Followers

Friday, April 18, 2008

Susunan Projek Kerja Kursus PMR 2008

Projek Kerja Kursus PMR 2008

Susunan Projek

1. Muka depan – nama, kad pengenalan dan tajuk kajian.
2.Borang lampiran 8,9 dan 10 (diberi oleh guru)
3. Senarai kandungan – tajuk dan muka surat. (Mesti mengandungi perkara 4-10)
4.Penghargaan- mengandungi 3 pihak (guru dan sekolah, ibubapa,kawan-kawan,pihak muzium dan sebagainya.Mesti masukkan nama-nama pihak yang terlibat)
5.Objektif kajian- Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 3 objektif secara khusus. (lihat contoh)
6.Kaedah kajian-mesti mengandungi 3 kaedah secara khusus (lihat contoh)
7.Hasil Kajian- mesti mengandungi – nama permainan, latar belakang permainan, tujuan permainan, alat-alatan yang digunakan dan cara dimainkan (lihat contoh esei)
8.Rumusan -3 iktibar iaitu pengalaman, warisan budaya lama, berbangga sebagai rakyat Malaysia, keseronokkan belajar warisan lama, semangat berdikari, jati diri sebagai warga Malaysia, menunjukkan disiplin yang tinggi, bertoleransi sesama rakan, bekerjasama sesama rakan. (mana-mana 3 elemen – lihat contoh)
9.Esei :Tugasan 2/ esei
10.Lampiran (gambar permainan, peta di mana dimainkan permainan, ilustrasi, cara dimainkan permainan, dokumen orang yang diwawancara)
11.Rujukan – mesti mempunyai 4 jenis sumber (Rujuk lampiran yang telah guru berikan)

PERMARKAHAN PROJEK

ELEMEN 1

- Mempunyai 4 sumber (mana-mana 4 sumber :buku, internet, orang sumber, lawatan, program tv, dvd, filem, radio, majalah, pamplet) akan mendapat 4 markah.

ELEMEN 2 (hAsIL kAjiAN)

Jika memenuhi 9-10 elemen di atas = 4 markah.
Jika memenuhi 7-8 elemen di atas = 3 markah.
Jika memenuhi 5-6 elemen di atas = 2 markah.
Jika memenuhi 3-4 elemen di atas = 1 markah.

ELEMEN 3 (EsEi : TuGaSAn 2)

- mengandungi 3 elemen patriotik = 4 markah (lihat contoh)

Markah cemerlang = 10-12 markah

1 comment:

RkInu241 said...

Cikgu, we's the contoh for the kaedah & objektif kajian? Ur old blog, the norafuad one use to have. Now on this blog don have alredi.