Followers

Monday, May 4, 2009

Beberapa soalan.

Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Cikgu allegik sebab kawasan sekolah dipenuhi dengan debu simen, kayu dan batu kerana bangunan diruntuhkan.Jadi, mata, hidung dan kulit, sakit dan gatal.

Soalan 1. Hasil kajian mesti ditulis dalam format karangan, bukan 'foint form'.Tulis seperti karangan biasa yang anda tulis. Boleh semak dengan contoh yang cikgu berikan.

Soalan 2: Asal usul kegunaan adalah dengan matlamat atau tujuan asal bangunan dicipta atau dibina, contohnya Stadium Merdeka, tujuannya untuk mehyambut kemerdekaan di stadium.Kemudian fungsinya berubah seperti konsert dll.

Soalan 3: pelan silalah lihat denga link,Pasar seni silalah ke link pasar seni atau central market ya.Kalau Bangunan Sultan Abdul Samad, anda perlu ke sana pada waktu pejabat, pegawai seranta (perhubungan awam) akan berikan anda info dan pelan yang anda perlukan.

Soalan 4:hiasan dalaman bermakna, hiasa di bahagian dalamnya.Cat dindingnya, lantainya daripada jenis apa? hiasan lampunya, bagaimana lightingnya,, pengcahayaannya bagaimana? (cahaya matahari, agak gelap, cerah dll) permaidani bagaimana, susun atur kerusi meja (jika ada) bilik2nya disusun sejajar atau diselang seli.Padangan anda mengenai bangunan, mengasyikkan, dilihat sebagaimana fenomena sejarah,kelihatan seperti bangunan Inggeris yang lama, dilihat sebagai bangunan lama yang masih berdiri 'gah' dan megah.Warnyanya yang mungkin agak berkilauan seperti baru.Hiasan luarannya. Cat, lantai, dinding, pokok perhiasan.

4 comments:

Anonymous said...

blh x tlg hurai cara pembinaan masjid kampung laut di kelantan

Anonymous said...

cikgu,mana nk dapat floor plan pasar seni ?saya search x dapat..

Mohammed Shahril said...

cikgu,bagaimana dengan Memorial Tun Hussein Onn,saya sekarang mencari tentang keistimewaan Memorial tersebut.Dimanakah saya boleh mencari maklumat tersebut?

pn noor arbaiah said...

mencari maklumat, pergi ke googles dan type tajuk tersebut.. memorial, go googles, type memorial tun hussein onn..


puan noor