Followers

Friday, September 5, 2008

Bab 1-2(F5)Soalan Ramalan Tingkatan 5, Tema 1

BAB 1 – NASIONALISME DI ASIA TENGGARA.

“Walaupun gerakan nasionalisme di Asia Tenggara terdapat perbezaan dari segi masa,namun Pada keseluruhannya faktor kemunculan nasionalisme mempunyai persamaan”.

1 (a) Pernyataan diatas mengenai gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.Apakah maksud nasionalisme?
F- Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara.
F- Membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
F- Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja.
F- Tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

(b) Jelaskan faktor yang menyebabkan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
berdasarkan berikut?
F-Dasar penjajahan Barat.
H-Menimbulkan rasa tidak puas hari rakyat.
H-Sistem birokrasi Barat tidak memberi peluang kepada rakyat tempatan dalam
pentadbiran moden.
H-Rakyat tempatan kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
H-Dasar ekonominya menindas penduduk peribumi seperti Sistem Tanaman Paksa
di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina.
H-Panduduk dipaksa menjadi buruh dalam Sistem Tanaman Paksa.
H-Penjajah menganggap mereka berada dalam kelas yang tersendiri dan hanya
berdampingan sesama mereka.
H-Mereka hanya bergaul dengan golongan elit tempatan, iaitu bangsawan dan
pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.
H-Dasar keterbukaan kemasukan imigran oleh penjajah menyebabkan ekonomi
dikuasai oleh imigran.
F-Pengaruh agama.
H-Agama menyatukan rakyat.
H-Menghadapi penindasan budaya Barat dan agama Kristian.
H-Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan
Buddha Burma mencetus gerakan nasionalisma di asia Tenggara menunjukkan
peranan agama sebagai alat perpaduan.

H-Golongan agama juga menjadi pencetus nasionalisma.Gerakan Islah telah
memperjuangkan Pan- Islamisme, iaitu penyatuaan dunia Islam menentang
penjajah Barat.
H-Agama kristian telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa
Sepanyol.
H-Penganut Kristian tempatan dianggap kelas dua berbanding penganut kristian
berbangsa Sepanyol.
F-Sastera.
H-Karya-karya menjadi media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan
kekecewaan terhadap penjajah.
H-Mesej media membangkitkan kesedaran bangsa dan cinta tanah air.
H-Di Filipina,novel Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Daku) karya Jose Rizal
menjadi pencetus dan inspirasi gerakan nasionalisme Asia Tenggara.
` H-Menurutnya,Filipina ketinggalan tiga kurun dibelakang Eropoah dan belum
keluar dari zaman Pertengahan.
H-Jose Rizal cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol.
H-Beliau berjuang melalui akhbar La Solidaridad,novel El Filibusterismo.
H-Menubuhkan Liga Filipina.
H-Perjuangan bersifat sederhana.
H-Di Indonesi,cerpen Keriki-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil
Anuar begitu berpengaruh.
H-Di Tanah Melayu pula,Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah antara
novel yang terkenal.

(c) Bagaimanakah sistem pendidikanmenjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
F-Sikap penjajah yang pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan.
H-Mengutamakan sekolah yang megggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa
pengantar.
H-Penjajah memberi pendidikan pada peringkat rendah.
H-Pendidikan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar.
H-Golongan pryayi di Indonesia diberi pendidikan tersendiri dan diasingkan
daripada anak kebangsaan.
H-Sikap pilih kasih Belanda bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat.
H-Lulusan lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding
sekolah Inggeris.
F-Pendidikan melahirkan golongan intelektual yang mencetus gerakan nasionalisme.
H-Melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat telah didedahkan idea falsafah Barat dan Islam.
H-Pengalaman belajar menyedarkan mereka betapa pihak penjajah tidak mentadbir seperti negara sendiri.
H-Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme.






Gerakan Nasionalisme di Filipina - Gerakan dakyah
- Gerakan radikal

2. Rajah diatas menunjukkan tahap Gerakan nasionalisme di Filipina akibat penguasaan Sepanyol dan Amerika.
(a) Jelaskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.
F-Gerakan dakyah dipimpin oleh Jose Rizal.
F-Beliau disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat.
F-Menuntut agar Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
F-Bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
F-Diberikan kebebasan bersuara.
F-Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas Sepanyol.
F-Jose Rizal menubuhkan Liga Sepanyol.
F-Tujuannya mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik,ekonomi dan sosial.

(b) Terangkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina.
F-Katipunan.
H-Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio.
H-Pertubuhan menentang Sepanyol secara radikal.
H-Matlamat perjuangan untuk menyatukan bangsa Filipina.
H-Mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
H-Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi
kepada rakyat.
H-Kalayan merupakan akhbar rasmi.
H-Katipunan melancarkan revolusi bersenjata menggulingkan Sepanyol tetapi
gagal.
H-Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio
Aguinaldo pada tahun 1897.
F-Emilio Aguinaldo.
H-Anggota Katipunan dan Datuk Bandar di Cavite bersama-sama Andres Bonifacio
melancarkan pemberontakan bersenjata.
H-Aguinaldo dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina (
1897).
H-Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepayol
pada tahun 1898.
H-Penyingkiran Sepanyol memulakan penguasaan Amerika Syarikat di Filipina.
H-Pengistiharaan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo (1899) tidak disahkan
oleh Amerika.
H-Revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901.

(c) Apakah kejayaan gerakan nasionalisme Filipina semasa dibawah pemerintahan Amerika Syarikat?
F-Amerika Syarikat membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana.
F-Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
F-Melaksanakan pilihan raya pada tahun 1907.
F-Menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan.



* Soekarno
* Raden Adjeng Kartini

3. Maklumat diatas mengenai tokoh nasionalisme di Indonesia.
(a) Jelaskan tentang perjuangan Soekarno.
F-Menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI).
F-Merupakan pejuang yang radikal.
F-Dipenjara oleh Belanda (1929-1931).
F-Dibuang ke Flores pada tahun 1934.
F-Mengistiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945.
F-Menjadi Presiden pertama Indonesia.
(b) Apakah isu yang diperjuangkan dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia?
F-Isu-isu pendidikan yang dapat mengubah nasib rakyat Indonesia.
F-Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk wanita.
F-Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Puteri Jawa
mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan penjajah
Belanda.
F-Perjuangannya memberi inspirasi kepada pejuang selepasnya untuk
menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun.
F-Pertubuhan Muhammadiyah juga merupakan gerakan tahap pertama.
F-Matlamatnya untuk menyebarkan Islam sebenar.
F-Menghindari ancaman sekularisme Barat serta adama Kristian.
F-Pertubuhan ini banyak membina sekolah,klinik dan masjid.


(c) Terangkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia?
F-Merupakan perjuangan parti-parti politik radikal.
H-Antara parti tersebut Parti Islam,Parti Komunis Indonesia
(PKI),dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
H-Menuntut kemerdekaan.
H-Sekalipun dengan cara kekerasan.
F-PNI ditubuhkan oleh Soekarno.
H-Amat popular kerana dapat mempengaruhi rakyat Indonesia.
H-Belanda menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan
mengharamkan PNI.
H-Soekarno dipenjarakan oleh Belanda dan kemudiannya dibuang ke Flores.
H-Soekarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 17 Ogos 1945.
H-Menjadi Presiden Indonesia.


“Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada yang
berlaku di negara-negaraAsia Tenggara yang bersifat antipenjajah”.

4. (a) Apakah faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme tahap pertama di
Thailand?
F-Berbeza daripada negara Asia Tenggara lain yang bersifat
antipenjajah.
F-Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh
kerabat diraja.
F-Rakyat menentang sistem raja berkuasa mutlak.
F-Sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap
fahaman liberal,sistem demokrasi dan sistem raja berpelembagaan
kepada golongan intelek Thailand.
F-Kelemahan sistem pentadbiran.
F-Sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
F-Penubuhan Parti Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong dan Field
Marshal Phibul Songram.
F-Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932.
F-Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
(b) Terangkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand?
F-Cengkaman Kapitalis.
H-Rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh
kapitalis Barat dan orang Cina.
H-Perdana Menteri Phibul Songram meluluskan undang-undang untuk
menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
H-Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.
F-Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam ekonomi.
H-Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
F-Pada 1939,Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand
yang bermaksud Tanah Bebas.
F-Hasil kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
H-Thailand telah berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di IndoChina
dan di Tanah Melayu semula.
(c) Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan berbanding negara-
negara Asia Tenggara yang lain?
F-Perkembangan sistem pendidikan Barat.
F-Memperkenalkan sistem Birokrasi Barat.
F-Muncul golongan baharu dalam pentadbiran berdasarkan tahap
pendidikan.
F-Pemodenan pentadbiran berjaya mengekalkan kemerdekaan.
F-Memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan raja
berkuasa mutlak.
F-Melantik penasihat Barat untuk mengetuai jabatan dan melatih
pegawai tempatan.



BAB 2 – NASIONALISME DI MALAYSIA

1 a) Apakah gerakan ISLAH dan tokoh ISLAH (5m)
F-Gerakan mendorong orang Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap Islam
sebenar berpegang kepada Al-Quran dan hadith
F-Tokoh Syed Sheikh Al-Hadi, Sheikh Tahar Jalaluddin, Dr. Burhanuddin Helmi,
Hj Taha Abbas

b) Nyatakan isu perjuangan ISLAH (10m)
F-Kemajuan Islam dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sosial
F-Mengkritik raja dan pembesar yang tidak memajukan orang melayu
F-Mengkritik penjajah barat yang abaikan orang melayu
F-Beri pendidikan dunia dan akhirat
F-Bina pusat-pusat pendidikan atau madrasah
F-Seru perempuan diberi pendidikan

c) Apakah saluran idea ISLAH dan tekanan gerakan ISLAH (5m)
F-Melalui akhbar dan majalah
F-Contoh Al-Imam, Neracha, Pengasuh
F-Ditentang oleh golongan tua seperti alim ulama, mufti, kadi di negeri melayu yang anggap Islam untuk akhirat dan Fardu Ain sahaja
F-Guna raja / sultan melayu untuk sekat ajaran, buku dan pengaruh ISLAH
F-Kegiatan dakwah mesti mendapat kebenaran Sultan


2 a) Bagaimanakah nasionalisme Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun (10m)
F-MPAJA ditubuhkan oleh PKM menentang Jepun yang disokong oleh British dengan bantuan senjata dan orang gerila. Tubuh Pasukan Bintang Tiga untuk tujuan tersebut

F-Pasukan 136 ditubuhkan oleh pegawai-pegawai melayu disokong oleh British
Pahang, Kedah, Johor yang bergerak secara gerila
F-Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela daripada guru, pegawai
dan orang kampung
F-KKM (Kesultanan Melayu Muda) dipimpin oleh Ibrahim Yaakub menuntut
kemerdekaan bersama Indonesia dengan Melayu Raya / Indonesia Raja dengan sokongan Jepun

F-KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) berbincang untuk kemerdekaan melalui Indonesia Raja gagal kerana Indonesia merdeka 1945 dan British kuasai Tanah Melayu semula

b) Peranan Akhbar dan Majalah sebagai Penggerak Kesedaran Kebangsaan (10m)
F-Bersatu - bangkitkan kesedaran kebangsaan dan bersatu padu
F-Kritik - British abaikan orang Melayu
F-Pelajaran - majukan orang Melayu dalam pelajaran, ekonomi
F-Politik - ceburi politik, terlibat dalam kerajaan
F-Maju - kemajuan orang Melayu dalam budaya, bahasa, sastera

3 a) Nyatakan sebab-sebab penentangan terhadap British. (10m)
Dasar Penaklukan British
F-Bertujuan mengukuhkan kedudukan politiknya.
H▪Contoh apabila British menguasai Melaka, Naning dipaksa menjadi jajahan takluknya dan membayar ufti.
H▪Dol Said, penghulu Naning menentang kehendak British dan telah mencetuskan peperangan.
F-Menguasai ekonomi tempatan melalui perjanjian dengan pemimpin tempatan.
H▪Saudagar dari negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
H▪Kesannya menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Pelaksanaan Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan.
F-British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk menambahkan hasil pendapatannya.
H▪Di Terengganu, British menetapkan tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mesti mendapat kebenaran dan mereka dikenakan cukai tanah.
H▪Amalan ini bertentangan dengan tradisi mereka boleh membuka tanah tanpa membayar cukai.Campur tangan British dalam Adat Resam Tempatan.
F-British memaksa rakyat menerima nilai-nilainya yang bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
H▪Di Perak, J.W.W. Birch telah mencampuri adat resam tempatan iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
F-Pemimpin tempatan hilang kuasa dan pengaruh pentadbiran terhadapan dan anak buah mereka.
F-Mereka dilantik oleh sultan atau masyarakatnya untuk mentadbir kawasannya.
F-Dengan perlantikan itu, mereka berkuasa dalam soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
F-Penjajahan menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.

b) Peristiwa penentangan pemimpin tempatan di Naning. (10m)
F-British menjadikan Naning sebagai jajahan takluknya.
F-British arahkan Naning menghantar 1/10 daripada hasilnya sebagai ufti kepada Melaka.
F-Penghulu Dol Said tidak bersetuju dan mengingkari arahan British.
F-Pada 1831, British menghantar tenteranya untuk menakluk Naning.
F-Penhulu Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yamtuan Ali dari Rembau, Syed Shaban,Penghulu Remai dan
Rechat, Dato Kelana Sungai Ujong dan Penghulu Gemencheh.
F-Pakatan berjaya mengalahkan 150 orang tentera British diketuai Kapten Wylie yang cuba menawan Tabuh dalam daerah
Naning.
F-1832, British dengan 1200 orang tentera menyerang Naning kali kedua. Serangan berjaya kerana Naning gagal
mendapat bantuan ketenteraan. Meskipun Britsh berjaya tetapi kos perbelanjaan perang tinggi.
F-Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Melaka,di berikan pencen/elaun serta diberikan sebuah rumah di Melaka.

4 a) Terangkan Faktor-faktor pemangkin nasionalisme. (10m)
F-Pengenalan sistem politik Barat.
H-Memusnahkan sistem politik tempatan.
H-Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan.
H-Pembesar diberi pencen.
H-Jawatannya digantikan oleh pegawai British.
H-Ini mencabar amalan tradisi dan menjatuhkan maruah mereka.
F-Perkembangan sistem pendidikan.
H-Sistem pendidikan Inggeris dan sekolah Vernakular melayu diperkenalkan.
H-Melahirkan intelek melayu.
H-Menggunakan idea baru memajukan bangsa melayu.
H-Menolak penjajahan melayu.
F-Dasar British.
H-Menggalakkan pelburan,perniagaan,bekerja dan menetap di tanah melayu.
H-Kemasukkan beramai-ramai imigran.
H-Mewujudkanpersaingan ekonomi dengan penduduk tempatan.
H-Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah,perladangan getah dan
perniagaan.
H-Orang melayu kekal sebagai petani yang tidak dimajukan.
F-Pembukaan Bandar baru.
H-Sebagai pusat pentadbiran.
H-Kemajuan ekonomi seperti perniagaan dan kewujudan prasarana seperti kemudahan eletrik, perkhidmatan pos,
telefon,sekolah dan hospital telah meningkatkan taraf hidup di bandar.
H-Orang melayu tetap tinggal di kampung dengan segala kekurangan.
H-Wujud jurang taraf hidup orang tempatan dengan imigran dan penduduk bandar.
H-Dasar British yang memundurkan orang melayu.
F-Pendudukan Jepun.
H-Konsep Kawasan kesemakmuran Asia yang:
H▪Menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemjuan masing-masing dan meningkatkan
persaudaraan di kalangan negara tersebut.
H▪Jepun galakkan bekerjasama dengannya.
H▪Jepun berjanji akan memerdekakan mereka.
H-Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan, ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun menimbulkan
kebencian penduduk.
H-Tanggapan rakyat, semua penjajah zalim dan menekan kehidupan penduduk tempatan.
F-Penguasaan Parti Komunis Malaya.
H-Pada 1945, komunis berkuasa selama 14 hari dan mula menyebarkan idealogi komunis.
H-PKM telah menguasai balai-balai polis, memerintah dengan kejam, membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang
dianggap sebagai penyokong Jepun.
H-Kesannya mewujudkan masalah perkauman kerana banyak orang Melayu di bunuh dan rumah mereka di bakar.
H-Perbalahan kaum telah berlaku di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
F- Mesin cetak.
H-Kemunculannya mewujudkan penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong kepada penentangan terhadap British.
H-Contoh melalui buku,akhbar,majalah dan kitab agama idea menentang penjajah dapat disebarkan.
F-Gerakkan Pan Islamisme Sedunia.
H-Merupakan gerakan intelektual seluruh dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam untuk menentang penjajahan
Barat ke atas negara-negara Islam.
H-Merangsang kesedaran semangat kebangsaan.
H-Bermula di University Al-Azhar,Mesir oleh Syeikh Muhammad Abduh.
H-Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat serta
mendorong kearah kejayaan.
H-Ideanya disebarkan melalui al-Manar.
H-Gerakkan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak kearah matlamat sama.
F-Kesedaran Politik di Asia Tenggara (serantau).
H-Khusus di Indonesia telah mempengaruhi nasionalisme di Tanah Melayu.
H-Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia melahirkan golongan intelektual dan karya mereka menjadi bacaan
masyarakat di Tanah Melayu.
H-Kemasukkan orang Indonesia memudahkan penerimaan unsur nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

