Saya tidak berada di sekolah ketika peperiksaan percubaan kertas sejarah SPM kerana berada di luar kawasan, di Alor Setar. Tidak cukup dengan itu, apabila saya balik ke sekolah, dikejutkan dengan beberapa insiden.Ada kes murid yang meniru dan percubaan meniru. Saya tidak tahu apa yang murid2 ini fikirkan atau cuba lakukan. Pada siapa yang mereka cuba 'penuhi' impian atau markah mereka.Adakah cuba menabjubkan guru mereka, mereka sendiri atau sesiapa.... Pendek kata, murid tidak sepatutnya meniru atau berniat meniru!!!
Lebih mengejutkan, ada yang berkata, blog ini mengandungi soalan bocor.Aduh!!!! rasa peningpun ada. Saya rasa ada beberapa ratus sub tajuk di dalam blog ini, kalau ada soalan yang mirip atau berbunyi seumpama dengannya, adakah soalan tersebut di anggap bocor! Dan kalau ada nanti soalan sekolah yang sama atau mirip dengan soalan spm, adakah soalan tersebut dianggap bocor dan saya boleh ditahan kerana membocorkan soalan SPM? Padahal saya tiada akses kepada soalan SPM langsung!!!!
Dalam memahami sejarah, Tema = beberapa bab. Dalam bab pula mengandungi beberapa, kadangkala sehingga berpuluh tajuk/sub tajuk. Jika dikatakan soalan bertajuk Kerajaan Islam akan keluar, maka ada beratus kemungkinan. Kalau dikecilkan sub tajuknya; Kerajaan Umaiyahpun, masih ada banyak sekali pilihan... boleh jadi, pengasas kerajaan, peringkat awal kerajaan, pertengahan kerajaan, faktor kebangkitan, faktor kejatuhan,faktor pengasasan, sumbangan dalam bidang intelektual, politik, ekonomi, sosial,kewangan, tokoh dalam kerajaan Umaiyah (ada lebih 10 pilihan - fokus kepada 6 orang)
Sejarah bukanlah bidang yang kecil... Contoh yang lain... Jika anda diminta fokus kepada tajuk, Agama Hindu di Asia Tenggara.Tajuk yang berkemungkinan, Faktor bagaimana merebaknya, bagaimana, bagaimana pengaruh agama ke dalam pentadbiran dan kerajaan, persamaan agama Hindu dalam pemerintahan, perbandingan sebelum dan selepas merebaknya agama Hindu-Buddha, bagaimana pengaruh Islam boleh menenggelamkan pengaruh Hindu-Buddha, ciri-ciri kuil Hindu-Buddha, kegunaan kuil Hindu Buddha, peranan stupa, peranan Angkor Watt, peranan kuil di kerjaan awal di Kedah, kerajaan awal Srivijaya,... dan berpuluh lagi... jadi kalau disebut satu tajuk, dan anda diminta fokus, tidak semestinya, tajuk itu perlu dianggap bocor!!!!!
Disebut Rancangan Malaya atau Wawasan 2020 juga luas.Bagaimana Rancangan ini berjaya, objektifnya, kenapa, bagaimana,bagaimana dikaitkan dengan perpaduan, kemerdekaan negara,keamanan Malaysia, kejayaan Malaysia kepada dunia luar, bagaimana pengekalan kepada kesejahteraan ekonomi, sosial mahupun politik.Semuanya bergantung kepada isi, olahan dan contoh murid!!! Kalau anda mendapat soalan teruspun, tiada jaminan anda akan dapat menjawabnya dengan skema yang sempurna.
Kalau dikutkan hati saya yang bengang, mahu saya tutup saja blog ini.Padan muka semua!!! dan sayapun tidak sakit hati. Beri bunga, dapatnya tahi!!!
Saya masukkan beratus sub topik dengan harapan murid akan dapat belajar dan menfaat daripadanya, bukannya menganggap blog sebagai tempat 'bocornya' soalan. Aagaknya dalam zaman moden ini, tiada perkataan 'memberi' kerana murid tidak akan berterima kasih sebaliknya membalasnya dengan perkara-perkarta yang memeningkan semula.. adios
2 comments:
jgn mara2 ckgu....
cikgu saya rasa bersyukur sangat sebab melawat laman web ni...
memang membantu pelajar seperti saya..sebab ramai pelajar zaman kini kurang gemar m.pel. sejarah....
jadi dgn blog ini dpt tingkatkan semangat saya utk mempelajari sejarah negara sendiri...
sememangnya cikgu seorang guru yg berdedikasi...
amat beruntung pelajar atau sesebuah sekolah itu mempunyai cikgu sebagai guru mereka....
terima kasih banya-banyak cikgu.
Post a Comment