SPM 2014 & 2015 (TINGKATAN 5 DAN 4)

1.EDARAN TAJUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN AKAN DIEDARKAN PADA JUMAAT 21 MAC 2014. 2.TAJUK /BAB KERTAS 3 TINGKATAN 4 & 5 AKAN DIEDARKAN SELEPAS CUTI SEKOLAH.

Followers

Thursday, July 24, 2008

Nota Ramalan Tingkatan 4 Tema 1

Terima kasih sekalung budi kepada Puan Azizah Yusuff, Pengetua SMK Bandar Utama (3) kerana menyediakan nota yang lengkap.Semoga anda semua mendapat manfaat.

Tema 1- Tamadun Awal Manusia: Bab 1-3


Sejarah Tingkatan 4

F = Fakta, H = Huraian C= Contoh (jika mengandungi contoh)
Esei mesti ditulis dengan 1 isi = 1 perenggan.Gariskan kata kunci.

BAB 1 - TAMADUN AWAL MANUSIA

1 a) Huraikan sumbangan sistem Tulisan Mesopotamia (5m)
F Jurutulis -Melahirkan jurutulis
F Pendidikan -Sistem pendidikan diperkenalkan
F Rekod -Merekod / urusan pentadbiran
F Perdagangan -Urusan jual beli ditulis
F Sastera -Melahirkan sastera epik Gilgamash dan falsafah

b) Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir (5m)
F Polistisme -Percaya kepada konsep politisme
F Tuhan -Tuhan dikaitkan dengan unsur alam Amun (Tuhan Angin)Re(Tuhan Matahari)
Ra-Tam(Tuhan
Langit)
F Kehidupan - Percaya ada kehidupan selepas mati
F Bakal - Mayat dibekal dengan kelengkapan harian untuk diguna selepas mati

c) Sumbangan Tamadun Mesir dalam Sains dan matematik (10m)
F Senibina -Pembinaan piramid dan spinx
F Teknik -Imhotep membina bangunan dengan teknik batu bata
F Kertas -Mencipta kertas daripada pokok papyung
F Tulisan -Merekod tinggalan tamadun dalam hieroglif
F Mumia -Proses mengawet mayat/mumia
F Perubatan -Kemajuan ilmu pembedahan dan perubatan berstatus tinggi
F Ilmu -Ilmu matematik, geometri, algebra,astronomi
F Pengairan -Cipta sistem pengairan yang tukar padang pasir jadi kawasan pertanian dengan terusan
F Kalendar -Sistem kalendar 365 hari dengan 12 bulan dalam setahun
F Kawalan -Kawalan air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir


2 a) Huraikan sumbangan Tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. (14m)
F Seni bina sumbangan seni bina piramid daripada ilham imhotep, iaitu sainstis, ahli
fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser.
F Teknik Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan
menggunakan batu bata.
F Kertas Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup di Lembah Nill.
F Simpan Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah
bangsa.
F Tulisan Tinggalan tamadun mesir purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod
yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
F Perubatan Kemajuan dalam ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan
yang mendapat status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk
firaun dan masyarakat.
F Mumia Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat.
F Ilmu Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
hingga ke hari ini.
F Matematik Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid dan astronomi
telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nill yang berlaku sekali
dalam setahun.
F Pengairan Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan
kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
F Tebus guna Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairi tanah seluas 10000 hektar.
F Kalendar Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik ini membolehkan
orang mesir purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
F Tinggal Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu
manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.
F Nadi Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air Sungai Nill
yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.




b) F Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. (10m)
Sistem politik
H Monarki Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan
hingga ke zaman Dinasti Ching.
H Maharaja Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
H Mandate Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.
H Dinasti Amalan pemerintahan Dinasti diteruskan hingga abad 20.
F Sistem Ekonomi
H Pertanian Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-terusan untuk
mengairi kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
H Teknologi Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit
untuk tujuan pertanian.
H Batas Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
H Besi Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi.
H Tulisan Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
H Bidang Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
H Ajar Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
H Kembang Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
F Agama dan Kepercayaan
H Puja Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh
nenek moyang.
H Sesuai unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut
kesesuaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan,
duit kertas dan barang perhiasan.
H Yin / Yang Konsep Yin dan yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada
kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
H Kejadian Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri
daripada dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan yang kuasa aktif.
H Feng hsui Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana
manusia berharmoni dengan alam semesta.
H Kalendar Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan iaitu
terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
H Musim Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
H Harian Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti
harian seperti upacara perkahwinan, pemburuan ataupun pengebumian.
H Sun tzu Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, Tahe Art Of War
membicarakan selok-belok perang dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke
dalam pelbagai bahasa.
H Urusniaga Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik
dalam urusan perniagaan.


BAB 2 - TAMADUN AWAL DUNIA

1 a) Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam agama dan kepercayaan. (10m)
F Roh - Memuja roh nenek moyang
F Ganti - Korban manusia diganti dengan makam, duit kertas dan hiasan
F Ying/yang - Konsep pasif dan aktif yang saling melengkapi manusia
F Feng Sui - Kepercayaan Taoisme bahawa manusia harmoni dengan alam sekitar
F Kalendar - Sistem kalendar 30 hari dan 360 setahun untuk raja tentukan musim menanam dan menuai
F Amalan - Kalendar diguna untuk aktiviti perkahwinan, pengebumian dan kematian
F Sun Tzu - Falsafah perang Sun Tzu untuk menangani musuh dan taktik peperangan dan perniagaan

b) Huraikan sistem sosial masyarakat Cina. (10m)
F Atasan - Golongan pentadbir, maharaja, pegawai istana
F Bawahan - Rakyat terdiri daripada petani artisan iaitu golongan bawahan
F Bahagi - Confucius bahagikan kepada 4 kelas utama
F Sarjana - Golongan pertama sarjana yang berpendidikan
F Kedua - Golongan kedua petani tulang belakang ekonomi Cina
F Ketiga - Golongan tukang
F Pedagang - Golongan ke 4 paling bawah
F Pendidikan - Golongan bertukar kelas melalui pendidikan



2 a) Terangkan falsafah Taoisme.
F Pengasas Pengasas kepada ajaran ini ialah Lao Tze lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 S.M.
F Mengembara Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebarkan pengaruhnya.
F Tao te ching Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching yang mengandungi idea
falsafah Taoime kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama.
F Jalan Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan
akan ditentukan oleh Tao.
F Tindak Manusia tidak harus bertindak apa-apa kerana jika manusia bertindak, maka, perkara ini
adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei akan merosakkan dunia.
F Ubah Lao Tze tidak menyetujui kerana manusia boleh mengubah sesuatu kearah kebaikan.




Tamadun Sistem Pemerintahan
Yunani Demokrasi
Rom Republik
India Beraja

1 Jadual di atas menunjukkan system pentadbiran tiga buah tamadun dunia.
a) Jelaskan Sistem pemerintahan demokrasi di Yunani (4m)
F1 Demokrasi terdapat Dewan Perhimpunan dan majlis
F2 Semua warganegara lelaki dewasa Athens dibenarkan menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara
enam bulan hingga setahun.
F3 Dewan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan.
F4 Setiap ahli dewan dienarkan mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
F5 Segala keputusan dikendalikan oleh Majlis.
F6 Ahli Majlis, Majistret dan juri dilantik oleh Dewan
F7 Dewan Mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.

b) Terangkan perubahan sistem beraja tamadun Rom (10m)

F1 Pentadbiran beraja
H1a Mengamalkan system pemerintahan beraja secara mutlak.
H1b Diperintah Etruscan yang berasal daripada masyarakat latin tempatan.
H1c Masyarakat latin pimpinan patrician memberontak.
F2 Rom membentuk sebuah republik.
H2a Tiada pemerintah kuasa mutlak dalam republik.
H2b Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat.
H2c Dua orang konsul menyebabkan mereka tiada yang lebih berkuasa.
H2d Konsul dibantu oleh Dewan Senat wakil golongan bangsawan.
H2e Dewan Senat membincangkan hal-hal pentadbiran dan merangka undang-undang.
H2F Sebelum ahli Dewan Senat menjadi konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera.
H2g Di bawah Dewan Senat terdapat Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh seluruh rakyat Rom.
H2h Keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh seluruh rakyat Rom.
F3 Julius Caeser telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator.
H3a Sistem republik berubah apabila Rom menjadi empayar semasa pemerintahan Julius Caeser.
H3b Meluaskan kuasa ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania da beberapa kawasan di Jerman.
H3c Pemerintahan empayar membentuk sistem pentadbiran pusat.
H3d Beliau menguasai angkatan tentera,Senat serta menggunakan gelaran maharaja.
H3e Gelaran Maharaja diteruskan oleh Augustus ( 27-14 S.M)

c) Jelaskan Sistem pemerintahan Tamadun India (6m)
F1 Tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan kerajaan kecil dan kerajaan besar.
F2 Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja.
F3 Kerajaan besar diketuai oleh raja.
F4 Raja mengamalkan kuasa mutlak.
F5 Kedudukan raja diperkukuh dengan upacara ritual. Raja ialah suci dan harus dihormati.
F6 Golongan Brahmin bertindak senagai penasihat.
F7 Golongan Ksyatria merupakan pemerintah tertinggi serta golongan dominan.
F8 Chandragupta Maurya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India (321-185 S.M) dan membentuk empayar.
F9 Mengubah status raja kepada maharaja.
F10 Ibu negaranya di Pataliputra.
F11 Walaupun Asoka mengamalkan pemerintahan mutlak tetapi beliau membentuk Demokrasi
pentadbiran pemerintahan.

