SPM 2016 (untuk tingkatan 5) SPM 2017 (untuk tingkatan 4)

BENGKEL SEJARAH SPM 2016; 21 OKTOBER 2016. PELAJAR SPM SILA HADIR KE SEKOLAH. PENERANGAN KERTAS 1, 2 & 3 AKAN DIADAKAN. EDARAN KERTAS 3 JUGA DIEDARKAN BERSAMA SET tRIAL 1 & 2. 1. Lihat tajuk SPM 2016 (tingkatan 5 2016) terdapat tajuk ulangkaji untuk Percubaan SPM 2016. 2.Lihat juga tajuk untuk bacaan Peta Minda, Modul interaktif, nota dan latihan. (label SPM 2016)

Followers

Sunday, May 11, 2008

Mid term F5, 2008, soalan dan skema jawapan

Skema jawapan Sejarah pertengahan tahun 2008

Soalan struktur 2008

1 (a) Namakan dua golongan masyarakat Makkah yang menerima Islam pada peringkat awal.(2M)

1.Ahli keluarga. 2.Golongan hamba 3.Sahabat karib 4.kaum Kerabat

(b) Berikan tiga faktor mengapa agama Islam disebarkan secara rahsia pada peringkat
awal penyebaran Islam. (3M)
1. Baginda belum menerima wahyu agar Islam disebarkan secara terbuka.
2. Islam merupan ajaran baru kepada masyarakat.
3. Ajaran Islam berbeza daripada agama masy.jahiliah.
4. Islam masih belum dikenali.
5. Bilnagn penganut Islam yang sedikit sahaja.
6. Baginda ingin mengelak penetangan terhadap Islam.

(c) Nyatakan dua tindakan yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w apabila baginda
mula menyebarkan Islam secara terbuka di Makkah. (2M)

1. Baginda /Rasullullah /Nabi Muhammad bermesyuarat/bermusyawarah dengan
sahabat
2. Ceramah di rumah Ali b.Abu Talib.
3. Ceramah di Bukit Safa, Makkah /Mekah.

(d) Senaraikan tiga sebab mengapa kegiatan dakwah Islamiah yang dijalankan oleh Nab Muhammad s.a.w ditentang oleh masyarakat Arab Quraisy Makkah (3M)

1. Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan Arab Quraisy dengan Islam.
2. Prinsip persamaan taraf sesame manusia dal;am Islam.
3. Prinsip persaudaraan Islam yang bertentangan dengan prinsiop Assabiyah
jahiliah.
4. Amalan akhlak Jahiliah yang bertentangan dengan Islam.
5. Dari sudut politik, bimbang Nabi Muhammad akan bersaing dan menjadi ketua.
6. Islam juga menggugat ekon sepeti menghramkan pebnjualan berhala.

Soalan 2.

2(a) Namakan tiga negeri yang berjaya dikuasai oleh Alexander the Great dari Yunani (3M)

1. Parsi
2. Mesir
3. Turkistan
4. Samarkand


(b) Nyatakan sumbangan kejayaaan yang dicapai oleh Chandragupta Maurya. (2M)
1. Menguasai Seluruh India Utara.
2. Menakluki Punjab.
3. Menewaskan Seleceus.


(c) Senaraikan tiga sumbangan utama Augustus Caesar dalam tamadun Rom (3M)
1. Memperkenalkan system warisan.
2. Empayar Rom berkembang daripada Britain –Afrika, Timur.
3. Meluaskan empayar Rom Turki.
4. Meluaskan empayar ke Palestin.
5. Meluaskan empayar ke laut Hitam.

(d) Berikan dua sumbangan Maharaja Han Wu Ti. (2M)

1. menyatukan seluruh kerajaan China yang kecil.
2. Memerintah secara autokratik, tegas dan mutlak.
3. menghapuskan kuasa golongan bangsawan.
4. membina tembok besar negara China.



Soalan 3

3. Pembinaan Negara bangsa di Barat yang dilaksanakan di Itali dan Jerman adalah berbeza dengan pembentukan kerajaan Islam Madinah oleh Nabi Muhammad s.a.w

(a) Nyatakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Barat yang mencetuskan idea Negara Bangsa.(3 markah)
1. Revolusi Inggeris 1688 (kalau lupa tahun dimaafkan)
2. Perang kemerdekaan 1776.
3. Revolusi Perancis 1789

(b) Apakah amalan yang diwajarkan oleh realpolitik bagi mencapai matlamat politik
mereka (3 markah)

1. Tipu helah. 4.provokasi.
2. Kekerasan bersenjata, 5.ugutan
3. peperangan.




(c) Senaraikan peperangan yang dilancarkan oleh Otto Von Bismark dalam usahanya
Bagi menyatukan Jerman.(2M)