b) Apakah Gerakan Islah? (2m)
F-Gerakan yang mendorong orang Melayu membetulkan pandangan mereka terhadap islam.

c) Isu-isu perjuangan Kaum Muda. (8m)
F-Menjana Islam dari sudut kemajuan dunia seperti gesaan supaya memajukan ekonomi,pendidikan,politik dan sosial
orang Melayu.
F-Menyematkan sikap mengkritik penjajah.
F-Mengkritik raja dan pembesar melayu yang tidak memajukan orang melayu.
F-Menubuhkan madrasah contohnya al-Idrisiah dan Ihya Assyarif.
F-Memberi pendidikan dunia dan akhirat seperti fardu ain,ilmu hisab dan bahasa inggeris.
F-Memberi peluang pendidikan kepada pelajar perempuan.



5 a) Bagaimanakah akhbar, majalah dan novel sebagai penggerak kesedaran kebangsaan. (10m)
F-Sumbangan penulisan wartawan termasuk dari Sarawak
H-Membangkitkan kesedaran memajukan diri dan bersatu padu
H-Menkritik dasar British yang menekan orang Melayu
H-Membangkitkan persoalan pendidikan, ekonomi dan politik.
H-Menyedarkan dan memajukan bangsa Melayu.
H-Contoh : Warta Malaya, Lembaga Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, Fajar Sarawak
H-Contoh Penulis : Zaaba, Dato Onn, Rahim Kajai
F-Peranan majalah.
H-Menumpukan persoalan ntuk memajuka angsa melalui rencana dan puisi yang disiarkan.
H-Menyentuh isu kemajuan bangsa dalam pendidikan, ekonomi, bahasa, sastera serta politik antipenjajahan
dan orang asing.
H-Antara majalah terkenal ialah Majalah Guru (1924), Pengasuh (1918) dan Bulan Melayu (1930).
F-Peranan novel.
H-Tahun 30-an,mesej semangat ebangsaan patut dimiliki oleh genrasi muda Melayu ditekankan.
H-Sikap menentang penjajah sangat dituntut bagi membela maruah bangsa.
H-Wanita digalakkan berfikiran positif untuk memajukan diri dan membangunkan bangsa.
H-Contoh novel, Keris Melaka, Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Melor Kuala Lumpur.




