Followers

Thursday, July 24, 2008

Contoh penulisan esei SPM

Soalan: a) Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada Tanah Arab.(10m)

Teori ini dikemukakan oleh John Crawford.
Islam berkembang melalui aktiviti perdagangan.
Catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi mempunya petempatan di Canton dan Amoy di China.
Orang Arab menguasai perdagangan laut daripada pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China.
Perdagangan berterusan sehingga kemunculan Islam.
Pedagang Arab ke China singgah di pelabuhan di Asia Tenggara.
Sebahagian besar membina perkampungan
Mereka menunggu perubahan monsun untuk belayar.
Terdapat orang Arab yang berkahwin dengan orang tempatan.
Masa menunggu monsun digunakan untuk berinteraksi.
Catatan China, terdapat perkampungan Ta Shih di Sumatera Utara.
Kehidupan murni pedagang menarik minat tempatan untuk memeluk Islam.
Kejujuran pedagang Islam menjalankan perdagangan.
Pedagang juga mementingkan kebersihan.
Juga Sikap berhemah tinggi.
Pendapat disokong oleh Profesor Syed Naguib al-Attas.
Perkataan jawi dibentuk daripada tulisan Arab.
Adat resam Melayu dipengaruhi budaya Arab seperti menghormati tetamu (contoh)
Alatan muzik sepeti dabus dan tarian zapin
Karya tempatan berkisar pengislaman raja Melayu(f) seperti Hikayat Raja Pasai (contoh)

• Perhatikan ayat-ayat pendek digunakan bagi membentuk perenggan.Satu isi untuk satu perenggan.Isi / kata kunci digariskan. Terdapat 21 markah di sini ( fakta = 1 markah) (huraian 1 = 1 markah) (contoh 1 = 1 markah juga)
• Jangan nomborkan perenggan / isi.
• Jangan tandakan * atau -.
• Mulakan dengan perenggan baru bagi satu isi.
• Tidak perlu ayat panjang / pengenalan/ penutup.
Jika ada - # * atau sebarang tanda lain, isi akan dibahagikan dua. Contoh markah keselruhan 10 / 2 = 5 markah sahaja.

No comments: