Followers

Thursday, July 24, 2008

Soalan ramalan Tingkatan 4 Tema 2

Tema 2 (bab 4-8 ) Perkembangan Islam -Kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Tema yang wajib dibaca memandangkan setiap tahun pasti ada satu soalan struktur dan satu soalan esei daripada tema ini.

Bab 4 : Perkembangan Islam di Makkah

1.Senaraikan ciri-ciri kehidupan masyarakat jahiliah.(15m)
2.Nyatakan ciri-ciri sistem kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab jahiliah.(5m)
3.Nyatakan kesan buruk amalan sistem kabilah dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah? (10m)
4.Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi rasul (10m)

BAB 5 – KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
1. Senaraikan syarat Perjanjian Aqabah pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua (6m).
2. Mengapakan penduduk Madinah memjemput Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah? (4m)
3. Bincangkan kepentingan hijrah umat Islam ke Madinah.(10m)
4. Terangkan konsep hijrah dari sudut Islam (5m)
5.Apakah hujah yang menunjukkan dakwaan orientalis Barat di atas tidak benar (rajah: Orientalis mentafsirkan hijrah sebagai pelarian)(5m)
6.Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah ? (10m)
7. Piagam Madinah ditulis untuk orang Islam dan Bukan Islam.
Perihalkan penggubalan Piagam madinah (5m)
8.Huraikan intisari Piagam Madinah (7m)
9. Senarai - Rom, Parsi, Mesir
Bincangkan strategi nabi Muhammad s.a.w bagi menyebarkan Islam (8m)
10.Mengapakah peperangan dibenarkan dalam Islam? (6m)


BAB 6 : TAMADUN ISLAM

1.Huraikan sumbangan Bani Umayyah (10m)   SPM 2009****
2.Jelaskan sumbangan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan (10m)
3.Bagaimanakah kerajaan Turki terbentuk?(10m)
4.Jelaskan sumbangan Kerajaan Turki Uthamniah (10m)


BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

1.Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada Arab.(10m)
2.Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada China (6m)
3.Terangkan teori dan bukti kedatangan Islam daripada India (6m)
4.Jelaskan peranan perdagangan dalam penyebaran Islam ke Asia Tenggara (10m)

BAB 8 : KESAN PENGARUH ISLAM

1.Huraikan perbezaan Adat Pepatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan di Tanah Melayu. (15m)
2.Nyatakan sebab undang-undang digubal oleh Kerajaan Melaka (5m)
3.Huraikan perkembangan institusi pendidikan agama dalam sistem pendidikan formal di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. (10m)
4.Huraikan peranan istana sebagai pusat intelektual dalam kerajaan Melayu tradisional. (10m)
5. Jelaskan ciri-cirei wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu Tradisional (10m)
6.Huraikan aktiviti perdagangan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.(10m)

No comments: