Followers

Tuesday, April 7, 2009

Projek kerja kursus PMR 2009

Hasil kajian

Kegunaan bangunan (Contoh Bangunan Stadthuys atau lain-lain yang sama fungsinya)

Contoh: 1. Bangunan ini Merupakan salah satu bangunan merah di Melaka yang dikenali dengan nama Bangunan Stadthuys. Stadthuys di dalam bahasa Belanda bermakna Dewan Bandaran. Dipercayai bahawa bangunan ini merupakan bangunan pertama yang dibina oleh Belanda pada tahun 1650-an. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan sekaligus menjadi pusat pentadbiran Belanda. Walaupun bangunan ini terkenal dengan warna merahnya tetapi warna asalnya dipercayai berwarna putih.Dalam bahasa Inggeris pula, Stadhuys membawa maksud ‘State building’ membawa maksud perbandaran.
Pada zaman ini, kebanyakan bangunan dibina dengan menggunakan batu-bata. Selaras dengan pembinaan bangunan ini, pada ketika ini pembinaan rumah-rumah teres mula diperkenalkan di Melaka. Dalam proses pembangunan semula bandar Melaka, rumah-rumah teres banyak dibina berkemungkinan disebabkan pertambahan penduduk, maka keperluan kediaman yang selesa, selamat dan dekat dengan pusat bandar dan kubu pertahanan perlu disediakan. Pembinaan kediaman teres semakin popular di seluruh Bandar Melaka. Fenomena ini juga dialami oleh tapak kajian. Hak milik tanah juga mula bertukar daripada kepunyaan orang-orang Belanda kepada saudagar-saudagar Cina.

Pada tahun 1795, pihak Inggeris telah mengambil alih pentadbiran Melaka untuk sementara waktu semasa Peperangan Napoleon di Eropah. Dibawah pemerintahan Inggeris, Melaka kurang diberi perhatian. Pihak Inggeris lebih mementingkan Pulau Pinang dan ingin menjadikannya sebagai pelabuhan yang utama di rantau ini.


Selepas tamatnya Peperangan Napoleon, Melaka telah dikembalikan kepada pihak Belanda. Walaupun demikian, berikutan satu perjanjian yang dibuat di antara pihak Inggeris dan Belanda, Melaka (Perjanjian Inggeris Belanda atau Inglo Belanda)ditukar dengan Batavia (Tanah Jawa) di mana Inggeris memegang Melaka dan Batavia diserahkan kepada pemerintahan Belanda. Untuk mengelakkan persaingan Pulau Pinang
Pada zaman pemerintahan Inggeris, bangunan ini terus dijadikan pusat pemerintahan mereka. Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
Dewasa ini, bangunan ini dijadikan sebagai Muzium oleh pihak negeri Melaka atau Kerajaan Melaka.Di Kompleks Warisan Malaka ini terdapat lima muzium iaitu Muzium Sejarah & Etnografi, Galeri laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera Malaysia, Muzium Yang Di-Pertua dan Muzium Pemerintahan Demokrasi. Muzium Sejarah & Etnografi terletak di dalam Bangunan Stadhuys yang telah dibina semasa zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1645. Di hadapan bangunan ini terdapat “Dataran Belanda” dan Pancutan Air Victoria juga Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886. Muzium Etnografi memberi penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat yang terdiri dari berbagai bangsa yaitu Melayu, Cina, India, baba Nyonya, Chitty dan Portugis. Fokus utama musium ini adalah tentang adat istiadat perkahwinan, cara hidup sehari-hari, peralatan yang digunakan, alat musik yang menjadi pilihan dan bentuk pertanian yang diusahakan. Turut dipamerkan adalah koleksi porselin dari zaman ke zaman, pelbagai jenis senjata serta mata wang dari dalam dan luar negeri.
Muzium Sejarah menceritakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak sejarah Malaysia yang berawal dari pembukaan Malaka semasa pemerintahan kesultanan Malaka ke era Portugis, Belanda, Inggris, Jepun hingga negara mencapai kemerdekaan. Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, para pengunjung dapat menghayati keunggulan Malaka dari awal pertumbuhannya hingga perjuangan menuntut kemerdekaan.Galeri Laksamana Cheng Ho diilhamkan dari kisah tokoh pelayar agung China yaitu laksamana Cheng Ho (Zheng He) yang telah dilahirkan pada 1317 di Hodai, sebuiah kampung di Daerah Bao San di Yunan. Galeri ini memaparkan kisah pelayaran beliau ke lautan selatan di samping kejayaannya memupuk hubungan persaudaraan di antara negara China dan Negara-negara Afrika serta Asia dalam membuka pintu untuk menjalin hubungan diplomatic dan perdagangan. Bahan pamerannya antara lain porselin, replica kapal, koleksi buku yang menceritakan riwayat Laksamana Cheng Ho dan artikel-artikel yang berkaitan.
Muzium Sastera Malaysia memberi penekanan kepada sejarah penulisan dan pegkaryaan yang bermula dari era awal penulisan, cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Malaka, Munsyi Abdullah hingga ke tahap perkembangan kesusasteraan Melayu Modern. Bahan-bahan pameran utama terdiri dari lukisan yang menggambarkan petikan Sejarah Melayu dan bentuk-bentuk hukuman yang dilaksanakan menurut Hukum Kanun Malaka serta koleksi naskah manuskrip dari tulisan tangan. Terdapat juga penulisan berbentuk pantun, gurindam, nazam dan puisi. Selain itu Galeri Sasterawan Negara dan Penulis-penulis Malaka turut ditempatkan di dalam musium ini. Muzium Yang di-Pertua Negeri yang dahulu dikenal dengan Seri Melaka, memamerkan tentang sejarah ringkas institusi kesultanan, pembentukan Gabenor Negeri-Negeri hingga kepada peranan institusi Yang di-Pertua Negeri. Pameran di musium ini memamerkan kegunaan ruang asal bangunan. Selain itu, ia juga tentang sumbangan Yang di-Pertua Negeri dalam pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya dari masake masa yang dibantu oleh setiap Ketua Menteri di bawah pimpinannya.Muzium Pemerintahan Demokrasi memamerkan maklumat pemerintahan termasuk penerapan demokrasi di Malaysia. Turut dipamerkan sejarah awal tanah Melayu mencapai kemerdekaan hingga kejayaan yang dicapai oleh negara ini dalam sistem pemerintahannya.

