Soal
Soalan 1 (pengenalan 5
markah) Buku teks muka surat 236 (9.2)
Peranan dan sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa.
Maksud hubungan luar. Definisi hubungan luar/dasar luar negara .
Nyatakan secara ringkas hubungan Malaysia dalam ’hubungan luar’./ Apakah yang
anda fahami tentang dasar luar negara/ Terangkan maksud hubungan Malaysia dan
negara luar.
Dasar luar
negara boleh dianggap sebagai instrumen atau alat yang diperlukan oleh
sesebuah negara untuk berhubung, berinteraksi atau berkomunikasi dengan sebuah negara
yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh dengannya.
Melalui dasar luar negara, kita menyatakan pendirian kita berhubung dengan
sesuatu isu yang berlaku di sempadan negara kita mahupun negara lain yang
jauh dari segi kedudukan geografi dalam hubungan antarabangsa.
Hubungan luar bermaksud negara hubungan
antara Malaysia atau Kuala Lumpur dengan negara-negara luar.
Malaysia telah menetapkan dasar luarnya sendiri sejak merdeka pada 1957.
Keutamaan dasar luar negara
menyeluruh kepada bidang politik, ekonomi dan sosio-budaya. Selain itu, dilihat
dari sudut politik, dasar luar yang dibentuk penting bagi mewujudkan warga
global/antarabangsa yang peka kepada permasaalahan dunia dan keamanan
sejagat. Kepentingan yang paling penting antara Malaysia dan negara luar
adalah bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia, selain memelihara
kepentingan nasional serta mengekalkan kedaulatan negara kita. Selain
itu, dasar luar negara dari segi
ekonomi pula bertujuan memelihara pembangunan, keamanan sejagat dan
kemajuan ekonomi.
Perlaksanaan
dasar luar Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Hubungan Bilateral dan
Hubungan Multilateral. Hubungan Bilateral merujuk kepada hubungan negara secara terus
kepada negara-negara terlibat. Contohnya hubungan Malaysia dengan negara-negara
jiran seperti Thailand dan Singapura. Contoh lain adalah hubungan
negara dengan negara Eropah seperti United Kingdom.
Hubungan multilateral merujuk kepada
hubungan negara ini dalam pertubuhan tertentu atau kumpulan. Contohnya
penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali. (NAM)
Soalan 2: Asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia .
Huraikan asas-asas yang membentuk dasar luar Malaysia. /jelaskan faktor-faktor yang mmbentukan dasar luar
negara. (15m /20 m ) Buku Teks muka
surat 237-238 (9.2.1 Dasar-dasar luar
Malaysia)
FAKTOR SEJARAH
Sejak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam
dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk
hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu
serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini
dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah
mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan
hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti
Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman
komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis
ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong
Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang
sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum
mempunyai keupayaan pertahanan.
FAKTOR EKONOMI
Malaysia merupakan negara yang
mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara
lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British
lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah.
Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara
maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut.
Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini
diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang
pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur,
pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun
dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan
negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi
meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan
pelaburan di negara berkenaan.
FAKTOR POLITIK
Sebagai sebuah negara yang
mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak
menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang
menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar
Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh
itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang
telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang
strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negara
di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya
juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan
negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia.
FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang
baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti
beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara
Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas
peribumi Palestin. Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan
sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan
konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia
menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika
Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan
negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh
kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini
amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.
Soalan 3: jelaskan perkembangan
dasar luar mengikut tahap pemerintahan. Jika soalan meminta tahap 1/tahap
2/tahap 3, hanya jelaskan tahap yang berkaitan sahaja. Jika tidak dinyatakan,
pelajar perlu mencatat ketiga-tiga
tahap. (30 m)
Aatau Dasar luar negara berubah
mengikut keperluan negara. Bincangkan./Jelaskan tahap-tahap dalam hubungan
/dasar luar Malaysia. (30 m) Buku
teks muka surat 240-242
Dasar hubungan luar Malaysia tidak
bersifat statik. Jelaskan. 30m
Tahap Pertama pada zaman
Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( 1957-1970)
Tahap
Pertama dasar luar Malaysia berlaku
pada zaman Pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( 1957-1970) Dasar luar Malaysia pada tahap pertama
memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan
negara jiran dan Komanwel. Dasar luar
berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor
politik, ekonomi dan alam sekitar. Ancaman komunis di negara-negara Asia
Tenggara dan juga di dalam negara
berlaku akibat peranan parri
berhaluan kiri iaitu Parti Komunis
Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan seperti
senjata, tentera dan nasihat dari aspek
keselamatan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New
Zealand.
Bagi menyekat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara. Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Pergantungan
Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan
perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan
tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan
mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur
Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama
dalam bidang perladangan dan perindustrian. Bagi mengurangkan pergantungan ini,
Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan
dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan
Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari
pasaran baru.
Tahap
Kedua pada zaman Pemerintahan Tun Abdul Razak 1972-1976) dan Tun Hussein
Onn ( 1976-1981)
Menjelang tahun 1970-an iaitu tahap kedua dasar luar Malaysia, semasa pemerintahan Tun Abdul Razak 1972-1976) dan Tun Hussein Onn ( 1976-1981), Malaysia mulai mengubah dasarnya kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. Dalam mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatic dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Keinginan Malaysia menjalin persahabatan dengan semua negara khususnya dengan negara jiran seperti Kampunchea. Hal ini juga dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1967. Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran.

Tahap Ketiga pada zaman Pemerintahan Tun Dr
Mahathir Mohamad (1981-2003)
Menjelang tahun 1981, semasa Pemerintahan
Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003) Dasar luar Malaysia pada tahap ini
telah mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada
kepentingan ekonomi. Kepentingan ini adalah berkaitan dengan isu-isu
perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara
membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah
mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti
menyelesaikan krisis Vietnam dan
Kampuchea. Di samping
itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan
menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara
Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima
pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan
dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. Korea Selatan dan Jepun
telah memperlihatkan nilai moral yang patut diberi perhatian.
Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.
Berdasarkan tiga tahap berkenaan, didapati dasar luar Malaysia berubah daripada dasar pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara, serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang dapat memantapkan ekonomi negara.

Soalan 4: jelaskan
prinsip-prinsip yang menentukan hala tuju dasar luar Malaysia/bagaimana dasar
luar negara Malaysia dibuat? Atau Nyatakan panduan dalam menentukan dasar luar
negara. (20m/30m)
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
Pendekatan dalam
menentukan dasar luar terdiri daripada prinsip.
Dasar luar juga boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau
kuasa besar yang mempunyai persamaan dengan negara tersebut dari segi
amalan dan ideologi yang diamalkan. Dasar ini jelas ketara sewaktu berlakunya era
Perang Dingin antara Rusia yang mengamalkan faham komunis dan
Amerika Syarikat yang mengamalkan faham demokrasi/kapitalis. Negara-negara yang
menganuti ideologi komunis akan memihak kepada komunis dan sebaliknya,
negara yang mengamalkan demokrasi/kapitalis, akan berkiblat kepada Amerika.
Dasar luar boleh bersifat berkecuali dan tidak mengikat mana-mana negara dalam
membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau
kuasa-kuasa besar yang lain. Contohnya, Malaysia bersikap berkecuali
daripada terlibat dengan negara Kapitalis mahupun Komunis selepas era
kedua/tahap kedua pemerintahan Malaysia.
Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik. Sebagai sebuah negara yang terletak di persimpangan dua jalan yang penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak, bererti kedudukan negara kita adalah penting dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau Asia-Pasifik. Pengambilan sikap berkecuali kepada kapitalis dan komunis menjamin ‘kebebasan’ negara daripada kedua-dua pengaruh.
Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan yang diproses. Hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di Asia. Namun begitu, persekitaran Asia Tenggara sentiasa bergolak dengan permasalahan politik yang boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik negara.
Malaysia amat berpegang teguh
dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu kewujudan
sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai.
Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan
memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh
semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Malaysia juga
memberikan sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan
kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77 untuk mencapai keadilan dalam sistem
perdagangan yang selama ini memihak kepada negara-negara yang maju sahaja.
Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel. Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM). Pertalian erat yang ditunjukkan dalam penglibatan negara Komanwel diperkukuhkan dengan pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah sukan Komanwel yang telah berlangsung pada September 1998 yang bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi.
Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah, YTM Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai salah satu asas hubungan luarnya.

Dasar luar juga boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan
seperti yang diamalkan oleh sesetengah Negara yang mengambil pendirian
menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di Contohnya, perang
saudara di Syria. Malaysia tidak campurtangan dengan apa yang berlaku dalam
negara tersebut. Begitu juga pergolakan yang pernah berlaku di Mesir. Iraq
dan Afghanistan.
Soalan
5:Hubungan dasar luar Malaysia dengan pertubuhan serantau. (10-15 m) jelaskan
tujuan hubungan serantau. (negara-negara yang berdekatan/jiran/Asia
Tenggara) Huraikan peranan Malaysia
dengan dasar luar negara di kawasan kejiranan atau Asia Tenggara.
Pertubuhan
serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara
– negara yang berjiran antara satu sama lain Pembentukan pertubuhan ini adalah
untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.
Menurut
pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid Albar, antara
objektif-objektif paling utama antara hubungan Malaysia dan negara luar
adalah bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia, selain memelihara
kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara kita dan
memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia di peringkat global/ antarabangsa.
Selain
itu, dilihat dari sudut politik, dasar luar yang dibentuk penting bagi
mewujudkan warga global/antarabangsa yang peka kepada permasaalahan
dunia dan keamanan sejagat.
Perlaksanaan
dasar luar Malaysia terbahagi kepada dua iaitu Hubungan Bilateral dan Hubungan
Multilateral. Hubungan Bilateral merujuk kepada hubungan negara secara terus
kepada negara-negara terlibat. Contohnya hubungan Malaysia dengan negara-negara
jiran seperti Thailand dan Singapura.
Hubungan
multilateral dengan negara jiran merujuk kepada hubungan negara ini dalam pertubuhan
tertentu atau kumpulan. Contohnya ASA pada tahun 1961,
MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN
sejak tahun 1967.
Soalan 6: Jelaskan
sejarah dasar luar Malaysia dalam negara serantau/Asia Tenggara. Polisi dasar
luar berubah dari semasa ke masa yang
lain di Asia Tenggara. Jelaskan. 20m-30m (catat ASA_MAPHILINDO_ASEAN_)
Jika soalan 7: Dasar luar
Malaysia dan Asia Tenggara hanya menampakkan keberhasilan dalam ASEAN,
bincangkan. (Hanya catat Asean sahaja)
Persatuan Negara – Negara
Asia Tenggara (ASA)
Setelah
mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara – negara serantau diancam
hebat oleh pengaruh komunis. Di Malaysia, pergerakan PKM telah memainkan
peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat. PKM
telah diharamkan oleh kerajaan dan ini menyebabkan ahli – ahlinya melancarkan
gerakan gerila bagi menjatuhkan kerajaan. Di negara – negara jiran, ancaman komunis juga
hebat terutamanya di Thailand yang bersempadan dengan Malaysia. PKM telah
menggunakan sempadan Malaysia – Thailand sebagai pangkalan gerakan
gerila mereka dan ini menyukarkan usaha kedua – dua negara untuk melemahkan dan
seterusnya menghapuskan gerakan komunis. Begitu juga dengan negara Filipina yang
turut diancam oleh pengaruh komunis. Malaysia
ingin mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran agar dapat membendung
pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan
penubuhan ASA yang hanya melibatkan Thailand dan Filipina. Pertubuhan ini diharapkan dapat melindungi
negara – negara anggota daripada ancaman komunis dan juga menjalinkan
kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Pada 31 Julai 1961, satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina, hasilnya ASA telah ditubuhkan. Antara matlamat ASA yang digalurkan semasa penubuhannya termasuklah: Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi di kalangan negara anggota. Selain itu, ASA mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara – negara serantau. Walau bagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana keadaan kerjasama yang erat. ASA juga dianggap sebagai pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia. Kesangsian ini timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.

MALAYSIA, FILIPINA dan
INDONESIA (MAPHILINDO)
MAPHILINDO
merupakan cantuman nama tiga buah negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Tujuan utama penubuhnnya adalah untuk meningkatkan perhubungan persahabatan dan
menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia – Filipina dan Malaysia –
Indonesia. Pertelingkahan yang timbul antara Malaysia dengan kedua – dua
negara tersebut adalah disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Indonesia
tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno
menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonalisme atau penjajahan
bentuk baru. Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut
Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Ketiga – tiga negara ini telah mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau rakyat di kedua – dua negeri berkenaan. Hasilnya, majoriti rakyat di kedua – dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia. Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

Persatuan
Negara – Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Hasrat Malaysia untuk berbaik – baik dan mengadakan kerjasama dengan negara – negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal dan tidak dapat bertahan lama. Usaha ini akhirnya berhasil dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara – Negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Keanggotaan ASEAN pada
ketika itu terdiri daripada lima buah negara, iaitu Malaysia, Indonesia,
Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggotanya bertambah menjadi sepuluh
apabila kesemua negara di Asia Tenggara menjadi ahli. Negara – negara
berkenaan ialah Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea. Negara
Papua New Guinea telah dilantik sebagai pemerhati kerana negara ini terletak
bersempadan dengan Indonesia tetapi bukan dalam Zon Asia Tenggara.Kerjasama
antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga ke hari ini dan bagi
memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN dibentuk.
Soalan
8: Peranan Malaysia dalam ASEAN. Penglibatan Malaysia dalam ASEAN. (30m) Buku
teks mukasurat 258-260.
ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat dalam menjalinkan kerjasama serantau. Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyank rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama meliputi akses dalam politik, ekonomi dan sosio-budaya.
Dalam Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar ke dalam Asia Tenggara.
Walau
bagaimanapun, konsep ZOPFAN ini teruji apabila Vietnam menceroboh Kampuchea
pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah
berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi
membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan
mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982. Dalam mesyuarat pada tahun 1984, Menteri –
Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata
Nuklear. Kenyataan ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana –
mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pebuhannya untuk mengangkut bahan
atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan
komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN bagi
memastikan zon ini aman dan bebas dari senjata.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kearah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992. AFTA bertujuan menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi dalam negara Asean. Jumlah penduduk Asean yang ramai, akan menjadi pasaran barangan yang kompetetif.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
Ternyata, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama serantau melalui dasar berbaik – baik dengan negara jiran. Hal ini jelas kelihatan melalui peranan Malaysia dalam pertubuhan ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.

Soalan 9: Dasar luar Malaysia yang
pertama iaitu Komanwel ditentukan atas sebab negara pernah dijajah oleh Brtish.
Jelaskan/ Huraikan kepentingan dasar hubungan
negara-negara komanwel. (15m)
Pertubuhan ini telah
dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada negara bekas
jajahan Britain yang telah merdeka. Keanggotaannya terdiri daripada 54 buah
negara maju dan juga negara sedang membangun. Sekretariat Komanwel telah
ditubuhkan pada tahun 1965 dan beribu pejabat di London. Matlamat penubuhan
Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas mencapai kemerdekaan,
negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan
kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian
pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand juga
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana
pihak. Penglibatan Komanwel ditunjukkan
semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia. Serangan Indonesia ke
atas Malaysia (Tanah Melayu) diberi perhatian sewajarnya oleh Komanwel dengan
menghantar bantuan ketenteraan.
Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah, antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan di kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Soalan 10: Dasar luar Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (
PBB) ditentukan atas sebab negara pernah
dijajah oleh Brtish. Jelaskan/ Huraikan kepentingan dasar hubungan negara-negara komanwel. Jelaskan peranan
Malaysia dalam PBB. Buku teks muka surat 245-248. (20m)
PBB
telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang
Dunia Kedua Malaysia telah menjadi ahli
PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Negara anggota
PBB harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian antarabangsa
yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat empat
matlamat Piagam PBB. Pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
Kedua, menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga,
berkerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak
asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi
pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun 1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia. Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.
Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakl Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Soalan 11: Malaysia terlibat dengan
beberapa pertubuhan dunia. Jelaskan
peranan Malaysia dalam beberapa pertubuhan dunia. 30m
Bagaimana Malaysia menggunakan dasar
hubungan luar secara bijak/sebaik
mungkin.
Dasar luar Malaysia berkembang
selaras dengan kemajuan global.
Di peringkat
serantau, Asia Tenggara, Malaysia terlibat dengan Asean. Dalam
Mesyuarat Menteri – Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November
1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota
yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan
negara – negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih
dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama
penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di
rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan mana – mana blok Barat atau
blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa – kuasa besar ke dalam Asia
Tenggara.
Selain itu, Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa
ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Kenyataan ini bermakna rantau ini tidak
akan membenarkan mana – mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan
pebuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuclear. Pengisytiharan ini
menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara – negara anggota ASEAN terhadap konsep
ZOPFAN bagi memastikan zon ini aman dan bebas dari senjata
terutamanya senjata nuklear.
Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi, namun, perkembangan kearah kerjasama ekonomi ini agak perlahan. Negara – negara ASEAN telah membentuk kerjasama dalam projek – projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta di Acheh (Indonesia). Kerjasama ekonomi ASEAN cuba difikirkan melaui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada tahun 1992.
Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan Tun Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara – negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secar tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 ini merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara – negara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Menteri – Menteri Luar negara – negara ini dijemput menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.
Kerjasama dalam sosial seperti bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri – Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia. Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan dengan adanya Sukan Asean setiap dua tahun. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Malaysia
juga terlibat dengan dengan negara
Pertubuhan Komanwel iaitu bekas tanah jajahan British. Sebagai
negara anggota Komanwel, Malaysia telah mendapat banyak faedah,
antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan
di kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat ini menyediakan ruang
bagi pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan
bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi
Langkawi. Melalui deklarasi ini, Malaysia juga dengan lantang bersuara
menentang dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi
manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke
negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun,
keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan
Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan
teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Dalam bidang sukan, Malaysia
telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. Negara juga
terlibat dengan penyertaan dalam Sukan Komanwel.
Selain
itu, di peringkat Antarabangsa, Malaysia terlibat dengan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa
membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia
telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk
menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Pada tahun
1989, sekali lagi Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke
Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an,
Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq dan
Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia. Malaysia juga lantang
bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita
juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di
bawah hak milik atau kuasa semua negara.
Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara-negara tersebut. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan yang terdapat dalam negara.
Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada bulan Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Penglibatan Malaysia
dalam OIC bukan sekadar sebagai ahli. Idea OIC adalah cadangan Tunku Abdul Rahman Putra
al-Haj sendiri. Semasa ditubuhkan,
ahlinya terdiri daripada 57 buah negara dengan tiga buah negara lagi sebagai
pemerhati. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan
sesama negara Islam dalam segala bidang, bersuara dalam satu nada, mengekalkan
perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta
bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari.
Pertubuhan ini banyak memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang mengahadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. Bantuan dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada negara-negara Islam yang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad. OIC juga telah menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara anggota.
Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran – Iraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.
Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan.
Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek – projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara – negara Islam.

Soalan 12: Pada pandangan anda, adakah wajar, Malaysia
menunjukkan sikap tidak campurtangan
dalam isu atau peristiwa atau
konflik dalam mana-mana negara dalam dunia.
(10m)
Kewajaran pendekatan bertoleransi
dalam mengekalkan hubungan harmoni dengan negara jiran.
Pada pandangan
saya, saya bersetuju dengan pandangan di
atas. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, yang mahu juga dijamin kebebasan
mutlak negaranya, seharusnya tidak
wajar campurtangan dalam mana-mana isu atau konflik mana-mana negara jika konflik tersebut
berkaitan dengan masalah politik sesebuah negara. Contohnya, konflik dalaman di Syria.
Walaupun peperangan saudara di atas menyebabkan keadaan tidak aman, Malaysia
tidak wajar campurtangan dengan pergolakan di sana.
Beberapa tahun lepas, negara dilanda masalah jerebu
yang berpunca dengan pembakaran secara terbuka di Indonesia. Walaupun
situasi ini turut sama menggugat keadaan cuaca di Malaysia sehingga menjejaskan
sektor ekonomi terutamanya sektor perlancungan negara termasuk kesihatan, kita tidak boleh campurtangan
dengan situasi ini di Indonesia. Kerajaan di sana bertanggungjawab
menyelesaikan masalah tersebut dengan cara mereka sendiri. Situasi ini penting bagi memastikan kestabilan
politik serantau terutamanya di
negara jiran.
Selain itu,
sebagai sebuah negara yang saling bergantungan dari aspek ekonomi
terutamanya, campurtangan dalam beberapa isu atau konflik akan menjejaskan
hubungan dagang dengan negara luar. Campurtangan
juga akan mencetuskan ketegangan politik antara negara luar terutamanya
negara yang berdekatan dengan Malaysia.
Keperluan
kepada tenaga buruh asing menjadi satu perkara penting bagi negara. Selain itu, negara kita masih bergantung
kepada kepakaran teknologi seperti computer dari luar negara seperti Korea
Selatan dan Jepun. Hubungan yang baik antara negara Asean juga penting bagi
mengekalkan konsep ZOPFAN. Jika terdapat persengketaan, sudah tentu akan
wujud campurtangan asing dari luar yang menyebabkan konsep aman, bebas dan
berkecuali tidak dapat dilangsungkan lagi.
Soalan 13: Peranan
rakyat Malaysia untuk meningkatkan imej
Malaysia di persada antarabangsa. (10m)
Atau hubungkait
peranan rakyat dengan kejayaan negara di peringkat antarabangsa.
Bagi
meningkatkan nama negara kita Malaysia di persada antarabangsa, kita perlu
bergerak ektif dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa. Negara kita
shendaklah menyertai msii-misi antarabangsa seperti misi pengaman anjuran
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pemilihan Dr. Mohd Lutfi Fadil
Lokman
telah dipilih untuk menyertai 16 warga global yang lain sebagai pemimpin muda
PBB bagi tahun 2017-2018 daripada 18 000 pencalonan adalah satu contoh
penglibatan rakyat Malaysia yang diiktiraf antarabangsa.
Kita juga perlu meningkatkan
keupayaan teknologi seiring kemajuan global, terutamanya kemajuan ICT.
Selain itu, kita juga perlu melibatkan diri dengan pelbagai forum peringkat
antarabangsa bagi memastikan suara Malaysia didengari di pentas dunia.
Kekuatan nama negara juga
bergantung kepada ekonomi negara yang mantap. Oleh itu, pengeluar barangan atau
produksi perlulah menghasilkan barangan yang berkualiti seperti kereta dan
barangan elektronik. Kita perlulah meneruskan hubungan ekonomi atau
dagangan dengan negera-negara serantau, dan negara-negara lain supaya mendapat
peluang ekonomi yang lebih banyak lagi.
Soalan 14: a) Masalah
yang timbul daripada dasar hubungan luar
b) Nyatakan cadangan bagi
mengatasi masalah tersebut.
a) Antara cabaran yang dihadapi negara adalah kebanjiran
pendatang tanpa izin (PATI) yang banyak di Malaysia. Pendatang Indonesia, Bangladesh
dan Myammar contohnya menyeludup masuk
ke Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan. Dilaporkan terdapat lebih 3
juta PATI di Malaysia. Kesannya kes-kes sosial seperti jenayah pembunuhan
dan rompakan bertambah dengan drastik.
Masalah
lain yang berkaitan pendatang dari luar adalah masalah kes perdagangan
manusia. Ramai wanita yang dipaksa bekerja sebagai pekerja sosial dan
kanak-kanak yang dipaksa bekerja pada usia bawah umur.
Selain itu, perkembangan
teknologi turut memberi tempias kepada Malaysia. Lambakan permainan
‘maya’ dari Hongkong contohnya memberi impak yang tinggi kepada pelajar
selolah di Malaysia. Hiburan dari
televisyen seperti program drama Korea atau K-Pop menjadi tarikan
yang lebih banyak kepada pelajar di
Malaysia. Pelajar lebih suka menghabiskan diri di depan televisyen daripada
mengambil peluang belajar.
b) Pihak
berkuasa tempatan seperti imigresen dan polis mestilah mengambil langkah
menyerbu rumah-rumah kongsi bagi memastikan pekerja buruh yang diambil bekerja
bagi membina bangunan contohnya, datang dengan cara yang sah. Dengan itu,
kes seperti jenayah mudah dikesan dan dipantau.
Pihak
berkuasa tempatan juga mestilah bekerjasama dengan pihak berkuasa Asean
bagi mendapatkan sumber atau pihak yang
terlibat dengan jenayah perdagangan manusia, supaya kes-kes yang
menyeberangi sempadan negara dapat disekat dengan mudah.
Pihak
kerajaan mestilah melancarkan kempen yang berkesan di sekolah, media massa
dan media elektronik agar ibubapa khasnya dan pihak sekolah amnya mengambil langkah bagi menyedarkan murid,
bahayanya kesan permainan elektronik secara maya. Program hiburan pula perlulah
dikurangkan, sebaliknya, mengubah pandangan rakyat yang lebih focus kepada
ilmu pengetahuan.
Soalan
15: nyatakan nilai-nilai /iktibar/patriotism daripada hubungan dengan negara
luar. (10m)
Sifat tolong menolong antara negara serantau mahupun
di luar lingkungan kejiranan akan
memberi
impak yang positif kepada negara kita termasuklah bidang ekonomi.
Pertolongan dapat
diganti
dengan impak dalam perdagangan contohnya. Disamping itu, sejarah
perhubungan negara
luar juga dapat mempertingkatkan semangat
cintakan tanah air kepada rakyat Malaysia, sekaligus
memberi
gambaran keharmonian dalam kalangan
warganegara kita.
Akhirnya,
hubungan dasar luar yang cemerlang yang diamalkan Malaysia terutama daripada
aspek pendidikan dan teknologi banyak
memberi impak positif supaya kita
menjadi masyarakat
yang dahaga dan mementingkan ilmu pengetahuan.
Dengan hubungan yang baik juga, rakyat
berdaya saing dan menjalankan perdagangan antara negara.
Selain daripada itu, hubungan dalam kumpulan seperti
PBB, OIC membolehkan kita mengamalkan semangat setiakawan. Kita dapat membantu
negara-negara yang sedang mengalami masalah seperti tsunami dan gempa bumi.
Hubungan luar juga
membantu negara kita menentapkan target atau wawasan negara, selaras
dengan hasrat kita menjadi negara maju pada masa akan datang.
Soalan 16 : Rumusan.
Banyak
pengetahuan yang dapat saya pelajari dan kaji hasil hubungan dasar luar
Malaysia. Kita
perlulah mempunyai banyak ilmu pengetahuan,
berkemahiran tinggi dan bijak menggunakan peluang
yang ada bagi memajukan negara, sekiranya ingin
berdaya saing dengan negara-negara maju dunia
yang lain.
Selain
itu, negara kita akan menjadi kuat jika berdiri dengan teguh dalam kumpulan
yang besar.
Contohnya, Asean membantu negara bangun dalam pergelutan
ekonomi yang tidak stabil dalam dunia.
Kita juga akan dapat memperkukuhkan kedaulatan
negara melalui sokongan PBB, OIC dan Komanwel.
Saya
berharap, hubungan dasar luar negara akan berubah mengikut pola hubungan
yang lebih
sihat selaras dengan perkembangan politik, ekonomi dan
sosio-budaya secara global. Saya pasti
hubungan negara yang baik akan membantu negara maju
ke hadapan dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment