Followers

Tuesday, March 2, 2010

Projek Kerja Kursus PMR 2010

Murid mesti menjawab tiga bahagian projek :
Bahagian A:
1. Esei berhubung Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
2. Rumusan patriotisme berhubung perayaan ini. Iktibar mesti dipecahkan kepada diri sendiri,bangsa dan negara.(akan dihuraikan kemudian)

Bahagian B:
1.Menulis esei yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan: Bagaimanakah sambutan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia? (akan dihuraikan kemudian dan diberikan contoh)



Bahagian A: Kajian bertajuk : Perayaan Tradisi Kaum di Malaysia.
Murid mesti mendapatkan bahan-bahan yang berhubung dengan perayaan (Satu perayaan sahaja)
Hasil kajian mesti mengandungi:
1.Perayaan Tradisi (nama perayaan /nama lain.-pihak/etnik/kaum yang terlibat. -tarikh/tempoh masa dirayakan.dan tujuan perayaan disambut)

2.Latar belakang (sejarah/asal usul perayaan. Upacara khusus dalam perayaan/ individu yang terlibat mengetui perayaan khusus dan tempat khususu sambutan dijalankan)

3.Persiapan sambutan perayaan.(Sebelum, Semasa,selepas,peraturan/pamtang larang/amalan sampingan)

4.Kesan perayaan (kekeluargaan/perpaduan/perlancongan/kebudayaan/peluang pekerjaan/keagamaan/kepercayaan/pengekalan tradisi/pendidikan /pengetahuan - mana-mana empat kesan)

Contoh : Thaipusam, Tahun Baru China, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Gawai ..dll

Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.

Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak .
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.

Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown. Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.

Lokasi : Sarawak

Lokasi: Seluruh Malaysia.

17 comments:

milo lilo said...

Salam,elemen 1 dengan lampiran apa bezanya?lampiran kalaw nak ltk gambar smsa perayaan tu bleh tak?emm lg satu.sy agk keliru.tajuk perayaan tradisi lps2 ade tajuk2 kecil.bleh gabungkan or kne buat satu tajuk?

Anonymous said...

: Thanks! for the fyi!

Rozita said...

Saya ingin bertanya samada markah kerja kursus adalah sebahagian daripada gred PMR. Contohnya subjek Sejarah. Berapa % markah kerja kursus subjek sejarah untuk gred PMR?

Adakah keputusan PMR bergantung kepada kerja kursus Tingkatan 1 & 2?

Unknown said...

kesan perayaan 2 x jumpe la..
ckgu ade ape2 contoh lagi x??

Almanda said...

one perayaan only right?
how about kaum? Does it need to be one because gawai can be celebrated by bidayuh, iban and orang ulu.

Anonymous said...

Saya amat berterima kasih kerana Puan dapat mereka website ini yang banyak menolong saya. Namun saya tertanya-tanya mengenai objektif kajian. Adakah ia perlu dihuraikan?? Apakah maksudnya? Thanks. ^_^

Anonymous said...

bagaimana nak tulis elemen 3???

anakmurid konpius said...

Assalamualaikum cikgu...

Saya ada satu kemusykilan. Apa maksud PERAYAAN TRADISI KAUM ?

Hampir semua perayaan yang ada di Semenanjung Malaysia ni adalah perayaan berkaitan agama.

Contoh : Hari Raya disambut oleh semua Muslim, tak kira sama ada Melayu, Cina, India, Arab, bangsa Eropah dll, asalkan mereka Muslim.

Sama la macam Krismas, disambut oleh orang Cina, India dll asalkan mereka beragama Kristian.

Deeapavali dan Thaipusam pun sama - disambut oleh penganut Hindu regargless their bangsa.

Yang ada cuma Tahun Baru Cina - itu memang perayaan kaum sbb orang Cina Buddha dan orang Cina Kristian dua2 sambut TBC.

Harap cikgu dapat beri penjelasan. Tima kasih cikgu.

kehidupanku said...

cikgu tlong jelaskan kesan perayaan deepavali? susahla nk cari x jumpa! pnat dah

kehidupanku said...

cikgu tlong jlaskan psalkesan perayaan deepavali? susah la nk cari! pnat dah

Anonymous said...

kalo mcm tu mcmc mne care2 nk bwt keje kursus ni??

Anonymous said...

cikgu. takde contoh esei ke?

Anonymous said...

Ada Elemen 3 punya tak????

amira said...

cikgu, tolong untuk elemen 2 (hari raya) . thank youu. (:

Anonymous said...

Salam, mcm mne nk buat elemn 1 ye..?? mne nk dpt smber2 tue..??

Hin Hua Student said...

saya google kesan perayaan dan dapat nothing!!!!

nixi said...

Erm, mana contohnya?