• Tamadun Yunani
• Tamadun Rom
• Tamadun India
• Tamadun China

2 Senarai di atas merujuk kepada Tamadun dunia yang menyumbang kepada warisan peradaban dunia.
a) Perihalkan mengenai Sukan Olimpik ( 4m)

F1 Sukan Olimpik diperkenalkan semasa zaman Yunani ( 776SM)
F2 Pertandingan itu diadakan di Olympia.
F3 Pertandingan antara negara kota dibuat empat tahun sekali.
F4 untuk memperingati Tuhan Zeus
F5 Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos.
F6 Perbezaan Olimpik moden adalah bilangan peserta dan acara bertambah berlipat ganda.

b) Nyatakan perkembangan seni bina dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China. ( 6m)

F1 Seni bina mencerminkan ketahanan manusia dalam tamadun awal menghasilkan monumen.
F2 Seni bina dianggap pencapaian yang paling agung demi bangsa, agama dan rajanya.
F3 Tercapai kerana kepimpinan berwibawa,kuat, dan dapat menyatupadukan rakyat.
F4 Acropolis
H4a Pusat pentadbiran di Athens
H4b Terdapat di dalamnya rumah berhala, teater dan parthenon.
F5 Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom.
F6 Pantheon sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
F7 Parthenon, rumah berhala untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
Rumah berhala untuk Dewi Athena
F8 Colloseum sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan teater. Berbentuk kubah dan boleh memuatkan
50 000- 80 000 penonton.
F9 Tamadun India di bina berteraskan agama Buddha dan Hindu seperti di Gua Ajanta dan Kompleks
Kuil di Gua Ellora.
F10 Dalam seni bina Buddha menggunakan lmem geometri, iaitu berbentuk segi empat dan bulat.
F11 Tamadun China membina Tembok Besar China.
F12 Tembok Besar China di bina sejak zaman Dinasti Chou sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
F13 Bandar-bandar China purba seperti Anyang dan Peking di bina dengan rekaan tembok batu.
F14 Tenbok dibuat daripada Tanah liat dan batu bata.
F15 Di kampung-kampung tembok di bina daripada tanah lumpur.
F16 Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit besar dan menara.
F17 Dalam tembok menenpatkan istana maharaja seperti kota larangan.
F18 Pagoda berbentuk oktagon atau segi empat sama.
F19 Seni bina China mempunyai pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan.

c) Bincangkan sumbangan Tamadun Yunani, Rom, Indus dan China kepada peradaban dunia.

F1 Tamadun Yunani
H1a Mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi.
H1b Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik.
H1c Rakyat terlibat dalam pembentukan kerajaan.
H1d Kerajaan demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat.
H1e Sifat demokrasi diamalkan dikebanyakan negara di dunia seperti di Malaysia berbentuk demokrasi berparlimen.
F2 Tamadun Rom
H2a Mewariskan sistemsistem republik dua orang konsul
H2b Bertujuan mengimbangi kuasa
H2c Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh rakyat.
H2d Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan.
H2e Sistem republik diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan.
H2f Sistem republik Rom mengandungi unsur demokrasi kerana rakyat terlibat memilih ketua negara, iaitu presiden.
F3 Agama Hindu, agama Buddha, Confucianisme dan taoisme merupakan antara warisan yang masih diamalkan.
F4 Ilmu falsafah seperti legalisme, stoisisme, Aristotle, Socrates dan Plato masih lagi dijadikan rujukan.
F5 Teknologi pembinaan aquaduct, Colloseum, Pantheon, Tembok Besar China da Stupa di Sanchi, candi
dan pagoda merupakan warisan yang dikagumi.
F6 Sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina.
F7 Tamadun China mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar.
F8 Hasil saatera masih dibaca dan dirujuk seperti iliad, odyssey,mahabharata dan Ramayana.
F9 China meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi.
F10 Bahasa latin dan Sanskrit merupakan bahasa agama dan kesusasteraan.
F11 Bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha.
F12 Sistem pendidikan diteruskan dan diubahsuai.
F13 Sains dan teknologi yang berkaitan dengan matematik, astronomi, fizik, perubatan da seni bina.
F14 Teori matematik seperti Teorem Pythagoras dan Teori Archimedes masih di guna pakai.



BAB 3 – TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
1 a) Jelaskan peranan raja dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara (12m)
F1 Beraja - Sistem beraja dengan gelaran raja kepada ketua pemerintah
F2 Ketua - Raja sebagai ketua pemerintah di bawahnya terdapat kerabat diraja dan pembesar , termasuk ahli agama, iaitu Brahmin, rakyat dan hamba
F3 Mutlak - Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran,hubungan luar, ketenteraan, dan khazanah Negara
F4 Undang - Perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan sekiranya melanggar perintah bermakna menderhaka
F5 Adil - Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F6 Tuhan - Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan
F7 Dewa-Raja - Dewa-Raja dipercayai memiliki kesaktian, menggunakan unsur mitos dan lagenda asal usul untuk memperkuatkan kedudukan raja sebagai pemerintah
F8 Istiadat - Adat istiadat pertabalan raja golongan Brahmin bagi mengukuhkan kedaulatan raja
F9 Brahmin - Golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan
F10 Orde Kosmos- Raja mendirikan komplels kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos
F11 Pentadbiran - Dalam pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripad pegawai tentera dan hakim manakala di setap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor

b) Huraikan kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara (8m)
F1 Agama - Merupakan monument keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
F2 Rumah - Berperanan sebagai rumah ibadat
F3 Simpan - Berfungsi sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
F4 Patung - Tempat menyimpan patung dewa utama
F5 Lambang - Menjadi lambag kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
F6 Kosmos - Angkor Wat melambangkan orde kosmos iaitu raja dan ibu kota
sebagai pusat alam
F7 Seni - Melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan

2 a) Jelaskan ciri-ciri seni bina candi di Asia Tenggara (20m)

Angkor Wat
F1 Hindu - Angkor Wat dibina untuk agama Hindu di Kemboja
F2 Bina - Raja Suryavarman II bertanggungjawap dalam membina Angkor Wat
F3 Orde - Melambangkan Orde Kosmos
F4 Saiz - Saiz tinggi Angkor Wat ialah 213 meter dan keluasan kawasannya ialah 208 hektar
F5 Puja - Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah
F6 Menara - Setiap sudutnya mempunyai menara
F7 Tembok - Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir
F8 Angkor - Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dindingnya

Candi Borobudur
F1 Buddha - Candi Borobudur dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah
F2 Sembilan - Terdiri daripada sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha
F3 Patung - Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha
F4 Cerita - Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
F5 Nirwana - Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan melambangkan tahap nirwana
F6 Tiga - Stupa Candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat
F7 Tahap - Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan ,iaitu sila (moral), Samadhi (penumpuan) dan Panna (kebijaksanaan) seperti dalam ajaran Buddha
F8 Masa - Candi Borobudur dibina dalam masa 75 tahun



Candi Lembah Bujang
F1 Hindu-Buddha- Candi Lembah Bujang dibina untuk agama Hindu dan Buddha di Kedah
F2 Vimana - Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Vimana dan
F3 Mandapa - Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan dan mandapa ialah bahagian luar candi
C Cruciform - Candi berunsur Buddha memiliki pelan cruniform

3 a) Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan (8m)
F1 Mitos - Terdapat unsure mitos dalam kesusateraan/ epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas
F2 Puisi / Prosa - Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertama/ Sutasoma/ Arjunwiwaha/ Kunjarakarna
F3 Epik - Penceritaan lisan/ teater/ wayang kulit menggunakan cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata
F4 Hikayat - Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jawa dan Hikayat Sang Samba/ manakala epik Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama

b) Huraikan kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara (12m)
F1 Intelek - Bahasa Sanskrit telah meningkat pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
F2 Maklumat - Batu bersurat mengandungi maklumat tentang agama/ pemerintahan raja/ undang- undang
F3 Keturunan - Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
F4 Ajaran - Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan denga ajaran Buddha
F5 Inskripsi - Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu Kuno yang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
F6 Mahir - Sebahgian tulisan Sanskrit yang dipahat pada batu memerlukan kemahiran yang tinggi dan asa yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
F7 Arahan - Bahasa dan tulisan Sanskrit yang ditemui pada batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
F8 Perkataan - Banyak perkataan bahasa Sanskrit mengalami penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa melayu seperti dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf
F9 Ilmu - Bahasa Sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara

3 comments:

Anonymous said...

cikgu, boleh x tolong saya huraikan kepentingan dan kejayaan bangunan sultan abdul samad dari segi politik, ekonomi dan sosial? saya x pandaila bab2 hurai nih..

Anonymous said...

cikgu, boleh x tolong saya huraikan kepentingan dan kejayaan bangunan sultan abdul samad dari segi poltik, ekonomi dam sosial? saya x retila bab2 hurai nih..

Anonymous said...

cikgu, boleh x tolong saya huraikan kepentingan dan kejayaan bangunan sultan abdul samad dari segi poltik, ekonomi dam sosial? saya x retila bab2 hurai nih..