Followers

Friday, September 5, 2008

Bab 5(F5)Soalan Ramalan Tingkatan 5 Tema 3

BAB 5 – BANGSA DAN NEGARA MERDEKA

1 a) Jelaskan maksud Pakatan Murni (5m)
Usaha semua kaum di Tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama / tolak ansur politik melalui rundingan.

b) Nyatakan langkah-langkah Pakatan Murni (15m)
(Peranan Dato Onn dalam Pakatan Murni)

CLC - Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949 di –PP oleh negeri Melayu dan Cina
Pinjam - Melayu diwakili oleh Dato Onn (UMNO) dan MCA dibawah Tun Chung Lock
Anggota - CLC menambah 6 wakil Melayu, 6 wakil Cina, 1 wakil India, 1 Sri Lanka, 1 Serani, 11
Eropah
Persetujuan - 3 perkara dipersetujuan pembukaan RIDA majukan Ekonomi dan Pendidikan Melayu,
kerakyatan lebih ketat dan pilihanraya bandar, negeri dan Persekutuan
Buka - Dato Onn cadangkan keahlian UMNO di buka kepada bukan Melayu tapi dibantah
Keluar - Dato Onn keluar UMNO tubuhkan Parti Kemerdekaan (MPP) yang dibuka kepada semua
Kaum - tiada sambutan
Persidangan - British menubuhkan Persidangan kebangsaan 1953 untuk mencapai kerjasama politik semua
kaum
Konvensyen - UMNO mengadakan konvensyen kebangsaan dengan MCA dan bersetuju menubuhkan Parti
Perikatan untuk menyertai pilihanraya
Menang - Dalam pilihanraya 1955 Parti Perikatan memenangi 51 kerusi daripada 52 dan kekal
memerintah Tanah Melayu hingga sekarang


2 a) Jelaskan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 (15m)
Persekutuan - Membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan
Senarai - Kuasa diasingkan mengikut Senarai Persekutuan dalam senarai negeri
Raja - Mewujudkan raja berpelembagaan yang dipilih daripada institusi raja Melayu
Kerakyatan - 3 jenis kerakyatan – kuatkuasa undang-undang, permohonan dan Naturalisasi diwujudkan
Jus Soli - Prinsip Jus Soli diterima
Istimewa - Kedudukan istimewa orang Melayu kekal
TSM - Tanah Simpanan Melayu kekal
Bahasa Melayu - Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan
YDPA - Yang DiPertuan Agung menjadi ketua Negeri
Islam - Agama rasmi negara
Demokrasi - Negara mengamalkan demokrasi berpalimen
DR / DN - Parlimen terdapat Dewan Rakyat mengubal undang dan Dewan Negara
MB - Menteri Besar menjadi ketua pelaksanaan pentadbir di negeri
EXCO - MB di bantah oleh EXCO dan ADUN

b) Apakah kepentingan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 (5m)
Demokrasi - Mengamalkan ideologi politik demokrasi
Raja - Konsep raja berpelembagaan wujud
Perpaduan - Perpaduan kaum wujud
Mutlak - Rakyat tentukan sistem demokrasi berpalimen
Identiti - Lahir indentiti masyarakat merdeka yang dijamin hak dalam perlembagaan




BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

1 a) Nyatakan faktor pembentukan Malaysia. (15m)
F1-Faktor Politik :
Ha- Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis (yang dianggapnya berhaluan kiri) di Singapura, membimbangkan Lee Kuan
Yew yang memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP). Perkembangan ini membimbangkan Singapura kerana hal ini
menggugat rancangan British untuk memerdekakan Singapura.
Hb- Ancaman komunis juga digunakan oleh Lee Kuan Yew untuk menggesa British menggabungkan Singapura dan Tanah
Melayu.
Hc- Ancaman komunis di Sarawak (Clandestine Communist Organisation) juga membimbangkan Tanah Melayu dan
mendorong Tunku untuk membentuk Malaysia.
Hd- Untuk mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapuradan Brunei bagi sama-sama menikmati pembangunan
sosioekonomi dan politik.
He- Penubuhan Malaysia adalah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang perlu membangun seperti yang
diusulkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960.
Hf- Kejayaan pembentukan Malaysia diharap akan menstabilkan Asia Tenggara terutamanya dapat membendung ancaman
komunis.
F2-Faktor Ekonomi :
Ha- Untk mewujudkan pasaran lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri perindustrian
Hb- Untuk memanfaatkan sumber dalam negeri yang banyak seperti getah dan bijih timah di Tanah Melayu, balak di Sarawak
dan Sabah serta minyak di Brunei.
F3-Faktor Sosial :
Ha- Untuk mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di kalangan negeri-negeri anggota dengan memasukkan
Sarawak, Sabah dan Brunei.
Hb- Bagi mendapatkan kemerdekaan yang segera di samping memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti
Sarawak dan Sabah.
Hc- Untuk memperlihatkan wujudnya kesepakatan dan semangat setiakawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan
Sarawak,Sabah dan Singapura untuk memajukan negeri masing-masing demi kepentingan bersama.

b) Jelaskan cadangan Gagasan Malaysia. (5m)
F1- Dikemukakan sejak kurun ke-19 lagi. Cadangan perama dikemukakan oleh Lord Brassey, pengarah Syarikat Borneo
Utara pada 1887 aar digabungkan Sarawak dam Sabah (Borneo Utara) dengan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri
Selat.
F2- Pada 1948, Sir Malcom MacDonald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara pula mencadangkan agar Sarawak, Sabah,
Singapura,Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
F3- Pada 1956, Dato` Onn mencadsangkan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia kerana baginya
suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dengan Persekutuan Tanah
Melayu.
F4- Cadangan lain datangnya dari pemimpin Singapura, Lim Yew Hock diikuti David Marshall. Seterusnya pada 1959, Lee
Kuan Yew mendesak Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
Idea ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidaseimbangan penduduk.
F5- Pada Mei 1961, Tunku Abdul Rahman teah mengumumkan gagasan Malaysia di Singapura.
2 a) Huraikan reaksi dalam dan luar negeri terhadap Pembentukan Malaysia. (20m)
REAKSI DALAM NEGERI.
F1-Persekutuan Tanah Melayu
Ha- Kebanyakan parti politik Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini, walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang
pelaksanaannya. Contohnya :
▪ Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis mahukan idea pembentukan Malaysia dirundingkan terlebih
dahulu di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
▪ UMNO pula menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.
F2-Singapura
Ha- Lee Kuan Yew dan partinya PAP sememangnya telah lama ingin bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, kerana
bimbang pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat seta beliau sendir ingin mempertahankan kedudukannya. Menjelang
Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
Hb- Parti pembangkan Singapura yang terbesar iaitu, Barisan Sosialis menentang idea ini dan menganggap bahawa Malaysia
merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka juga menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih
dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini. Pandangan ini disokong oleh Parti Buruh pimpinan Marshall dan
Parti Rakyat Bersatu atau United People`s Party pimpinan Ong Eng Guan.
Hc- Melalui referendum (pungutan sara) pada 1 September 1962, pengundi Singapura memilih penggabungan dengan
Persekutuan Tanah Melayu.
F3-Brunei
Ha- Pada peringkat awalnya, Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin bersetuju dengan gagasan Malaysia dan membentuk
sebuah suruhanjaya untuk meninjau pendapat rakyat Brunei.
Hb- Parti rakyat Brunei (PRB), pimpinan A.M Azahari menentang gagasan Malaysia kerana ingin membentuk persekutuan
Borneo, iaitu kerajaan Kalimantan utara yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Mereka juga menganggap
gagasan ini sebagai satu bentuk baru (neokolonialisme).
Hc- A.M Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan tentera nasional Kalimantan utara yang ditubuhkan di
beberapa buah Bandar di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pemberontakan ini dilancarkan apabila majlis mesyuarat undangan
negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia. Mereka juga disokong oleh
Indonesia dan Filipina tetapi pemberontakan ini dapat dipatahkan oleh British. A.M. Azahari yang berada di Manila tidak
dapat ditangkap, kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
F4-Sarawak dan sabah
Ha- Pada awalnya, penduduk Sarawak dan sabah menolak cadangan pembentukan Malaysia kerana telah lama berada di
bawah pemerintahan Britsh dan belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri.
Hb- Di Sarawak, terdapat dua parti politik sebelum pengumuman pembentukan Malaysia. Pertamanya, Parti Bersatu Rakyat
Sarawak dan Sarawak United Peoples Party (SUPP) ditubuhkan pada jun 1959, dipimpin oleh Ong Kee Hui. Majoriti
ahlinya orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu. Keduanya, parti negara Sarawak (PANAS) di bawah pimpinan
Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha ditubuhkan pada 1960. anggotanya ramai di kalangan orang Melayu. Parti ini
merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.
Hc- Terdapat juga parti lain seperti parti kebangsaan Sarawak (SNAP) pimpinan Stephen Kalong Ningkan yang ditubuhkan
pada april 1961, kebanyakan ahlinya terdiri dari orang Iban. Barisan rakyat jati Sarawak (BERJASA) dipimpin Abdul
Rahman Yaakub dan Abdul Taib Mahmud, ditubuhkan pada Disember 1961 sebuah parti berbilang kaum tetapi majoriti
ahlinya terdiri dari orang Melayu dan Melanau, sebilangan kecilnya orang Iban dan Bidayuh; Parti Pesaka Anak Sarawak
(PESAKA) Pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng ditubuhkan pada Ogos 1962 serta Sarawak Chinese Association
(SCA) ditubuhkan pada Julai 1962. kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Cina. Kesemua Parti politik di Sarawak ini
akhirnya menyokong penubuhan Malaysia walaupun pada peringkat awalnya menentang kerana inginkan kemerdekaan
terlebih dahulu.
Hd- PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergantung membentuk parti perikatan Sarawak yang menyokong
pembentukan Malaysia dan berusaha menyekat pengaruh SUPP yang menetang pembentukan ini.
He- Di Sabah, selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman tentang pembentukan Malaysia, maka lahirlah parti-parti politik.
antaranya, penubuhan kebangsaan Kadazan bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada Ogos
1961 pimpinan Donald Stephens dan juga Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National
Organization (USNO) pada ogos 1961 pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam. Parti lain ialah
Parti Pasok Momugun pimpinan G.S Sundang pada jun 1962 dianggotai kaum Dusun atau Kadazan, Parti bersatu
pimpinan Khoo Siak Chew dan Parti Demokratik pimpinan Peter Chin disokong oleh orang Cina.
Hf- Pada September 1962, UNKO, USKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu
membentuk Parti Perikatan Sabah. Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
▪ parti perikatan Sabah mengemukakan 20 syarat yang dikenali sebagai perkara 20 (twenty points) yang kemudiannya
diterima pula oleh Sarawak.
▪ perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang
baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
▪ tuntutan ini bagi melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah. Terdapat sedikit perbezaan dalam
pembahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang dikenali
sebagai hak Wilayah Asingan. Hak ini bererti Wilayah yang ditakbir oleh pihak tertentu dengan diberi kuasa
pentadbiran dan Kehakiman sendiri. Antara perkara yang terkandung di dalam hak Wilayah Asingan ialah ketua negeri,
bahasa kebangsaaan, agama Islam, kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan Hal-ehwal imigresen, kerakyatan,
peruntukan kewangan dan pelajaran.
▪ perkara-perkara inilah yang membezakan perlembagaan Malaysia 1963 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
▪ kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam gagasan Malaysia adalah atas semangat perpaduan dan sikap toleransi para
pemimpin dari Tanah Melayu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, V.T. Sambutan dan Tun Tan Siew Sin.
Begitu juga sikap kerjasama pemimpin Sarawak dan Sabah seperti datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah,
Donald Stephen, Ong Kee Hui Stephen Kalong Ningkan.

