Followers

Friday, September 5, 2008

Bab 7-8 (F5)Soalan Ramalan Tingkatan 5 Tema 4

BAB 7 – SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1 a) Yang di-Pertuan Agong adalah sistem Raja Berpelembagaan di negara kita.
Apakah yang dimaksudkan dengan raja berperlembagaan (6m)
F1-Peruntukan - Pemerintahan beraja menikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia
F2-Tindak - yang di-pertuan agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia
F3-Nasihat - atas nasihat Perdana Menteri
F4-Sendiri - semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian
F5-Budi - kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat
keputusan
F6-Pilih - yang –di Pertuan Agong dipilih daripada sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir
F7-Ikut - pemilihan mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia



b) Huraikan bidang kuasa yang di-pertuan agong
F1-Ketua - Mengetuai Badan Perundangan (Legistatif), BadaN Pemerintahan (Eksekutif), dan
Badan
Kehakiman (Judisiari)
F2-Bubar - Kuasa memanggil dan membubarkan parlimen
F3-Senjata - Ketua tertinggi Angkatan Bersenjata
F4-Ampun - Berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuattu hukuman terhadap kesalahan
dibicarakan di Mahkamah Tentera
F5-Pelihara - Bertanggungjawap menjaga dan memelihara kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu
F6-Mesyuarat - Menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang
keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu
F7-Islam - Merupakan ketua agama Islam begi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
F8-PM - Melantik Perdana Menteri
F9-JM - Melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat
nasihat Perdana Menteri
F10-Darurat - Mengisyitiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati
keselamatan negara terancam
F11-Pengerusi - Melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan
Kehakiman serta Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
F12-Peguam - Bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Negara bagi Persekutuan
F13-Tauliah - Mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara
F14-Gelaran - Memberi anugerah dan gelaran kepada tokoh-tokoh yang berjasa











2 a) Rajah di atas menunjukkan unsur parlimen yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
Senaraikan jenis undang-undang yang digubal di negara kita (4m)
F1-Akta - Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta
F2-Enakmen - Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen
F3-Ordinan - Sabah dan Sarawak dinamai Ordinan

b ) Jelaskan proses meluluskan undang-undang di parlimen (16m)
F1-Cadangan - Cadangan oleh Kementerian
F2-Gubal - Penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara
F3-Pertama - Pembacaan Pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan rang undang-undang sahaja
F4-Kedua - Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini dibahaskan
F5-Terperinci - Perbincangan secara terperinci tentang rang undang-undang ini peringkat jawatankuasa di
Dewan Negara
F6-Ketiga - Pembacaan Ketiga di Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan
untuk dikemukakan di Dewan Negara
F7-DN - Pembentangan di Dewan Negara. Proses yang sama seperti Dewan Rakyat diulangi
F8-YDA - Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada DYMM Yang
di-Pertuan Agong untuk diperkenalkan dan diturunkan cap Mohor Negara
F9-Warta - Perwataan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan

3 a) Bidang kuasa badan kehakiman (Judisiari). (10m)
F1▪ Mentafsir perlembagaan negara.
F2▪ Mentafsir undang-undang.
F3▪ Mengisytihar sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri.
F4▪ Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
F5- Mahkamah melaksanakan undang-undang tetapi tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan
kuasabadan perundangan atau parlimen.
F6-Semua hakim dilantik oleh yang di-pertuan agong dengan nasihat Perdana Menteri.
F7-Oleh itu, semua urusan perlantikan,kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya.
F8- Hakim tidak dibenarkan berpolitik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan
kesaksamaan undang-undang.
F9- Peguam negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dan berperanan sebagai pendakwa raya atau peguam bela
bagi kerajaan serta dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

b) Nyatakan lambang suruhanjaya pilihan raya. (5m)
F1- diketuai oleh seorang pengerusi dan tiga orang ahli.
F2- keanggotaannya dilantik oleh yang Di-Pertuan Agong selapas berunding dengan majlis raja-raja.
F3- tiga fungsi utama suruhanjaya pilihan raya ialah :
▪ menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.
▪ menjalankan pendaftaran pemilih.
F4-Mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau kecil.

c) Pengundi. (5m)
F1- seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.
F2- menurut perkara 119 perlembagaan Malaysia, pengundi mestilah ;
▪ warganegara Malaysia.
▪ berumur 21 tahun.
▪ bermastautin atau tidak bermastautin.
▪ tinggal dimana-mana kawasan pilihan raya dewan rakyat atau dewan undangan negeri.
F3- seseorang pengudi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
F4- anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara dibenarkan
mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.



BAB 8 – PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN

1 a ) Jelaskan perkara-perkara yang disyorkan dalam Laporan Rahman Talib

F1-Kebangsaan - Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis umum pula dijadikan sekolah
kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum
F2-Percuma - Menyediakan pelajaran percuma kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira
keturunan dan agama
F3-BI - Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai behasa pengantar ditukar kepada
bahasa Melayu
F4-BM - Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
F5-Menengah - Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah menengah
F6-Islam - Pelajaran Agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerjaan yang mempunyai tidak
kurang daripada 15 orang pelajar Islam
F7-Cina - Bahasa Cina dan Tamil akan diajar di sekolah Kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-
kurangnya 15 orang pelajar
F8-Periksa - Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
F9-Aneka - Mendirikan sekolah aneka jurusan

b ) Jelaskan matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
F1Terus - Pendidikan adalah usaha berterusan
F2-Potensi - Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
F3-Patuh - Membentuk insane percaya dan patuh kepada tuhan
F4-Warga - Melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
berdisiplin dan bertanggungjawab
F5-Upaya - Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
F6-Sumbangan - Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara

2 a) Jelaskan perubahan pendidikan sebelum merdeka. (10m)
Laporan barnes, 1950
H1▪ semua sekolah Vernskulsr Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan diganti dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu
sekolah kebangsaan.
H2▪ Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah serta Bahasa Inggeris pada peringkat
sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi.
F1- Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap Bahasa Ibunda mereka tergugat.
F2- Masyarakat Cina melalui laporan Fenn-Wu 1951 mencadangkan sekolah Vernacular Cina terus kekal walaupun bersetuju
dengan sistem pendidikan kebangsaan.
Ordinan pelajaran 1952.
H1▪ dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
H2▪ pengajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan ada permintaan diri ibu bapa.
H3▪ Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu.
F1-Ordinan pelajaran 1952, tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan wang dan
ancaman pengganas komunis ketika itu.

b) Bagaimana sukan untuk perpaduan. (5m)
Sukan dapat memainkan peranan sebagai alat perpaduan kerana :
F1- mampu diadakan tanpa mengira ideologi.
F2- dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat.
F3- aktiviti sukan juga tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja.
F4- sesiapa yang berminat boleh menyertainya.
F5- menggalakkan sukan sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah.
F6- mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
F7- mengadakan temasya sukan Malaysia (SUKMA) dua tahun sekali bagi mengeratkan perpaduan kaum dan hubungan
antara negeri.

c) Nyatakan Cabaran-cabaran Wawasan 2020. (10m)
F1-Cabaran pertama membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Perpaduan adalah asas kekuatan negara yang dapat dicapai melalui dasar pembangunan nasional, dasar bahasa
kebangsaan,dasar kebudayaan kebangsaan dan dasar pendidikan kebangsaan. Dasar-dasar ini dapat mewujudkan
hubungan antara kaum yang sihat dan rakyat yang berindentitikan Malaysia.
F2-Cabaran kedua membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
Masyarakat Malaysia juga perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, bersikap terbuka dan berbangga dengan apa yang
dicapai dan bersedia menghadapi pelbagai masalah. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara, memartabatkan
bangsa dan negara di persada dunia di samping menagkis musuh negara.
F3-Cabaran ketiga memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
Masyarakat Malaysia perlu memahami prinsip demokrasi, bijaksana dalam bertindak dan menyuarakan idea. Perasaan
tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan perlu disalur secara betul dan bersifat membina. Kerajaan perlu
meningkatkan keterbukaan dalam isu yang melibatkan rakyat.
F4-Cabaran keempat mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.
Moral dan etika yang seimbang dengan kemajuan fizikal perlu untuk membentuk masyarakat berbudaya unggul,
kepatuhan kepada agama, budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan dan keunggulan institusi
kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika. Falsafah pendidikan kebangsaan berusaha
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
F5-Cabaran kelima mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Masyarakat Malaysia perlu rasional dan tidak bertindak melulu, berfikiran terbuka, tidak sempit, sedia menerima
perubahan dan pandangan orang lain serta bertolak ansur. Langkah ini diwujudkan melalui perlembagaan negara,
pengalaman sistem demokrasi, kewujudan parti gabungan pelbagai kaum seperti barisan nasional, dasar pendidikan
kebangsaan, dasar kebudayaan kebangsaan dan akta bahasa kebangsaan.
F6-Cabaran keenam membina masyarakat yang maju dan saintifik. (sistematik berteraskan penyelidikan)
Masyarakat maju perlu progresif dan menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan. Masyarakar perlu
menguasai ilmu yang bertunjangkan sains dan teknologi, berbudaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif
serta inovatif.
F7-Cabaran ketujuh mewujudkan masyarakat berbudaya penyanyang.
Masyarakat penyanyag dicirikan dengan kehidupan bermuafakat, saling memahami, menghormati, bekerjasama dan saling
membantu, tidak bersifat induvidualistik, sebaiknya meletakkan kepentingan masyarakat mengatasi kepentingan diri.
Untuk itu, kita perlu patuh kepada agama, nilai-nilai murni, amalan tradisi dan institusi kekeluargaan.
F8-Cabaran kelapan menjamin mayarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Kemajuan perlu dikuasai semua kaum bagi mengelak rusuhan kaum seperti peristiwa 13 mei 1969. Untuk itu, kerajaan
melaksanakan rancangan lima tahun, rancangan pembangunan luar Bandar, dasar ekonomi baru dan dasar pembangunan
nasional bagi menjamin keadilan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.
F9-Cabaran kesembilan memupuk dan membina masyarakat makmur.
Masyarakat makmur dicirikan melalui kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Tiada masyarakat yang hidup
melarat dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan negara berada pada tahap yang tinggi.

No comments: