Followers

Friday, October 14, 2016

SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 1249/3 PART 2



Soal


Soalan  1 (pengenalan 5 markah) Buku teks muka surat 236  (9.2) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa.

Maksud hubungan luar.  Definisi hubungan luar/dasar luar negara . Nyatakan secara ringkas hubungan Malaysia dalam ’hubungan luar’./ Apakah yang anda fahami tentang dasar luar negara/ Terangkan maksud hubungan Malaysia dan negara luar.

            Dasar luar negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi  atau berkomunikasi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya. Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan sesuatu isu yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa.
           

Hubungan luar bermaksud negara hubungan antara Malaysia atau Kuala Lumpur dengan negara-negara luar. Malaysia telah menetapkan dasar luarnya sendiri sejak    merdeka pada 1957.

                  Keutamaan dasar luar negara menyeluruh kepada bidang politik, ekonomi dan sosio-budaya. Selain itu, dilihat dari sudut politik, dasar luar yang dibentuk penting bagi mewujudkan warga global/antarabangsa yang peka kepada permasaalahan dunia dan keamanan sejagat. Kepentingan yang paling penting antara Malaysia dan negara luar adalah bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia, selain memelihara kepentingan nasional serta mengekalkan kedaulatan negara kita. Selain itu, dasar luar negara  dari segi ekonomi pula bertujuan memelihara pembangunan, keamanan sejagat dan kemajuan ekonomi.

            Perlaksanaan dasar luar Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Hubungan Bilateral dan Hubungan Multilateral. Hubungan Bilateral merujuk kepada hubungan negara secara terus kepada negara-negara terlibat. Contohnya hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Contoh lain adalah hubungan negara dengan negara Eropah seperti United Kingdom.

            Hubungan multilateral merujuk kepada hubungan negara ini dalam pertubuhan tertentu atau kumpulan. Contohnya penglibatan Malaysia  dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali. (NAM)



Soalan 2:  Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia . Huraikan asas-asas yang membentuk dasar luar Malaysia. /jelaskan  faktor-faktor yang mmbentukan dasar luar negara. (15m /20 m )      Buku Teks muka surat 237-238  (9.2.1 Dasar-dasar luar Malaysia)

FAKTOR SEJARAH
 Sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMI
 Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.
FAKTOR POLITIK
 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

FAKTOR GEOGRAFI
 Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.
 
 FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.  Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.  

Soalan 3: jelaskan perkembangan dasar luar mengikut tahap pemerintahan. Jika soalan meminta tahap 1/tahap 2/tahap 3, hanya jelaskan tahap yang berkaitan sahaja. Jika tidak dinyatakan, pelajar  perlu mencatat ketiga-tiga tahap. (30 m)

Aatau Dasar luar negara berubah mengikut keperluan negara. Bincangkan./Jelaskan tahap-tahap dalam hubungan /dasar luar Malaysia.  (30 m) Buku teks  muka surat 240-242

Dasar hubungan luar Malaysia tidak bersifat statik. Jelaskan. 30m

Tahap Pertama pada zaman Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( 1957-1970)
              
           Tahap Pertama  dasar luar Malaysia berlaku pada zaman Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( 1957-1970) Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel.    Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan alam sekitar. Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara  berlaku akibat  peranan parri berhaluan kiri iaitu  Parti Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan seperti senjata, tentera dan nasihat  dari aspek keselamatan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

        Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

          Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.

Tahap Kedua pada zaman Pemerintahan Tun Abdul Razak 1972-1976) dan Tun Hussein Onn  ( 1976-1981)

           Menjelang tahun 1970-an  iaitu tahap kedua dasar luar Malaysia,  semasa pemerintahan Tun Abdul Razak 1972-1976) dan Tun Hussein Onn  ( 1976-1981), Malaysia  mulai mengubah   dasarnya kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.  Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatic dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia.   Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran seperti Kampunchea. Hal ini juga dapat  dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1967. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

 Tahap Ketiga pada zaman Pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003)

                 Menjelang tahun 1981, semasa Pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) Dasar luar Malaysia pada tahap ini telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan        Kampuchea.          Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Korea Selatan dan Jepun telah memperlihatkan nilai moral yang patut diberi perhatian.

                    Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.

                 Berdasarkan tiga tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara.

Soalan 4: jelaskan prinsip-prinsip yang menentukan hala tuju dasar luar Malaysia/bagaimana dasar luar negara Malaysia dibuat? Atau Nyatakan panduan dalam menentukan dasar luar negara. (20m/30m)


PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
            
             Pendekatan dalam menentukan dasar luar terdiri daripada prinsip.  Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan ideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan Amerika Syarikat yang mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara-negara yang menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya, negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika. Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. Contohnya, Malaysia bersikap berkecuali daripada terlibat dengan negara Kapitalis mahupun Komunis selepas era kedua/tahap kedua pemerintahan Malaysia.


             Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Pengambilan sikap berkecuali kepada kapitalis dan komunis menjamin ‘kebebasan’ negara daripada kedua-dua pengaruh.

               Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses.  Hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.

            Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai. Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Malaysia juga memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara-negara yang  maju sahaja.

                    Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998 yang bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi.

                  Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.

Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan seperti yang diamalkan oleh sesetengah Negara yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di Contohnya, perang saudara di Syria. Malaysia tidak campurtangan dengan apa yang berlaku dalam negara tersebut. Begitu juga pergolakan yang pernah berlaku di Mesir. Iraq dan Afghanistan.

Soalan 5:Hubungan dasar luar Malaysia dengan pertubuhan serantau. (10-15 m) jelaskan tujuan hubungan serantau. (negara-negara yang berdekatan/jiran/Asia Tenggara)  Huraikan peranan Malaysia dengan dasar luar negara di kawasan kejiranan atau Asia Tenggara.

           Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara – negara yang berjiran antara satu sama lain Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

                Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama  antara hubungan Malaysia dan negara luar adalah bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia, selain memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara kita dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global/ antarabangsa.

                Selain itu, dilihat dari sudut politik, dasar luar yang dibentuk penting bagi mewujudkan warga global/antarabangsa yang peka kepada permasaalahan dunia dan keamanan sejagat.

                Perlaksanaan dasar luar Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Hubungan Bilateral dan Hubungan Multilateral. Hubungan Bilateral merujuk kepada hubungan negara secara terus kepada negara-negara terlibat. Contohnya hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

                Hubungan multilateral dengan negara jiran merujuk kepada hubungan negara ini dalam pertubuhan tertentu atau kumpulan. Contohnya ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN  sejak  tahun 1967.

Soalan 6: Jelaskan sejarah dasar luar Malaysia dalam negara serantau/Asia Tenggara. Polisi dasar luar berubah  dari semasa ke masa yang lain di Asia Tenggara. Jelaskan. 20m-30m (catat ASA_MAPHILINDO_ASEAN_)

Jika soalan 7: Dasar luar Malaysia dan Asia Tenggara hanya menampakkan keberhasilan dalam ASEAN, bincangkan. (Hanya catat Asean sahaja)

Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASA)

      

               Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara – negara serantau diancam hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli – ahlinya melancarkan gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan.  Di negara – negara jiran, ancaman komunis juga hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah menggunakan sempadan Malaysia – Thailand sebagai pangkalan gerakan gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua – dua negara untuk melemahkan dan seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang turut diancam oleh pengaruh komunis.   Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA yang hanya melibatkan Thailand dan Filipina.  Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi negara – negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.

             Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA yang digalurkan semasa penubuhannya termasuklah: Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Selain itu, ASA mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara – negara serantau. Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

MALAYSIA, FILIPINA dan INDONESIA (MAPHILINDO)

     
              MAPHILINDO merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia – Filipina dan Malaysia – Indonesia. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua – dua negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.

           Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga – tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau rakyat di kedua – dua negeri berkenaan. Hasilnya, majoriti rakyat di kedua – dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.





Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara (ASEAN)

            Hasrat Malaysia untuk berbaik – baik dan mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara – negara berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara.Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.



Soalan 8: Peranan Malaysia dalam ASEAN. Penglibatan Malaysia dalam ASEAN. (30m) Buku teks mukasurat 258-260.

                  ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama meliputi akses dalam politik, ekonomi dan sosio-budaya.

                Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar ke dalam Asia Tenggara.

                    Walau bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.  Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri – Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Kenyataan ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN bagi memastikan zon ini aman dan bebas dari senjata.

                     Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kearah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. AFTA bertujuan  menghapuskan  sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam negara Asean. Jumlah penduduk Asean yang ramai, akan menjadi pasaran barangan yang kompetetif.

                    Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

                   Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Ternyata, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran.  Hal ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.

Soalan 9: Dasar luar Malaysia yang pertama iaitu Komanwel ditentukan atas sebab negara pernah dijajah oleh Brtish. Jelaskan/ Huraikan kepentingan dasar hubungan  negara-negara komanwel. (15m)

Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London. Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak. Penglibatan Komanwel ditunjukkan  semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia. Serangan Indonesia ke atas Malaysia (Tanah Melayu) diberi perhatian sewajarnya oleh Komanwel dengan menghantar bantuan ketenteraan.

                    Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah, antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun
1998.


Soalan 10: Dasar luar Malaysia  dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB)  ditentukan atas sebab negara pernah dijajah oleh Brtish. Jelaskan/ Huraikan kepentingan dasar hubungan  negara-negara komanwel. Jelaskan peranan Malaysia dalam PBB. Buku teks muka surat 245-248.  (20m)


                PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua  Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Negara anggota PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

                Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia. Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.

                Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

                Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).   Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakl Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.


Soalan 11: Malaysia terlibat dengan beberapa pertubuhan dunia.  Jelaskan peranan Malaysia dalam beberapa pertubuhan dunia. 30m
Bagaimana Malaysia menggunakan dasar hubungan luar  secara bijak/sebaik mungkin.
Dasar luar Malaysia berkembang selaras dengan kemajuan global.

                Di peringkat serantau, Asia Tenggara, Malaysia terlibat dengan Asean. Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar ke dalam Asia Tenggara.

                Selain itu, Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Kenyataan ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN bagi memastikan zon ini aman dan bebas dari senjata terutamanya senjata nuklear.

                     Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kearah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.

                    Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

                   Kerjasama dalam sosial seperti bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.  Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan dengan adanya Sukan Asean setiap dua tahun.  Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.


  Malaysia juga terlibat dengan  dengan negara Pertubuhan Komanwel iaitu bekas tanah jajahan British. Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah, antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Melalui deklarasi ini, Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. Negara juga terlibat dengan penyertaan dalam Sukan Komanwel.

                Selain itu, di peringkat Antarabangsa, Malaysia terlibat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia. Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.

                Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan yang terdapat dalam negara.

                Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).   Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

                                Penglibatan Malaysia dalam OIC bukan sekadar sebagai ahli. Idea OIC  adalah cadangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sendiri.  Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai pemerhati. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang, bersuara dalam satu nada, mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.

                Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang mengahadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.

                Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran – Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.

                Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan.
                Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek – projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara – negara Islam.




Soalan 12:  Pada pandangan anda, adakah wajar, Malaysia menunjukkan sikap tidak campurtangan  dalam isu atau peristiwa  atau konflik dalam mana-mana negara dalam dunia.  (10m)

Kewajaran pendekatan bertoleransi dalam mengekalkan hubungan harmoni dengan negara jiran.

                Pada pandangan saya, saya bersetuju dengan pandangan di  atas. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, yang mahu juga dijamin kebebasan mutlak negaranya, seharusnya  tidak wajar campurtangan dalam mana-mana isu atau konflik  mana-mana negara jika konflik tersebut berkaitan dengan masalah politik sesebuah negara.   Contohnya, konflik dalaman di Syria. Walaupun peperangan saudara di atas menyebabkan keadaan tidak aman, Malaysia tidak wajar campurtangan dengan pergolakan di sana.

                Beberapa tahun lepas, negara dilanda masalah jerebu yang berpunca dengan pembakaran secara terbuka di Indonesia. Walaupun situasi ini turut sama menggugat keadaan cuaca di Malaysia sehingga menjejaskan sektor ekonomi terutamanya sektor perlancungan negara termasuk  kesihatan, kita tidak boleh campurtangan dengan situasi ini di Indonesia. Kerajaan di sana bertanggungjawab menyelesaikan masalah tersebut dengan cara mereka sendiri.  Situasi ini penting bagi memastikan kestabilan politik serantau terutamanya di  negara jiran.

                Selain itu, sebagai sebuah negara yang saling bergantungan dari aspek ekonomi terutamanya, campurtangan dalam beberapa isu atau konflik akan menjejaskan hubungan dagang dengan negara luar.  Campurtangan juga akan mencetuskan ketegangan politik antara negara luar terutamanya negara yang berdekatan dengan Malaysia.

                Keperluan kepada tenaga buruh asing menjadi satu perkara penting bagi negara.  Selain itu, negara kita masih bergantung kepada kepakaran teknologi seperti computer dari luar negara seperti Korea Selatan dan Jepun. Hubungan yang baik antara negara Asean juga penting bagi mengekalkan konsep ZOPFAN. Jika terdapat persengketaan, sudah tentu akan wujud campurtangan asing dari luar yang menyebabkan konsep aman, bebas dan berkecuali tidak dapat dilangsungkan lagi.

Soalan 13: Peranan rakyat Malaysia untuk meningkatkan imej  Malaysia di persada antarabangsa. (10m)
Atau hubungkait peranan rakyat dengan kejayaan negara di peringkat antarabangsa.

                Bagi meningkatkan nama negara kita Malaysia di persada antarabangsa, kita perlu bergerak ektif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Negara kita shendaklah menyertai msii-misi antarabangsa seperti misi pengaman anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pemilihan Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman telah dipilih untuk menyertai 16 warga global yang lain sebagai pemimpin muda PBB bagi tahun 2017-2018 daripada 18 000 pencalonan adalah satu contoh penglibatan rakyat Malaysia yang diiktiraf antarabangsa.
                Kita juga perlu meningkatkan keupayaan teknologi seiring kemajuan global, terutamanya kemajuan ICT. Selain itu, kita juga perlu melibatkan diri dengan pelbagai forum peringkat antarabangsa bagi memastikan suara Malaysia didengari di pentas dunia.
                Kekuatan nama negara juga bergantung kepada ekonomi negara yang mantap. Oleh itu, pengeluar barangan atau produksi perlulah menghasilkan barangan yang berkualiti seperti kereta dan barangan elektronik. Kita perlulah meneruskan hubungan ekonomi atau dagangan dengan negera-negara serantau, dan negara-negara lain supaya mendapat peluang ekonomi yang lebih banyak lagi.

Soalan 14: a) Masalah yang timbul daripada dasar hubungan luar
                  b) Nyatakan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.

a)                                      Antara cabaran yang dihadapi negara adalah kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) yang banyak di    Malaysia. Pendatang Indonesia, Bangladesh dan Myammar  contohnya menyeludup masuk ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan. Dilaporkan terdapat lebih 3 juta PATI di Malaysia. Kesannya kes-kes sosial seperti jenayah pembunuhan dan rompakan bertambah dengan drastik.
                Masalah lain yang berkaitan pendatang dari luar adalah masalah kes perdagangan manusia. Ramai wanita yang dipaksa bekerja sebagai pekerja sosial dan kanak-kanak yang dipaksa bekerja pada usia bawah umur.
                Selain itu, perkembangan teknologi turut memberi tempias kepada Malaysia. Lambakan permainan ‘maya’ dari Hongkong contohnya memberi impak yang tinggi kepada pelajar selolah di Malaysia. Hiburan dari  televisyen seperti program drama Korea atau K-Pop menjadi tarikan yang lebih banyak kepada pelajar  di Malaysia. Pelajar lebih suka menghabiskan diri di depan televisyen daripada mengambil peluang belajar.

b)                                    Pihak berkuasa tempatan seperti imigresen dan polis mestilah mengambil langkah menyerbu rumah-rumah kongsi bagi memastikan pekerja buruh yang diambil bekerja bagi membina bangunan contohnya, datang dengan cara yang sah. Dengan itu, kes seperti jenayah mudah dikesan dan dipantau.
         Pihak berkuasa tempatan juga mestilah bekerjasama dengan pihak berkuasa Asean bagi mendapatkan sumber  atau pihak yang terlibat dengan jenayah perdagangan manusia, supaya kes-kes yang menyeberangi sempadan negara dapat disekat dengan mudah.
         Pihak kerajaan mestilah melancarkan kempen yang berkesan di sekolah, media massa dan media elektronik agar ibubapa khasnya dan pihak sekolah amnya  mengambil langkah bagi menyedarkan murid, bahayanya kesan permainan elektronik secara maya. Program hiburan pula perlulah dikurangkan, sebaliknya, mengubah pandangan rakyat yang lebih focus kepada ilmu pengetahuan.

Soalan 15: nyatakan nilai-nilai /iktibar/patriotism daripada hubungan dengan negara luar. (10m)

                Sifat tolong menolong antara negara serantau mahupun di luar lingkungan kejiranan akan
 memberi impak yang positif kepada negara kita termasuklah bidang ekonomi. Pertolongan dapat
 diganti dengan impak dalam perdagangan contohnya. Disamping itu, sejarah perhubungan negara
luar juga dapat mempertingkatkan semangat cintakan tanah air kepada rakyat Malaysia, sekaligus
memberi gambaran  keharmonian dalam kalangan warganegara kita.     
                Akhirnya, hubungan dasar luar yang cemerlang yang diamalkan Malaysia terutama daripada
aspek pendidikan dan teknologi banyak memberi  impak positif supaya kita menjadi masyarakat
yang dahaga dan mementingkan ilmu pengetahuan. Dengan hubungan yang baik juga, rakyat
berdaya saing dan menjalankan perdagangan antara negara.
                Selain daripada itu, hubungan dalam kumpulan seperti PBB, OIC membolehkan kita mengamalkan semangat setiakawan. Kita dapat membantu negara-negara yang sedang mengalami masalah seperti tsunami dan gempa bumi.
                Hubungan luar juga membantu negara kita menentapkan target atau wawasan negara, selaras dengan hasrat kita menjadi negara maju pada masa akan datang.

Soalan 16 : Rumusan.

                Banyak pengetahuan yang dapat saya pelajari dan kaji hasil hubungan dasar luar Malaysia. Kita
perlulah mempunyai banyak ilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi dan bijak menggunakan peluang
yang ada bagi memajukan negara, sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju dunia
yang lain.
                Selain itu, negara kita akan menjadi kuat jika berdiri dengan teguh dalam kumpulan yang besar.
Contohnya, Asean membantu negara bangun dalam pergelutan ekonomi yang tidak stabil dalam dunia.
Kita juga akan dapat memperkukuhkan kedaulatan negara melalui sokongan PBB, OIC dan Komanwel.

                Saya berharap, hubungan dasar luar negara akan berubah mengikut pola hubungan yang lebih
sihat selaras dengan perkembangan politik, ekonomi dan sosio-budaya secara global. Saya pasti
hubungan negara yang baik akan membantu negara maju ke hadapan dengan cemerlang.