Followers

Wednesday, April 8, 2009

Projek kerja kursus PMR 2009, Pasar Seni

Petikan rencana.

Bagaimana membuat petikan isi.

Pasar Budaya atau Pasar Seni atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai 'centarlmarket' ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. (isi 1)

Dahulu Pasar Seni menjadi tempat tumpuan pelombong bijih timah untuk mendapatkan barangan harian mereka kerana ia terletak bersebelahan Sungai Klang.
Ia dikenali The Old Market yang dibina oleh kapitan Cina, Yap Ah Loy.

Bagaimanapun, pentadbiran British pada masa itu ingin membina pasar baru yang dinamakan Central Market pada tahun 1888, lantas mengambil alih pasar itu dan membesarkannya hingga seluas 23,000 kaki persegi. Ketika itu, kawasan lantai dipasang dengan jubin konkrit manakala dinding diliputi dengan kayu sementara atap menggunakan zink.


Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.(isi 1)

Detik 15 April 1986 tidak akan dilupakan oleh warga KualaLumpur khasnya kerana Pasar Seni dibuka secara rasminya sebagai sebuah pusat budaya dan festival di Kuala Lumpur.


Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila mulai tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".

Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.(isi 2)

Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.


Bangunan Pasar Seni.Di bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.

Realitinya Pasar Seni sudah mengalami banyak transformasi. Sebaik sahaja melangkah kaki ke bangunan penuh bersejarah itu, anda akan ‘diperhatikan’ oleh 128 buah kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangkan di setiap sudut.


Selain itu, terdapat 300 kedai yang menjual barangan. Galeri Annexe yang terletak bersebelahan dengan Pasar Seni menambah seri bangunan bersejarah itu. Galeri Annexe dibuka pada Januari 2007 sebagai pusat kesenian kontemporari.




Boleh temubual orang yang melawat pasar seni atau penggiat seni di sana.hujung minggu ini cikgu masukkan contoh soalan wawancara.

Lihat link to : central market

4 comments:

AinulAmira said...

tq sbb tolong update kan ..
ape lagi yg perlu untuk lengkapkan folio nie ?

melissalimlynn said...

erm.. ada tak chung ling high school punya info??
tolong post boleh??
tarikh pembinaan,lokasi,tujuan penubuhan bangunan dan kosnya.

terima kasih.

shaz said...

cikgu ada tak pelan bangunan pasar seni?

- said...

pasar seni ni bangunan bersejarah ke? sebab saya cari kt mana2, x kata pun. pasar seni tak masuk warisan kebangsaan?