9 comments:

syaifa said...

tq coz kasi maklumat tentang stadthuys. saya dh siap folio saya.klau dapatan kajian 3 ms cukup x?

pn noor arbaiah said...

bergantung dengan isi anda.kalau anda mempunyai semua isi.bagi cikgu dah ok.mesti ada 3 bahagian isi, taip times news roman 11/12, single spacing.

maklumat yang diberi kalau tambah lagi ayat, boleh dapat lebih panjang lagi.isi yang cikgu beri juga tidak disusun berdasarkan isi sepatutnya.

lihat soalan dan bahagian isi jika anda daripada dj.

Anonymous said...

asssalammualaikum cikgu,
thanks sbb bagi banyak maklumat kat sini..
banyak contoh da saya dapat..
tapi..boleh tak cikgu bagi info sikit tentang bangunan bersejarah victoria institution..
saya da pilih bangunan ni sbg bangunan bersejarah saya..
tapi,bangunan ni susa la nak cari info..
da banyak web da saya bukak..
tapi semuanye merapu..
tak kene pada tajoknye.

AinulAmira said...

3 ms ?
pelik..cikgu sekolah saya pulak ckp kne lebih dari 15 page ,.

Anonymous said...

Salam sejahtera cikgu.
Cikgu, bolehkah saya minta tolong cikgu bagi informasi untuk Carcosa Seri Negara. Cikgu tau tak mana2 yg Saya blh dpt info yg baik bgi bangunan ni? Susah nak cari info yang baik :/

Anonymous said...

salam cikgu,blh tak cikgu buat contoh hasil kajian tentang stadium merdeka?sy tak tau nama lain,cara pembinaan..

shaf said...

ainul, bole je 3 ms.
dye kate dapatan kajian bukan keseluruhan elemen 2.
klau elemen 2 mesti kene 15 pages and more.

em, ckg..
saya nak mintak inf0rmation b0ut cara pembinaan Carcosa Seri Negara. i cant find it in any web.

Anonymous said...

cikgu saya perlukan cara pembinaan untuk carcosa seri negara ... susah nak cari maklumat ...

erny said...

cikgu, bleh tak bgi information mengenai keistimewaan bangunan victoria institution? saye dah pegi google and cari all the maklumat mengenai keistimewaan bangunan tersebut tp tak jumpe smpi skarang, saye kene hantar on 19/6/09. cikgu tolong saya, saya sngt memerlukannya, ILY cikgu <333333 (: