SPM 2016 (untuk tingkatan 5) SPM 2017 (untuk tingkatan 4)

BENGKEL SEJARAH SPM 2016; 21 OKTOBER 2016. PELAJAR SPM SILA HADIR KE SEKOLAH. PENERANGAN KERTAS 1, 2 & 3 AKAN DIADAKAN. EDARAN KERTAS 3 JUGA DIEDARKAN BERSAMA SET tRIAL 1 & 2. 1. Lihat tajuk SPM 2016 (tingkatan 5 2016) terdapat tajuk ulangkaji untuk Percubaan SPM 2016. 2.Lihat juga tajuk untuk bacaan Peta Minda, Modul interaktif, nota dan latihan. (label SPM 2016)

Followers

Sunday, April 12, 2009

Warisan kebangsaan Malaysia

Anda boleh menyemak jika bangunan bersejarah yang anda tulis termasuk dalam senarai warisan kebangsaan.Jia jawapannya 'ya' anda perlu mencetak halaman ini sebagai bukti atau pergi ke utusan atau berita harian online dan lihat di bawah tajuk 'Warisan Kebangsaan' dan perlu mencetaknya.


Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 warisan kebangsaan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Perkara yang disenaraikan ini akan dilindungi mengikut satu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini mencakupi bidang-bidang dan tugasan pemuliharaan dan pemeliharaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan perkara-perkara lain berkaitan warisan.

Berikut adalah senarai 50 Warisan Kebangsaan tersebut;

1. Bangunan Parlimen
2. Istana Negara
3. Tiang bendera di mana bendera Malaysia pertama kali dinaikkan di Dataran Merdeka
4. Bangunan Sultan Abdul Samad
5. Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Dewan Bandaraya
6. Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
7. Bangunan Ibupejabat Keretapi Tanah Melayu
8. Bangunan Pejabat Pos Besar , Jalan Raja, Kuala Lumpur
9. Bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur
10. Residency Building, Jalan Dato' Onn
11. Masjid Negara dan Makam Pahlawan
12. Carcosa Sri Negara
13. Batu Caves
14. Gereja St George, Pulau Pinang
15. Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
16. Tugu Negara
17. Taman Kinabalu, Sabah (dalam senarai Warisan Dunia)
18. Taman Negara Mulu, Sarawak (dalam senarai Warisan Dunia)
19. Jalur Gemilang, bendera kebangsaan
20. Jata Negara
21. Muskat
22. Keris Panjang Diraja
23. Tengkolok Diraja
24. Gandik Diraja
25. Pending Diraja
26. Keris Pendek Diraja
27. Kalung Diraja
28. Cogan Agama
29. Cogan Alam
30. Cokmar
31. Cokmar Dewan Rakyat
32. Cokmar Dewan Negara
33. Bunga Raya
34. Manuskrip Sejarah Melayu
35. Penal Kod Melaka
36. Manuskrip Hikayat Hang Tuah
37. Surat Pengistiharan Merdeka
38. Perak Man
39. Lagu Kebangsaan, Negaraku
40. Mak Yong
41. Wayang Kulit
42. Bangsawan
43. Joget Melayu
44. Dondang Sayang
45. Silat Melayu
46. Ngajat
47. Sumazau
48. Sewang
49. Rumah Terbuka Malaysia
50. Tarian Singa di atas tiang

Pada bulan Ogos 2007, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengumumkan bahawa Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan kebangsaan juga. Difahamkan pihak kementerian akan menambah perkara yang terdapat dalam warisan kebangsaan ini dari masa ke semasa.

sumber: Jabatan warisan Negara, keKKWa. www:http//warisan .gov.my/

9 comments:

Anonymous said...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Puan Noor, adakah article surat khabar dari link di atas dapat digunakan sebagai sumber akhbar untuk Bangunan Sultan Abdul Samad?

Thanks.

Anonymous said...

yes.. surat khabar on line dikira sebagai surat khabar okay... internet bila diambil dariweb..like www...

Anonymous said...

Salam Cikgu,

Anak saya buat bangunan bersejarah iaitu Menara Condong Teluk Intan di Perak.Adakah di kira bangunan bersejarah?

Tqvm

Puan Ira

Teah said...

hye, sye plajar f3 dr pahang n sye wat tjuk berkenaan dengan muzium sg lembing. boleh x cg bantu sye mencari bahan2 untuk sg lembing ? klu ade cikgu boleh menghantarnye di emel sye ... fatehah1794@hotmail.com... sebenarnyer 2 emel member sye kt YM ... huhu ...

Fatehah said...

sye plajar dr phg ... sye wat bgnan b'sj muzium sungai lembing. klu cikgu ade beberape bahan yg cikgu ade berkenaan dgn muzium sg lembing @ sg lembing ... cg boleh antar kt emel member sye fatehah1794@hotmail.com... tq

pn noor arbaiah said...

As salam puan ira, menara Condong Teluk Intan boleh dikira sebagai bangunan bersejarah.




cikgu noor

Icy said...

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/1/nation/2923796&sec=nation

cikgu maklumat ini boleh dianggap sebagai keratan surat khabat tak? Kerana maklumat tersebut macam tidak sesuai je...

umie said...

smekom ckgu,blh tk tlg tliskn keistimewaan bangunan stadthuys..

Anonymous said...

Pn Noor,
Tentang ini 'Warisan Kebangsaan', saya choose Sultan Ahmad Samad utk projek Sejarah yg berada di no. 4 di senarai 'Warisan Kebangsaan' itu. Kena print dari no. 1 hingga 50 senarai itu atau kena print seluruh post itu?