SPM 2014 & 2015 (TINGKATAN 5 DAN 4)

SPM 2014: Tajuk kertas 3 bab 7. 2. Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 4 2014.Edaran tajuk kertas 3 telah diedarkan hari ini. 12.9.2014 Di bawah ini tajuk2 penting peperiksaan akhir tahun. 1.EDARAN TAJUK ULANGKAJI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM AKAN DIEDARKAN PADA JUMAAT 25 Julai 2014.: A) KERTAS 3 PERCUBAAN SPM B) TAJUK SPM 2004-2013 C) TAJUK RAMALAN SPM 2014 D) 30 soalan HOTS atau KBAT E) SOALAN ULANGKAJI SPM

Followers

Tuesday, May 13, 2008

Sejarah Bendera Malaysia





Gambar bendera di bawah sekali menunjukkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah digunakan dari tahun 1896 hingga 1950. Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Orang ramai telah dijemput untuk memberikan pendapat serta membuat undian tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Rekaan ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah telah terpilih. Rekaannya menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk menerima rekaan berkenaan. Rekaan bendera itu akhirnya telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Empatbelas jalur dan empatbelas pecahan bintang melambangkan maksud yang baru iaitu tigabelas buah Kerajaan Negeri dan satu Kerajaan Persekutuan.

Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke40, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia.

No comments: