Followers

Friday, April 18, 2008

Soalan wawancara bagi tajuk Perkahwinan Kaum Melayu

PROJEK KERJA KURSUS SEJARAH

SOALAN WAWANCARA

Penulis (P): Terima kasih kerana encik/cik------------ sudi ditemuramah.

Saya difahamkan ada empat peringkat perkahwinan melayu iaitu merisik, meminang / bertunang, akad nikah dan bersanding.
1.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan merisik?
2.Mengikut tradisi Melayu, adakah si gadis akan menerima cincin semasa adat merisik dijalankan?
3.Jika ada, cincin yang diberi biasanya dipanggil cincin belah rotan.Kenapa nama cincin itu dipanggil sedemikian?
4.Siapakah yang akan menjadi wakil bagi merisik bagi pihak lelaki?
5.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan bertunang?
6.Mengikut tradisi Melayu, adakah si gadis akan menerima cincin semasa adat bertunang dijalankan?
7.Berapa lama biasanya adat bertunang berlangsung?
8.Adakah gadis akan menerima hantaran semasa adat meminang dijalankan?
9.Saya dengar, wakil pihak lelaki dan gadis akan berbalas-balas pantun ketika adat meminang dijalankan.Adakah keadaan itu benar?
10.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan akad nikah?
11.Dalam tradisi akah nikah, siapakah antara mereka yang terlibat?
12.Semasa akah nikah, biasanya kedua pihak akan menghantar barangan/ pertukaran barangan yang dipanggil hantaran. Biasanya, apakah jenis barangan yang akan dihantar sebagai hantaran?
13.Berapa jumlah hantaran yang biasa dihantar oleh gadis / teruna?
14.Siapakah yang akan menikahkan si gadis?
15.Bolehkah encik beritahu apakah yang dimaksudkan dengan bersanding?
16.Ada berapa adat bersanding yang encik tahu?
17.Apakah nama proses lain yang dilakukan ketika bersanding, contoh merenjis…
18.Tetamu yang melakukan proses merenjis akan dihadiahkan dengan sejenis barang?apakah nama barang itu? Bunga _______
19.Apakah jenis pakaian yang biasa dipakai oleh pengantin semasa bersanding?
20.Namakan hidangan biasa yang dijamu kepada tetamu yang hadir semasa kenduri?
21.Namakan hidangan utama untuk pengantin?
22.Nyatakan hadiah wang yang dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. (mahar atau mas kahwin)


Puan noor arbaiah-selamat mewawancara.

No comments: