 1 dan 2; Lampiran 1 dan 2)
2. Soalan: Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di Negara kita Malaysia, berdasarkan satu daripada tajuk berikutnya:
(i) Makanan / pakaian / kraf tangan atau pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam) Ada 4 bahagian kajian.
2. Rumusan patriotisme berhubung kajian terhadap barangan/produk buatan Malaysia ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)
Bahagian B
3. Esei berhubung nilai-nilai patriotisme. (Bahagian B) Lihat lampiran 4.
Bahagian A: Kajian bertajuk : Tugasan 1. Lihat soalan 1.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan barangan produk Malaysia.
Hasil kajian mesti mengandungi 4 bahagian kajian: Lihat edaran mengandungi soalan Projek Kerja Kursus PMR 2012.
4 aspek: lihat soalan (Hasil Kajian)
Rumusan /iktibar kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.
Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan: Lihat di bawah tajuk Tugasan 2 pada edaran Soalan PMR 2012
SUSUNAN UNTUK PROJEK KERJA KURSUS.
Muka hadapan – lampiran 1 (bertulis 1)(muka surat hadapan projek kerja kursus)
(LAMPIRAN 1)
- Nama Calon;
- Tingkatan:
- No Kad Pengenalan.
- Angka Giliran.
- Nama dan alamat sekolah.
- Tajuk Kerja Kursus.
- Nama Guru;
- Skor. (borang skor)
Borang elemen bukti (bertulis lampiran 5)
Elemen 1: Bahan bukti untuk kajian. Dilekatkan bersama projek.
Tajuk Projek:
Borang elemen 2 (lampiran 6)
Senarai kandungan
1.Penghargaan
2. Objektif kaijan
3. Kaedah kajian
4 Hasil kajian : 4 bahagian soalan
5 Rumusan
6 Tugasan 2- Esei.
7 Lampiran
8 Senarai rujukan
9 Senarai semak untuk murid (lampiran 4 edaran m/s 29-21)
3.Penghargaan
Penghargaan murid terhadap mereka yang berjasa bagi melengkapkan projek.
a) Penghargaan kepada individu.:
- Orang sumber
- ibu bapa
- guru matapelajaran.
- rakan-rakan kumpulan kajian (jika ada)
b)Penghargaan kepada institusi: Yang berkaitan sahaja.
- Felda/Industri/kedai
- Muzium Negara.
- Perpustakaan Negara.
- Arkib Negara
m/s 4 objektif kajian ; lihat contoh
M/s 5 Kaedah kajian; lihat contoh
m/s 6 : lihat kehendak soalan bahagian A
m/s seterusnya – rumusan Kesan peristiwa kepada diri.Kesan kepada murid, masyarakat dan negara. Lihat contoh yang disertakan.
Borang elemen 3
m/s seterusnya – Tugasan 2 Esei patriotisme- tidak kurang 100 patah perkataan. (Bahagian B) Contoh disertakan.
Lampiran semak lampiran 3 untuk cara dan bagaimana.
Gambar, peta, surat, dokumen, salinan DVD / CD (kulit) yang berkaitan dengan Tugasan 1 (mesti mengandungi keterangan/Kapsyen di bawah gambar/ peta/surat)
Senarai Rujukan
Rujuk cara menulis rujukan – lampiran 6 sebagai contoh.
Lampiran – untuk pemeriksaan guru –
Semak lampiran 4 untuk teknik.
Contoh objektif umum dan khusus kajian.
- Saya dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai produk keluaran/buatan Malaysia iaitu barangan yang merupakan barangan keluaran … (contoh maggi mee)
- Saya dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional berdasarkan tajuk kajian saya iaitu maklumat barangan/produk buatan Malaysia sejarah kewujudan dan perkembangan perniagaannya.
- Saya dapat mengenal pasti peranan produksi/syarikat iaitu …. (nama) yang mengeluarkan barangan/produk dalam pembangunan Negara, terutamanya berkaitan pemasaran, masalah pemasaran serta potensi syarikat yang membantu perkembangan ekonomi Negara.
- Saya dapat menganalisis kepentingan produk iaitu …. (produk makanan/pakaian/alat elektrik; namakan…) dan mengenalpasti kelebihan kegunaan produk kepada rakya Malaysian amnya (serta pasaran antarabangsa (jika ada)
- Saya dapat mengkaji kaedah dan cara penghasilan produk secara menyeluruh bermula daripada tenaga kerja, senarai bahan sehinggalah kepada spesikifasi kawalan mutu produk.
- Saya dapat mempraktikkan kerja kumpulan terutamanya menambah kecekapan dalam penggunaan skil komunikasi serta mengeratkan hubungan social bersama-sama teman-teman kerana melakukan kajian ini dalam gerak kerja kumpulan.
(Tulis dalam perenggan seperti karangan. Murid mesti mengubah perkataan/ ayat dengan menulis ayat sendiri.)
Contoh penulisan:
Dengan menulis Projek kerja kursus ini, saya dapat dapat mempelajari kemahiran mencari, mengumpul fakta daripada sumber yang sahih mengenai produk keluaran/buatan Malaysia iaitu barangan yang merupakan barangan keluaran … (contoh maggi mee)
Saya juga dapat mengelas, menganalisis dan merumus secara rasional berdasarkan tajuk kajian saya iaitu maklumat barangan/produk buatan Malaysia sejarah kewujudan dan perkembangan perniagaannya.
Saya dapat mengenal pasti peranan produksi/syarikat iaitu …. (nama) yang mengeluarkan barangan/produk dalam pembangunan Negara, terutamanya berkaitan pemasaran, masalah pemasaran serta potensi syarikat yang membantu perkembangan ekonomi Negara.
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang saya gunakan adalah menggunakan kaedah kajian sumber bertulis atau penyelidikan perpustakaan seperti buku, makalah, risalah, surat khabar dan majalah untuk mengkaji produk barangan Malaysia iaitu… (namakan produk) Saya telah menggunakan akhbar … (namakan) atau buku berjudul….(namakan)
Saya juga telah menjalankan penyelidikan di Perpustakaan iaitu di…………. (alamat perpustakaan)bagi mendapatkan maklumat tambahan bagi mencari isi tambahan bagi melengkapkan projek ini.
Saya telah mewawancara individu seperti datuk saya / ibu saya/ jiran saya iaitu……, …., …. dan …..(nama) bagi mendapatkan maklumat mengenai perayaan ini. Saya juga telah mewawancara pengurus (Pengarah Urusan dan sebagainya) iaitu…..(namakan) bagi mendapatkan informasi mengenai produk yang saya kaji.
Saya juga telah melayari laman Internet atau meanalisis internet bagi mengetahui latar belakang perayaan, persiapan, tempoh masa sambutan dengan terperinci iaitu lawan web……………………….. (namakan. Salin/copy and paste nama web www…)
(Jika ada) Saya juga telah menggunakan kaedah analisis lain seperti menonton filem /dvd/u tube bertajuk …bagi memahami situasi pemasaran produk, potensi perkembangan pemasaran.
Saya juga telah menjalankan kaedah lawatan. (Contoh , kilang/bakery/kedai koperasi; tempat produk dihasilkan iaitu di …..) bagi mendapatkan informasi, mengenali struktur dan profail syarikat.
Rumusan. Sila ubah esei mengikut perkataan anda sendiri.
Pengkajian terhadap produk buatan Malaysia membolehkan saya mendapat pengalaman berguna dalam mendedahkan saya dengan pengalaman sebenar dunia intelektual di luar sana. Saya juga dapat mendedahkan diri saya dengan pengalaman professional dan mengenengahkan potensi diri saya. Saya seronok dapat bekerja dan mengutip pengalaman dan menyamar sebagai wartawan di luar sana. Saya juga berpengalaman dalam mengamalkan aspek dan skil komunikasi terhadap kerja-kerja kumpulan. Kajian ini menjadikan saya lebih matang dalam menjalankan penyelidikan dan dapat berfikir di luar kotak. Saya juga mendapatkan pencarian informasi ke perpustakaan dengan menggunakan buku, majalah dan risalah. Saya juga memperolehi pengalaman dari segi wujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara …. (namakan siapa….). Saya juga mendapatkan maklumat melalui pencarian ICT atau internet dengan melihat laman web… (namakan)
(kesan kepada diri) (Pengalaman, skil, kerja kumpulan dan apa-apa pengalaman/ kebaikan untuk diri sendiri)
Dengan menjalankan kajian seperti ini, saya dapat mengkaji kedudukan syarikat yang mengeluarkan produk Malaysia secara menyeluruh. Saya juga mempelajari nilai-nilai kerjasama bersama-sama rakan saya kerana kami bekerja secara kumpulan. Dengan ini juga saya menghayati konsep perpaduan, selari dengan kempen ‘Satu Malaysia’ yang diwara-warakan kerajaan. Selain daripada ini, penubuhan kilang/kedai barangan produk buatan Malaysia membantu rakyat Malaysia mendapat pekerjaan sekaligus menjana ekonomi negara. (kesan kepada masyarakat)
Saya amat berbangga yang negara kita ini mempunyai produk sendiri iaitu …. (namakan) Ternyata syarikat ini berjaya melibatkan perkembangan syarikat pembangunan ekonomi negara. Dengan perkembangan ini, dapat dikatakan yang rakyat kita mempunyai semangat kekitaan yang jitu. Barangan yang diedarkan ke seluruh negara amnya membantu mengenalkan produk tempatan ke merata Malaysia membuktikan kita sudah boleh bersaing secara sihat dengan negara-negara yang lain. (kesan kepada negara; ekonomi, pekerjaan, menaikkan nema negara, negara maju)
Penghargaan
Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya iaitu Puan Latifah Binti …/Puan Margaret/ Encik Ayob Bin …kerana dengan bantuannya, saya dapat menyiapkan projek kerja kursus ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan guru saya, terutamanya contoh kajian di laman web ‘djlovehistory.blogspot.com’ saya pasti tidak akan dapat menyiapkan projek ini tepat masanya.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya iaitu ………………..dan ………………… kerana tanpa sokongan mereka serta keluarga saya, saya tentunya tidak dapat menghapiskan projek kerja kursus saya iaiatu kajian mengenai syarikat/kedai/kafe iaitu ……………….. yang menghasilkan produk barangan buatan Malaysia. Kedua ibubapa saya bukan sahaja memberi sokongan moral, kewangan malah sanggup bersengkang mata bagi menemani saya bagi menyiapkan laporan dan hasil kajian projek kerja kursus.
Saya juga patut berterima kasih kepada portal dan laman web iaitu www….. (copy dan paste nama)dan kerana menyediakan portal yang lengkap berkaitan dengan …. (namakan produk) bagi membolehkan saya mendapat maklumat terperinci dengan senang.
Saya juga amat berterima kasih kepada kawan-kawan saya iaitu …………….., ………………, dan ……………………. kerana sama-sama berkongsi idea, maklumat dan rujukan agar kami sama-sama menyiapkan laporan kerja kursus ini.
Tanpa kerjasama semua pihak, saya percaya dan yakin kajian projek kerja kursus saya tidak akan dapat dijalankan dengan jaya.Saya yakin dengan projek kerja kursus ini saya dapat menimba banyak pengalaman berharga terutamanya berkaitan sejarah penubuhan ….. (syarikat, namakan) , dan bagaimana syarikat ini berperanan dalam pembangunan negara terutama aspek ekonomi.
Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.Soalan: Belilah barangan buatan Malaysia: Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di Negara kita? (anda boleh mengubah esei dengan menggunakan nilai – yang telah dihitamkan.) Sila lihat lampiran 4. P[ilih tiga nilai yang bersesuaian dengan sub-sub nilainya.
Soalan:
(bahagian pengenalan) (perlu masukkan definisi barangan/produk buatan Malaysia)Barangan buatan Malaysia bermakna barangan atau produk yang dihasilkn di Malaysia. Slogan di atas menunjukkan keperluan bagi rakyat Malaysia bagi membeli barangan atau produk buatan Negara sendiri.
Dengan membeli barangan buatan Malaysia, kita dapat berbangga menjadi rakyat Malaysia. Dengan itu kita menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan menunjukkan bahawa Negara kita juga mampu dan mempunyai potensi untuk menghasilkan barangan sendiri. Kita juga boleh berbangga dengan sejarah Malaysia. Sejarah menunjukkan sejak berzaman dahulu, kita mampu mengadakan barangan buatan sendiri.
Dengan membeli barangan buatan tempatan juga dapat menyemarakkan semangat setia negara. Dengan mendapatkan produk penghasilan temopatan, kita dapat memupuk nilai-nilai cinta akan bangsa dan Negara sendiri. Sebagai rakyat dengan ini juga, kita sama-sama bertanggungjawab kepada Negara sendiri dalam meningkatkan nama baik Negara dalam Negara sendiri serta ke peringkat antarabangsa. Kita mestilah juga berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan Negara dan bangsa. Penggunaan barangan sendiri menunjukkan kita bangga menjadi rakyat Negara ini.
Pembelian produk dalam Negara sendiri juga menunjukkan kita mempunyai semangat kekitaan yang tinggi. Kekitaan di sini menunjukkan rasa bangga kita terhadap Negara sendiri. Kita mesti mempunyai semangat bersatu padu dan harmoni dalam menyokong Negara dengan membeli barangan atau produk tempatan. Semangat kekitaan ini juga menunjukkan yang rakyat Negara ini mempunyai sikap bekerjasama dan tolong menolong dalam mempertingkatkan ekonomi Negara. Pengurangan barangan impot dapat dikurangkan jika rakyat negara ini melebihkan pembeluian barangan negara sendiri.
Slogan membeli barangan tempatan juga menunjukkan jati diri rakyat Malaysia yang sentiasa mahu berusaha dan produktif. Produk tempatan menunjukkan sikap rakyat kita yang sentiasa berusaha gigih dan rajin (berdikari) menghasilkan pengeluaran sendiri,. Rakyat kita juga menunjukkan sikap tabah mengahadapi cabaran global. Gandingan ini juga menujukkan kita sama-sama berganding bahu dalam membangunkan negara tercinta.
Sila ke Face book : add nama guru : Puan Noor Arbaiah Ismail. Boleh tanya on line/ e-mel kepada norafuaddj@gmail.com atau ke www.djlovehistory.blogspot.com
9 comments:
emm, nak minta tolong ajar bole.. :')
mcm mna nak buat soalan 3 kaedah/cara pengahasilan?? :')
trime kaseh cikgu coz bg mklumat niyh tok bedges kami :D
trime kaseh cikgu sbb da bg mklumat yg pntg niyh tok badges kami gunakn :)
thanz alot cikgu , budi baik cikgu . saya ingat sampai bila-2 . may allah bless you .
=.=! not what Im searching for.. xD
=.=! not what im searching for.. xD
estlecoThanks cikgu sebab bg maklumat yg berguna untuk folio sy..
thank you teacher
for the example
thank you teacher
Post a Comment