BAB 2.

1. Kebangkitan menentang British di Pahang dipimpin oleh Dato’ Bahaman. Kebangkitan tersebut berlaku antara tahun
1891 hingga 1894.
(a) Apakah faktor kebangkitan di Pahang?
F-Dato’ Bahaman menolak undang-undang British:
F-Undang-undang bertentangan dengan adat resam.
F-Undang-undang juga bertentangan dengan sistem politik tempatan.
F-Sistem kehakiman.
F-Pemungutan hasil tanah.
F-Sistem cukai.
F-Penubuhan pasukan polis luar.
F-Undang-undang tersebut menghakis kuasa Dato’ Bahaman sebagal Orang Kaya Setia Perkasa Pahiawan
Semantan.
F-Menentang penubuhan balal polis di Lubuk Terua.
F-Tindakan British menangkap anak buahnya.
(b) Terangkan secara kronologi kebangkitan Dato’ Bahaman.
F-Bersatu dengan Tok Gajah dan Imam Rasul menentang British selama lima tahun.
F-Menentang pembinaan balai polis (1890) di Lubuk Terua.
F-Dato’ Bahaman menyerang British (1891) kerana menangkap anak buahnya.
F-Dato’ Bahaman menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (1892).
F-Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. F6 Dato’ Bahaman berundur ke Kelantan
(1895).
(c) Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan Dato’ Bahaman gagal?
F-British menggunakan senjata moden.
F-Bilangan tentera sedikit.
F-British menggunakan nama sultan untuk menghapuskan kebangkitan.
F-Berundur ke Kelantan (1895) dan mendapat perlindungan daripada pembesar Terengganu dan Kelantan.
F-Dato liahaman heroindab ke 3angkok (1896) dan diber perlindurg n1itik oleh Raid Chuiaiongkorn.
F-Menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup 1 000 baht dan meninggal dunia di sana.

(a)Jelaskan tindakan kekejaman Jepun dan PKM yang menyebabkan kebangkitan nasionalisme di Tanali Melayu.
F-Kesengsaraan, kekejaman, kekurangan makanan, dan ubatan menyebabkan penduduk Tanah Melayu
membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur.
F-Bagi mereka semua penjajah tetap zalim.
F-PKM menguasal balai polis dan memerintah dengan kejam.
F-Membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun.
F-Rumah dibakar oleh anggota PKM.
F-Serangan mereka dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
(b)Bagairnanakah pengarah luar telah mendorong kebangkitan kebangsaan di Tanah Melayu?
F-Gerakan Pan4slamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia.
H-Membangkitkan pemahaman iebih progresif terhadap Islam menentang penjajahan Barat ke atas negara
Islam.
H-Gerakan didokong oleh pelajar Islam dan seluruh dunia.
F-Gerakan reformasi Islam dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar,
Mesir.
H-Memberikan kupasan bahawa Islam merupakan cara hidup yang menekankan dunia dan akhirat. H2b
Tulisan Syeikh Muhammad Abduh disebarkan dalam majalah al-Manar.
H-Gerakan Wahabi di Arab Saudi mendesak matlamat yang sama.
F-Kesedaran politik Indonesia lebih matang dan telah melahirkan ramai intelektual.
H-Karya mereka menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu.
H-Idea politik dan penentangan mereka tersebar luas.
H-Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan lagi penerimaan unsur nasionalisme
Indonesia di
F-Gerakan kemerdekaan India oleh Mahatma Ghandi.
F-Kemenangan Jepun ke atas Rusia.
F-Mendapat inspirasi daripada gerakan kebangsaan Jose Rizal di Fiipina terhadap Sepanyol.


Persatuan I Tahun
Kesatuan Melayu Singapura 1926
Persatuan Sahabat Pena 1934
Kesatuan Melayu Muda 1939

2. Jadual di atas menunjukkan antara persaftian-persatuan Melayu yang muncul pada awal abad ke-20.
(a) Apakah matlamat penubuhan persatuan-persatuan tersebut?
F-Menjaga keperluan sosioekonomi penduduk Melayu.
F-Membela politik bangsa Melayu.
F-Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan orang Melayu.
F-Menggalakkan alili bertukar pendapat.
F-Memajukan bangsa Melayu.
F-Memelihara budaya dan bahasa Melay u
F-Mengekalkan ajaran Islam.
F-Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
F-Propaganda anti-British.
F-Memupuk kesedaran bersatu.
(b) Bincangkan cara Kesatuan Melayu Muda (KIvIM) menyemai semangat kebangsaan rakyat di Tanah Melayu.
F-Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di Tanah Melayu.
F-Meningkatkan pendidikan orang Melayu.
F-KMM bekerjasama dengan Jepun menghalau British dan Tanah Melayu.
F-KIvIM menjadi badan propaganda Jepun.
F-Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda anti-British.
F-Menjelajah Tanah Melayu untuk mencari sokongan.
F-Cawangan KMM ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang British.
F-Menuhuhkan Maahad II TIn a Assyariff, di Gunung Semanggoi, Perak untuk menvediakan kader dikenali
tentera semut bagi menentang British.
(c) Apakah kejavaan persatuan yang tebh ditubuhkari oleb orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua7
F-Menggalakkan kesedaran untuk bersatu.
F-Membela kepentingan orarig Meiayu dalam semua bidang seperti ekonomi, pendidikan, dan perkhidmatan
kerajaan.
F-Tanda kesepakatan orang Melayu dalam gerakan nasionalisme.
F-Menghadapi masalah bersama.
F-Mengatasi masalah kenegerian.
F-Mewakili orang Melayu untuk berbincang dengan British.
F-Menggalakkan ahli bertukar-tukar pendapat.
F-Menggalakkan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu.
F-Menggabung tenaga intelektual Melayu dalam membincangkan nasib bangsa.


Kesedaran sernangat kebangsaan Tanah Melayu menghadapi
tekanan sernasa pendudukanJepun (1941-1945)

3. (a) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah bentuk tekanan pemerintahan Jepun yang menggugat perkembangan
semangat kebangsaan?
F-Jepun mengamalkari dasar pemerintahan ketenteraan Jepun.
F-Mengharamkan semua akhbar yang telah diterbitkan sebelum mi.
F-Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu.
F-Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
F-Nilai budaya Jepun diperkenalkan.
F-Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk.
F-Kebebasan diberi kepada pertubuhan yang menyokongnya dan yang bergerak di bawah pengawasan Jepun.

(b) Bincangkan perkembangan kesedaran nasionalisme semasa pendudukan Jepun.
F-Ahmad Boestamam menyokong Jepun.
H-Menubuhkan Barisan Pemuda di Perak.
H-Untak dilatih menjadi tentera sukarela Jepun.
H-British memberi bantuan senjata dan bekerjasama dalam perang gerila kepada PKM.
F-Pasukan Bintang Tiga ditubuhkan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.
F-Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah di Pahang yang bekerjasama dengan British.
H-Anggota pasukan Wataniah Pahang terdiri daripada guru, pagawai tadbir kerajaan, dan orang kampung.
F-Kivimhendalc menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya.
H-Kesatuam Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan bagi melaksanakan Melayu Raya.
H-Kongres KRIS di Kuala Lumpur rnembincangkan persediaan kemerdekaan dengan Indonesia.
H-Persidangan KRIS dibatalkan dan Melayu Raya gagal.

(c) Mengapakah usaha mencapai kemerdekaan semasa pendudulcan Jepun di Tanah Melayu gagal?
F-Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal kerana kekalahan Jepun yang mendadak.
F-Jepun menyekat kebebasan bersuara.
F-Pertubuhan kebangsaan diawasi Jepun.
F-Persidangan KRIS dibatalkan dan Meiayu Ra a gagal.
F-Golongan nasionalisme tidak bersatu.
F-Tiada organisasi yang kukuh dan bersifat kebangsaan.
F-Dasar ketenteraan Jepun yang menindas.

No comments: