Pernyataan:
Tema 8: 2, Kerajaan Islam di Madinah.Bincangkan bagaimana Perlembagaan
Madinah berjaya mengekalkan perpaduan dan keamanan Kerajaan Islam
pertama.
Berdasarkan pernyataan, soalan yang akan ditanya:
Soalan
pertama: Maksud Piagam Madinah. Murid boleh merujuk kepada buku teks muka surat
124. Soalan pertama biasanya akan merujuk kepada maksud atau definisi.
Contoh esei yang menjelaskan maksud/definisi Piagam Madinah.
-perlembagaan bertulis pertama.
-nama lain
-asas pembentukan kerajaan Madinah.
1. Maksud
piagam madinah
Piagam Madinah merupakan piagam pertama yang ditulis
secara rasmi dalam sejarah dunia.Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui
bersama semua golongan orang Islam dan Yahudi yang menjadi warganegara
Madinah Al-Munawwarah pimpinan Rasulullah SAW. Piagam madinah juga disebut
sebagai Sahifah al-Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis pertama
di dunia.
Piagam madinah juga menjadi asas pembentukan sebuah Negara
Islam. Piagam Madinah berbeza dari
tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana perlembagaan ditulis
oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai oleh rakyatnya,
iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undang-undang tertinggi di
Madinah, selain itu Al-Quraan, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di
negara kota itu.
Soalan kedua. Soalan kedua kebiasaannya berkaitan dengan faktor. Cadangan soalan: faktor perlaksanaan Piagam Madinah. Soalan yg mungkin ditanya adalah faktor perlaksanaan Piagam Madinah. Jawapan boleh dilihat di muka surat 127.
Murid boleh merujuk kepada jadual di muka surat 126 dan mengarang. (Menggunakan bahan di muka surat 127)
Contoh esei seperti di bawah.
Jika dihat dari sudut politik, perlaksanaan piagam bertujuan
menjadikan orang Arab Madinah berada dalam keadaan tenteram. Pada masa
ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar,
iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum
Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar juga disebut sebagai golongan
penolong dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar
Muhajirin juga disebut sebagai golongan pendatang .
Orang-orang Yahudi di Madinah
pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa,
Quraizah dan Nadir. Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj
sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Nabi
Muhammad s.a/w dilantik sebagai pemimpin Madinah. Nabi Muhammad
juga dilantik menjadi hakim, bagi menyelesaikan masalah antara semua
kaum di Madinah.
Masyarakat Madinah bebas memeluk agama
anutan masing-masing dan mengamalkan adat masing-masing asalkan tidak
bercanggah dengan agama Islam.
Masyarakat Madinah diangggap sebagai satu ummah dan
bertaggungjawab bertahankan Madinah. Masyarakat Madinah bertanggungjawab
mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
Undang-undang
Islam dipakai keseluruhannya, dan undang-undang adat
dikekalkan selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan Madinah.
Dalam ekonomi,
kerjasama ekonomi dituntut bagi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan
dan riba dilarang.
Orang
Yahudi bebas menganut agama Yahudi, dan adat yang tidak bertentangan dengan
Islam. Keselamatan mereka dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
Soalan ke 3. Cadangan soalan: Kesan perlaksanaan kepentingan Piagam Madinah. Boleh juga merujuk kepada buku teks muka surat 128. Contoh esei cadangan.
Piagam Madinah penting kerana ia menjadikan
Kerajaan Islam Madinah model kerajaan Islam unggul. Ianya juga
mempunyai beberapa peruntukan berhubung dengan perkara-perkara seperti
penerimaan Rasullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah
menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana
penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk
memutuskan apa-apa dasar negara dan hakim bagi menyelesaikan masalah-masalah
yang timbul dari masa ke semasa.
Pengekalan
struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan
dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum
Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya
dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan
terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.
Orang-orang
Islam dan bukan Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka
secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu
dan berpihak kepada musuh-musuh Islam. Contohnya orang Yahudi dan orang
Islam.
Piagam
Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini. Aus dan Khazraj disatukan
dengan nama Ansar, dipersaudarakan dengan orang Muhajirin.
Memberi
kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk.
Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi
ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum
hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
Kebebasan
dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik
minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah
menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat
Islam secara beransur-ansur telah
menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
Semua
penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.
Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang
Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy
Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar
bersama-sama dengan orang Islam.
Piagam ini juga memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu
penganut-penganut agama lain. Dengan kebebasan beragama ini,
orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam.Hal Ini memberi peluang kepada
orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan
akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang
penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam
memeluk agama Islam.
Melalui
piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam
sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara
ini ditolak oleh orang-orang Yahudi.
Hak dan keselamatan setiap penduduk
Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan
diambil tindakanan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama.
Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan
ke atas Bani Qainuqa’ yang
berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana
berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum
lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan
bekerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Soalan ke 4: cadangan soalan: Soalan ke
4, kebiasaannya ada kaitannya dengan Negara kita Malaysia. Soalan berkaitan analisis di Malaysia selaras
dengan pembentukan perlembagaan yang kukuh. Perlu dibahagikan kepada tiga aspek
politik, ekonomi dan sosial. (setiap bahagian 10 markah)
Dalam
aspek politik, perlembagaan negara menjadikan kedudukan politik negara
aman, kukuh dan selamat. Malaysia berada dalam situasi stabil
tanpa campurtangan asing termasuk negara jiran. Pemerintah
negara iaitu Duli Yang Teramat Mulia, Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja
Melayu berada dalam keadaan tidak tergugat dan bebas
memerintah Negara mengikut acuan kita sendiri.
Perlembagaan
yang ditubuhkan berjaya meletakkan nama Malaysia sebagai negara yang
aman dan tenteram. Tentera kerajaan Malaysia berjaya menjaga sempadan negara
daripada dibolosi. Walaupun pernah dijajah oleh British,
Portugis, Belanda dan Jepun, sekarang, negara bebas daripada pengaruh
mana-mana kuasa luar, yang menjamin hak kebebasan Malaysia sepenuhnya.
Dengan
kekuatan undang-undang, Malaysia bebas mengadakan hubungan
dua hala dan diplomatik dengan
Negara luar yang lain.
b) ekonomi
Perlembagaan yang kukuh juga memastikan ekonomi negara bebas dan tidak dikawal oleh mana-mana kuasa. luar Dengan kekuatan ini, Malaysia dapat mengadakan kerjasama perdagangan dengan mana-mana negara dalam dunia.
Dengan
kekuatan undang-undang juga boleh memastikan nilai matawang Malaysia adalah
stabil. Rakyat Malaysia bebas
melabur kewangan dalam negara mahupun di luar negara kerana mata
wang tambatan Malaysia adalah stabil.
Rakyat
Malaysia mampu membeli kenderaan dan rumah sendiri. Kekuatan pendapatan negara juga meningkat kerana keadaan negara
yang selamat dan terkawal.
c)
sosial
Kekuatan
ekonomi dan politik yang stabil memberi impak yang besar kepada
perpaduan kaum terutamanya kaum-kaum majoriti di Malaysia. Dengan kata lain, perpaduan
kaum dapat dibentuk bukan sahaja antara kaum-kaum di Malaysia malah
dengan rakyat asing yang berada di Malaysia seperti Indonesian, Bangladeshi
dan sebagainya.
Walaupun
terdapat kes-kes jenayah, kes jenayah
di Malaysia masih dianggap terpencil dan kecil. Rakyat pelbagai keturunan masih
bebas mengamalkan tradisi budaya dan kepercayaan agama
masing-masing. Contohnya kaum lain menghormati perayaan sambutan Aidil
Adha dan Aidil Fitri yang disambut oleh masyarakat Islam.
Soalan ke 5: cadangan soalan: Soalan ke 5,
kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia. Soalan berkaitan analisis di Malaysia selaras
dengan pembentukan perlembagaan yang kukuh. Cadangan soalan, cabaran masyarakat berbilang
kaum.
Berbeza kaum di Malaysia, akan disambut dengan
perbezaan ideologi politik yang sentiasa mengheret pelbagai kaum ke
kancah perpecahan yang berpanjangan. Contohnya, masalah Parti Rakyat yang dianggotai oleh Parti,Keadilan, DAP dan
PAS dan masalah Parti daripada pihak Kerajaan yang dibarisi oleh Barisan Nasional. Peperangan media yang
berterusan menjadikan kedua-dua parti dalam keadaan menghentam antara satu
sama lain.
Terdapat beberapa isu sensitif contohnya hak keistimewaan bumiputera yang
tidak disenangi oleh kaum lain dan memerlukan pemahaman yang jelas. Kaum lain
menganggap pemberian hak istimewa tersebut sebagai tidak adil dalam
masyarakat yang dianggap ‘1 Malaysia’. Situasi ini menyebabkan terdapat
pihak yang sengaja menghasut dalam mengwujudkan suasana menghentam kerajaan.
Kepelbagaian kaum juga mengwujudkan
ketidak seimbangan penguasaan ekonomi Antara kaum-kaum di Malaysia. Contohnya,
kaum Cina dianggap majority terbesar dalam menguasai ekonomi negara
terutamanya perniagaan. Kaum-kaum lain masih kurang terlibat dalam perniagaan.
Cabaran lain adalah keperluan menjaga
sensitiviti kaum lain berkaitan perayaan,
adat dan warisan kebudayaan.
Soalan ke 6: cadangan soalan: Soalan ke 6,
kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia di peringkat dunia. Cadangan soalan, cabaran masalah Negara secara dalaman dan luaran.
Cabaran yang terbesar dalam negara ini, adalah
kebanjiran pendatang asing, sama ada secara sah atau haram. (Pendatang tanpa
izin atau PATI) Keadaan ekonomi yang
kukuh menjadikan keperluan bagi mendapatkan pekerja adalah tinggi.
Kemasukan pekerja dari Indonesia, Myammar dan sebagainya membawa bersama gejala
sosial seperti jenayah terancang.
Cabaran yang lain adalah dalam menuju Wawasan 2020
yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi, negara ternyata masih
ketinggalan dalam mencapai hasrat mengwujudkan masyarakat yang saintifik dan
progesif serta masyarakat yang bermoral dan beretika. Keruntuhan moral ekoran pengaruh luar seperti pakaian
yang mencolok mata dari Barat memberi impak yang besar terhadap
perkembangan masyarakat Malaysia.
Soalan ke 7: cadangan soalan: Soalan ke 6,
kebiasaannya ada kaitannya dengan negara kita Malaysia di peringkat dunia. Cadangan soalan, cara menghadapi masalah negara secara dalaman dan luaran.
Kerajaan
telah memperkukuhkan cara mengesan cara
kemasukkan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan mengetatkan pegawasan pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan
pengawasan di sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin,
imigresen dan tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara
bersepadu. Pihak-pihak tersebut harus lebih giat mengesan tempat-tempat
pencerobohan untuk menyekat kemasukan PATI.
Kerajaaan
dengan kerjasama pihak swasta mestilah
meluaskan inisiatif agar masyarakat Malaysia berminat untuk meneroka peluang-peluang baru
dalam penggunaan teknologi. Program-program pembangunan dan penyelidikan (R
& D) perlulah diperluaskan. R& D dipercayai akan melahirkan
masyrakat celik ilmu dan seterusnya melahirkan masyarakat dari kelas
bermindakan kelas pertama.
Pembentukan
k-masyarakat yang bermodalkan dan berteraskan ilmu pengetahuan
akan dapat mengelakkan masyarakat Malaysia daripada terikut-ikut rentak
budaya Barat yang tidak membawa kebaikan dalam masyarakat.
Soalan ke 8: cadangan soalan: Soalan ke 8,
kebiasaannya ada kaitannya dengan nilai-nilai yang mesti dipraktikkan bagi
menghadaoi cabaran. Murid boleh menggunakan pelbagai nilai yang berkaitan.
Contoh nilai – kesan penggunaan atau
pengamalan nilai. 5 nilai mencukupi.
·
Berusaha
·
Bersyukur
·
Bersatu padu
·
Taat pada pemerintah
·
Berani mencuba
·
Memanfaatkan kurniaan Allah
·
Tidak putus asa
·
Berani menghadapi cabaran
·
Berdaya saing
·
Berwawasan
·
Bersifat kreatif
·
Sedia menerima perubahan
·
Kepentingan ilmu pegetahuan
·
Bersifat proaktif
·
Mengekalkan keamanan
Rakyat
Malaysia mestilah berwawasan supaya meningkatkan ekonomi dan nama baik
negara. Rakyat mestilah taat kepada pemerintah supaya kerajaan boleh
menumpukan perhatian kepada kemajuan Negara. Rakyat Malaysia mestilah berani
mencuba, tidak berputus asa dan berani menghadapi saingan dari luar.
- Soalan ke 9: cadangan soalan: jawapan mestilah
merujuk kepada tiga elemen di bawah. Pastikan anda menggunakan tiga elemen
ini. Contoh esei.
·
Pengetahuan yang diperolehi
·
Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
·
Harapan untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Dengan mengkaji
tajuk ini, saya mendapat pengetahuan mengenai factor pembentukan
Perlembagaan Madinah dan kepentingan undang-undang ini dalam
melahirkan Kerajaan dan kekuatan Islam pertama di dunia. Kekuatan undang-undang
ini sepatutnya digunakan oleh kerajaan Malaysia bagi membentuk masyarakat
pelbilang kaum.
Iktibar kepada
diri saya adalah, saya mestilah sentiasa potitif agar sentiasa memajukan diri. Bangsa dan negara
yang berbeza mestilah menghormati agama, budaya dan warisan kaum lain yang
berbeza seperti masyarakat Madinah yang berbilang kaum.
Harapan saya Negara
kita akan terus gemilang terbilang dalam penghasilan situasi politik yang aman
dan tenteram, keadaan ekonomi yang meningkat dan suasana sosial yang harmoni
Antara kaum di Malaysia dan masyarakat luar yang datang bekerja di
Malaysia.