REAKSI LUAR NEGARA
INDONESIA
F1- Pada awalnya, Indonesia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia. Namun, pada tahun 1962,
Indonesia mulai menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam
Indonesia.Pandangan dari Parti Komunis Indonesia (PKI) ini telah mempengaruhi Presiden Soekamo untuk
mengistiharkan konfrantasi iaitu satu tindakan politik dan ketenteraan ke atas Malaysia.
F2- Dasar Konfrantasi dengan konsep Ganyang Malaysia iaitu satu usaha untuk memusnahkan pembentukan Malaysia
diumumkan pada 20 Januari 1963. Ancaman Indonesia untuk mengancam Malaysia dari segi ekonomi tidak berlaku
kerana tindakan ini akan menjejaskan Indonesia juga. Lain-lain tindakan Indonesia ialah dengan menghantar pengintip
untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam secara sulit, serang kapal-kapal nelayan Tanah Melayu, pencerobohan
udara dan melancarkan serangan melalui Johor, Sabah dan Serawak.
F3- Antara usaha Malaysia menghadapi konfrantasi ialah :
▪ Meminta bantuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Astralia, New Zealand dan Kanada melalui Perjanjian
Pertahanan dengan Britain.
▪ Tunku Abdul Rahman pula menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu berhubung
pencerobohan Indonesia ini.
▪ Berusaha memelihara Kedaulatan negara dan rakyat apabila Indonesia memburukkan nama Malaysia di negara Afro-
Asia dan Negara Dunia Ketiga.
▪ Pewakilan Malaysia yang diketuai Tun Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke beberapa buah Negara Afrika bagi
menjelaskan isu Indonesia-Malaysia ini.
F4- Pada September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno. Kemudiannya, Presiden Soeharto
menghantar menteri luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihara hubungan Diplomatic Malaysia-Indonesia. Menjelang
Ogos 1966, berakhirlah konfrantasi Indonesia-Malaysia.
FILIPINA
F1- Presiden Macapagal telah membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah yang didakwanya sebagai
sebahagian daripada milik kesultanan Sulu berdasarkan perjanjian 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan
Baron Von Overbeck.
F2- Overbeck kemudiannya menjual haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan syarikat perdagangan serta berjaya
memperolehi Piagam Diraja daripada British. Syarikat ini kemudiannya dikenali sebagai syarikat British Utara Borneo
(SBUB) yang memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.
F3- Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British. Walau bagaimanapun, pajakan ini
diistiharkan tamat pada 22 Januari 1958 oleh Sultan Sulu yang terakhir.
F4- Menjelang Jun 1966, Filipina mula menghiktiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan antara kedua-
dua negara melalui MAPHILINDO.

3 a) Jelaskan langkah-langkah Pembentukan Malaysia. (15m)
F1- Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sabah dan Sarawak serta ke Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan
dan matlamat Penubuhan Malaysia.
F2- Rundingan juga diadakan antara pegawai-pegawai kanan persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai British dari Sabah,
Sarawak dan Singapura.
Ha▪hasilnya, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961, di Singapura yang dipengerusikan oleh Donald Stephens. JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia, mengumpul pandangan penduduk dan menggalakkan usaha ke arah kewujudan Malaysia.
Hb▪mesyuarat telah diadakan di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Persekutuan Tanah Melayu) dan di Singapura. Dalam mesyuarat di Singapura pada Febuari 1962, ahli-ahli telah mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh British. Memorandum ini mengandungi pandangan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan dalam perlembagaan baru.
Hc▪suruhanjaya cobbold dianggotai oleh tiga orang pegawai british iaitu lord cobold, Anthony abell dan david watherston. Manakala rakyat tempatan ialah dato’ wong pow nee dan tan sri ghazali shafie. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk meninjau pendapat rakyat sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia serta membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada british.
Hd▪suruhanjaya cobbold yang menjalankan tugas dari bulan febuari hingga april 1962, telah mengeluarkan laporannya pada
Jun 1962 dan mendapati :
- satu pertiga menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat.
- Satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi.
- Satu pertiga lagi inginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
He▪suruhanjaya ini juga telah mengemukakan beberapa cadangan. Antaranya :
- perlembagaan Malaysia yang baru harus berasaskan perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957.
- Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresennya.
- Bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
- Jamianan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan sabah.
- Pemberian nama Malaysia kepada negara beru yang dibentuk.
- Penemuan tarikh penubuhan Malaysia.
Hf▪cadangan suruhanjaya ini diperincikan oleh jawatankuasa antara kaum (jak).
Hg▪JAK dianggotai oleh wakil-wakil dari persekutuan tanah melayu, Britain, Sarawak dan sabah. Pengerusinya ialah lord
landsdowne (menteri negara bagi tanah jajahan) dan dibantu oelh tun abdul razak (timbalan perdana menteri bagi
persekutuan tanah melayu). Jak bertujuan untuk mewajarkan kemasukan Sarawak dan sabah ke dalam gagasan Malaysia
dan membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan sabah.

1 comment:

Anonymous said...

bole ka letak history about pirate..hehehe..jangan la letak nota untuk budak scul jer..letak le history untuk badge university ker..hehehe