1. Peperangan dengan Denmark.
2. Peperangan dengan Austria.
3. Peperangan dengan Perancis.


(d) Nabi Muhammad s.a.w telah melakukan pembentukan kerajaan Islam berdasarkan
penyatuan melalui prinsip Islam. Nyatakan cara bagaimana rasulullah menyatukan masyarakat Madinah yang berbilang kaum. (2 M)

1. Perpaduan melalui Perlembagaan madinah.
2. Diplomasi.
3. Musyawarah.
4. Permuafakatan.



Soalan 4


4. Pengenalan gagasan Malayan Union pada tahun 1946 telah memperlihatkan penyatuan orang-orang Melayu untuk menentang gagasan ini.(MU)

(a) Nyatakan ciri-ciri Malayan Union yang diperkenalkan pada tahun 1946. (3 M)
1. Semua Negeri Melayu Bersekutu dan negeri2 Melayu Tidak Bersekutu, Negeri2 Selat disatukan.
2. Gabenor yang mengetuai MU.
3. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU.
4. Singapura diasingkan.
5. Kewarganegaraan dengan prinsip Jus Soli.
6. Raja Melayu menjadi ahli Majlis Majlis Raja2 Melayu.
7. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setipa negeri sebagai ketua pentadbir.

(b)Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Orang Melayu dalam menyampaikan bantahan mereka terhadap Malayan Union. (3M)
1. Bantahan ke dalam akhbar.
2. Mengadakan demontrasi.
3. Persatuan Melayu dihidupkan
4. penubuhan UMNO.
5. Kongres Melayu 1946.
6. Rapat Umum.
7. Raja 2 Melayu berkumpul di Kuala Kangsar.



©Senaraikan tujuan British memperkenalkan Malayan Union kepada masyarakat di
Tanah Melayu. (2M)

1. Persediaan membentuk kerajaan sendiri.
2. Melahirkan pentadbiran yang licin.
3. mengawal kuasa orang Melayu.
4. membentuk bangsa MU.
5. Menjimatkan kos pentadbiran.


(d)Gagasan Malayan Union turut mendapat sokongan golongan Melayu radikal.
Namakan kumpulan radikal ini. (2M)
1. Parti Kebangsaan Melayu malaya (PKMM)
2. Angkatan Pemuda Insaf (API)
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Barisan Tani Malaya (BATAS)

Soalan Esei

5. Tamadun awal iaitu Tamadun Yunani, Rom, India dan China mengalami pelbagai peningkatan
dalam pelbagai bidang termasuk seni bina.

(a) Buktikan pencapaian tamadun awal dalam bidang seni bina. (10 markah
Rom

.acropolis.(Yunani) Tembok Besar China (China)
Aquadect.(Rom) Stupa Besar (India)
Colloseum.(Rom) Great bath
Parthenon.(Rom) Istana Raja (maharaja China)
Pantheon.(Rom) Aqua Claudia (Timur Rom)
Kuil /Pagoda Pintu gerbang
Jambatan. Kompeks Kuil di Gua Ellora
Apa-apa yang logik asalkan berkaitan dengan ke empat2 tamadun.


(b) Bincangkan pencapaian sains dan teknologi dalam keempat-empat tamadun ini. (10 markah)
Yunani
-Thales, mengembangkan ilmu geometri.
-Pythagoras,ilmu geometri Mesir Purba dan babylon.
-Hippocrates,bapa perubatan.
-Archimetes,ahli matematik dan fgizik.
-Ptolemy tokoh atronomi.

Rom
-Boethius,pakar matematik Rom.
-mengambil matematik jadikan cabang muzik, geogmatri,atronomi.

India
-pengetahuan Vedik.
-konsep geometri semasa zaman Gupta.
-sistem nombor
China
-perubatan berkaitan yoga.
-keseimbangan kuasa Yin dan yang.

-kertas, tembikar, layar perahu dan kapal.
-perahu
-layar.

(mana-mana yang logik 10 perkara..) i m satu isi



6. Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa penting bagi Tamadun islam.

(a) Bincangkan sebab-sebab utama berlakunya hijrah dari Kota Makkah ke Madinah. (8 markah)
1. perintah Allah melalui wahyu..surah al anfal..
2. peneruskan penyebaran Islam.
3. stategi Nabi Muhammad s.a.w
4. penyampaian dakwah Islamiah.
5. masyarakat islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.
6. jemputan masy.Madinah.
7. orang madinah memerlukan pemimpin yang berkalibar.
8. tentangan masy.mekah yang semakin hebat.
9. perlukan suasana aman.
10. Ekon madinah dikuasai oleh orang yahudi (mana-mana 8 jawapan)


(b) Huraikan kepentingan Hijrah kepada masyarakat Islam Madinah khasnya dan masyarakat
Islam secara am. (12 markah)
1. dakwah secara terbuka, tidak terselindung.
2. peluang nabi mendamaikan suku arab di madinah..iaitu aus dan khajraz.
3. persaudaraan orang mekah dan madinah.
4. menyatupadukanm orang mekah dan madinah atas konsep persaudaraan islam.
5. membina masjid al-nabawi.
6. wujud kiraan takwim islam berdasarkan tahun hijrah.
7. Nabi Muhammad menukarkan yathrib kepada Madinah al-Munawwarah yang bermaksud kota bercahaya.
8. menunjukkan sikap bertolak ansur dan toleransi kaum.
9. Sikap tolong menolong.
10. menunjukkan sikap pengorbanan masy.islam mekah yang sanggup berhijrah.
11. peranan wanita seperti asma bt.abu bakar.
12. ketabahan dan kebesaramn jiwa Nabi Muhammad.
13. kebijaksaan Nabi Muhammad mengatur strategi.
14. Merancang pembinaan negara Islam.
15. pembinaan masjid pertamna, masjid Qubak.
16. masjid menjadi tempat /pusat intelektual – tempat belajar dan sebagainya.
17. menjadikan Madinah sebagai pusat perkembangan tamadun Islam.

(mana-mana 12 = I markah bagi 1 isi)


Soalan 7
• Imperialisme Barat merebak dengan pesat pada kurun ke 19.
• Dikenali sebagai Zaman penjajahan barat.

(a) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan Imperialisme Barat meluas di Asia Tenggara.
1. Kekayaan bahan mentah .
2. terletak antara jalan perdagangan China dan india.
3. mereka pwerlukan kawasan pasaran barangan yang baru.
4. persaingan antara kuasa-kuasa barat contohnya inggeris(britain),perancis, belanda.
5. beban orang putih – cogankata atau tugas bagi menyebarkan tamadun bagi orang Britain (British)dan Perancis.
6. Mubaligh Kristian bertanggungjawab dalam menyebarkan agama Kristian.
7. kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti pembinaan kapal wap-mudahkan pelayaran jauh.
8. kapal wap mempercepatkan perjalanan antara Timur dan barat.
9. pembukaan Terusan Suez mudahkan perjalanan timur dan barat.
10. penciptaan telegraf-mudahkan perhubungan.
11. kuasa imperialis mudah memberi arahan kepada pegawai di jajahan dengan cepat dan berkesan ekoran kemajuan telegraf.
12. telegraf juga mudahkan urtusan perniagaan/perdagangan.
13. perluasan tanah jajahan menjadi lambang kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.
14. Revolusi perindustrian memerlukan bahan mentah dan pasaran baru.
(10 markah, satu isi satu markah)

(b) Terangkan kesan-kesan imperialisme Barat ke Asia Tenggara. (10 markah)

1. pengenalan kepada system birokari barat.
2. Filipina contohnya Gabenor jeneral sebagai ketua.
3. Filipina-peringkat temapatn sistem Encomienda.
4. Filipina –penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu.
5. Indonesia- pentadbiran tempatan digantikan dengan pemerintahan berpusat.
6. Indon-kehilangan kuasa raja dan pembesar tempatan.
7. Burma-kehilangan pemerintahan beraja di bawah Dinasti konbaung.
8. Indochina- pemerintahan birokari golongan mandarin digantikan dengan pemerintahan berpusat.
9. perlantikan pegawai barat sebagai ketua biro.
10. perlaksanaan penbtadbiran melalui biro/jabatan.
11. perlantikan gabenor general sebagai ketua pentadbiran di tanah jajahan.
12. Tanah Melayu-Sistem pembesar empat lipatan di digantikan dengan pentadbiran berpusat.
13. Tanah melayu-pembesar tempatan kehilangan kuasa.
14. TM-Perubahan sistem kehakiman.
15. TM-Peranan raja dan pembesar berubah.
16. TM-pembahagian sistem poengutipan cukai.
17. Thailand-perubahan diperkenalkan oleh raja Mongkut dan Chulalongkon.
18. Thailand-penasihat kewangan dan pelabuhan daripada Britain.
19. Thai-Sistem raja perlembagaan diperkenalkan.
20. Thai-Juru audit daripada Britain.
21. Thai-pengaruh pembesar berkurangan.
22. Thai-pemodenan pentadbiran.

8.(a) Pengenalan Malayan Union menimbulkan reaksi sepontan daripada orang Melayu. Kenapa
Orang Melayu menentang Malayan Union. (8markah)

1. membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang menggugat raja 2 Melayu contoh: turunkan tahta kalau enggan tandatangan persetujuan.
2. sultan tidak diberi masa yang cukup bagi memikirkan seperti yang berlaku kepada sultan perak.
3. terdapat sultan yang menandatangani kerana semangat setia kawan seperti sultan Selangor dan Johor.
4. raja melayu dan pembesar kehilangan kuasa.
5. prinsip kewargenagaraan jus soli yang merugikan masy.tempatan.
6. raja melayu yang hanya berhak mempersoalakan hal agama dan adat sahaja.
7. gabenor mempunyai kusa mutlak dalam pentadbiran.
8. parlimen british mempunyai kuasa dari segi undang-undang di tanah melayu.
9. mengubah pentadbiran lama kepada pentadbiran baru British.
10. mengubah status tanah melayu kepada tanah jajahan.
11. pembentukan satu bangsa Malayan union masih tidak dapat diterima orang melayu.
12. konsep pentadbiran baru yang menolak trdaisi dan system politik melayu.
( 1 isi = 1 markah)



(b) Nyatakan usaha-usaha British bagi menggantikan Malayan Union. (6markah)
1. Rundingan dengan wakil raja Melayu
2. Rundingan dengan wakil UMNO.
3. menghantar pegawai british bagi meninjau keadaan demontrasi di tanah melayu.
4. sokongan pegawai british seperti Edward gent, Malcolm macdonald.
5. memperkenalkan pembentukan persekutuan tanah melayu (PTM) 1948 bagi menggantikan Malayan union.
6. mengenalpasti aspek penolakan aorang melayu dalam MU.
7. memberi kembali kuasa raja melayu dan pembesar dalam PTM
8. menilai kembali sistem kerakyatan Tanah melayu.

(1 isi = 1 markah)


( c) Sistem Pentadbiran Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Jelaskan secara ringkas bentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. (6 markah)


1. singapura disatukan dengan tanah melayu.
2. sebuah kerajaan pusat dan majlis 2 negeri dipilih.
3. raja melayu mempunbyai kuasa dan tanggungjawab kepada rakyat.
4. kedudukan istimewa orang melayu dikembalikan.
5. kerakyatan yang sama rata.
6. merah dan putih sebagai warna bendera.
7. bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
8. pertahanan dan urusan luar nbegara mnenjadi urusan tanah melayu dan british.
9. warganegara tanah melayu dinamakan melayu.
10. kerakyatan yang sama rata.

(mana –mana 6 isi, 1 isi = 1 markah)

9.(a)Mengapakah kemerdekaan Tanah Melayu dikatakan diperolehi secara unik? Terangkan.
1. berlaku tanpa pertumpahan darah.
2. berlaku kerana adanya prinsip pakatan murni-perpaduan.
3. bermula dengan jawatan kuasa hubungan antara kaum (umno dan Mca) (JAK /CLC)
4. Merupakan langkah pertama perpaduan kaum, toleransi antara kaum.
5. penyatuan ahli-ahli politik di dalam perikatan –umno, mca dan mic.
6. prinsip raja perlembagaan diperkenalkan.
7. pribnsip pilihanraya diperkenalkan.
8. bermula pilihanraya bandaran, pilihanraya negeri dan persekutuan.
9. pengenalan kepada sistem ahli 1951-melatih berkerajaan sendiri.
10. rundingan demi rundingan Contoh, rundingan /Perjanjian London
11. Pilihan raya yang berjaya hasil toleransi kaum.
12. kejayaan kemerdekaan hasil kejayaan tanah melayu-mencapoai poerpaduan kaum dan penghapusan komunis.
13. manifesto perikatan yang memfokus dalam pendidikan, perkhidmatan awam dan kemerdekaan dalam masa 4 tahun berjaya.

(mana-mana 6. 1 isi = 1markah)(10 markah)

(b) Jelaskan keistimewaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. (10markah



1. pembentukan sebuah kerajaan persekutuan
2. sebuah kerajaan pusat dan majlis 2 negeri dipilih.
3. raja melayu mempunbyai kuasa dan tanggungjawab kepada rakyat.
4. kedudukan istimewa orang melayu dikembalikan.
5. kerakyatan yang sama rata- kuat kuasa undang 2, permohonan dan naturalisasi.
6. agama islam sebagai agama persekutuan.
7. bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
8. pertahanan dan urusan luar nbegara mnenjadi urusan tanah melayu dan british.
9. warganegara tanah melayu dinamakan melayu.
10. tanah simpanan melayu dikekalkan.
11. yang dipoertuan agong sebagai ketua negara.
12. pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen.

(mana-mana 1 1si= 1 markah)

1 comment:

OffBeat said...

cikgu..i wan answer for sejarah f3 mid term exam. can u post it on ur blog? thx