Sunday, April 27, 2008
Love is...
Lots of people
want to ride with you in the limo, but what you want
is someone who will
take the bus with you when the limo breaks down.
~Oprah Winfrey~
THROUGH LOVE all that is bitter will be sweet
Through Love all that is copper will be gold.
Through Love all dregs will turn to purest wine
Through Love all pain will turn to medicine.
Through Love the dead will all become alive.
Through Love the king will turn into a slave!
Passion makes the old medicine new:
Passion lops off the bough of weariness.
Passion is the elixir that renews:
how can there be weariness
when passion is present?
Oh, don't sigh heavily from fatigue:
seek passion, seek passion, seek passion!
The intellectual is always showing off,
the lover is always getting lost.
The intellectual runs away.
afraid of drowning;
the whole business of love
is to drown in the sea.
Intellectuals plan their repose;
lovers are ashamed to rest.
The lover is always alone.
even surrounded by people;
like water and oil, he remains apart.
The man who goes to the trouble
of giving advice to a lover
get nothing. He's mocked by passion.
Love is like musk. It attracts attention.
Love is a tree, and the lovers are its shade.
~Jalaluddin Rumi~
"Love is the joy of the good, the wonder of the wise, the amazement of the gods."
"At the touch of love, everyone becomes a poet."
~Plato~
"Have a heart that never hardens, and a temper that never tires,
and a touch that never hurts."
~Charles Dickens
Friday, April 25, 2008
SPM MID TERM-Ulangkaji Topik...
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2008
TINGKATAN 4
1. Bab 2 (wajib baca)
• Memahami sumbangan tamadun-tamadun Rom, Yunani,China dan India berkaitan dengan senibina, teknologi.
• Soalan-soalan yang berkaitan, sila uji diri.
- Siapakah Alexander the Great?
- Namakan negeri jajahan takluknya.
- Alexander terkenal kerana membudaya Budaya Hellenistik.Apakah budaya ini?
- Siapakah Chandragupta Maurya?
- Namakan jajahan takluknya/ atau sumbangan kejayaannya?
- Siapakah Augustus Caesar? Bagaimana sumbangan Tamadun Rom?
- Siapakah Maharaja Han Wu Ti?
- Nyatakan sumbangannya terhadap tamadun China.
- Nyatakan perkembangan Yunani , Rom. Chin adan India dalam senibina (mengetahui sekurangnya 5 setiap satu)
- Apakah perkembangan sains dan teknologi yang dicapai oleh setiap tamadun.
2.bab 4 (wajib baca)
o Baca dengan teliti perkembangan d\Islam di meka
o -Nyatakan tiga golongan paling awal memeluk Islam di Mekah
o -Nyatakan dua peringkat penyebaran Islam
o - Mengapa Islam disebarkan secara rahsia?
o –Jelaskan bagaimana nabi Muhammad mula sebarkan Islam.
o –Sebutkan mengapa Islam ditentang ketika awal Islam disebarkan.
3.Bab 5 Hijrah (wajib baca)
o Apakah maksud hijrah?
o Apakah sebab hijrah berlaku (ada 15 sebab)
o Huraikan kepentingan hijrah kepada masyarakat Islam madinah dan umat Islam.
TINGKATAN 5
1.Bab 1:Imperialisme Barat. (pilihan)
o Faktor-faktor Imperialisme.
o Terangkan / sebab kesan-kesan Imperialisme terhadap Asia Tenggara.
o Ada dua peringkat nasionalisme, namakan peringkat tersebut.
2.bab 3 : pembentukan Negara Bangsa (wajib baca)
o Konsep negara bangsa Eropah?
o Apakah yang dimaksudkan dengan amalan real politik di Eropah?
o Peperangan yang dilakukan oleh Otto Von Bismark?
o Usaha peperangan oleh Mossalini?
o Perbezaan antara kerajaan Islam dan Eropah daripada konsep Negara bangsa.
2. Bab 4 (wajib baca) Malayan Union (1946)
o Apakah Malayan Union.
o Nyatakan cirri-ciri MU.
o Langkah yang diambil oleh orang Melayu dalam menentang MU.
o Tujuan diperkenalkan MU.
o Kumpulan yang menyokong MU.
o Kumpulan yang menentang MU.
o Usaha British bagi menggantikan MU.
Persekutuan Tanah Melayu (1948)
o Apakah PTM 1948?
o Bentuk perlembagaan PTM?
Thursday, April 24, 2008
Belajar daripada filem...
Anda boleh belajar cara bijak bagi belajar sejarah dengan penuh minat, mudah faham dan dapat mengingati banyak perkara...
Belajar daripada filem..
1. 10 000B.c - (english)kehidupan masyarakat paleolitik.
2. Pearl Harbour-(english)serangan Jepun di Pearl Harbour, Hawaii dan teknik serangan Jepun.
3.Last emperor of China-(eng)maharaja terakhir China dan kehidupannya.
4.Last samurai-(eng)Samurai terakhir di Jepun dan era Meiji di Jepun.
5.Embun-(B.Malaysia)kehidupan di Malaya pada zaman Jepun.
6.Paloh-(bm)-zaman era komunis.
7.The Terminal-(eng)adaptasi cerita sebenar pengalaman Victor Navorski yang terkandas di John F.Kenneddy Internasional Airport selama lebih setahun.
8.Puteri Gunung Ledang-(bm)Dongeng cinta Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang.
9.Brave Heart-(eng)Adaptasi cerita sebenar William Wallace yang berjuang demi negaranya Scotland.
10.Gandhi-(eng)adaptasi kisah kehidupan Gandhi yang berjuang dei kemerdekaan negaranya.
11.Troy-(eng)kisah keatuhan Kota Lama Greek.
12.The 13th Warrior-(eng)perjalanan pelayaran Ahmad Ibn Fadlan pada 922m.
13.The Last of Mohican part 1 & 2-(eng) penghapsan bangsa 'mohicans' red indian di Amerika Syarikat.
14.New World War part 1 & 2-(eng)dokumentari peperangan dunia ke 2.
15.Tha Patriot-(eng) peperangan antara Amerika Syarikat Utara dan Selatan.
16.The Heart of Malaya / Hati Malaya -(bm)perjalanan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
17.Love Story 1946- (Hindi)Perjuangan mendapatkan kemerdekaan India.
18.To End All wars-(eng)Adaptasi tahanan British semasa pendudukan Jepun di Asia Tenggara (Perang dunia ke 2)
19.300 Prepare For Glory-(eng)Peperangan Thermopylae pada era Sparta. (Rom)
20.The Guardian-(eng)kisah penyelamat 'Coast Guard'
21.Blood Diamond-(eng)Adaptasi cerita 1990 di Sierra Leons, Afrika Selatan: pencarian belian.
22.Price for Peace;From Pearl Harbour to Nagasaki-(eng)dokumentari peperangan semasa Perang Dunia ke2.
23.Hiroshima-(eng)Kebenaran yang berlaku di Hiroshima.
24.Tora!Tora!Tora-(eng)Kisah Pearl Harbour yang diserang.
jika anda mempunyai maklumat lain mengenai filem sejarah, sila email ke smartdjians@yahoo.com..
tq very much
Monday, April 21, 2008
Sunday, April 20, 2008
Friday, April 18, 2008
Soalan wawancara bagi tajuk Perkahwinan Kaum Melayu
SOALAN WAWANCARA
Penulis (P): Terima kasih kerana encik/cik------------ sudi ditemuramah.
Saya difahamkan ada empat peringkat perkahwinan melayu iaitu merisik, meminang / bertunang, akad nikah dan bersanding.
1.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan merisik?
2.Mengikut tradisi Melayu, adakah si gadis akan menerima cincin semasa adat merisik dijalankan?
3.Jika ada, cincin yang diberi biasanya dipanggil cincin belah rotan.Kenapa nama cincin itu dipanggil sedemikian?
4.Siapakah yang akan menjadi wakil bagi merisik bagi pihak lelaki?
5.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan bertunang?
6.Mengikut tradisi Melayu, adakah si gadis akan menerima cincin semasa adat bertunang dijalankan?
7.Berapa lama biasanya adat bertunang berlangsung?
8.Adakah gadis akan menerima hantaran semasa adat meminang dijalankan?
9.Saya dengar, wakil pihak lelaki dan gadis akan berbalas-balas pantun ketika adat meminang dijalankan.Adakah keadaan itu benar?
10.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan akad nikah?
11.Dalam tradisi akah nikah, siapakah antara mereka yang terlibat?
12.Semasa akah nikah, biasanya kedua pihak akan menghantar barangan/ pertukaran barangan yang dipanggil hantaran. Biasanya, apakah jenis barangan yang akan dihantar sebagai hantaran?
13.Berapa jumlah hantaran yang biasa dihantar oleh gadis / teruna?
14.Siapakah yang akan menikahkan si gadis?
15.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan bersanding?
16.Ada berapa adat bersanding yang encik tahu?
17.Apakah nama proses lain yang dilakukan ketika bersanding, contoh merenjis…
18.Tetamu yang melakukan proses merenjis akan dihadiahkan dengan sejenis barang?apakah nama barang itu? Bunga _______
19.Apakah jenis pakaian yang biasa dipakai oleh pengantin semasa bersanding?
20.Namakan hidangan biasa yang dijamu kepada tetamu yang hadir semasa kenduri?
21.Namakan hidangan utama untuk pengantin?
22.Nyatakan hadiah wang yang dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. (mahar atau mas kahwin)
Puan noor arbaiah-selamat mewawancara.
Contoh esei Projek Kerja Kursus PMR 2008
Tugasan 2: Esei ; Tajuk Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan.
Modal insan yang patriotik di sini bermaksud bagaimana membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.Aktiviti sukan atau permainan ternyata dapat membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.
Insan yang cintakan negara dan bangsa dapat dibentuk melalui permainan seperti permainan wau kerana melalui permainan ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan permainan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan permainan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui permainan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Melalui permainan tradisional seperti permainan wau, congkak, gasing juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk.Permainan seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Permainan seperti gasing, wau dan sebagainya memerlukan pemain melebihi dua orang. Jadi bagi melicinkan permainan ini, disiplin yang tinggi mesti ditunjukkan.Permainan seperti ini juga memerlukan pemain mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang dan peraturan permainan. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan murid yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Permainan tradisional juga memerlukan pemain mempamerkan sikap rajin dan gigih dalam menjayakan permainan. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sejenis permainan yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam sesuatu pertandingan, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi memenangi pertandingan. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
Susunan Projek Kerja Kursus PMR 2008
Projek Kerja Kursus PMR 2008
Susunan Projek
1. Muka depan – nama, kad pengenalan dan tajuk kajian.
2.Borang lampiran 8,9 dan 10 (diberi oleh guru)
3. Senarai kandungan – tajuk dan muka surat. (Mesti mengandungi perkara 4-10)
4.Penghargaan- mengandungi 3 pihak (guru dan sekolah, ibubapa,kawan-kawan,pihak muzium dan sebagainya.Mesti masukkan nama-nama pihak yang terlibat)
5.Objektif kajian- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 objektif secara khusus. (lihat contoh)
6.Kaedah kajian-mesti mengandungi 3 kaedah secara khusus (lihat contoh)
7.Hasil Kajian- mesti mengandungi – nama permainan, latar belakang permainan, tujuan permainan, alat-alatan yang digunakan dan cara dimainkan (lihat contoh esei)
8.Rumusan -3 iktibar iaitu pengalaman, warisan budaya lama, berbangga sebagai rakyat Malaysia, keseronokkan belajar warisan lama, semangat berdikari, jati diri sebagai warga Malaysia, menunjukkan disiplin yang tinggi, bertoleransi sesama rakan, bekerjasama sesama rakan. (mana-mana 3 elemen – lihat contoh)
9.Esei :Tugasan 2/ esei
10.Lampiran (gambar permainan, peta di mana dimainkan permainan, ilustrasi, cara dimainkan permainan, dokumen orang yang diwawancara)
11.Rujukan – mesti mempunyai 4 jenis sumber (Rujuk lampiran yang telah guru berikan)
PERMARKAHAN PROJEK
ELEMEN 1
- Mempunyai 4 sumber (mana-mana 4 sumber :buku, internet, orang sumber, lawatan, program tv, dvd, filem, radio, majalah, pamplet) akan mendapat 4 markah.
ELEMEN 2 (hAsIL kAjiAN)
Jika memenuhi 9-10 elemen di atas = 4 markah.
Jika memenuhi 7-8 elemen di atas = 3 markah.
Jika memenuhi 5-6 elemen di atas = 2 markah.
Jika memenuhi 3-4 elemen di atas = 1 markah.
ELEMEN 3 (EsEi : TuGaSAn 2)
- mengandungi 3 elemen patriotik = 4 markah (lihat contoh)
Markah cemerlang = 10-12 markah
Wednesday, April 16, 2008
Tips Belajar Sejarah
Gambar: Theatre, Rom
Pengenalan:- Bosan!- Belajar mengenai orang yang sudah mati, benda lama!- Terlalu banyak fakta.Hal in menjadi reaksi biasa apabila ditanya berkaitan mata pelajaran sejarah...Mengapa hal ini terjadi? Anda akan menemui reaksi, idea yang berbeza jika anda dapat mengenali sejarah dan belajar sejarah dengan cara yang bijak... percayalah... ada banyak cara belajar dengan cara bijaksana...Tips belajar sejarah...
1. Jadilah Pendengar yang baik...Memahami peristiwa yang biasanya mengandungi ciri/ faktor /kesan dengan baik.Ketika guru menerangkan sesuatu peristiwa dalam kelas, dengar dengan teliti.. Anda jangan jadikan diri anda pekak...
2.Jadikan pandangan mata anda tajam... sentiasa memandang sejarah sebagai peristiwa yang sentiasa memandu anda menilai masa depan... contohnya mengkaji mengapa Kerajaan Empayar Rom / Yunani jatuh tersungkur padahal empayar mereka gagah berdiri dan teguh...belajar daripada filem : " apa yang anda lihat akan diframekan dalam lingkungan otak jangka panjang lebih baik daripada nota / teks biasa"
3.Jadikan media siber sebagai bahan pembelajaran secara interaktif : baca bahan internet - lihat peta, gambar, peta minda yang disediakan.
4.Jadikan diri anda seorang yang tidak segan bertanya... tanyalah guru anda jika kurang faham mengenai sesuatu perkara... memahami sub tajuk asas utama memahami sesuatu tajuk...Contoh: dengan memahami konsep asas Malayan Union, anda akan memahami mengapa MU ditolak oleh orang Melayu? Dan mengapa hanya orang Melayu yang terlibat?
5. Tahukah anda sejarah merupakan pelajaran tertua di dunia? Sejarah membolehkan anda pengembara melintasi masa dan benua...