Followers

Tuesday, May 13, 2008

Kronologi Union Jack diturunkan...31.8.1957



RENCANA MENGENAI KEMERDEKAAN

Kronologi malam 30 Ogos 1957 seperti dicatat Dr Yahaya

9 malam
*Hadirin mula memenuhi padang dengan kebanyakan wanita yang menggendong bayi mengisi barisan paling hadapan.
*Perwakilan Umno, MCA dan MIC dari seluruh negara mula mengambil tempat.
*Suasana diserikan dengan kebanyakan lelaki berbaju Melayu pelbagai warna, manakala wanita pula berbaju putih dan berkain batik dengan selendang di bahu.
*Hampir 2,000 pengawal berpakaian seragam mengawal di setiap penjuru padang walaupun keadaan ketika itu amat tenang dan terkawal.
*Bendera ‘Union Jack’ dinaikkan bersebelahan bendera Perikatan.

10 malam
*Lampu limpah mula dipasang menjadikan seluruh kawasan padang terang-benderang.
*Pemimpin Pemuda Umno, MCA dan MIC mengambil tempat di atas pentas.
*Hadirin sudah kelihatan semakin gelisah.
*Padang semakin sesak dengan warga Eropah yang bekerja di negara ini.
*Pemimpin Perikatan, jemputan dan pemimpin negara luar mengambil tempat mereka.


11.58 malam
*Kereta yang membawa Tunku tiba diiringi 30 motosikal.
*Tunku disambut timbalannya, Tun Abdul Razak Hussein.
*Semua lampu dipasang menjadikan suasana semakin bergemerlapan.


12 malam
*Bendera ‘Union Jack’ diturunkan diiringi lagu ‘God save the Queen’.
*Bendera itu diletakkan di atas dulang berwarna perak.
*Bendera Persekutuan dinaikkan diiringi lagu Negaraku.
*Negara berpenduduk seramai enam juta orang dengan rasminya bebas daripada penjajah.
*Tunku dikalungkan selendang bertulis ‘Bapa kemerdekaan’ oleh Ketua Pemuda Umno, Sardon Jubir.


*Laungan ‘Bapa kemerdekaan Tanah Air’ bergemuruh.


1.30 pagi
*Tunku beredar meninggalkan padang.
*Hadirin secara perlahan-lahan bergerak meninggalkan padang. Sesetengahnya terus menuju ke Stadium Merdeka.

No comments: