Friday, November 7, 2014
spm 2014 sejarah - ANALISIS NEGERI (kesimpulan daripada kajian) Tajuk wajib baca dan cuba latihan.
TINGKATAN 4 - ANALISIS DR KELANTAN, PERLIS, MRSM,KEDAH, PULAU PINANG, SBP, PERLIS,NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU, KEDAH.
BAB 1
-maksud dan ciri-ciri tamadun.
-Tamadun Hwang Ho
BAB 2
-Seni Bina tamadun Rom Yunanni, China dan India.
-sains dan teknologi.
-perluasan kuasa
-undang2
-tamadun China - pertanian & peperiksaan awam.
-Rom senibina
-tamadun India -pendidikan dan perdagangan & ekonomi.
BAB 5
-Hijrah dan Piagam Madinah. (beberapa negeri)
-Perjanjian Aqabah. (beberapa negeri)
BAB 6
-Khalifah Abu Bakar (semak soalan spm lepas)
-Abbasiyah
BAB 7
-Cara penyebaran Islam dan pengaruh Islam dalam politik.
BAB 8
- Perdagangan dan mata wang dan cukai.
-pengaruh Islam dalam politik, ekonomi dan sosial.
BAB 9
- ZAMAN GELAP.
-REFORMATION.
-reformation
-revolusi pertanian dan perindustrian
BAB 10
-ekon tradisional dan sara diri.
-perbandaran
-pendidikan vernakular.
-perkhidmatan kesihatan.
TINGKATAN 5 - ANALISIS DR KELANTAN, PERLIS, MRSM,KEDAH, PULAU PINANG, SBP, PERLIS,NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU, KEDAH.
BAB 1
-imperialisme
-nasionalisme Thailand vs Filipina.
-nasionalisme Thailand.
-Birokrasi Barat & Nasionalisme Thailand.
-Nasionalisme Indonesia.
BAB 2
-hj abdul rahman limbong.
-tok janggut
-akhbar, majalah dan novel.
-persatuan2 melayu
BAB 3
-ciri2 negara dan bangsa Kerajaan Melayu Melaka.
-ciri2 negara bangsa
-negara bangsa Itali dan Jerman dan Madinah.
BAB 4
-malayan union.
-penyerahan sarawak dan sabah kepada British.
BAB 5
-pakatan murni
-Suruhanjaya Reid PTM 1957
-Isi kandungan Perlembagaan TM 1957
-Suruhanjaya Reid
BAB 7 (baca edaran kertas 3 SPM 2014)
-Perlembagaan
-Badan Kehakiman, Perlaksanaan dan Perundangan (Baca nota edaran kertas 3 spm 2014)
-Pilihan raya
BAB 8
Rancangan Malaya 1
-DEB dan Rancangan Malaysia ke 4 dan ke 5
-Dasar Pendidikan Kebangsaan.
-Rukun Negara
-Wawasan 2020.
BAB 9
-Dasar Luar Malaysia
-ASEAN.
-Negara2 Selatan
-K masyarakat dan MSC
-Globalisasi dan ICT.
-Blok Dunia dan Perang Dingin.
BAB 1
-maksud dan ciri-ciri tamadun.
-Tamadun Hwang Ho
BAB 2
-Seni Bina tamadun Rom Yunanni, China dan India.
-sains dan teknologi.
-perluasan kuasa
-undang2
-tamadun China - pertanian & peperiksaan awam.
-Rom senibina
-tamadun India -pendidikan dan perdagangan & ekonomi.
BAB 3
-agraria (sbp)BAB 5
-Hijrah dan Piagam Madinah. (beberapa negeri)
-Perjanjian Aqabah. (beberapa negeri)
BAB 6
-Khalifah Abu Bakar (semak soalan spm lepas)
-Abbasiyah
BAB 7
-Cara penyebaran Islam dan pengaruh Islam dalam politik.
BAB 8
- Perdagangan dan mata wang dan cukai.
-pengaruh Islam dalam politik, ekonomi dan sosial.
BAB 9
- ZAMAN GELAP.
-REFORMATION.
-reformation
-revolusi pertanian dan perindustrian
BAB 10
-ekon tradisional dan sara diri.
-perbandaran
-pendidikan vernakular.
-perkhidmatan kesihatan.
TINGKATAN 5 - ANALISIS DR KELANTAN, PERLIS, MRSM,KEDAH, PULAU PINANG, SBP, PERLIS,NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU, KEDAH.
BAB 1
-imperialisme
-nasionalisme Thailand vs Filipina.
-nasionalisme Thailand.
-Birokrasi Barat & Nasionalisme Thailand.
-Nasionalisme Indonesia.
BAB 2
-hj abdul rahman limbong.
-tok janggut
-akhbar, majalah dan novel.
-persatuan2 melayu
BAB 3
-ciri2 negara dan bangsa Kerajaan Melayu Melaka.
-ciri2 negara bangsa
-negara bangsa Itali dan Jerman dan Madinah.
BAB 4
-malayan union.
-penyerahan sarawak dan sabah kepada British.
BAB 5
-pakatan murni
-Suruhanjaya Reid PTM 1957
-Isi kandungan Perlembagaan TM 1957
-Suruhanjaya Reid
BAB 7 (baca edaran kertas 3 SPM 2014)
-Perlembagaan
-Badan Kehakiman, Perlaksanaan dan Perundangan (Baca nota edaran kertas 3 spm 2014)
-Pilihan raya
BAB 8
Rancangan Malaya 1
-DEB dan Rancangan Malaysia ke 4 dan ke 5
-Dasar Pendidikan Kebangsaan.
-Rukun Negara
-Wawasan 2020.
BAB 9
-Dasar Luar Malaysia
-ASEAN.
-Negara2 Selatan
-K masyarakat dan MSC
-Globalisasi dan ICT.
-Blok Dunia dan Perang Dingin.
Tuesday, October 7, 2014
2014 KERTAS 3 TINGKATAN 4, AKHIR TAHUN.
Pernyataan:
Tema 8: 2, Kerajaan Islam di Madinah.Bincangkan bagaimana Perlembagaan
Madinah berjaya mengekalkan perpaduan dan keamanan Kerajaan Islam
pertama.
Berdasarkan pernyataan, soalan yang akan ditanya:
Soalan
pertama: Maksud Piagam Madinah. Murid boleh merujuk kepada buku teks muka surat
124. Soalan pertama biasanya akan merujuk kepada maksud atau definisi.
Contoh esei yang menjelaskan maksud/definisi Piagam Madinah.
-perlembagaan bertulis pertama.
-nama lain
-asas pembentukan kerajaan Madinah.
1. Maksud
piagam madinah
Piagam Madinah merupakan piagam pertama yang ditulis
secara rasmi dalam sejarah dunia.Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui
bersama semua golongan orang Islam dan Yahudi yang menjadi warganegara
Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW. Piagam madinah juga disebut
sebagai Sahifah al-Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama
di dunia.
Piagam madinah juga menjadi asas pembentukan sebuah Negara
Islam. Piagam Madinah berbeza dari
tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis
oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya,
iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di
Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di
negara kota itu.
Soalan kedua. Soalan kedua kebiasaannya berkaitan dengan faktor. Cadangan soalan: faktor perlaksanaan Piagam Madinah. Soalan yg mungkin ditanya adalah faktor perlaksanaan Piagam Madinah. Jawapan boleh dilihat di muka surat 127.
Murid boleh merujuk kepada jadual di muka surat 126 dan mengarang. (Menggunakan bahan di muka surat 127)
Contoh esei seperti di bawah.
Jika dihat dari sudut politik, perlaksanaan piagam bertujuan
menjadikan orang Arab Madinah berada dalam keadaan tenteram. Pada masa
ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar,
iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum
Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar juga disebut sebagai golongan
penolong dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar
Muhajirin juga disebut sebagai golongan pendatang .
Orang-orang Yahudi di Madinah
pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa,
Quraizah dan Nadir. Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj
sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Nabi
Muhammad s.a/w dilantik sebagai pemimpin Madinah. Nabi Muhammad
juga dilantik menjadi hakim, bagi menyelesaikan masalah antara semua
kaum di Madinah.
Masyarakat Madinah bebas memeluk agama
anutan masing-masing dan mengamalkan adat masing-masing asalkan tidak
bercanggah dengan agama Islam.
Masyarakat Madinah diangggap sebagai satu ummah dan
bertaggungjawab bertahankan Madinah. Masyarakat Madinah bertanggungjawab
mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
Undang-undang
Islam dipakai keseluruhannya, dan undang-undang adat
dikekalkan selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan Madinah.
Dalam ekonomi,
kerjasama ekonomi dituntut bagi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan
dan riba dilarang.
Orang
Yahudi bebas menganut agama Yahudi, dan adat yang tidak bertentangan dengan
Islam. Keselamatan mereka dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
Soalan ke 3. Cadangan soalan: Kesan perlaksanaan kepentingan Piagam Madinah. Boleh juga merujuk kepada buku teks muka surat 128. Contoh esei cadangan.
Piagam Madinah penting kerana ia menjadikan
Kerajaan Islam Madinah model kerajaan Islam unggul. Ianya juga
mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara seperti
penerimaan Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah
menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana
penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk
memutuskan apa-apa dasar negara dan hakim bagi menyelesaikan masalah-masalah
yang timbul dari masa ke semasa.
Pengekalan
struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan
dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum
Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya
dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan
terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
Orang-orang
Islam dan bukan Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka
secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu
dan berpihak kepada musuh-musuh Islam. Contohnya orang Yahudi dan orang
Islam.
Piagam
Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini. Aus dan Khazraj disatukan
dengan nama Ansar, dipersaudarakan dengan orang Muhajirin.
Memberi
kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk.
Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi
ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum
hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
Kebebasan
dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik
minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah
menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat
Islam secara beransur-ansur telah
menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
Semua
penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang
Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy
Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar
bersama-sama dengan orang Islam.
Piagam ini juga memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu
penganut-penganut agama lain. Dengan kebebasan beragama ini,
orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam.Hal Ini memberi peluang kepada
orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan
akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang
penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam
memeluk agama Islam.
Melalui
piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam
sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara
ini ditolak oleh orang-orang Yahudi.
Hak dan keselamatan setiap penduduk
Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan
diambil tindakanan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama.
Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan
ke atas Bani Qainuqa’ yang
berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana
berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum
lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan
bekerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Soalan ke 4: cadangan soalan: Soalan ke
4, kebiasaannya ada kaitannya dengan Negara kita Malaysia. Soalan berkaitan analisis di Malaysia selaras
dengan pembentukan perlembagaan yang kukuh. Perlu dibahagikan kepada tiga aspek
politik, ekonomi dan sosial. (setiap bahagian 10 markah)
Dalam
aspek politik, perlembagaan negara menjadikan kedudukan politik negara
aman, kukuh dan selamat. Malaysia berada dalam situasi stabil
tanpa campurtangan asing termasuk negara jiran. Pemerintah
negara iaitu Duli Yang Teramat Mulia, Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja
Melayu berada dalam keadaan tidak tergugat dan bebas
memerintah Negara mengikut acuan kita sendiri.
Perlembagaan
yang ditubuhkan berjaya meletakkan nama Malaysia sebagai negara yang
aman dan tenteram. Tentera kerajaan Malaysia berjaya menjaga sempadan negara
daripada dibolosi. Walaupun pernah dijajah oleh British,
Portugis, Belanda dan Jepun, sekarang, negara bebas daripada pengaruh
mana-mana kuasa luar, yang menjamin hak kebebasan Malaysia sepenuhnya.
Dengan
kekuatan undang-undang, Malaysia bebas mengadakan hubungan
dua hala dan diplomatik dengan
Negara luar yang lain.
b) ekonomi
Perlembagaan yang kukuh juga memastikan ekonomi negara bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana kuasa. luar Dengan kekuatan ini, Malaysia dapat mengadakan kerjasama perdagangan dengan mana-mana negara dalam dunia.
Dengan
kekuatan undang-undang juga boleh memastikan nilai matawang Malaysia adalah
stabil. Rakyat Malaysia bebas
melabur kewangan dalam negara mahupun di luar negara kerana mata
wang tambatan Malaysia adalah stabil.
Rakyat
Malaysia mampu membeli kenderaan dan rumah sendiri. Kekuatan pendapatan negara juga meningkat kerana keadaan negara
yang selamat dan terkawal.
c)
sosial
Kekuatan
ekonomi dan politik yang stabil memberi impak yang besar kepada
perpaduan kaum terutamanya kaum-kaum majoriti di Malaysia. Dengan kata lain, perpaduan
kaum dapat dibentuk bukan sahaja antara kaum-kaum di Malaysia malah
dengan rakyat asing yang berada di Malaysia seperti Indonesian, Bangladeshi
dan sebagainya.
Walaupun
terdapat kes-kes jenayah, kes jenayah
di Malaysia masih dianggap terpencil dan kecil. Rakyat pelbagai keturunan masih
bebas mengamalkan tradisi budaya dan kepercayaan agama
masing-masing. Contohnya kaum lain menghormati perayaan sambutan Aidil
Adha dan Aidil Fitri yang disambut oleh masyarakat Islam.
Soalan ke 5: cadangan soalan: Soalan ke 5,
kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia. Soalan berkaitan analisis di Malaysia selaras
dengan pembentukan perlembagaan yang kukuh. Cadangan soalan, cabaran masyarakat berbilang
kaum.
Berbeza kaum di Malaysia, akan disambut dengan
perbezaan ideologi politik yang sentiasa mengheret pelbagai kaum ke
kancah perpecahan yang berpanjangan. Contohnya, masalah Parti Rakyat yang dianggotai oleh Parti,Keadilan, DAP dan
PAS dan masalah Parti daripada pihak Kerajaan yang dibarisi oleh Barisan Nasional. Peperangan media yang
berterusan menjadikan kedua-dua parti dalam keadaan menghentam antara satu
sama lain.
Terdapat beberapa isu sensitif contohnya hak keistimewaan bumiputera yang
tidak disenangi oleh kaum lain dan memerlukan pemahaman yang jelas. Kaum lain
menganggap pemberian hak istimewa tersebut sebagai tidak adil dalam
masyarakat yang dianggap ‘1 Malaysia’. Situasi ini menyebabkan terdapat
pihak yang sengaja menghasut dalam mengwujudkan suasana menghentam kerajaan.
Kepelbagaian kaum juga mengwujudkan
ketidak seimbangan penguasaan ekonomi Antara kaum-kaum di Malaysia. Contohnya,
kaum Cina dianggap majority terbesar dalam menguasai ekonomi negara
terutamanya perniagaan. Kaum-kaum lain masih kurang terlibat dalam perniagaan.
Cabaran lain adalah keperluan menjaga
sensitiviti kaum lain berkaitan perayaan,
adat dan warisan kebudayaan.
Soalan ke 6: cadangan soalan: Soalan ke 6,
kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia di peringkat dunia. Cadangan soalan, cabaran masalah Negara secara dalaman dan luaran.
Cabaran yang terbesar dalam negara ini, adalah
kebanjiran pendatang asing, sama ada secara sah atau haram. (Pendatang tanpa
izin atau PATI) Keadaan ekonomi yang
kukuh menjadikan keperluan bagi mendapatkan pekerja adalah tinggi.
Kemasukan pekerja dari Indonesia, Myammar dan sebagainya membawa bersama gejala
sosial seperti jenayah terancang.
Cabaran yang lain adalah dalam menuju Wawasan 2020
yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi, negara ternyata masih
ketinggalan dalam mencapai hasrat mengwujudkan masyarakat yang saintifik dan
progesif serta masyarakat yang bermoral dan beretika. Keruntuhan moral ekoran pengaruh luar seperti pakaian
yang mencolok mata dari Barat memberi impak yang besar terhadap
perkembangan masyarakat Malaysia.
Soalan ke 7: cadangan soalan: Soalan ke 6,
kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia di peringkat dunia. Cadangan soalan, cara menghadapi masalah negara secara dalaman dan luaran.
Kerajaan
telah memperkukuhkan cara mengesan cara
kemasukkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan mengetatkan pegawasan pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan
pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin,
imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat
pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.
Kerajaaan
dengan kerjasama pihak swasta mestilah
meluaskan inisiatif agar masyarakat Malaysia berminat untuk meneroka peluang-peluang baru
dalam penggunaan teknologi. Program-program pembangunan dan penyelidikan (R
& D) perlulah diperluaskan. R& D dipercayai akan melahirkan
masyrakat celik ilmu dan seterusnya melahirkan masyarakat dari kelas
bermindakan kelas pertama.
Pembentukan
k-masyarakat yang bermodalkan dan berteraskan ilmu pengetahuan
akan dapat mengelakkan masyarakat Malaysia daripada terikut-ikut rentak
budaya Barat yang tidak membawa kebaikan dalam masyarakat.
Soalan ke 8: cadangan soalan: Soalan ke 8,
kebiasaannya ada kaitannya dengan nilai-nilai yang mesti dipraktikkan bagi
menghadaoi cabaran. Murid boleh menggunakan pelbagai nilai yang berkaitan.
Contoh nilai – kesan penggunaan atau
pengamalan nilai. 5 nilai mencukupi.
·
Berusaha
·
Bersyukur
·
Bersatu padu
·
Taat pada pemerintah
·
Berani mencuba
·
Memanfaatkan kurniaan Allah
·
Tidak putus asa
·
Berani menghadapi cabaran
·
Berdaya saing
·
Berwawasan
·
Bersifat kreatif
·
Sedia menerima perubahan
·
Kepentingan ilmu pegetahuan
·
Bersifat proaktif
·
Mengekalkan keamanan
Rakyat
Malaysia mestilah berwawasan supaya meningkatkan ekonomi dan nama baik
negara. Rakyat mestilah taat kepada pemerintah supaya kerajaan boleh
menumpukan perhatian kepada kemajuan Negara. Rakyat Malaysia mestilah berani
mencuba, tidak berputus asa dan berani menghadapi saingan dari luar.
- Soalan ke 9: cadangan soalan: jawapan mestilah
merujuk kepada tiga elemen di bawah. Pastikan anda menggunakan tiga elemen
ini. Contoh esei.
·
Pengetahuan yang diperolehi
·
Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
·
Harapan untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Dengan mengkaji
tajuk ini, saya mendapat pengetahuan mengenai factor pembentukan
Perlembagaan Madinah dan kepentingan undang-undang ini dalam
melahirkan Kerajaan dan kekuatan Islam pertama di dunia. Kekuatan undang-undang
ini sepatutnya digunakan oleh kerajaan Malaysia bagi membentuk masyarakat
pelbilang kaum.
Iktibar kepada
diri saya adalah, saya mestilah sentiasa potitif agar sentiasa memajukan diri. Bangsa dan negara
yang berbeza mestilah menghormati agama, budaya dan warisan kaum lain yang
berbeza seperti masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
Harapan saya Negara
kita akan terus gemilang terbilang dalam penghasilan situasi politik yang aman
dan tenteram, keadaan ekonomi yang meningkat dan suasana sosial yang harmoni
Antara kaum di Malaysia dan masyarakat luar yang datang bekerja di
Malaysia.
SPM 2014 KERTAS 3 BAB 7 ( TEKS TINGKATAN 5)
KERTAS 3 SPM 2014.
Soalan SPM 2014: Selepas pembentukan Malaysia 1963, jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia telah diperkemaskan berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Berdasarkan pernyataan di atas, murid akan diminta bagi membincangkan soalan2 di bawah. UNTUK PELAJAR SMKDJ, EDARAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP ORANG PELAJAR.
Sila tulis dalam perenggan dengan kemas. Key word boleh digaris dengan warna pensil atau highlight supaya jelas. (berwarna merah dalam perenggan)
Terdapat 17 soalan yang dijangka boleh ditanya dalam tajuk ini. Pelajar boleh print (mencetak) dan membawa masuk info semasa SPM. (copy, paste, dan jadikan page berwarna putih supaya lebih jelas)
Soalan 8.
Jelaskan dengan terperinci konsep pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
Soalan SPM 2014: Selepas pembentukan Malaysia 1963, jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia telah diperkemaskan berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
Berdasarkan pernyataan di atas, murid akan diminta bagi membincangkan soalan2 di bawah. UNTUK PELAJAR SMKDJ, EDARAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP ORANG PELAJAR.
Sila tulis dalam perenggan dengan kemas. Key word boleh digaris dengan warna pensil atau highlight supaya jelas. (berwarna merah dalam perenggan)
Terdapat 17 soalan yang dijangka boleh ditanya dalam tajuk ini. Pelajar boleh print (mencetak) dan membawa masuk info semasa SPM. (copy, paste, dan jadikan page berwarna putih supaya lebih jelas)
Soalan
1
Berikan
latar belakang demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia.(5
markah)
Negara
demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
Sistem Raja Berperlembagaan mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri. Pemerintah dibantu
oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusi
beraja dan diketuai oleh presiden
yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
(m/s 161-162)
Soalan 2
Bolehkan anda berikan definisi atau maksud
demokrasi berparlimen (5
markah)
Demokrasi
Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan
diri dalam sistem pemerintahan negara. Raja-Raja
Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.
Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk
kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan
yang sedia ada melalui pilihan raya.
(m/s 161-162)
Soalan 3
Senaraikan Ciri-ciri demokrasi
berparlimen (15
markah)
Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia
terbahagi kepada perlembagaan, Raja Berpelembagaan, Parlimen, Pilihan Raya,
Kuasa pemerintahan Parti-parti politik dan Kebebebasan hak asasi. Ciri-ciri
demokrasi berparlimen pada peringkat Kerajaan Persekutuan atau pusat diketuai
oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi Negara.
Pada peringkat negeri atau Kerajaan Negeri
adalah sultan atau raja. Yang di-Pertuan Agong akan dibantu oleh Perdana Menteri manakala sultan oleh Menteri Besar. Rakyat terlibat dalam pemerintahan dan Raja-Raja
Melayu menjadi lambang taat setia
rakyat. Rakyat juga berpeluang membentuk
kerajaan dan bebas memilih
perwakilan melalui pilihan raya. Di samping itu, rakyat juga berhak menyokong, mengekal dan menukar
kerajaan melalui pilihan raya.
Pemerintahan dalam sistem demokrasi
berparlimen berasaskan perlembagaan
dan membenarkan perlembagaan dipinda.
Di samping itu, menjaga hak kebebasan
rakyat yang membenarkan parti-parti
politik dibentuk dan menyertai pilihan raya. Di samping itu, terdapat Parlimen yang terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Demokrasi berparlimen juga
berasaskan konsep Raja Berperlembagaan. (m/s 161-162)
Soalan 4
Jelaskan kepentingan Perlembagaan kepada
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen (15
markah)
Kepentingan perlembagaan kepada
negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah menjamin kestabilan sesebuah negara dengan
menentukan rangka dan bentuk pemerintahan.
Selain itu, perlembagaan menentukan
bentuk kerajaan dan menjadi panduan
kepada kerajaan supaya pemerintahannya
menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi
rakyat. Rakyat memegang matlamat
yang sama supaya semangat patriotisme
dapat dibentuk. Contohnya Perkara 25
menyebut, seseorang warganegara Malaysia boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara.
Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara. Perlembagaan juga
menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Contohnya, hak kebebasan berpersatuan, beragama dan
memiliki harta. Dengan itu, rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi
undang-undang.
Kepentingan lain ialah perlembagaan memperuntukkan peranan Yang di Dipertuan
Agong dalam menjaga dan memelihara hak
istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa mengabaikan
hak-hak kaum lain. Hak tersebut adalah
biasiswa, lessen perniagaan dan sebagainya.
Perlembagaan juga boleh menjamin kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan menjadi rujukan utama
dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri dan dengan situasi ini, pentadbiran negara dapat diselaraskan
tanpa ada perbalahan. (m/s 163-164)
Soalan 5
Jelaskan tujuan dan kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen
Malaysia yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. (15 markah)
Tujuan pindaan perlembagaan dibuat oleh Parlimen Malaysia adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan
urusan pentadbiran Negara.
Selain itu pindaan
juga bertujuan supaya perlembagaan sentiasa relevan dan sesuai dengan
keperluan semasa. Pindaan ini
menjadikan perlembagaan sebagai undang-
undang yang munasabah dan kandungannya
dipatuhi oleh rakyat dengan rela
hati. Perlembagaan yang dipinda melarang Perkara Sensitif dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan
seperti pemerintahan beraja, kedudukan
Bahasa Melayu, Hak Keistimewaan Bumiputera.
Akta
hasutan 1970, melarang individu daripada membincangkan atau bercakap dan menyentuh sensitiviti atau menimbulkan hasutan
sehingga menimbulkan perbalahan kaum. Tujuannya bagi memelihara keselamatan dan
ketenteraman serta keharmonian masyarakat.
Terdapat empat
kaedah pindaan perlembagaan oleh Parlimen. Kaedah pertama melibatkan persetujuan majoriti lebih suara dua
pertiga dewan parlimen dan
persetujuan Majlis Raja- Raja. Perkara pindaan yang termasuk dalam kaedah
ini ialah Tugas dan Kuasa Majlis Raja- Raja Melayu, kewarganegaraan dan perubahan
sempadan negeri.
Manakala kaedah
kedua melibatkan persetujuan majoriti lebih dua pertiga dewan parlimen dan kelulusan
Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah.
Perkara yang dipinda seperti keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah
tinggi di Sarawak dan Sabah. Perkara Perundangan dan pemerintahan kuasa negeri,
agama, bahasa dan keistimewaan orang bumiputera Sabah dan Sarawak.
Kaedah ketiga
pula ialah melibatkan persetujuan lebih suara dua pertiga dewan
parlimen dalam perkara-perkara yang
tidak disebut dalam mana-mana kaedah pindaan.
Kaedah keempat pula
melibatkan persetujuan lebih
suara dewan parlimen. Antara pindaannya berkaitan dengan kewarganegaraan,
bentuk sumpah, ikrar,pemilihan dan persaraan ahli dewan Negara serta
persempadanan pilihanraya. (m/s 165-166)
Soalan 6
Huraikan dengan terperinci bidang Kuasa
Yang di-Pertuan Agong (10 Markah)
Yang di-Pertuan Agong (YDA) selain mengetuai tiga badan Kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan
Badan Kehakiman, adalah juga Ketua Negara
Malaysia. Baginda bertindak mengikut perlembagaan Malaysia, di mana baginda
boleh memanggil dan membubarkan parlimen.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan Kuasa tertinggi dalam Angkatan Tentera. Baginda boleh mengampun dan menangguhkan hukuman oleh Mahkamah Tentera. Selain itu, bidang
kuasa baginda yang lain menjaga, memelihara kedudukan dan hak
istimewa orang Melayu. Baginda juga berkuasa
menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu
bersidang.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong juga
merangkumi Ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Baginda juga berkuasa melantik Perdana Menteri, memecat menteri dan timbalan menteri atas nasihat Perdana Menteri.
YDA juga boleh mengisytiharkan undang-undang Darurat di bawah
Undang-undang X jika keselamatan Negara terancam. (m/s 168)
Soalan 7
Huraikan ciri-ciri /Fungsi
Badan-badan Kerajaan. (30 markah)
Badan kerajaan terdiri daripada Badan
Perundangan/Legislatif, Badan Pelaksanaan/Eksekutif dan Badan Kehakiman/Judisiari
a) Badan
Perundangan/Legislatif (10 markah)
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh
perlembagaan. Fungsi badan perundangan, menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen
ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara
kita. Parlimen terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan
Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan
negara kita. Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong. Seseorang senator memegang
jawatan bagi tempoh tiga tahun
dan mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf
Senator sama dengan Ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. (P172)
b) Badan
Pelaksanaan/Eksekutif (10 markah)
Badan Pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi
negara. Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal
dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri meupakan Ketua Jemaah Menteri. Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri mengetuai
sesebuah atau beberapa kementerian.
Dewan
Rakyat terdiri daripada ahli yang dilantik melalui proses
pilihan raya. Tempoh jawatan mereka adalah lima tahun. Tugas ahli, menggubal dan meluluskan undang-undang
peringkat Dewan Rakyat.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan. Setiap
kementerian diketuai oleh seorang
Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha
Politik. Menteri yang tidak diberkan tugas dalam kementerian tertentu dikenali
sebagai Menteri Tak Berportfolio.
Perkhidmatan
awam
di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan
jabatan kerajaan. Beliau dibantu oleh kakitangan
kerajaan yang dikenali sebagai pegawai perkhidmatan awam, contohnya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Badan
kerajaan dikenali sebagai Badan Berkanun, iaitu separuh kerajaan yang mempunyai
kuasa autonomi tertentu.(p 172)
c) Badan Kehakiman/Judisiari (10 markah)
Sistem
mahkamah diwujudkan bagi melaksanakan tugas kehakiman di Negara ini. Sistem ini disusun berasaskan sistem hieraki piramid. Badan Kehakiman
mempunyai kuasa mendengar serta
menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah juga melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat
oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana. Badan Kehakiman
juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan
dan Perlembagaan Negeri.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik
untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan
undang-undang.
Penasihat undang-undang
kerajaan ialah Peguam Negara yang
berperanan sebagai Pendakwa Raya atau
Peguam Bela bagi kerajaan dan dibantu
oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-undang dan Kehakiman.
Jelaskan dengan terperinci konsep pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.
Soalan
8.
Jelaskan konsep pilihan raya dalam yang
diamalkan di Malaysia.
Pilihan
raya adalah elemen penting dalam amalan
demokrasi. Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat samada di peringkat negeri atau
persekutuan. Terdapat dua jenis
pilihan raya di Malaysia iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil yang
diadakan untuk memilih Ahli Dewan
Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Pilihan Raya Umum diadakan serentak di seluruh
Malaysia kecuali di Sabah dan Sarawak yang menjalankan pilihan raya berasingan bagi memilih
Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka.
Pilihan Raya Kecil
diadakan apabila berlaku kekosongan
pada mana-mana kerusi parlimen atau DUN hasil daripada kematian, perletakan jawatan dan perlucutan
jawatan dan biasanya diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
Kesemua proses pilihan raya ini dijalankan secara sulit dengan menggunakan prosedur
telus dan teratur oleh Badan Bebas iaiti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Proses
pengiraan undi dibuat secara terbuka dan direkodkan. Calon yang mendapat undi
terbanyak dikira sebagai pemenang. (m/s 177)
Soalan
9
Jelaskan
manafaat atau keistimewaan/kelebihan pilihan raya kepada rakyat dan Negara
/keistimewaan perlaksaan demokrasi dalam Negara. (10 markah)
Pilihan
raya mendidik
pemimpin bertanggung jawab apabila diberi mandat, dan akan hilang
mandat jika tidak bertanggung jawab. Melalui pilihan raya akan berlaku persaingan sihat
di kalangan ahli politik untuk membantu rakyat. Pilihanraya juga menjadikan
rakyat bertanggung jawab untuk memilih pemimpin. Rakyat berpeluang memilih parti
politik yang baik untuk membentuk kerajaan.
Saya juga berpendapat melalui pilihan raya,
mana-mana individu berpeluang untuk menjadi calon ahli dewan
Rakyat (peringkat pusat atau negeri) Idea-idea
baharu dapat dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin baharu. Pilihan
raya memberi peluang rakyat untuk samada mengekalkan atau menukarkan kerajaan.
Saya juga berpendapat pilihan raya
memberi peluang parti politik menyediakan
manifesto atau akur janji untuk rakyat. Akhirnya, pilihan
raya mendidik rakyat untuk mengambil tahu perkembangan politik semasa yang berlaku di negara
kita, dan menentukan
corak pemerintahan demokrasi yang tulen melalui pilihan raya.
Soalan 10
Huraikan dengan terperinci konsep dan bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri)
(15
markah)
Malaysia
merupakan sebuah Negara persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang
mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan
Negeri. Kedua-dua kerajaan ini
menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Kerajaan
Persekutuan berkuasa dalam pentadbiran negara meliputi aspek ekonomi, sosial,
keselamatan dan pendidikan. Kuasa eksekutif bagi
Kerajaan Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Jemaah Menteri
pula menjalankan kuasa bagi pihak Yang di-Pertuan Agong yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Kerajaan
Negeri berkuasa dalam pentadbiran negeri. Badan Pelaksana Negeri terletak
pada Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat
Kerajaan menjalankan pentadbiran bagi pihak Sultan atau Yang
Dipertua Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Majlis Tertinggi dan Kabinet
diketuai oleh Menteri
Besar atau
Ketua Menteri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Sultan atau YDP Negeri.
Bidang
kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Senarai Persekutuan meliputi Hal Ehwal Luar Negeri, Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri. Manakala
bidang kuasa Kerajaan Negeri pula mengikut Senarai Negeri merangkumi Undang-Undang Islam dan Tanah. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri mengikut Senarai Bersama merangkumi Kebajikan Sosial, Biasiswa dan Taman Negara.
Soalan
11 Jelaskan Kebaikan/Kepentingan/Faedah/Manfaat sistem demokrasi berparlimen
yang diamalkan dalam Negara ini.
(10
markah)
Sistem
demokrasi Berparlimen banyak memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. Dari sudut social, Negara akan
menjadi aman dan terhindar dari berlakunya
perpecahan kaum kerana pemilihan dijalankan
secara telus, benar dan teratur oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya. (SPR)
Hal ini
akan memberi lonjakan dari segi ekonomi, di mana situasi Negara akan menarik ramai
pelabur asing dan mereka akan menanam modal di negara kita, sekaligus membentuk
situasi ekonomi yang lebih stabil dan dinamik. Ekonomi yang stabil juga
akhirnya akan membentuk situasi negara yang aktif
dalam persada perdagangan antarabangsa.
Jika
dilihat dari sudut politik, melalui Sistem demokrasi berparlimen juga rakyat bebas
bersuara. Mereka bebas memilih
pemimpin dan ini akan menjamin kestabilan politik dalam negara. Ramai pelancong asing
akan datang dan hal ini akan menaikkan
imej negara . Malaysia akan dapat bersaing di peringkat antarabangsa
dalam semua bidang.
Soalan 12 Bincangkan kebaikan/kepentingan/keistimewaan
pengagihan kuasa antara kerajaan
persekutuan dengan kerajaan negeri.) (10
markah)
Kebaikan
pengagihan kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri mewujudkan
keadaan politik
yang lebih stabil. Kerajaan Pusat
tidak akan campurtangan dalam pentadbiran negeri dan sebaliknya.
Di samping itu, akan mewujudkan pentadbiran yang
seragam. Seterusnya, pengagihan kuasa juga akan menyebabkan pentadbiran menjadi
lebih cekap. Pembangunan antara negeri akan menjadi lebih mantap.
Selain itu, perpaduan
akan menjadi lebih erat di kalangan rakyat.
Pengagihan
kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga akan menyebabkan program pembangunan
Negara yang disusun akan menjadi lebih lancar. Hal ini juga dapat memupuk semangat taat setia kepada negara. Keamanan negara akan
dapat dikekalkan. Seterusnya, keharmonian masyarakat tetap terpelihara. Akhir
sekali, pengagihan ini dapat mengurangkan beban kerajaan pusat yang terpaksa menanggung kos bagi semua elemen dalam
pentadbiran negeri.
Soalan 13
Bagaimanakah kejayaan dapat dibentuk
Malaysia melalui amalan demokrasi berparlimen sehingga Malaysia dihormati di
persada antarabangsa.
(10
markah)
Amalan
demokrasi berparlimen dapat mewujudkan kestabilan politik yang menyebabkan
negara kita dapat mengamalkan dasar dasar berkecuali. Amalan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen telah menjadikan Malaysia pusat tumpuan pelaburan antarabangsa akibat kemakmuran ekonomi
negara.
Amalan
sistem demokrasi yang mementingkan pilihan rakyat
dengan pengekalan perpaduan kaum telah
menjadikan Malaysia dihormati sebagai negara aman dan damai. Selain itu, amalan pilihan raya yang
telus berjaya melahirkan pemimpin yang berwibawa dan terserlah sebagai
tokoh dihormati di peringkat antarabangsa. Sistem pemerintahan demokrasi yang berjaya membangunkan
bidang sosial dan pendidikan telah menyebabkan Malaysia menjadi hub
pendidikan antarabangsa. .
Amalan
demokrasi berparlimen yang berjaya meningkatkan ekonomi telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
Negara Dunia Ketiga.. Amalan demokrasi berparlimen yang berjaya membentuk identiti Malaysia menyebabkan
Malaysia dianggap sebagai Negara berbilang kaum yang
paling unik.. Amalan memberikan
kebebasan kepada Negara agar mencapai objektif Wawasan
2020 iaitu melahirkan masyarakat berminda kelas pertama.
Soalan 14
Nyatakan usaha-usaha yang boleh
dijalankan bagi memantapkan perlaksanaan sistem demokrasi berparlimen/ nyatakan
peranan warganegara Malaysia menjayakan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Malaysia. / Bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh
warganegara Malaysia bagi memastikan amalan demokrasi dijalankan.
(10 markah)
Usaha
bagi memantapkan pelaksanaan demokrasi berparlimen di negara kita ialah
senantiasa menghormati
keluhuran perlembagaan negara. Sebagai rakyat, kita mestilah
mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Rukun
Negara Malaysia. Contohnya, menghormati Raja dan
pemimpin Negara Malaysia.
Selain
itu, kita haruslah mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Sebagai
rakyat, sudah menjadi keperluan tidak terlibat dengan anasir yang boleh
merosakka negara seperti perhimpunan di jalanan.
Seterusnya
mengadakan
kempen kesedaran mengenai kepentingan daripada pengamalan demokrasi
berparlimen di negara kita. Kita juga seharusnya menyemai semangat cinta akan negara di
kalangan rakyat. Semangat
perpaduan diperkukuhkan
dalam kalangan masyarakat agar kedaulatan negara terpelihara. Kita dilarang
menimbulkan isu-isu sensitif dan sentiasa berpegang teguh dengan nilai
sejagat.
Pengenalan dakwat kekal semasa
pilihan raya contohnya oleh Suruhan Jaya Pilihan Raya
(SPR) juga merupakan usaha kerajaan dalam memantapkan pelaksanaan demokrasi
berparlimen. Penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas perlu dilaksanakan untuk membanteras
golongan pelampau dalam negara.
Peranan
yang perlu ada dalam diri setiap warganegara bagi menjayakan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen adalah dengan mematuhi segala undang-undang yang
telah ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kita juga haruslah
menyokong dasar-dasar yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Seterusnya, kita mestilah meningkatkan semangat jati
diri agar tidak terpengaruh dengan gejala negatif. Setiap warganegara perlu
menghormati pemimpin negara dan mengamalkan
semangat toleransi serta meningkatkan
ilmu pengetahuan. Kita haruslah berusaha meningkatkan taraf hidup. Akhir sekali, mewujudkan
perpaduan antara kaum dan mengutamakan rundingan dalam menyelesaikan masalah.
Soalan 15
Jelaskan cabaran-cabaran yang
mungkin akan dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan
demokrasi berparlimen dan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut)
(10 markah)
Cabaran
yang dihadapi ialah berlakunya masalah rasuah dalam proses pemilihan pemimpin
dalam Parti-parti politik. Pilihanraya juga
tercemar dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sering mengadakan protes
atau demonstrasi jalanan. Rakyat juga mudah terpengaruh
dengan idea media sosial baru terutamanya
campurtangan negara luar. Media-media asing termasuk saluran intenet sering
menggunakan elemen negatif bagi memburukkan negara. Selain itu,institusi beraja akan turut dipersendakan dan perpaduan
kaum akan sukar dicapai. Segelintir rakyat juga kurang menghayati semangat patriotik.
Untuk
mengatasi cabaran di atas pihak SPRM dan Badan Pencegah Rasuah mestilah menguatkuasakan
undang-undang yang lebih tegas untuk membendung masalah rasuah. Badan
Pencegah Rasuah perlu mengambil tindakan segera kepada ahli-ahli politik yang
mencemarkan sistem pilihan raya. Selain itu, akta baru perlu digubal bagi
membendung hak kebebasan bersuara yang melampau. Peranan SPR perlu dimantapkan lagi, bagi menjamin pilihanraya yang
lebih adil.
Pihak
polis perlu memperketatkan
pemberian permit dan
mengambil tindakan yang lebih tegas kepada penganjur yang mengadakan
perhimpunan. Rakyat pula perlu diberi
ilmu keagamaan yang secukupnya supaya dapat
menilai baik buruk bahan yang terdapat dalam media sosial terkini. Manakala
pihak-pihak yang mempersendakan institusi beraja perlulah menerima hukuman setimpal.
Seluruh rakyat perlu mengamalkan konsep 1 Malaysia dan mengamalkan penghayatan Rukun
Negara secara mendalam.
Soalan 16
Nyatakan
nilai-nilai murni & Iktibar yang boleh didapati daripada perlaksanaan
sistem pemerintahan demokrasi berparlimen) (5
markah)
Nilai-nilai
dan iktibar yang boleh diambil daripada pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen ialah memilih pemimpin yang
benar-benar layak untuk memimpin negara. Setiap warganegara
bertanggungjawab memilih pemimpin yang jujur,dan
amanah agar dapat membina negara yang berintegriti. Setiap rakyat
mesti menghormati pemimpin negara yang telah dipilih secara adil dalam proses
pilihan raya agar pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kita mesti memikul
tanggungjawab mengekalkan keamanan negara
supaya keadaan politik negara menjadi stabil.
Kita juga mestilah menghormati
hak asasi dan kebebasan individu supaya setiap rakyat dapat membuat
keputusan untuk mengekalkan kerajaan
berwibawa. Kita hendaklah mematuhi undang-undang
negara agar keselamatan negara terjamin. Sebagai warganegara yang
baik, kita mestilah menghormati agama dan budaya
kaum lain agar konsep 1 Malaysia dapat dihayati oleh setiap
warganegara.
SOALAN 17 : KESIMPULAN
(Kesimpulan keseluruhan isi yang
dibincangkan) (5
markah)
a. Pengetahuan yang diperoleh
Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem
ini merupakan satu sistem pemerintahan
yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan kerajaan melalui pilihan raya.
Kerajaan yang memerintah perlu menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat. Di samping itu,
rakyat berpeluang membentuk sebuah kerajaan yang teguh.
b. Iktibar kepada diri bangsa dan negara
Nilai murni dan patriotisme yang diperoleh dengan memupuk semangat
cinta akan negara. Kestabilan negara
bergantung kepada permuafakatan antara rakyat dengan kerajaan. Di
samping itu, negara terus dihormati kerana kestabilan politik. Kita hendaklah berganding bahu untuk memajukan negara
dan bangsa.
c. Harapan menjadi bangsa dan negara
Malaysia harmoni dan stabil
Saya berharap agar negara akan terus aman dan
makmur. Selain itu, kerajaan
yang adil dapat dikekalkan hasil kerjasama
dalam kalangan rakyat. Perasaan setia dan bangga perlu diteruskan
oleh generasi akan datang. Amalan demokrasi yang dijalankan di Malaysia
perlulah diteruskan bagi memastikan pentadbiran
demokrasi berparlimen terus dilaksanakan.
Labels:
SPM 2014 SEJARAH KERTAS 3
Subscribe to:
Posts (Atom)