Followers

Friday, April 18, 2008

Contoh esei Projek Kerja Kursus PMR 2008

Projek Kerja Kursus PMR 2008
Tugasan 2: Esei ; Tajuk Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan.

Modal insan yang patriotik di sini bermaksud bagaimana membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.Aktiviti sukan atau permainan ternyata dapat membentuk insan yang berjiwa cintakan negara dan bangsanya.

Insan yang cintakan negara dan bangsa dapat dibentuk melalui permainan seperti permainan wau kerana melalui permainan ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan permainan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan permainan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui permainan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui permainan tradisional seperti permainan wau, congkak, gasing juga, kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk.Permainan seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

Permainan seperti gasing, wau dan sebagainya memerlukan pemain melebihi dua orang. Jadi bagi melicinkan permainan ini, disiplin yang tinggi mesti ditunjukkan.Permainan seperti ini juga memerlukan pemain mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang dan peraturan permainan. Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan murid yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Permainan tradisional juga memerlukan pemain mempamerkan sikap rajin dan gigih dalam menjayakan permainan. Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan sejenis permainan yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam sesuatu pertandingan, kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi memenangi pertandingan. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

5 comments:

Anonymous said...

cikgu kasih penghargaan pun lah,kaedah kajian sangat susahlah

Anonymous said...

format rujukan macam mana??

Anonymous said...

cikgu..soalan perlu tulis tak?

Anonymous said...

cg my printer ink finish after printing my kgt (swt)..... and i'm going outstation on saturday and sunday... so can i pass my project to u after i take my project to the shop to print? maybe tuesday or wednesday okie?

Anonymous said...

cikgu...thanks 4 da helping...i'm appricated bout that..thanks again